TAJUK: VIRUS
GENRE: HORROR/SCI-FI
Untuk peminat cerita zombie boleh layan cerita ni.
Sham dan Jared dua orang saintis yang di upah oleh pihak tentera untuk mencipta satu virus. Andai berjaya, virus ini bakal di jatuhkan melalui bom pada negara pihak lawan. Di katakan jika sesiapa menghirup udara yang terkandung virus ini, samada manusia ataupun haiwan, pasti mereka akan berubah menjadi ganas dan membunuh sesama sendiri.
Pada percubaan pertama, mereka gagal menciptanya. Pada percubaan kedua, iaitu hampir tiga tahun selepas percubaan pertama, mereka berdua ingin mengujinya pada seekor tikus yang agak besar. Ketika mereka menyuntik tikus itu di dalam makmal, mereka berdua menunggu hampir dua jam untuk melihat tindak balas dari tikus itu tetapi langsung tiada tindak balas.
" Jared, macam mana ni? Dah dua jam kita tunggu tindak balas dari tikus ni, kenapa langsung tiada apa apa. Pelik ni"
"Aku pun bingung ni Sham. Sekurang kurangnya tikus ni patut aktif tetiba ataupun mati terus. Ini tidak, seolah tiada apa apa..tahlah, naik pening kepala aku "
"Hmm, we need rest a while Jared"
"Sham, apa kata aku bawak balik tikus ni ke rumah aku. Mana tau ada tindak balas apa apa malam ni?"
"Kau jangan Jared, bahaya tu. Jangan main main, virus ni bukan virus biasa biasa"
"Kau jangan risau lah Sham, kau dengan aku pun dah lama tak balik rumah ni. Lagi pulak kan kita ada peti kiub kaca kalis virus yang kau cipta tu. Inilah masanya kalau nak gunakan, ok".
"Haaa.." Sham mengeluh.
"Hmm baiklah Jared. Jom lah kita berkemas. Aku pun rindukan ahli keluarga aku. Dah berbulan kita tak balik rumah"
"Jom"
Apabila Jared meletakkan tikus itu ke dalam peti kiub kaca, mereka berdua terus menaiki kereta masing masing untuk pulang ke rumah. Di dalam perjalanan, Jared asyik berbual dengan tikusnya itu sehinggalah Jared perasan yang tikus itu mulai berdiam diri dan tidak aktif seperti tadi. Jared memberhentikan keretanya di tepi jalan di dalam bandar kerana ingin memeriksa tikus itu.
"Kenapa kau diam wahai tikus, tak sihat ke?"
Jared melihat wajah tikus itu dan perasan mata tikus itu berubah menjadi warna kebiruan dan juga badan makin membesar.
"Adakah..?".
Belum sempat Jared habiskan ayatnya, tikus itu tetiba menjadi aktif berpusing pusing serta badan makin lama makin membesar dan hampir tidak muat di dalam peti kiub kaca. Jared cuba untuk menghubungi Sham dalam keadaan cemas dan secara tiba tiba peti kiub kaca itu pecah kerana badan tikus itu menjadi terlalu besar. Jared menutup pintu keretanya kerana tidak ingin tikus yang ada virus itu keluar.
Jared berjaya menghubungi Sham dan memintanya Sham supaya datang dengan segera. Sham dengan pantasnya pulas stereng kereta lalu menuju ke arah bandar di mana Jared tinggal. Jared sudah kelam kabut risaukan jika terjadi apa apa lagi pula bandar tempat tinggalnya itu padat dengan penduduk.
Jared yang sedang mundar mandir, cuba menghubungi Sham sekali lagi. Sedang Jared menunggu Sham menjawab panggilan telefon, tetiba tikus yang berada di dalam kereta tadi sudah pun menjadi sebesar mungkin dan juga bertubuh seperti manusia lalu memecahkan tingkap depan kereta dengan menumbuk.
"Oh No.."
Sham menjawab panggilan dari Jared menggunakan wayar telinga.
"Hello Jared"
"Sham!! dia berubah jadi mutan!!" dan panggilan tetiba terputus.
"Helo! Jared!! helo !!"
