Hay berhubung ini karya author yang pertama kalinya jadi maaf kalau ada kesalahan ya
🖤Cerpen
#My Spoiled Girl
PART 1
“Jauh kau termenung Zila”
Rita berdiri di sebelah Zila. Bahu temannya ditepuk mesra.
“Jauh ingat suami tersayang ke?”
Zila memandang Rita.Dia tersenyum memandang sahabatnya itu.
“ Rindu suami itu tak salah.Halal Rita.Yang salah bila aku rindu pada yang bukan mahramku.”
Zila kembali memandang ke luar tingkap.Petang itu cuaca mendung,mungkin lebih mendung dari hatinya.
“ Memang tak salah sayangku Zila,tapi rindu kau itu ada jalan
penyelesaiannya. Cuma kau je tak nak terima ubat untuk rindu kau tu”
“ Bercakap memang mudah Rita. Semudah kau cari kapas merah dalam rimbunan kapas putih.Jelas dan nyata.‘
“Ok,berhenti bermadah pujangga dengan aku.Apa masalah kau sebenarnya ni?”
Rita duduk berhadapan dengan Zila. Wajah Zila ditenung dalam.Dia yakin dan pasti,masalah yang sama Zila hadapi. Jalan keluar sudah ada,Cuma Zila lebih suka bermain dengan teka-teki sehingga menjerut dirinya sendiri.
“ Masalah yang sama Rita”
Zila masih memandang ke luar tingkap.Entahlah,kalau boleh dia tidak mahu berbincang dengan Rita tentang masalahnya,dia yakin jawapan Rita tetap sama.
“Ko memang tak nak pandang aku ke Zila.Sampai awan tu aku rasa boleh runtuh kalau ko tenung lama-lama”
Zila tersenyum kecil mendengar kata-kata Rita. Hati temannya mungkin sedikit terguris dengan sikapnya.Perlahan-lahan dia kembali menghadap Rita.
“Kalau lah tenungan aku ni mampu runtuhkan awan tu,aku rasa aku takkan pening nak fikir masalah aku ni.”
PART 2
“ Masalah tu kalau kau letakkan agama sebagai dasarnya,settle dah masalah kau ni.Tapi sebab agama tu kau tolak ke tepi,pegangan sendiri yang lebih kau pilih. Sampai ke mati pun takkan ada kesudahannya.Perkahwinan itu hubungan ikatan antara suami isteri. Kau tu tanggungan dan tanggungjawab suami. Tapi kau tak beri dia peluang pun untuk buat semua tu. Konon tanggungjawab kau pikul lebih besar dari tanggungjawab suami kau sendiri”
Zila membisu.Dia tahu untuk menidakkan kata-kata Zila,tak mungkin.Itu hakikat yang dia harus telan. Kalau diluahkan dia terkena,ditelan pun dia derita.
“Aku bercakap dengan makhluk yang bernyawa,Zila’ Sekali lagi Rita bersuara bila melihat Zila tetap membisu.
‘ Aku tak ada jawapan tuk kata-kata kau Rita. Kau betul dan aku salah’
‘Ini bukan soal siapa betul siapa salah Zila.Aku cuma bantu untuk tunjuk jalan pada kau,dan pilihan di tangan kau.”
Zila hanya mengangguk.
‘ Ok lah.Aku ada meeting dengan Pengarah. Suggestion aku,ambil cuti.Tenangkan diri dan buat keputusan yang kau rasa terbaik untuk semua pihak.Ataupun pilihan yang paling terbaik,minta pada Allah. Kembali pada dia.In sha allah,dia tak pernah lupa kau Zila.”
Rita berpaling meninggalkan Zila sendirian.Entah kenapa saat itu,dia rasa benar-benar terpukul dengan kata-kata sahabatnya itu.Tanpa disedari,air mata menitis. Sekali lagi,Zila derita dalam bahagia.
PART 3
“ Abang tak pernah rasa sayang ni satu bebanan buat abang”
Zila memandang wajah lelaki di hadapannya.Wajah yang dia benar-benar rindu. Empat bulan tidak bertemu,hatinya benar-benar rasa syahdu.
“ Tapi Zila isteri yang tidak taat pada abang,lebih memilih untuk tinggal di samping keluarga dari mengikut abang ke mana sahaja “
“ Tidak taat itu apabila Zila mengingkari kata-kata abang. Ikhlas abang izinkan Zila tinggal bersama keluarga Zila kan. Orang luar mungkin tak memahami.Tapi abang sendiri tak sanggup untuk pisahkan Zila dengan keluarga Zila terutama dengan adik-beradik sayang “
Zaril menarik Zila dalam pelukannya.Dia tahu apa yang bergolak di hati isterinya. Zaril sendiri tahu Zila begini kerana rindukannya.Tapi,hatinya akan lebih remuk jika Zila dia bawa bersama ke Borneo. Cukuplah dua tahun tinggal bersama Zila di Johor,jauh dari keluarga Zila di Kedah membuka matanya tentang rasa kasih Zila pada orang tua nya dan adik-adiknya.
