Setelah dua minggu berada di rumah perlatihan Ailing dan kawan-kawannya menjadi semakin kuat dan berkuasa . Pada hari terakhir latihan mereka , mereka melakukan sedikit senaman bagi memastikan bahawa diri mereka telah bersedia untuk ke sebuah tempat di mana mereka akan menunjukkan kekuatan mereka. Ailing memulakan senaman dengan meregangkan badan dan melakukan sedikit fleksibel badan.
Selepas selesai melakukan senaman , Ailing meminta kawan-kawannya untuk bersiap sedia ke arena kristal langit. Di sana mereka mampu menunjukkan kemampuan mereka dengan pesat. Selain itu arena ini mempunyai kawasan untuk melakukan latihan secara bersendirian. Di samping itu ia juga mempunyai banyak kemudahan yang menakjubkan.
Untuk ke sana Ailing membaca mantera magik yang akan membuka portal ke sana. Selepas selesai membaca mantera itu portal muncul secara tiba-tiba. Mereka berlima pun memasuki portal tersebut. Selama hampir 3 minit berada dalam portal akhirnya mereka tiba di arena kristal langit. Di arena itu tiada sesiapa pun kerana arena itu merupakan arena persendirian . Dan arena itu tidak di benarkan untuk digunakan oleh orang luar.
Setibanya di sana tuan puteri meminta kawan-kawannya bertukar kepada bentuk mereka masing-masing kerana dia tidak ingin sesiapa pun tercedera sewaktu berada di sana. Ailing mula bertukar kepada bentuknya iaitu gabungan di antara demon dan angel. Setelah Ailing bertukar kepada bentuknya kawan-kawannya pula mula bertukar kepada bentuk mereka. Selepas merka semua bertukar kepada bentuk mereka masing -masing mereka pun memulakan latihan terakhir mereka.
Selama dua jam mereka memahirkan diri dalam bentuk pertukaran yang berbeza. Ailing mempunyai hampir 12 bentuk pertukaran sementara kawan-kawannya hanyalah mempunyai 2 bentuk pertukaran sahaja. Setelah memahirkan diri dalam pertukaranan Ailing dan kawan-kawannya memulakan latihan pedang. Mereka berlima bermain pedang dengan sungguh hebat sehingga setiap pergerakan seperti cahaya.
Setelah selesai bermain pedang Ailing dan kawan-kawannya mengambil masa selama 1 jam untuk berehat sambil memakan bekal yang mereka bawa. Selepas selesai makan tuan puteri meminta kawan-kawannya untuk kembali menyambung latihan mereka. Kali ini mereka akan melakukan latihan memanah di mana mereka berlima akan mereka bentuk alat menanah mereka sendiri dan memasukkan material yang mereka inginkan. Mereka berlima membuat anak panah dan busurnya menggunakan bahan yang sungguh jarang di jumpai serta mereka melakukannya mengikut kreativiti mereka sendiri.
Setelah selesai membuatnya mereka pun memulakan latihan memanah mereka . Mereka memulakan dengan melakukan sedikit regangan kemudian mereka mengsasarkan anak panah ke sasaran yang telah di tetapkan. Hampir 4 jam mereka melakukan latihan tersebut akhirnya mereka memahirkan diri dengannya walaupun ia sedikit sukar buat kali pertama. Setelah membiasakan diri dengan memanah selama 4 jam berturut-turut akhirnya mereka berjaya.
Setelah berjaya dalam memanh mereka pun menuruskan latihan yang lain . Hampir seharian mereka berlatih tanpa henti kemudian mereka berjaya . Selepas selesai melakukan semua latihan yang ada di arena tersebut mereka berlima pun berasa penat dan ingin pulang . Sebelum pulang Ailing membuka portal supaya mereka dapat ke tempat yang mereka inginkan. Setelah membuka portal itu tuan puteri dan kawan-kawannya memasuki portal tersebut dan akhirnya mereka tiba di rumah di mana mereka tinggal.
Setibanya di sana Ailing dan kawan-kawannya mula mengemaskan barang mereka kerana meraka ingin pulang ke istana ais. Hampir 1 jam mereka mengemaskan barang . Setelah selesai mengemas barang mereka memasukkannya ke dalam kereta . Ailing membacakan jampi ke atas kereta mereka supaya ia mampu di pandu sendiri tanpa bantuan sang pamandu iaitu Ailing , Hyajin dan Hyaerin. Setelah selesai membacakan jampi itu kereta tersebut mula bergerak dengan sendiri sementara mereka semua tidur akibat terlalu penat dangan aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut .
Hampir 4 jam berlalu tiba-tiba kereta itu berhenti memandu dengan sendiri Ailing terjaga dari tidurnya dan mendapati bahawa hari sudah pun pagi. Ailing tahu kenapa kereta itu berhenti ia di sebabkan mereka telahpun tiba di istana tersebut. Di sana Ailing dan kawan-kawannya telah pun disambut oleh pembantu peribadi Ailing iaitu cassie dan Alex. Ailing mamberikan arahan kepada cassie untuk menyediakan makanan sementara Alex di berikan arahan untuk membawa bagasi mereka ke bilik masing-masing.
Di dalam bilik tuan puteri telah pun selesai membersihkan sendiri dan beliau pun memakai pakaian yang ringkas tetapi tetap cantik. Ailing kemudian turun ke ruang tamu untuk ke meja makan bagi makan sarapan. Dia melihat kawan-kawannya sedang makan dengan berselera sekali. Dia pun tidak ingin menggangu dia ke tempat duduk yang masih kosong di meja itu dan tuan puteri pun menjamu makanan tersebut . Setelah selesai makan mereka ke taman bagi mendapatkan udara segar dan mengembalikan tenaga yang telah mereka habiskan selama beberapa hari ini.
