"Pergi kau dari sini! Jangan pernah kau balik lagi ke rumah ini! Kemas barang-barang kau dan pergi dari sini!" Tengking seorang wanita paruh baya berusia sekitar 42 tahun.
Seorag anak berusia lima belas tahun yang menerima tengkingan dan pukulan dari ibunya hanya mampu diam tanpa berkata sepatahpun. Yang ia tahu, dia hanya ingin menangis sepuasnya. Entah apa kesalahan dirinya hinggakan ibunya sendiri sanggup berbuat seperti itu terhadap dirinya. Sedari kecil, dia selalu saja disakiti. Kenapa? Apakah kerana dia cacat? Apakah kerana dia tak mampu untuk melihat dengan baik?
"Ma, kenapa mama buat macam ni? Apa salah Riz ma?" Tanya Riz yang sudah mula menangis.
Riz mula menangis sejadi-jadinya tanpa henti. Bukanya merasa hiba atau kesian, Puan Salma semakin naik pitam. Wanita itupun lantas membaling sebuah kerusi yang ada di situ hingga tepat mengenai wajah Riz yang sedang duduk di hujung katil.
"Diam kau! Kau sedarlah diri kau tu! Aku malulah ada anak macam kau! Faham?" Ujar Puan Salma lagi kali ini dengan nada lebih keras.
Riz yang mendengar ucapan dari ibu kandungnya sendiri mula terasa sesak di dadanya. Jika dirinya sama sekali tidak diinginkan, mengapa dia harus dilahirkan ke dunia ini? Bahkan ibunya sendiri pun sama sekali tak mengharapkan kehadiranya. Dia dilahirkan serba kekurangan? Bukan keinginanya. Dia dilahirkan dalam keadaan dirinya tak mampu melihat? Itu jiga bukan kemahuanya.
"Apa salah Riz ma? Kenapa mama buat Riz macam ni?" Soal Riz dengan nada lirih.
"Boleh tak kau jangan banyak tanya? Asal kau tahu ye, dari dulu aku memang tak suka dengan kau! Memang aku yang melahirkan kau! Memang kau anak kandung aku! Tapi aku malu ada anak macam kau! Kau tengoklah diri kau tu sikit! Kau tengok mata kau yang tertutup macam orang tengah tidur tu! Aku malulah ada anak macam kau! Faham?" Ucap Puan Salma dengan penuh amarah.
Mendengar pernyataan dari ibinya, kini Riz agak sedikit faham. Bererti selama ini dirinya seperti anak terbuang. Tanpa sedar, air mata Riz mengalir deras. Riz tersenyum ketir. Ingin rasanya dia tertawa tapi tak mampu ia luahkan. Ingin rasanya dia berteriak, namun tak mampu ia suarakan. Hancur hatinya ia rasakan. Kecewa, itu sudah pasti. Remuk apatah lagi. Riz hanya mampu terdiam tanpa berkata apa-apa.
"Sekarang mama nak apa dari Riz?" Tanya Riz lirih.
"Kau tanya aku nak apa? Aku nak kau angkat kaki dari sini! Kebetulan bapak kau tak ada kat rumah! Jadi sebelum kau membawa lebih banyak beban, baik kau berambus dari sini! Now!" Jelas Puan Salma sambil menolak kasar tubuh Riz hingga mengenai daun pintu bilik.
"Auch!" Lirihnya perlahan.
"Pergi kau dari sini dan jangan pernah balik lagi! Aku tak sudi tengok muka kau. Pergi!" Halau Puan Salma dengan kasar.
Riz yang sedari tadi diam hanya mampu mengalah dan menuruti keinginan ibunya. Hatinya benar-benar remuk serta perasaan yang benar-benar hancur. Kini lelaki yang berusia lima belas tahun itu harus menjalani kehidupan tanpa kedua orang tuanya. Kemana ia hendak pergi? Ibunya mengusirnya. Dia tak tahu harus ke mana.
