Namaku Alex. Aku merupakan seorang detektif yang bekerja di balai polis kawasan tempat tinggalku. Dari kecil aku sudah diasuh oleh kakekku. Ibu bapaku? mereka masih hidup. Tapi mereka ialah antara ibu bapa yang sibuk bekerja dan hidup seperti tiada beban. Aku sangat akrab sama kakek. Kakek ialah satu- satunya orang yang sentiasa ada untukku.Nenek?. Aku ngak punyai nenek. Kakek kata nenek telah lama meninggal. Tetapi setiap kali bicara tentang nenek, kakek ngak pernah memberitahu aku mengapa sebab nenek meninggal. Aku hanya terfikir mungkin perkara ini menyakitkan bagi kakek jadi aku pun berhenti bertanya. Ha... kini kakekku telah tiada. Kakek baru sahaja meninggal akibat serangan jantung. Hidupku terasa kosong. Jiwaku terasa hambar. Ibuku selalu meneleponku memujuk supaya aku tinggal bersama mereka di United Kingdom(UK). Aku menolak. Aku berhasrat untuk menjaga rumah peninggalan kakek ini . Lagian tempat kerjaku di sini.
Tuk!! bunyi barang jatuh itu menyedarkan aku dari lamunan. Bunyi itu datang dari tingkat atas. Aku segera mengambil pistolku dan menaiki tingkat atas. Aku terdengar bunyi yang cukup halus datang dari kamar kakek. Aku terus menendang pintu kamar kakek dengan keras sambil mengacukan postolku . Haa... aku menurunkan pintolku apabila melihat kelabu iaitu kucing kakekku berdarah kerna baru sahaja melahirkan. Lantai dan karpet kamar kakek sudah kotor dengan darah kelabu .Aku turun ke tingkat bawah untuk mencari jika ada kotak untuk menjadi tempat tinggal kelabu untuk sementara.
Aku memindahkan kelabu dan anak- anaknya ke dalam kotak dengan berhati-hati. Aku membersihkan lantai dan karpet dengan berhati-hati. Ketika aku membersihkan karpet di kamar kakek, Aku tersentuh sesuatu di bawah karpet. Aku melihat apa yang terdapat di bawah karpet. Aku terkejut apabila terlihat sebuah ruang rahsia berkunci di bawah lantai. Ruang itu sangat kecil dan hanya memuatkan mungkin barang- barang pribadi kakek. Perasaan ingin tau aku terlalu kuat. Aku berlari ke bawah mencari semua kunci yang ada dalam rumah. Aku mencoba setiap kunci tetapi tiada satu pun kunci yang sesuai. Aku menghela nafas dan berfikir seketika. Aku mencari alatan tajam yang bisa memecahkan kunci itu. Aku mencungkil kunci itu sehingga berbunyi TAKK!! bunyi sesuatu patah. Aku tersenyum gembira dan membuka ruang itu. Terdapat sebuah buku lama berkulit hitam. Aku melihat- lihat dalamnya. Terdapat beberapa helaian yang telah terkoyak dan ada kesan bakar. Ada juga kesan merah separti darah pada beberapa helaian. Isi buku itu hanya mengandungi nama-nama orang dan juga beberapa lukisan orang. Lukisannya juga seperti zaman dahulu kerana cara pakaian mereka dan tulisan yang ngak bisa dibaca seperti tulisan purba. Aku bingung. Mengapa kakek menyimpan buku ini di tempat rahsia seperti buku ini amat penting. Ponselku menjerit membuatkan aku kaget . Hello... aku terus berlari menuju ke mobilku setelah diberitahu ada kes kecurian . Aku masuk ke dalam mobil . Aku baru tersedar aku membawa buku itu bersamaku. Aku ngak punya waktu untuk meletakkan buku itu di rumah . Aku melemparkan buku itu ke tempat duduk penumpang dan memulakan pemanduanku.
