Jika hidup zaman kanak-kanak, remaja, dewasa penuh kebahagiaan & cerita penuh kenangan Manis. Berbeda kisah hidup ku.
Ramai adik beradik tidak menjamin Saling menjaga, hidup ada ibu bapa menjaga & beri rasa Selamat dalam keluarga besar.. Hidup ku berbeda Dari kanak-kanak di paksa dewasa,, di lecehkan oleh family sendiri & di asing oleh family sendiri seperti orang asing dalam family. Di sebut pembawa sial & tidak di anggap.
Hidup miskin,parent kaki mabuk.. Makan...? Bersyukur kalau ada nasi putih.. Ku sedari kecil sudah berjalan melusuri rumah-rumah untuk mencari tin kosong,sisa besi untuk di jual demi mendapat duit Membeli makanan yang termampu.. Kadang melusuri jalan-jalan yang tumbuh sayur liar seperti daun ubi... Ku akan memungut sebanyak yang mampu & ada.. Ku jadikan jualan keliling kampung.. Ku tidak pernah meminta & mencuri walau sepayah apa pun hidup ku..
Umur ku 10tahun,aku hilang harta paling berharga bagi seorang perempuan. Aku di lecehkan.. Meski pun begitu,aku tidak tahu tentang hal ini sebab aku tidak pernah di ajari tentang seks & jaga diri.. Otak ku polos,ku juga tidak beritahu sesiapa..
Ketika meningkat remaja,Umur 15 belajar sains di sekolah belajar tentang hubungan badan. Cikgu juga menerangkan selanjutnya.. Aku baca & mendengar penjelasan Cikgu,seketika blurr... Fikiran ku melayang tentang terjadi pada diri ku.. Sadis juga,ku tidak sedar ku menitiskan airmata di kelas.. Cikgu menyedari & mendatangi ku di tempat duduk,dia bertanya kenapa.. Ku hanya menggelengkan kepala. Dia pesan habis kelas menemuinya di pejabat..
Aku pergi menemui Cikgu sains tu,dia adalah guru
kaunseling.. Dia ajak ku duduk. Ku tanya ada apa Cikgu memanggil..
Kamu kenapa..? Saya melihat kamu ada masalah,,kenapa kamu..? Katanya.
Tiada Cikgu,,mata masuk habuk..
Cikgu merasa kamu menyembunyikan sesuatu,Cikgu perasaan semasa saya menerangkan di hadapan kelas,muka kamu menunjukkan banyak pertanyaan & air muka kamu sedih.. Ada apa..? Tanya nya lagi..
Aku dengan rasa berdebar & mata berkaca-kaca menahan rasa yang bermacam di fikiran & perutku terasa ada yang berpusing...
Tidak apa,jangan segan meluah. Jangan takut. Tambah Cikgu tu pada ku. Aku berdiam & bersenyum kecut,lalu minta izin Cikgu balik ke kelas.. Aku tidak meluahkan unek-unek di hati ku..
Bertahun berlalu,,umurku 18 aku Mula berkerja sementara menunggu result Sijil Pengajian Malaysia. Pertama Kali kenal dunia kerjaya & bergaul dengan pelbagai ragam manusia. Umur ku belum genap 18,namun demi kerja yang menerima ku untuk part time di sebuah kelab judi, ku di terima. Memakai skirt pendek,guna high heal.. Aku canggung sebab ku tidak pernah.. Demi apa pun,aku cuma buat kerja membuat minuman pelanggan & membersihkan tempat meja judi. Kes buli di sekolah fikir akan berakhir habis sekolah. Rupanya semasa kerja juga rakan kerja melakukan sama.. Hidup di sudutkan,, di fitnah menjadi perempuan murahan adalah makanan bagi memburukkan & menjatuhkan aku supaya aku berhenti kerja.. Aku still berkerja tanpa peduli kata-kata mereka selagi tidak meninggalkan bekas di tubuhku..
3bulan bekerja,result sekolah keluar.. Aku Lulu's & aku boleh menyambung sekolah ke Universiti.. Aku gembira... Rupanya,,hidup ku berakhir ibu ku merendahkan aku. Menyumpahi anak yang tidak pernah di anggapnya.. Aku mencari Universiti yang menyediakan biasiswa.. Ku apply & berharap ku menerima biasiswa.. Angan-angan ku berkecai,, tiada biasiswa untuk ku..
