Dear Me,
28-6-20**
Hai, Sorry lama tak tulis. Aku lupa buku ni terselit di mana. Hehehe...
Hari ni, Aku terbayang masa berjalan pulang yang aku masuk ke sebuah sekolah baru dan bertemu BoBoiBoy. Namun dia sangat kasar dan dingin hanya pada aku, Aku pelik namun watados kenapa aku harus peduli bukan?
Aku dan Dia selalu bergaduh bila jumpa atau duduk bersebelahan saja pun, aku agak pelik juga kerana semua kawannya baik dan biasa saja dengan aku. Tapi dia sangat-sangat kasar pada aku, macam dia benci dengan kehadiran aku. Sudahlah kalau ye pun dia tak suka aku, apa boleh buat bukan?
Dalam bayangan tu bila, ada satu part dimana BoBoiBoy tiba-tiba bertukar menjadi Elementalnya tanpa sebab. Aku agak pelik namun aku hanya buat tak tahu saja. Satu hari aku terperangkap dalam gudang dan aku yang fikir sedang sendirian mencuba-cuba merempuh pintu gudang dengan harapan ia terbuka, namun siapa sangka aku sebenarnya terperangkap dalam gudang tersebut dengan BoBoiBoy. Aku ulang BOBOIBOY..
Entah mengapa aku yang jadi sedikit kesal apabila mengingati bayangan aneh ni, padahal biasanya aku senang. Ok, aku teruskan.
Ia agak menyebalkan lah juga apabila aku menyedari aku terperangkap Elemental paling Narsis dia, si bensin (Solar). Dan ada katanya aku sengaja kunci pintu gudang supaya dapat terkurung berdua dengan dia, aku bilek "what?" "Wth man?" "Wtf?!" Semuanya bahasa mutiara aku tahan dari terkeluar dan tersembur pada wajahnya.
Setelah kejadian itu, Aku dan BoBoiBoy tak selalu bergaduh bila jumpa namun bertukar menjadi permainan Hide and Seek pula. Kenapa?
Mana taknya setiap kali berjumpa dengan aku, BoBoiBoy akan tiba-tiba berpecah kepada tujuh. Aku ulang TUJUH!! Dan kesemua pecahannya dan paling utama Si Innocent (Duri) dan Badai (Taufan) akan kejar lalu peluk aku sekuat-kuatnya, tanpa beri aku ruang untuk melepaskan diri. Aku gelar pelukan tersebut tersebut Pelukan Maut Elemen.
Yang aneh mengapa dengan duo waras (Gempa & Hali) turut buat hal sama, walau tak separah TTM. Hali hanya memainkan rambut aku dan Gempa pula entah mengapa genggam tangan aku sambil tersenyum-senyum sementara yang lain jangan dikatakan, Aku sempat jadi babysitter dadakkan apabila BoBoiBoy entah sengaja atau bukan berpecah hanya kepada TTM. Ice? Entah mengapa dia akan peluk aku dan tidur di bahuku tanpa sebarang kata, dan aku terpaksa menampung berat badan nya. Sungguh hari yang malang dan berat bagi ku..
Mereka kenapa?ya, tuhan salah hamba-Mu di mana sehingga tiba-tiba dijadikan babysitter dadakkan begini. Kawan-kawan BoBoiBoy iaitu Yaya, Ying, Gopal dan Fang ada beritahu yang BoBoiBoy serta Para Elemental tidak pernah seperti itu, jadi ini penyebabnya apa cuba?!
Lalu entah mengapa tiba-tiba saja muncul teori yang bagi aku tidak masuk dek akal, datang dari Gopal dan di setujui yang lain lalu dibantah keras oleh aku sendiri. Aku yang mendengar teori tersebut sampai seperti "wth." "Kau biar betul?" "Ck, kau salah waktu mahu bergurau Gopal.".
Sini aku tulis dialog Gopal dan yang lain masa teori ini tiba-tiba muncul...
"Aku rasa, aku tahu kenapa BoBoiBoy, dan Elemental nya jadi aneh macam ni!" - Gopal
"Apa yang kau fikir, Gopal?" - Fang
Aku yang sudah lelah ingin berkata-kata hanya melihat ke arah Gopal. Mana taknya bincangnya waktu aku yang sekarang ini yang boleh dikatakan benar-benar penat di akibatkan ulah Elemental BoBoiBoy.
"Aku rasa, aku dapat apa kau cuba cakap Gopal." - Ying
"Tahu?" - Gopal
"Apa benda yang korang fikir ni?" - Yaya
"Cepatlah katanya. huarm~ Aku mahu tidur...." Kata aku yang mengantuk dan mahu merehatkan diri.
"Aku rasa BoBoiBoy suka kau."
Aku yang mengantuk, entah mengapa secara tiba-tiba mendengar hal tersebut dengan ajaibnya menjadi segar bugar.
"Kau nak sakat aku pun agak-agak lah, Gopal." Kata Aku geram
"Tak, aku rasa apa Gopal cakap masuk akal." - Ying
"Hm.. bila di fikirkan balik, perlakuan BoBoiBoy pada yang lain dan pada kau lain." - Yaya
"Betul tu, Elemental BoBoiBoy pun. Rapat dengan kitaorang pun, tak ada satu pun yang akan buat macam yang kau kena." - Fang
Aku menatap mereka semua datar plus geram. "Ouh, maksud korang dia saja layan aku kasar sebab nak aku notis kehadiran dia."
"Ye." Kompak mereka balas.
"Dah lah, aku nak tidur dekat rooftop.. jangan cakap dekat BoBoiBoy, kalau dia cari aku." Kata Aku lepas tu aku terus pergi.
Faham bukan sebab apa maksud aku bukan? Teorinya sungguh membuatkan aku takut nak dekat dengan BoBoiBoy. Entah mengapa aku tiba-tiba akan lari menjauh setelah melihatnya, namun nasib tidak baik apabila dia sentiasa berpecah tujuh yang membuatkan aku tertangkap.
Lepastu Aku tersedar dari bayangan aku apabila aku dah sampai dekat stesen bas. Sungguh aku tertanya-tanya apa sebenarnya jadi pada sambungan bayangan aneh aku masa berjalan pulang tadi.
Anyways sampai sini saja hari ni,
Tertanda..
Yn Boyvers garis keras