Aku menghentikan mobilku di depan balai polis. Terdapat beberapa orang yang sedang bergaduh dan coba ditenangkan oleh beberapa anggota polis. Aku menghindar perbalahan itu dan terus memasuki balai. Hei Alex laporan untukmu!! Johny meletakkan beberapa helai laporan kes curian itu di atas meja kerjaku. Aku melihat-lihat laporan itu. Mencuri mobil?? tanyaku kepada Johny. Johny hanya mengangkat bahunya menunjukkan dia pun ngak tau. Johny dalam 5 minit lagi aku mau bertemu dengan saspek . Johny hanya mengangkat ibu jarinya menunjukkan isyarat baiklah. Aku mengambil pen dan mencari kertas laporan ke ruang penyiasatan.
Aku menemui aspek pertama iaitu Luis Bernade. Luis ialah orang yang sangat tenang dan amat membantu. Luis berkata mobilnya telah dicuri kemarin . Dia memparking mobilnya di depan rumah dan pada waktu malam dia terdengar bunyi cermin pecah. Dia terus melihat ke luar jendela dan melihat seorang lelaki bertopeng cuba untuk melarikan mobilnya. Luis segera mengejar maling itu dan membaling kayu besball miliknya. Kayu itu mengena pada kaki maling itu. Maling itu terjatuh menjerit kesakitan lalu melarikan diri menaiki mobilnya. Terima kasih encik Luis atas keterangannya. Anda bisa pulang dahulu dan serahkan sahaja masalah ini kepada kami. Saspek seterusnya . Kesemua saspek telah memberi keterangan, ini terserah anda mau mencari pelakunya , bicara Johny yang masih segar diingatanku. Aku memandu mobil untul pulang ke rumah.
Aku mematikan mobil di depan rumah.Uh!!!...rasanya lelah sekali . Aku memegang pundakku sambil mengurutnya. Aku mengambil buku tadi yang aku campakkan di tempat duduk penumpang dan membawanya masuk. Aku mandi menyegarkan diri lalu duduk di dapur untuk melihat hasil laporan tadi secara menyeluruh. Buku itu seperti menghantui aku. Dimana sahaja pasti ada. Buku itu seperti mau aku menggunakannya. Aku hairan . Aku mengambil buku itu dan jadikan ia notaku. Aku menulis semua kemungkinan dan nama saspek bermula dari yang paling mungkin adalah maling . Aku menulis hingga tanpa sedar aku tertidur. Jangan! Letakkan! Bakar ia! Hancurkannya! Padamkan ia! suara keras mengganggu tidurku. Aku tersedar. Aku tidur beralaskan buku itu. Aku menggosok mukaku dengan kedua tapak tanganku. Haa...mimpi aja. Aku berjalan ke kamarku meninggalkan buku itu di atas meja di dapur.
Pagi. Bunyi kicauan burung seperti dodoian untukku. Ponselku berbunyi membangunkan pemiliknya. Tanganku merapa- rapa keberadaan ponselku. Hello...aku terus bangun kerana kaget yang teramat. Aku segera bersiap ke hospital. Kedatanganku disambut dengan suara tangisan ahli keluarga si mati. Alex! . Johny memanggilku dan menunjukkan nama kesemua mangsa yang mati. Aku kaget. Kesemua saspek kecurian mobil yang kemarin aku jumpa semuanya sudah mati. Aku terduduk kaget. Bagaimana ini terjadi??Johny berkata kematian mereka sangat misteri. Tidak seperti dilakukan oleh manusia atau haiwan. Mereka mati mengering. Aku meneunjukkan reaksi pelik. Johny membawaku melihat mayat mereka. Mayat mereka seperti bangkai kering yang menunjukkan bentuk tulang mereka. Doktor dan ahli forensik ngak bisa menjelaskan punca kematian mereka. Penduduk kawasan tersebut mula menyebarkan rumor bahawa ada sumpahan untuk orang-orang jahat.Sumpahan itu menuebabkan tubuh mereka mengering seperti bangkai tanpa darah. Rumor ini menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan.