Aku gunakan gaji bulan terakhirku untuk berhijrah mencari kerja jauh dari family ku untuk ku sambung belajar,aku tiada kawan seperti orang lain.. Ku pergi dari rumah tiada yang peduli pun. Lucu hidup ku,, pasrah takdir ku.. Berdikari dari kecil mengajarku bertahan apa pun situasi. Duduk di perhentian bas besar awal pagi menunggu kedai or tempat ku mahu tuju mencari kerja yang ada hostel.. Ku menaiki bas dari daerah tempatku jam 7petang.. Sampai destinasi 4.30pagi.. Ku duduk 3jam sambil memeluk beg rensel ku.. Ada pemandu tekdi bertanya kalau mahu di hantar tujuan,ada menanya adakah yang menjemput,ada bertanya menunggu siapa.. Ku cuma senyum cakap tunggu matahari terbit ku mahu naik bas lain lagi untuk pergi tempat tujuan. Ada yang offer menghantar.. Ku berterima kasih,ku berjaga-jaga.
Hidup tidak mudah di tempat baru yang pertama kali hidup tanpa sesiapa.. Nasib ku berubah ketika terjumpa seseorang. Dia seseorang yang membantu tanpa meminta imbalan,sering di belakangku.. Aku bukan kekasihnya,aku bukan sahabatnya.. Tapi dia begitu posesif, aku sampai tertanya-tanta demi apa..?? Dia keluarga pertama yang mengagap ku wujud.. Dia orang yang aku tidak kenali,menjaga ku melebihi segalanya. Dia orang ku elak dekati.. Kehadirannya di sekitarku membuatku tidak selesa.. Aku cuma menjalani hidup sehari-hari ku normal. Tinggal bilik sewa cukup badan ku yang kurus ni berbaring & beg pakaian ku terletak.. Tidur berikar gulung.. Aku tidak kisah janji duit ku kumpul untuk sambung belajar tersimpan. Jika pergi & balik kerja sanggup berjalan kaki selama 1jam agar duit lagi hemat. Anggap ku bersenam setiap hari.
Dia yang diam-diam mengekori ku. Dia kehairanan dengan hidup ku tidak seperti para gadis yang suka berpesta,hidup berwarna & punya kawan. Aku kosong... Aku hidup tiada warna.. Aku tiada sesiapa untuk berkongsi.. Dia mencuba mendekati ku,berkenalan untuk jadi kawan.. Aku cuma mampu tersenyum,itu sahaja ku ada untuk segala jawapan orang-orang.. Aku jarang bercakap kalau tiada keperluan dalam pekerjaan.. Entah apa yang boleh di terangkan tentang hidup ku..
Dia orang pertama jadi kawan di depan ku. Dia banyak membantu mewarnai hidup ku. Mengenalkan aku sisi gelap. Dimana orang akan tunduk.. Dia tidak suka kediam ku terhadap sekitar ku yang menyudutkan aku tanpa aku membalas sakit di jiwa ku.. Aku memaafkan semua,ku tidak mempermasalahkan segala yang terjadi pada ku sebelumnya. Tapi tidak baginya...
Kemewahan...?? Aku tidak pernah bermimpi.. Apa lagi menaiki kereta pun satu kebetulan teksi.. Dia membuatku merasa hidup ku merasa wujud.. Aku di masukkan ke Universiti,dia bayar yuran. Dia beri ku rumah & kereta.. Aku di bawa ke tempat - tempat percutian, makan ternama. Merasa pelbagai makanan yang belum pernah ku rasa dalam hidup ku. Terkadang membawa ku untuk aku di kenali oleh orang-orang sisi gelapnya. Meminta menjaga ku. Dia cerita siapa dirinya pada ku..
Aku senyum mendengar tanpa mempersoalkan hidup & pilihan jalan hidupnya kerana hidupku pun biasa saja. Ketika ku bertanya kenapa menjaga ku, dia jawab aku tanggungjawab ya untuk di jaga. Bila ada lelaki yang menghampiri untuk berkenalan, dia bersiap menyuruh ku menjaga jarak.. Aku mengikuti tanpa bantah.. Aku cuma tahu belajar, bekerja part time juga.. Walau dia melarang ku,aku tidak mahu bergantung dengan nya 100%, aku bukan adik,kekasih atau isteri nya.. Aku cuma minta jangan larang ku berdikari sebab aku terbiasa hidup mencari duit untuk sehari ku.. Ya walau dia mampu & memberi ku pelbagai,, duit hasil sendiri bagi ku sesuatu yang bermakna. Aku berterima kasih pada nya untuk hari-hari berwarna ku selama 4tahun..
Beranjak umur ku 22tahun,dia tetiba menghilang di telan bumi.. Sedikit lagi masa lagi Lulus diploma.. Aku mencari & merasa kehilangannya. Ku pergi ke tempat-tempat pernah dia bawa jumpa orang-orang nya,namun tiada seorang pun tahu & jawab. Ku ingin sekali melaporkan kehilangan,ku ingat sisi gelapnya,ku urung niat ku.. Setahun berlalu,, ku dapat perkerjaan bidang swasta.. Aku masih
stay di rumah & mengguna kereta dia beri,menunggu nya.. Orang-orangnya yang sering ku temui makin menghindari ku.. Terasa kosong semula hidup ku.. Hilang warna..
