Hanya sebuah Diary yang di tulis seorang gadis bernama Yn. Peminat BoBoiBoy dan boleh di bilang Boyvers garis keras walaupun umur sudah berganjak remaja dan hampir menamatkan pelajaran.
Dear Me,
Hari ni adalah pertama ku mulai dirimu, hanya kerana bosan dan tak tahu ingin berbual kan pelbagai hal pada siapa.
24-6-20**
Baiklah, pertama sekali yang ingin ku katakan adalah.
hm, kenapa terasa seperti terlalu formal?
ulang semula..
baiklah,
hari ni sebenarnya aku ada terbayangkan sesuatu yang boleh dikatakan adalah ' mustahil terjadi ' namun apa peduli aku. pemikiran aku, bayangan aku, imaginasi aku bukan?
Aku Terbayang * Aku tersedut masuk ke dalam sebuah portal yang membawa aku berjumpa dengan BoBoiBoy *
aneh bukan?umur sudah belasan tahun masih saja minat animasi.
sebenarnya disebabkan itu juga, aku selalu di buli hanya kerana aku masih meminati Animasi, atau lebih tepat Aku seorang Boyvers.
mereka kata "heh,Dah besar masih lagi suka kartun.. dasar tak tahu malu, budak tak sedar umur."
dan Aku balaslah "ia Animasi bukan kartun, dan baguslah suka animasi dari suka jadi pembuli."
lepas tu mereka terus senyap, mereka juga tak berani nak kacau aku kerana. kerana apa?ye iyalah, Aku Anak CEO SPAD. keluarga terkaya di Malaysia..
ehm.. tiba-tiba berlagak pula, sorry.
anyway, Aku pelik mereka kenapa suka sangat komplen minat orang? Aku pula fikir mereka ni tak ada benda yang mereka minat ke? sampai nak komplen minat orang.
lama-lama aku guna juga kuasa aku sebagai anak tunggal kaya-raya pada mereka yang jauh dari kata kaya-raya. mereka hanya kaya, bukannya kaya-raya.
CK.. malas pula jadinya nak menulis, sorrylah ye.. mungkin sampai sini saja dulu.
Tertanda Yn,
Boyvers garis keras.