"Ariq tolong pergi ke kedai sekejap. Belikan mak garam sepaket tepung dan gula" jerit mak dari dapur.
Ketika itu aku tengah gosok baju sekolah. Bila dengar arahan tersebut, aku mula rasa tak sedap hati. Aku bukannya nak membantah arahan dari mak aku tapi...sejujurnya aku memang tak suka langsung pergi kedai runcit dekat rumah aku tu.
"Ya mak. Sat lagi Ariq pi kedai ye. Ariq nak selesaikan gosok baju ni dulu!" balas aku.
Tak lama kemudian mak masuk bilik aku sewaktu aku sedang menggantung baju sekolah dalam almari.
"Ni duitnya," ujar mak aku sambil menghulur duit RM 50.
"Baki dia boleh tak Ariq nak belanja jajan(makanan ringan) atau dok(tak) aiskrim mak?" aku saja memaniskan muka aku agar mak lembut hati. Mak hanya tersenyum sebelum mengangguk.
Aku menyorong basikal aku dan keluar dari halaman belakang rumah. Entah kenapa aku mula berdebar-debar. Mula-mula dulu aku tak kisah tapi bila benda yang sama berlaku, aku pun naik hairan. Kenapa aku berdebar-debar sedangkan aku hanya nak pergi kedai runcit je kot.
Sebenarnya aku ada cerita seram berkaitan kedai runcit tu. Ni bukan rekaan semata-mata aku untuk menakutkan orang tapi ni real memang cerita betul, cerita yang sama juga aku dengar dari mulut orang lain pasal kedai runcit itu terutama dari ayah aku. Jadi kat kampung ni hanya ada sebuah kedai runcit. Ia mikik seorang lelaku bernama Khairul Naufal kami panggil pok cik Airul.
Pok Cik Airul ni bukan penduduk asal dari kampung ni. Dia berasal dari luar negeri. Ada yang mendakwa bahwa Pok Cik Airul ini berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Tapi aku tak pernah la nak selidik latar belakang dia sebab sejak aku lahir dia dah menetap kat sini. Dia memang dah duduk dan menetap kat sini lama, dan juga aku malas nak menyelidiki latar belakang die.
Ada yang kabo(kata) kalau, Pok Cik Airul ni mewarisi kedai runcit itu dari keluarga isteri dia. Isteri dia dah meninggal masa bersalin. Oleh kerana keluarga mentuanya tiada anak, maka kedai itu diserahkan dan diambil alih oleh Pok Cik Airul untuk menguruskannya.
Kebanyakan orang kampung akan berurusan dengan kedai runcit itu. Disebabkan mereka tidak punya pilihan lain kerana kedai yang lain jaraknya agak jauh. Tambah pula jalan masuk ke kampung kami ni agak kecil, sempit dan berbukit. Kerana itu ramai yang beranggapan takkanlah nak beli garam sepaket terpaksa pergi ke bandar hanya untuk beli itu?
Dipendekkan cerita, suatu hari aku ke kedai tersebut berseorangan. Waktu itu jam menunjukkan pukul 6:30 petang. Keadaan langit sudah hampir gelap. Dalam keadaan tergesa-gesa, aku segera turun basikal lalu masuk ke kedai.
Dalam kedai, sewaktu mencari barang, hidung aku terhidu bau busuk sehingga membuatkan tekak aku loya. Jadi, dengan cepat aku terus ambil barang dan ke kaunter untuk membayar.
Di kaunter, Pok Cik Airul berada di situ sambil matanya tajam melihat pergerakan aku melalui CCTV di depannya.
"Ni je Pok Cik!" ujarku sambil meletakkan barang di atas kaunter. Pada masa yang sama, jari aku masih menutup hidung kerana bau busuk tersebut. "Kau dah kenapa tutup-tutup hidung ni?" soal Pok Cik Airul, garang. "Pok Cik dok bau busuk ka?" soal aku dengan hairan. "Arghh ko ni mengarut je keje!!"
