700 tahun lalu.
Seorang lelaki sedang duduk di salah sebuah ruang yang agak begitu gelap sambil duduk bersila di sana. Matana terpejam rapat seakan ingin melakukan sesuatu disana. Lelaki itu duduk bersila serta khusyuk mengucapkan beberapa kata-kata seperti doa.
"Aku menginginkan kehidupan yang abadi dan tetap awet muda selamanya." Ucapnya didalam pertapaannya.
Lelaki yang menggunakkan baju kemeja hitam serta memiliki sepasang mata yang tajam seperti elang itupum akhirnya mengangkat kedua tangannya sedikit lalu mengambil satu botol kaca berisikan darah segar di dalamnya.
"Jika aku terus meminum darah segar ini, aku akan terus awet muda selma tujuh ratus tahun yang akan datang, hahaha. " Ucapnya lalu meneguk habis botol yang berisi darah itu.
Selesai melakukan semedinya, dia lantas bangkit dari duduknya lalu merenggangkan sedikit ototnya. Akhirnya, setelah empat puluh hari dia bersemedi, kini dia dapat kembali seperti biasanya.
Lelaki itupun melangkah keluar dari ruang tersebut lalu melangkah menuju singgahsananya.
"Selamat kembali suamiku. Akhirnya pertapaanmu telah usai." Ucap seorang wanita cantik yang merupakan seorang ratu.
"Kau telah lam menunggu ku?" Tanya lelaki itu dengan nada sinisnya.
"Sudah tentu aku sangat lama menunggumu, suamiku." Balas wanita itu seraya merangkul lengan kekar suaminya itu.
Lelaki itu menatap sinis ke arah sang wanita. Tak ada sedikitpun rasa rindu mahupun cinta didalam hati sang lelaki. Jika bukan kerana kekuasaan, mungkin sudah lama wanita itu ia tendang keluar dari istananya.
"Jika kau begitu merindukanku, maka lakukanlah apa yang harus kau lakukan untukku." Ucap lelaki itu yang kemudian matanya mula menyala merah.
"Dengan senang hati, suamiku." Jawab wanita itu yang kemudian berbaring di pangkuan suaminya itu.
Wanita itu sama sekali tidak tahu apa yang dilakukan oleh lelaki yang disebutnya sebagai suami itu. Lelaki yang dianggap sebagai suami itupun tersenyum penuh makna. Tak lama sepasang gigi taring pun muncul beserta mata yang menyala merah. Tak lama gigi taring itupun menancap ke leher putih sang wanita hingga menitiskan cairan merah.
"Aaaa." Jerit wanita itu sebelum akhirnya jatuh pengsan.
"Syazy!" Panggilnya.
Tak lama datanglah seorang lelaki yang berbadan kekar menghampiri tuanya.
"Ya,Tuan." Balas Syazy seraya mengangguk.
"Kau buang perempuan ni tempat kawasan perumahan warga. Aku dah tak perlukan dia lagi." Ucapnya memberi printah.
"Baik,tuan." Balas Syazy yang kemudian merangkul tubuh ramping seorang wanita yang berada di baringan tuan mudanya itu.
Syazy dapat melihat kesan gigitan yang ada di leher kanan wanita itu yang menandakan dirinya sudah menjadi santapan sang raja.
"Jangan lupa kau carikan aku perempuan lain lagi habis ni." Titahnya lagi dan hanya diangguki oleh Syazy.
Syazy sudah faham bagaimana tuannya itu. Lelaki itu akan mencari darah segar hanya untuk mencapai keabadian semata. Tuanya akan mencari mangsanya yang msih muda untuk dijadikan santapan setelah empat puluh hari pertapaan. Biasanya yang menjadi mangsa adalah seorang wwanita kerana wanita lah yang paling banyak mengeluarkan darah berbanding lelaki.
Syazy melangkah keluar sambil menggopoh tubuh seorang wanita keluar dari kawasan hutan yang cukup lebat. Syazy membawa wanita itu hingga sampai ke pinggiran hutan berhampiran dengan perkampungan. Syazy kemudian meletakkan tubuh sang wanita yang masih pengsan itu dihujung jalan sebelum akhirnya dia pergi meninggalkan wanita itu sendirian.
"Maafkan aku. Aku terpaksa melakukan ini semua agar aku tak menjadi amukkan sang raja. Sekali lagi, maaf." Ucapnya perlahan sebelum dia menghilang.
Syazy kemudian pergi mencari beberapa orang wanita untuk dijadikan mangsa untuk sang raja.
"Saya sudah menyediakan beberapa orang wanita untuk tuan muda." Ujar Syazy seraya menganggukkan kepalanya.
"Bagus. Sekarang kau boleh pergi." Ucap lelaki itu sambil tersenyum.