"Semoga Tuhan membukakan hati mama untuk dapat menerimaku suatu hari nanti." Doa Riz dalam hati.
Riz melangkah dengan kaki yang lemah. Ia pergi bersama hatinya yang sakit. Namun begitu, tak pernah terbesit sedikitpun rasa benci terhadap ibunya. Riz tetap memaafkan setiap kesalahan yang ibunya lakukan terhadapnya.
"Maafkan Riz kalau Riz ada salah kat mama dan buat mama marah." Ujar Riz Riz dengan air mata.
**
Sebulan kemudian.
PANG!
Sebuah tamparan hinggap di pipi Puan Salma.
"Ibu macam apa awak ni hah!? Awak sanggup halau anak awak sendiri! Awak dah gila ke ape? Hah?" Ujar Encik Rizal penuh emosi.
Lelaki itu baru saja kembali dari luar negara untuk bertemu isteri dan anak sematawayangnya. Namun, bukan berita baik yang ia dapatkan malhj berita buruk ia terima. Anaknya dihalau oleh ibunya sendiri dengan alasan anaknya merupakan anak yang memiliki kekurangan. Sungguh sebuah alasan yang tak masuk di akal.
Puan Salma hanya diam tak bersuara. Baru kali ini suaminya berani memukulnya. Dia tak tahu semua akan jadi seperti ini. Rupanya dengan menghalau Riz dari rumah, ia berfikir bahawa hidupnya akan tenang. Namun nyatanya tidak. Sekarang, dihadapan matanya sendiri ia dapat melihat betapa bengis suaminya itu.
"Maafkan saya." Pinta Puan Salma takut.
Mata Encik Rizal menatap nanar anak mata isterinya. Dia tak habis fikir dengan sikap isterinya itu. Anak sendiri di halau. Mentang-mentang anaknya itu kurang penglihatan.
"Sudah macam ni baru awak nak minta maaf. Sekarang saya nak cari dia kat mana? Cuba beritahu saya. Saya kena cari dia kat mana? Jawab!" Tengking Encik Rizal lagi.
Puan Salma hanya diam dan menunduk mendengar tengkingan suaminya. Dia tahu jika suaminya sangat menyayangi Riz, anaknya. Tapi kerna rasa malu, dia sanggup menghalau putranya sendiri.
"Saya tak tahu sekarang dia ada di mana." Balas Puan Salma sambil menunduk.
"Memanglah awak tak tahu! Awak tak pernah cari tahu! Saya tak habis fikir dengan jalan fikiran awak nilah. Apa yang ada kat dalam otak awak tu sampai awak sanggup buat macam ni?" Soal Encik Rizal kesal.
"Saya malu punya anak macam tu. Saya malu. Awak pun tahu kan saya dicaci sama orang sebab ada anak macam tu." Jelas Puan Salma yang sudah tak mampu menahan perasaanya lagi.
BRAKK!
Encik Rizal membaling beberapa barang yang ada di dekatnya dengan sangat keras.
"Bodoh! Kenapalah saya boleh punya isteri macam awak ni! Awak tahu tak, bersyukur kita masih dapat anak daripada tak dapat sama sekali! Awak nak malu kerana tak dapat anak atau awak nak malu kerana punya anak yang harusnya berkeperluan khas macam Riz? Fikir pakai otaklah! Tiga tahun kita medirikan rumahtangga, masih bagus Tuan bagi kita anak. Tapi awak sia-siakan macam tu je. Bodoh!" Ucap Encik Rizal.
Puan Salma hanya diam dan menunduk. Tak ada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya. Entah bagaimana dia hendak menjelaskan lagi. Semua ini adalah kesalahanya. Hanya kerana tak ingin menanggung malu, dia sanggup membuang anak kandungnya sendiri.
"Kenapa awak diam? Sekarang saya nak cari dia di mana? Cuba bagitau saya!" Pekik Encik Rizal marah.