Orang ramai di bandar itu terkejut melihat tikus mutan itu berdiri dalam keadaan badannya makin lama makin mengembong. Jared tahu sesuatu yang buruk bakal berlaku lalu tetiba menjerit kepada orang ramai,
"Larii!! tikus itu ada virus!! laariii!!"
Semua lari bertempiaran dalam keadaan ketakutan dan akhirnya badan tikus itu meletup lalu berterabur isi badan di atas jalanraya serta darahnya terkena pada ramai penduduk di bandar itu. Jared juga turut terkena darah tikus itu.
Pada mulanya mereka tidak mengalami apa apa sehinggalah beberapa minit kemudian badan mereka yang terkena darah mulai berasa gatal yang teruk. Mereka semua menggaru menggigit sehingga terkoyak kulit dan daging sendiri demi menghilangkan gatal itu. Ada yang sanggup mengambil besi tajam untuk mencucuk diri sendiri di tempat yang gatal ada yang terus bunuh diri kerana sudah menjadi tidak keruan.
Jared yang memerhati keadaan itu merasa bersalah kerana semua itu terjadi di atas kesilapannya. Jared yang dalam keadaan sedar tak sedar, tangan serta tubuh badannya sudah koyak rabak akibat di garu dengan sesuatu yang tajam. Jared masuk ke dalam kedai senjata berdekatan lalu mengambil satu pistol yang berisi peluru. Jared keluar dari kedai dan menghubungi Sham.
"Sham!! ini semua salah aku!"
"Jared! aku dah nak sampai ni! sabar bro"
"JANGAN DATANG SINI..!!!!"
' PHAMM! ' satu das tembakan di lepaskan oleh Jared pada pelipisnya lalu rebah dan meninggal. Suasana sunyi seketika kerana penduduk yang terkena darah tikus itu tadi semuanya meninggal secara mendadak.
Sham akhirnya sampai, penduduk yang bersih dari terkena darah tikus itu mulai keluar di jalanan untuk melihat apa yang berlaku. Sham keluar dari kereta dan menjadi kebingungan dengan apa yang sudah terjadi. Sham mencari cari di manakah Jared berada dan Sham ketemui Jared yang sudah pun tidak lagi bernyawa.
Penduduk cuba untuk memegang mereka yang sudah mati, tetiba Sham bersuara.
"Jangan sentuh mereka! jangan terpijak darah atau apa apa! mereka semua sudah terkena virus dari tikus"
Penduduk tidak memahami apa maksud Sham dan tidak mempedulikan akan arahan dari Sham.
Tiba tiba, jasad mereka yang meninggal tadi cuba bangun perlahan lahan beramai ramai. Sham dan penduduk mulai cuak kerana mereka tidak pernah melihat orang yang sudah mati tetiba hidup kembali. Salah seorang penduduk menjerit,
"Zombie!!!!"
Keadaan mulai kelam kabut kembali. Penduduk mulai lari lintang pukang kerana mereka tidak tahu apa yang perlu di buat. Sham juga turut berlari pergi bersama mereka. Penduduk mengajak mereka supaya lari ke arah satu bangunan yang besar untuk berselindung di situ. Ramai ramai berlari ke arah sana.
Apabila mereka masuk ke dalam bangunan itu, mereka menguncinya dari dalam. Sham menghubungi pihak tentera dan memaklumkan akan kejadian itu. Pihak tentera dengan pantas mengarahkan askar askarnya supaya menuju ke sana. Sham mengintai dari dalam bangunan dan melihat masih ada ramai lagi yang tidak sempat masuk ke dalam bangunan kerana mereka di pegang oleh zombie zombie itu. Ramai memerhatikan dari dalam bangunan bagaimana penduduk yang malang berada di luar itu di makan hidup hidup.
Ada seseorang bertanya kepada Sham dalam keadaan marah,
"Bagaimana nak bunuh zombie tu?"
"Aa.. aku tak tahu"
"Apa maksud kau jerit pasal tikus ada virus tadi haa! baik kau jawab!?"
Sham di desak oleh orang ramai menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan akhirnya Sham ceritakan. Selesai bercerita, Sham dapat penumbok sebiji di atas muka.
"Ko dengan kerajaan sama bangang bodoh!! mencipta sesuatu yang merbahaya untuk membunuh orang tak berdosa, korang takde hati perut ke hah!!"