Syazy hanya menurut perintah raja mudanya itu. Seorang raja yang begitu dikenal dengan sifat dan sikapnya yang begitu kejam itu.
**
Sementara di sebuah perkampungan, sesusuk tubuh telah dikelilingi oleh beberapa orang yang kebetulan lalu-lalang di sana.
"Kesian wanita ni, dia sudah tak bernyawa." Ujar salah seorang penduduk kampung.
"Ada bekas gigitan di leher kanannya." Tambah penduduk yang lainnya pula.
"Kita bawa dia ke ketua kampung. Tak mungkin kita tinggalkan dia di sini." Ujar seorang pemuda.
Tubuh sang wanita yang tak sudah tak bernyawa itu pun di angkat dan di bawa ke rumah seorang ketua kampung di kampung tersebut. Beberapa orang yang melihatnya merasa hiba akan keadaan wanita yang malang itu.
"Assalamualaikum Encik Rais." Sapa seorang pemuda.
"Wa'alaikumsalam Aris. Ada apa ramai-ramai ni?" Tanya Encik Rais yang merupakan ketua kampung di sana.
"Maaf mengganggu encik. Kami semua nak hantar wanita yang sudah tidak bernyawa ni. Dia memang sudah tak bernyawa dan ada bekas gigitan di leher sebelah kanannya encik." Terang pemuda itu yang bernama Aris itu.
Lelaki paruh baya yang dipanggil Encik Rais itupun nelirik sekilas ke aeah wanita yang sudah tak bernyawa itu sebelum mimik wajahnya berubah suran.
"Cepat bawa dia masuk." Arah Encik Rais tegas.
Para penduduk kampung pun berubah suram.
"Kesian wanita ini. Dia sudah menjadi mangsa iblis." Ucap Encik Rais perlahan.
"Memang ada apa sebenarnya Encik?" Tanya Aris ingin tahu.
Encik Rais menghela nafas berat. Seketika dia bersandar di kerusi kebesarannya.
"Setelah sekian lama, akhirnya dia memunculkan diri. Untuk sekarang kita kuburkan dulu mayatnya. Kesian wanita itu. Setelah itu saya akan menjelaskan semuanya." Titah Encik Rais memberi perintah.
Para penduduk itu pun mengangguk lalu segera menguruskan apa yang patut untuk menguruskan pemakaman si wanita yang tidak tahu siapa namanya itu.
Sementara di istana. Seorang lelaki yang kini sedang duduk di singgahsananya telah melihat segalanya melalui cermin miliknya. Lelaki itu tersenyum jahat hampir tertawa.
"Hahaha. Manusia bodoh! Mungkin sekarang kamu senua selalu saja mengganggu kesenangan ku! Dari dulu kamu semua selalu saja menjadi penghalang. Tak akan aku biarkan kamu semua menggagalkanya! Kamu semua harus menerima akibatnya!" Ucapnya dengan perasaan marah.
Lelaki itu lantas melangkah menuju ke sebuah ruang yang cukup gelap.
"Pastikan tak ada siapa pun yang datang mencari ku, faham?" Titahnya kepada tangan kanannya, Syazy.
"Baik tuan." Balas Syazy seraya mengangguk.
Lelaki itu pun melangkah masuk ke dalam ruang yang gelap tersebut lalu memulakan pertapaannya.
*
"Jangan pernah kau mencuba mengganggu anak cucu Adam! Kau kembali lah ke tempat asal mu wahai iblis!" Ucap Encik Rais dengan nada tegasnya memberi perintah.
"Haha..Kau ingat kau siapa hah? Kau hanyalah manusia yang lemah tak berdaya! Jadi jangan pernah kau mencuba mengganggu kesenangan ku, apapun itu kalau tak kau akan tau akibatnya!" Ancam lelaki itu dengan penuh penekanan.
"Jangan kau ganggu kesenangan ku! Kau memang manusia yang tak berguna!" Sambung nya lagi.
"Sebenarnya apa yang kau inginkan? Kenapa kau mengganggu para manusia terutama para wanita?" Tanya Encik Rais mencuba memujuk.
Lelaki itu seketika diam dan tidak menjawab. Sebaliknya dia menyerang Encik Rais sehingga lelaki paruh baya itu tersungkur ke tanah.
"Kau tak perlu tahu dan itu bukan urusan mu!"Jawab si lelaki dengan penuh rasa marah.
Lelaki itu terus-menerus memukul Encik Rais hingga akhirnya lelaki paruh baya itu tak berdaya dan akhirnya mati di tempat.
Peristiwa berlangsung selama berabad-abad di mana sang raja iblis yang tak tahu namanya itu terus saja menghabisi para manusia tidak berdosa demi kepuasan serta kebencian yang mendalam.