Ailing memberitahu kepada kawan-kawannya bahawa mereka berlima perlu kembali ke sekolah bagi menjalani ujian kuasa magik. Ujian itu akan dilaksanakan pada 2 minggu akan datang. Kawan-kawannya pun berkata baiklah kami bersetuju untuk kembali ke sekolah tetapi boleh tidak kalau kita tinggal di sini untuk beberapa hari lagi. Ailing menjawab ok kita berlima boleh tinggal di istana ini untuk 3 hari lagi selepas itu kita harus memulakan perjalanan pulang ke sekolah.
Kembalinya ke sekolah
3 hari kemudian Ailing dan kawan-kawannya mula mengemas segala barangan mereka yang ada di istana itu kerana mereka berlima akan meninggalkan tempat tersebut dan kembali ke sekolah. Perjalanan untuk kembali ke sana mangambil masa lebih kurang 4 jam kerana mereka perlu melalui gerbang antara dunia. Setibanya di sana , tuan puteri membacakan mantera dan terbukalah gerbang itu. Mereka pun memasukinya.
Setelah memasuki gerbang itu mereka tiba di kerjaan tersebut. Mereka berlima meneruskan perjalan selama 3 jam dan akhirnya mereka tiba di sana. Sebelum memasuki kawasan itu Ailing dan kawan-kawannya kembali ke rumah masing-masing bagi mengimpan segala barangan mereka. Setibanya di rumah Ailing membuka pintu rumahnya dia memerhatikan kawasan sekeliling bagi memastikan bahawa tiada barang yang hilang daripada rumahnya. Hampir 2 jam Ailing mengemas semua barang dan meletakkan di tempat sepatutnya.
Setelah selesai mengemas Ailing nak ke biliknya bagi membersihkan diri. Tuan puteri bercadang untuk ke kedai buku bagi mencari sedikit buku tambahan tentang sihir dan sebagainya. Selepas selesai membersihkan diri , Ailing mengambil telefonnya dan menelefon kawan-kawannya kerana dia ingin bertanya kepada mereka jika mereka berempat ingin mengikutinya ke kadai buku. Setelah mendapat jawapan daripada mereka semua Ailing mula bersiap dengan memakai gaun yang berwarna merah kebiruan dan tidaklah terlalu kembang.
Setelah selesai Ailing pun turun ke bawah sewaktu di sana Ailing membuat senarai apa yang dia perlukan sewaktu dia berada di pusat membeli belah. Ailing membuat senarai yang dia perlukan seperti membeli barangan dapur , peralatan sekolah , kain bagi membuat pakaiannya dan lain-lain lagi. Setelah selesai membuat senarai itu dia memasukkannya ke dalam beg tangan miliknya yang berwarna biru tua. Tuan puteri pun keluar dari rumah . Dia ke garaj kemudian di memilih untuk membawa kereta yang mampu memuatkan segala barang yangbakan dibeli olehnya.
Di pusat membeli - belah tuan puteri melihat kawan-kawannya yang sedang menunggunya di depan pintu utama pusat membeli-belah itu. Tuan puteri mengucapkan minta maaf kerana terlewat hal ini disebabkan jalan raya tiba-tiba sesak. Di dalam pusat membeli - belah itu Ailing mengajak kawan-kawannya ke kedai kain dahulu kerana dia ingin membeli beberapa helai kain yang berbeza warna dan corak untuk dijadilan sebagai pakaian baru buatnya. Ailing memilih sebanyak 10 helai kain yang berbeza warna dan corak . Kemudian dia membayarnya di kaunter.
Setelah selesai membeli kain tuan puteri dan kawan-kawannya ke kedai buku bagi mencari buku tentang sihir dan sebagainya. Sewaktu berada di kedai buku Ailing ingin mencari buku tentang sihir pemulihan dan lain-lain lagi ini adalah untuk memastikan bahaea dirinya mempu pulih dengan sendiri. Setelah menjumpai buku yang mereka berlima perlukan mereka pun ke kaunter bagi membayar buku-buku itu. Setelah selesai membayar Hyajin mengajaknya ke salon rambut bagi mengubah gaya rambutnya yang sentiasa lurus itu. Ailing berkata kepada Hyajin bahawa dia lebih sukakan rambut yang lurus . Setibanya di salon Ailing melihat kawan-kawannya yang sedang mengubah gaya rambut mereka dan ia kelihatan sungguh cantik . Ailing memberitahu kepada pembantu kedai bahawa dia ingin mewarnakan rambutnya supaya menjadi lebih cantik dan berlainan.
Ailing memilih warna yang sama dengan anak matanya iaitu warna safaya dan keemasan. Setelah selesai Ailing mengajak kawan-kawannya ke pasar raya yang berada di dalam pusat membeli-belah itu . Tuan puteri dan kawan-kawannya ke sana bagi mencari sedikit bahan masakan. Ailing membeli bahan masakan seperti yang tertulis di dalam senarainya iaitu tepung , ayam , daging , ikan dan lain-lain lagi . Ailing juga membantu kawan-kawannya untuk membeli barangan dapur yang mereka mampu untuk memasak. Setelah selesai membeli barangan dapur. Ailing pun pergi membayarnya bersama-sama kawan-kawan.
Setelah selesai membayar mereka berlima singgah di kedai kopi dan pencuci mulut. Di sana tuan puteri memesan manisan kesukaannya iaitu kek coklat. Manakala kawan-kawannya memesan kek vanila dan strawberi. Seleoas selesai makan mereka pun keluar daripada pusat membeli-belah ity dengan barang yang penuh di tangan. Tuan puteri meletakkan semua barangnya di dalam kereta. Ailing juga berkata kepada kawan-kawannya bahawa mereka masih lagi mempunyai 2 hari untuk bercuti.