"Ko tengok apa yang terjadi sekarang. orang kita sendiri yang menerima bala kerana virus yang ko dengan kerajaan cipta. Bingai ke apa korang ni!"
Sham termenung di tepi dinding menahan sakit akibat di tumbuk di samping merasa menyesal kerana membenarkan Jared membawa tikus itu keluar dari makmal. Sham berdiam diri seketika.
"Macam mana kita nak bunuh zombie zombie tu woi!"
Tidak semena mena Sham berlari keluar dari bangunan. Orang ramai cuba menghalang tetapi tidak sempat. Ramai memujuk Sham supaya masuk kembali ke dalam bangunan tetapi Sham menolak.
"Aku akan cari cara bagaimana nak bunuh zombie zombie tu. Korang perhatikan.Kalau aku berjaya, korang gunalah cara yang sama"
Sham melilau mencari senjata di kiri kanan dan terjumpa ada satu pisau panjang dengan kayu besbol. Zombie mulai mendekati Sham. Sham menghayunkan berkali kali sekuat yang mungkin kayu besbol ke arah kepala zombie tetapi tiada respon malahan zombie itu makin lama makin bertindak agresif.
Zombie mulai kerumun Sham beramai ramai. Sham menghayunkan kiri kanan kayu besbol tetapi itu tidak menghalang zombie mendekatinya. Sham di gigit di atas bahu lalu menjerit sekuatnya. Sham mengeluarkan pisau panjang yang terselit di pinggang lalu menikam secara rambang dan salah satu tikaman itu terkena di bahagian pelipis zombie lalu zombie itu rebah serta merta.
Akhirnya Sham dapat tahu bagaimana cara untuk membunuh zombie itu semua. Sham mengamuk lalu menikam di bahagian pelipis zombie yang menyerangnya tetapi malang nasib Sham kerana zombie itu terlalu ramai untuk dia melawannya. Akhirnya pihak tentera sampai dengan kereta kebal dan kenderaan yang di lengkapi pelbagai senjata.
Sham terpaksa gagahkan diri melarikan diri ke arah pihak tentera. Sham yang berlari dalam keadaan tempang menjerit ke arah tentera,
"TEMBAK DI PELIPIS.....!!"
Ketua tentera mendengar kata kata Sham itu lalu mengarahkan askar askarnya untuk hapuskan semua zombie dengan menembak di bahagian pelipis. Suasana riuh rendah seperti di medan peperangan dengan bunyi bunyian senjata yang di gunakan untuk hapuskan kesemua zombie.
Suasana mulai sunyi apabila tiada lagi zombie yang selamat. Semuanya sudah di hapuskan. Sham mulai rasa kelainan pada dirinya. Sham melihat pada urat lengannya dan ternampak uratnya sudah berubah menjadi timbul dan dapat di lihat seolah darahnya berwarna biru. Sham perasan dan mengetahui bahawa dia pun sudah di jangkiti oleh virus yang belum ada penawar itu. Sham bangun dan berjalan perlahan lahan menuju di depan pihak tentera.
"Ada sorang lagi zombie!!"
"Mana!" tanya salah seorang tentera itu.
"Aku..! aku sudah di jangkiti!! aku tak nak jadi zombie aku tak nak jadi mayat hidup!"
Sham tertunduk buat beberapa minit dan berpaling mengiring lalu menunjukkan isyarat kepada pihak tentera supaya menembaknya di bahagian pelipis. Mereka tidak sampai hati dan juga was was betulkah Sham sudah di jangkiti.
Sham tiba tiba rebah dan meninggal. Beberapa minit kemudian, Sham bangun kembali dan pasti itu bukanlah dia lagi tetapi jasadnya yang sudah bertukar menjadi zombie. Tidak ingin perkara zombie berlanjutan, akhirnya Sham juga di tembak di bahagian pelipisnya dan akhirnya ke semua zombie sudah tiada lagi.
Penduduk di kawasan itu terpaksa di pindahkan beramai ramai kerana pihak kerajaan ingin membersihkan sepenuhnya kotoran virus di bandar itu. Hampir setengah tahun tidak di benarkan pulang, akhirnya penduduk di benarkan pulang juga ke bandar berkenaan setelah di isytiharkan bandar itu sudah selamat untuk di duduki kerana tiada lagi virus yang di takuti.
End