5tahun selepas berhijrah,family tidak pernah mencari ku.. Ku balik menemui mereka,,yang ada ku di usir.. Begitu Benci kah pada ku,salah ku apa...?? Sebelum ku lahir memang garis hidup memang miskin hingga kini masih miskin tapi kenapa tidak pernah menerima ku.. Ku balik menjauh,balik bekerja.. Jalani hari-hari ku. Pergi balik kerja.. Orang cop ku sombong. Aku tidak peduli,ku hanya perlu kerja saja.. Aku tiada masa melayan karenah keliling ku, ajakan mereka untuk keluar.. Perayaan ke-15tahun syarikat akan di adakan,semua pegawai wajib hadir.. Aku datang tanpa teman, menyibukkan diri ku dengan makanan.. Walau kurus,nafsu makan ku besar tapi tidak naik badan..
Dalam sibuk mengambil manisan,seseorang bukan rakan kerja di syarikat menegur ku. Ya jurus handalan ku senyum & tunduk angguk terus blahh... Dia ekori aku.. hahaha.. Aku risih sebab duduk di sebelah ku.. Hi aku Vicky sambil menghulurkan tangan nya. Ucrea, jawab ku.. Simple. Vicky bercoloteh banyak buatku pening.. Ku malas menjawab. Aku tinggalkan pesta. Beranjak awal..
Setiap hari,ku menerima bouquet di office. Terkadang lunch box. Aku juga menerima sms kadang MMS dari Vicky.. Mengajak ku keluar. Beberapa Kali ku tolak,akhirnya ku iyakan.. Aku mahu semua nya berakhir,jangan lagi beri aku bunga or something.. Aku tidak ingin ada komitmen. Vicky tidak berputus asa,still bersabar untuk mendekati.. Aku cuba menerima & berkawan. Jadi kawan ke-2 dalam hidupku.
Vicky mempunyai seorang adik perempuan sebaya aku,ku tua bulan.. Family nya di Singapore,dia sendiri di kota besar ini. Vicky kata parent nya sudah cerai. Hidup ku tidak ku cerita tentang diri ku siapa, biarlah kenal apa yang di lihat saja. Lagi pun,kàmi cuma biasa kawan yang habiskan masa nonton wayang & road tripping bila hujung minggu or public holiday.. Aku tidak lagi pergi mencari tahu tentang dia..
Vicky melamarku setelah kawan 2tahun.. Aku terkejut & kenapa aku..? maaf ku tidak boleh balas. Aku merasa di titik terendah,hilang kepercayaan diri & menghindari komitmen.. Vicky,selama 2tahun kita habiskan masa apakah cukup kau kenal aku.??
Aku banyak berdiam untuk soalan-soalan tentang diri ku,family or rakan ku.. Maaf,aku tidak layak.. Vicky bersungguh-sungguh menyatakan sanggup menunggu ku & tidak peduli apa pun,asal ku menerima diri nya..
Lamaran Vicky ku terima.. Kàmi bernikah hukum negara.. Kàmi tidak pergi gereja untuk Agama.. Tanpa kedua belah family kàmi.. Vicky ku bawa stay di rumahku. Vicky meminta ku untuk pindah di rumahnya. Aku terasa berat tinggalkan rumah pertama yang hangat.. Aku jadikan properti sewa..
Usia 29,aku mengandung. Melahirkan anak lelaki..
Dia muncul 🥺.. Dunia ku gembira,, ku lupa ada suami & anak.. Dia datang kepada ku selepas 6tahun 😢😭😣 aku rindu.. Demi apa pun, aku pergi menemui nya Tanya kenapa & mengapa menghilang.. Satu katanya, dia gembira ku melewati hari ku jadi kuat & berkeluarga.. Tanggungjawab nya terlaksana.. Dia datang cuma bagitau dia akan tinggalkan aku. Dia sakit,dia ke Jepun untuk rawatan. Dia awal-awal ucapkan perpisahan.. Demi tuhan, aku mencintai nya & takut kehilangannya.. Rupanya diam-diam memendam rasa tanpa dia bicara untuk aku sedari sendiri. Aku lewat hingga kehilangan untuk selamanya.
Vicky & baby,ku minta maaf.. Cinta ku ,cinta pertama ku bukan kamu.. Tapi kamu yang terakhir dalam hidup ku. Terima kasih hadir suami ku menerima kekurangan ku.. Family kecilku, kita mula buku baru..