“ Mak abah,jangan tinggal akak. Mak abah”
Zaril terbangun mendengar racauan Zila. Digerak lembut isterinya agar tidak meracau lagi. Zila senyap saat tubuhnya disentuh. Zaril dapat melihat di hujung kelopak mata Zila,ada air yang mengalir.Dikesat air mata itu,hampir setiap malam Zila begini. Hatinya tidak tahan lagi. Jika lebih dari sebulan Zila tidak bertemu keluarganya,Zila pasti begini. Zila tidak akan luah perasaanya,tapi Zila akan meracau setiap malam seperti ini.
“ Abang”
Zaril tersedar dari lamunannya saat Zila memanggilnya.
“ Kenapa sayang ?”
“ Jauh abang termenung.Abang ada masalah ?“
Zaril senyum. Kepalanya digeleng.Zila ditarik rapat ke dadanya. Dipeluk isterinya yang lama tidak berjumpa. Dahi Zila dicium lembut. Hanya Allah saja tau betapa dia mencintai isterinya.
PART 4
Hari ini Zaril pulang semula ke Borneo.Lagi dua bulan giliran Zila pula untuk ke sana. Bagi Zila dan Zarul,ini mungkin satu kembara yang cukup bermakna bagi mereka.Duduk berjauhan tidak menjarakkan mereka,tetapi rasa cinta itu semakin bercambah dari hari ke hari.
“ Akak tak nak pindah Borneo ke?’
Zila tidak menjawab. Sebaliknya dia bangun dan bergerak ke singki untuk mebasuh ayam yang baru dipotong sebentar tadi.
“ Akak pura-pura tak dengar ibu jawab atau akak memang tak dengar ?’
“ Akak dengar ibu,tapi ibu tahukan jawapan akak”
“ Suami akak di sana kan?’
“ Tapi ibu ayah adik-adik di sini”
“ Akak tak cinta suami akak ke?”
“ Siapa tak sayang suami ibu”
“ Sayang suami,tapi tanggungjawab ditunai tiga empat bulan sekali?”
Zila berhenti membasuh ayam. Getaran hatinya bergolak. Apa yang mampu dia dilakukan. Dia tak sanggup untuk duduk berjauhan.Sehinggakan kadang kala dia rasa kasih sayang pada keluarganya melebihi kasih sayang dia pada suaminya.
“ Saat akad dilafazkan,akak bukan lagi hak ayah dan ibu. Akak hak mutlak Zaril.Sehinggakan kalau Zaril tak benarkan akak jejak kaki ke rumah ini lagi pun,akak wajib taat perintah Zaril. Ibu rasa ibu tak perlu nak bagi ceramah panjang,akak sendiri lebih mengetahui. Zaril menantu yang baik,ibu yakin walau akak duduk di oversea sekalipun dengan Zaril,dia takkan halang akak untuk jejak kaki ke rumah ini. “
PART 5
Tangisan yang cuba ditahan terburai juga.
“ Ibu dah tak sayang kan akak lagi ke sampai ibu sanggup cakap dekat akak macam ni?’
Puan Rohaya menghampiri Zila.Tubuh anak sulongnya dipaling menghadapnya.
“ Kerana sayang dan cintakan akak lah,Ibu bersuara.Taat nya akak pada suami,Ibu dan ayah tumpang pahalanya sekali. Tinggi nya cinta dan kasih pada akak suami,maka berjayalah ibu dan ayah dalam mendidik akak menjadi isteri yang solehah. Akak ibu kandung 9 bulan 10 hari,mana mungkin ibu buang jauh dari hati. Akak anak pertama ibu dan ayah. Anugerah pertama dari Allah buat kami. Percayalah akak,ada sebab dan asbab Allah aturkan begitu. Ikutlah aturan Allah. In shaa allah,kita sama-sama akan bahagia.”
Zila memeluk ibunya. Dia melepaskan tangisannya di bahu ibunya. Bahagianya dia memiliki ibu yang memahami. Bahagianya dia memiliki keluarga yang mencintai dirinya.
PART 6
Zila duduk di birai katil.Borang permohonan pertukaran diteliti. Dia yakin,dengan jawapan ibu semalam,dia akan lebih bahagia di samping suaminya nanti.
“ Akak,akak buat apa tu?”
Adriana,adik bongsu Zila masuk ke bilik Zila apabila dilihat pintu blik kakak nya itu tidak berkunci.
“ Tak ada buat apa.Nana baru balik ke? Dari tadi akak tak nampak pun”
“ Aah habis sekolah sambung hoki.”
“ Tahun depan nak UPSR dah. Tahun ni je aktif sukan. Tahun depan kena focus untuk UPSR.”
“ Hemh ok kak”
Zila bangun. Dia mencapai tuala untuk ke bilik air.
“ Kak?”
“ Ye”
“ Akak nak tukar?”