Misteri . Tiada kata lain yang dapat aku ucapkan tentang masalah ini. Alex kita ada kes baru, ucap Johny. Aku hanya mendiamkan diri. Kes kali ini tentang penculikan kanak-kanak. Ada beberapa saksi yang melihat kejadian itu telah disoal siasat. Kanak -kanak tersebut bernama Maria berumur 6 tahun telah diculik ketika keluar bermain di taman berhampiran rumahnya. Saksi mengatakan bahawa ada seorang lelaki sekitar 30 tahun , muka bujur, berkumis nipis , mata sipit, berhidung mancung memakai topi mengaku sebagai pamannya telah menjemput Maria menaiki mobil berwarna birunya.
Pasti lelaki itu yang menculiknya- bicara Johny. Mungkin - bicaraku sambil cuba melukis wajah saspek dalam buku yang aku jumpa di kamar kakek. Lukisanmu lumayan ya-cetus Johny. Aku hanya tersenyum hambar. Apa bisa kau lukiskan gambarku pula?. Johny membuat reaksi membujuknya kepadaku. Baiklah. Bilangku singkat.
Seperti biasa , aku akan melanjutkan penyiasatanku walaupun di rumah. Aku mencari setiap data dan gambar yang menyerupai saspek yang aku lukis dalam buku itu.Tik! Tik! Tik! bunyi jariku yang bebas menari di atas papan kekunci. Akhirnya...getusku teruja. Aku akan menangkapmu. Aku berlari mengambil ponsel dan kunci mobilku dan menalifon agar meminta bantuan menangkap saspek kerna aku sudah mendapatkan alamat saspek.
Anggota polis datang mengepung rumah saspek . Kami memecah masuk rumahnya. Kami memeriksa setiap inci rumahnya sehingga kami memasuki sebuah gudang di belakang rumah saspek. Semakin dalam kami masuk semakin kuat bunyi tangisan kanak-kanak. Kami kaget melihat seorang kanak-kanak perempuan diikat pada kerusi dan mulutnya ditutup dengan kain sedang menangis ketakutan. Matanya ngak bergerak melihat kehadapan seperti trauma. Kaget. Ayat yang dapat menerangkan mayat saspek yang sudah mengering.
Apa namamu Maria? tanyaku kepada kanak-kanak perempuan di hadapanku. Dia hanya mengangguk . Mungkin masih dalam ketakutan. Apa boleh kamu ceritakan kepada om tentang apa yang berlaku kepada om yang menculik kamu itu? Dia mengangguk lagi.Haaaa....keluhku. Johny apa kau percaya dengan semua ini?? tanyaku kepada Johny. Seperti biasa Johny hanya mengangkat bahunya. Aku membaca kembali keterangan kanak-kanak itu. Saspek tiba-tiba meraung sambil memegang lehernya seperti tercekik . Saspek seperti coba melawan sesuat. Dirinya terangkat dan darahnya terus terhisap habis . Terdapat bunyi seperti sesuatu menghirup sesuatu. Itu sahaja???tanya Johny kepada aku. Aku mengangguk mengiyakan. Apa kita bisa percaya sama anak kecil? tanya Johny lagi. aku hanya menunduk ke bawah. Aku buntu. Hei Alex! apa gambarku udah siap? tanya Johny. Aku terus menepuk dahiku. plak!! waduh sorry banget , pokoknya aku lupa. Jangan kawatir ya aku akan lukis sekarang. Aku mengambil bukuku. Aku mula melukis gambar Johny berpandukan wajahnya. Dalam beberapa minit aku pun berhenti. Siap. Aku menunjukkan gambar itu kepadanya. Wah! ternyata ganteng banget aku ya. Tiba- tiba ....aaaa...... suara raungan kesakitan dari Johny. Kau mengapa? aku mula panik. Waktu ini tiada siapa di balai kerana sekarang adalah waktu rehat. Hanya ada aku dan Johny sahaja. Reaksi Johny sama seperti reaksi kematian saspek yang diberitahu oleh anak kecil bernama Maria .Aku terdiam tiada hala tuju apabila melihat Johny tiba-tiba terapung di udara .Tubuh Johnh perlahan-lahan menjadi kering tidak berdarah. Terdapat bunyi seperti seseorang menyedut sesuatau berbentuk cecair. Seluruh tubuhku menggeletar kuat menunjukkan ketakutanku. Mayat Johny yang sudah kering tiba-tiba jatuh.