Aku terkejut dengan suara Pok Cik Airul yang tiba-tiba nak cekah. Dengan kasar dia
membungkus barang yang aku beli dan pulangkan duit baki dengan cara yang tidak sopan.
Melihat layanannya seperti itu aku langsung keluar dari kedai runcit tu sambil mengomel. "Takkan la tanya tu pun nak marah? dah buang tabiat ke orang tua tu? nasib orang tua kalau muda lagi dah lama aku sepak"
Selang empat hari kemudian, dekat sekolah, kawan baik aku Haikal ada cerita sesuatu kepada aku. "Semalam aku pila kedai Pok Cik Airul an. Aku ada terhidu bau busuk gile rasa macam nak termuntah aku kat situ...."
"Ya ke? bau busuk macam bangkai? " soal aku. Haikal hanya mengangguk sahaja. "Ko kene marah tak dengan Pok Cik Airul tu? "
"Dia tak de waktu tu ada anak die je Darwish kat kaunter" kata Haikal.
"Kau tahu tak apa punca bau busuk tu?" Haikal menggelengkan kepala sebelum menyambung. "Dia ada ternak haiwan kot? "
"Ish ko ni kalau die ternak haiwan ce ko fikir kalau nak ternak takkan la kat situ bodo" ujar aku sambil mencarut. "Maybe die buat secara kecil-kecilan? "
"Oi nat€ aku pernah pergi ladang ternakan dan bau die beza langsung!" kata aku sambil melihat Haikal mengangguk. Tak tahulah apa yang dia fikirkan pasal bau busuk tu.
Seminggu kemudian, cerita yang sama jugak aku terdengar dari anak jiran aku. Kata die, ayah dia pergi ke kedai Pok Cik Airul dan terhidu bau yang busuk, dan esoknya pulak ayah dia jatuh sakit lepas tu ayah dia dibawakkan ke wad.
Selepas kejadian tu aku pun curi-curi tengok dari jauh keadaan kedai runcit tu setiap kali aku balik dari sekolah. But tak de yang aneh sampai satu masa aku curi-curi lah tengok lagi, tiba-tiba ada yang menyapa aku.
"Tengok apa tu nak?" soal orang tua berusia sekitar 90-an. "Errr..." aku macam serba salah nak jawab. "Kamu melihat kedai itu ya nak?" Arghh akhirnya aku cuba mengangguk...."Pak Cik tahu apa yang terjadi..." kata pak cik tua itu. "Maksud Pak Cik?"
Orang tua itu menarik nafas yang panjang lalu berkata. "Pak Cik tak tahu apa yang si Airul tu buat tetapi ia sudah salah terus terang Pak Cik kata..Pak Cik memang tak suka cara yang dia telah buat itu..." kata Pak Cik itu. "Airul itu...'Membela Sesuatu'..."
"Hah?! " aku terkejut bukan main.
"Kalau kamu pernah ke kedai dia...dan terhidu bau sesuatu...maknanya benda yang ia bela itu telah memakan bangkai....."
Aku keliru dan tak tahu apa yang diorang kata..."Orang lain mungkin tidak nampak tetapi..dengan sedikit ilmu yang Pak Cik ada ni Pak Cik tahu..kalau Airul tengah buat semua benda ni sebab nak leriskan perniagaan dia, Airul.. Airul..." ujar Pak Cik itu sambik menggelengkan kepala.
Mungkin dia sedikit kesal tapi aku masih tak berganjak, terpinga-pinga dengan apa yang aku dengar sebentar tadi. "Bela sesuatu? Toyol ke? "
"Pak Cik tak tahu tetapi.. yang pasti Airul dah buat benda yang tak patut ia lakukan dan dilarang... kesiankan kat orang kampungla kalau benda ni berterusan.."
Aku hanya mampu mengangguk sambil mendengarkan kata-kata itu...