Zila melihat Adriana. Sayu mata kecilnya memandang Zila sambil di tangannya terpegang erat boring pertukaran Zila. Zila kembali pada Adriana dan menarik Adriana duduk semula di katil.
“ Aah,akak ingat nak tukar. Ikut abang Zaril.Boleh nana lawat akak kat sana nanti”
“ Abang Zaril paksa akak?”
“ Taklah,ibu yang bagi izin. Tu yang akak senang hati nak pergi”
Adriana tunduk. Jauh di sudut hati,dia tidak merelakan. Bagi Adriana,kakak nya adalah kakak dia.Bukan milik Zaril atau sesiapa.
“ Nana?”
“ Kakak dah tak sayang Nana lagi”
PART 7
Adriana bangun dan menghempaskan pintu bilik Zila dengan kuat sekali. Zila terkedu sehinggakan dia tidak berdaya untuk menahan Adriana. Dia hanya mampu melihat Adriana berlari keluar meninggalkan dia.
Sekali lagi,hatinya sebak. Mana mungkin dia sanggup membuatkan adiknya menangis. Adik bongsu nya itu kadang kala dia anggap seperti anaknya sendiri.
Ibu nya melahirkan Adriana sewaktu dia berusia 16 tahun. Dari situ dia belajar bagaimana untuk menjaga adiknya dan belajar erti menjadi seorang ibu.Luka sedikit pun dia tak sanggup lihat pada tubuh adiknya.
“ Ya Allah,dugaan apakah ini. Kenapa begitu tebal rasa cinta ini pada adik-adik ku ini. Tak tertanggung sakit melihat mereka menangis kerana diriku Ya Allah”
Zila menangis sehingga dia terlena di katil empuknya.
PART 8
“ Zaril dapat kol Zila?”
Zaril menggeleng. Dia mengambil penerbangan yang paling cepat bila mendapat panggilan dari ibu mentuanya sudah dua hari Zila tidak pulang ke rumah. Wang simpanan dia dan Zila terpaksa digunakan demi isterinya yang tersayang.
“ Patutlah Zaril kol Zila pun tak dapat. Nasib baik ibu kol Zaril,kalau tak Zaril still tak tahu apa jadi dekat Zila”
“ Ibu ada kol office dia?”
“ Ada ,tapi diorang maklumkan pada ibu yang Zila ambil cuti seminggu.Katanya untuk bercuti”
Zaril meraup wajahnya. Lima tahun tempoh bercinta dan tiga tahun mendirikan rumah tangga,Zila tidak pernah walau sekalipun mematikan telefon bimbitnya melainkan kehabisan bateri”
“ Sabarlah Zaril,Ibu dan ayah pasti Zila tak akan apa-apa”
Telefon bimbit Zaril berbunyi. Nombor yang tidak dikenali menghubunginya.
“ En Zaril ye?”
“ Ye saya”
Belum habis penghubungi menamatkan perbualan,Zaril mematikan telefon bimbitnya. Zaril terduduk. Dirasakan seolah-olah dunia terhenti. Air mata kelakiannya akhirnya jatuh jua. Wajah isterinya bermain di setiap ingatannya.
“ Sayang”
Zila selamat dikebumikan.Menurut pihak hospital,Zila dilanggar sewaktu sedang menyelamatkan anak kecil yang bermain di tengah jalan. Zila sempat menolak anak kecil itu,tetapi dia tidak dapat mengelak sebelum motor itu melanggarnya.Zila terpelanting dan mengalami kecederaan dalaman yang serius.
Zila menghembuskan nafas terakhir sebelum sampai ke hospital.Barang-barang Zila di Hotel tempat dia menginap di Pulau Langkawi diserahkan oleh Pihak Hotel sewaktu Zaril ke Pulau Langkawi untuk mengambil jenazah Zila.
PART 9 {FINAL}
Zaril perlahan-lahan mengambil Diari Zila. Tempat luahan hati isterinya andai ada perkara yang dia tidak mampu untuk berkongsi dengan Zaril.Sekilas lalu dia melihat,sehingga ke halaman terakhir. Satu catitan yang membuatkan Zaril hilang kata-kata.
“ Hati ini penuh rasa kasih,kasih yang Allah bagi untuk aku kongsi bersama mereka disekeliling.Namun kasihan pada suami,miliki isteri yang mementingkan diri. Biarkan dia hidup sendiri,dan aku jauh di sini.Urus pakainya aku tak peduli. Dicuba diri untuk berhijrah duduk di sisi suami,namun kasih buat keluarga menghalang langkah ini.Ya allah,aku tak mampu tuk buat pilihan. Aku ingin suami di sisi,biarlah keluarga bersamaku sekali. Berilah aku jalan yang abadi.Andai akhirnya aku tak mampu memilih,tariklah nyawa ku ini. Biarlah kasih ini tak perlu aku bahagi.Akan ku bawa bersama jasad ku ke sana nanti.”
🔚🔚🔚🔚🔚