Aku terlalu trauma akibat kejadian yang baru sahaja berlaku di depanku. Aku diberi cuti agar dapat menenangkan mentalku yang mengalami shock hebat. Otakku sakit. Aku ngak tahu mau buat apa. Aku cuba menenangkan diri dengan mandi. Selepas itu aku mula berfikir dengan benar.Aku mula mengingat kembali apa yanga terjadi sebelum Johny mati. Apa kerna buku ini? tanyaku kehairanan. Aku berlari ke kamar kakek sambil membawa buku itu. Aku duduk menghadap kotak yang berisi kelabu dan anak-anaknya. Aku terlalu sibuk sehingga ngak punya waktu untuk mencari rumah baru untuk kelabu. Aku terpaksa membiarkan kelabu tinggal dalam kotak bersama anak-anaknya dalam kamar kakek.
Aku mula seperti hilang kewarasan ketika aku menulis nama kelabu dalam buku itu. Bunyi raungan kelabu mula kedengaran. Aku kaget. Aku terus kembali ketakutan. Kewarasanku seperti tidak berfungsi. Kelabu mulai terangkat ke atas .Bunyi tangisan anak-anak kucing itu seperti memanggil ibunya membuat aku kembali waras . Aku terus memadam nama kelabu dari buku itu. Kelabu yang sedang terangkat pun jatuh tetapi masih hidup. Aku seperti diberi oksigen dan bernafas kembali. Aku melemparkan buku itu agar menjauh dariku. Buku itu terlempar dan terbuka di muka surat yang menunjukkan seorang gadis muda yang cantik bernama Elizabeth Smith. Kini aku mengerti mengapa kakek ngak pernah memberitahuku tentang kematian nenak. Aku mulai memahami segalanya. Buku ini sangat berbahaya bicara hatiku. Aku bangun dan membawa buku itu ke dapur . Aku membuka dapur gasku dan melemparkan buku itu ke dalam api. Buku itu tidak terbakar malah apinya semakin besar menyebabkan pancutan air membasahi dapur.
Aku coba untuk mengoyakkan buku itu sehingga tinggal sehelai kertas. Buku itu bagai hidup tidak mahu melepaskan helaian terakhirnya. Aku mengambil gunting dan mengguntingnya. Kertas itu bagai besi yang tidak bisa putus. Aku buntu. Aku berlari ke kamar kakek dan memasukkan buku itu ke tempat asalnua. Aku mengambil paku dan memaku ruang itu . Aku berasa masih kurang lalu aku membeli simen dan aku menyimen kembali kamar kakek.
10 tahun pun berlaku- getusku perlahan. Aku sudah berhenti menjadi detektif. Aku merahsiakan perkara ini daripada orang lain. Aku menutup rahsia ini serapat-rapatnya. Aku mula berkhidmat sebagai paderi di geteja kawasan rumah tempat tinggalku. Aku mencuci segala dosa-dosaku. Ibu bapaku sudah putus asa dengan menasihatiku agar membina keluarga sendiri. Aku terasa aku kotor dan tidak layak untuk semua itu.Aku berjanji akan menjaga buku itu selamanya dan berbuat baik bagi mencuci dosa- dosaku.