Siapa yang tak marah dalam hal seperti ini. Mana ada seorang ibu yang sanggup membuang anak kandungnya sendiri. Tiga tahun mereka berkahwin barulah mereka mendapatkan cahya mata. Namun kini, anak yang ia sayangi dibuang oleh ibunya sendiri.
Puan Salma hanya diam. Air matanya tiba-tiba mengalir membasahi pipinya. Ia rasakan penyesalan yqng teramat di dalam hatinya. Rasa beesalah pada Riz bermain dalam jiwanya.
"Awak pergi cari Riz sampai dapat. Saya tahu saya salah. Maafkan saya." Pinta Puan Salma memohon.
Encik Rizal menatap tajam wajah isterinya seraya tersenyum sinis.
"Sudah macam ni baru awak nak memohon kat saya." Ujarnya ketus.
"Tolonglah, cari dia sampai dapat. Saya janji lepas ni saya akan jaga dia dengan baik." Janji Puan Salma sungguh-sungguh.
Encik Rizal menarik nafas berat. Dia menatap sendu wajah isterinya yang penuh harap.
"Baiklah. Saya akan cari dia. Tapi ingat, jangan lagi awak mengulang perkara yang sana, faham?" Tegur Encik Rizal mengingatkan.
Puan Salma mengangguk faham.
"Ye, saya janji." Janji Puan Salma.
Encik Rizal pun pergi meninggalkan isterinya untuk mencari putranya Riz. .
**
Seminggu berlalu.
"Macam mana? Awak sudah temukan dia?" Soal Puan Salma
Encik Rizal menggeleng.
"Belum." Jawabnya sepatah.
"Kita nak cari dia di mana lagi.. Ya Allah.."
Tiba-tiba telefon bimbit Encik Rizal berbunyi.
"Hello.. Apa? Ok, saya segera ke sana."
Encik Rizal mematikan sambungan telefon lalu menarik tangan isterinya kuat. Puan Salma hanya pasrah dirinya ditarik oleh suaminya. Entah kemana suaminya hendak membawanya ia pun tak tahu. Encik Rizal memecut laju kereta mewah miliknya menuju ke salah sebuah hospital yang tadi disebutkan. Setelah mendapatkan tempat letak kereta, Encik Rizal meluru keluar diikuti oleh Puan Salma.
"Di mana anak saya?" Soal Encik Rizal cemas.
"Anak encik ada dalam ruang kecemasan. Maaf encik, saya harus nenjelaskan kepada encik kalau anak encik berada dalam keadqan koma. Ini sudah berjalan selama sebulan lebih. Apatah lagi terdapat luka lebam membiru di sekujur tubuhnya." Jelas Doktor Raihan dengan panjangnya. .
Mendengar keterangan dari Doktor Raihan membuatkan mata Encik Rizal menatap isterinya.
'Aoa kau buat kat anak aku hah Salma?' Gerutunya dalam hati.
Puan Salma yang sedar akan tatapan mata suaninya hanya tertunduk menatap lantai.
"Lalu, bila dia boleh sedar?" Soal Encik Rizal.
"Kemungkinan amatlah tipis Cik. Kerana lukanya terlalu banyak. Jika dalam seminggu tak ada perkembqngan, kemungkinan anak encik tak akan dapat di selamatkan. Namun sejauh ini apa yang saya lihat, anak encik terus-menerus mengeluarkan air mata. Saya sudah mencuba menghentikanya tapi tetap saja air matanya mengalir." Jelas Doktor Raihan lagi.
Mendengar itu membuat Puan Salma mendongakkan kepalanya. Anaknya menangis dalam keadaan koma? Semua itu adalah kesalahanya. Puan Salma menatap suaminya dengan tatapan sendu. Encik Rizal hanya diam tanpa bersuara. Kini dia menherti. Anaknya sedang menahan rasa sakiy dalam tudurnya.