PEMBURU DAHAGA DARAH
Telinganya lebar seperti telinga kelawar. Tubuhnya dibaluti jubah gelap. Tidak pasti jenis fabriknya.
Di sini, di sebalik celah langsir usang, di bilik sederhana dengan tilam di atas lantai tanpa katil, aku hanyut dalam pemerhatian sendiri.
Susuk itu mula melangkah masuk ke dalam rumah tanpa perlu susah payah mengelak orang ramai. Aku mula berdebar. la akan nenarik nyawa seseorang.Aku mula berteka-teki sendiri. Agaknya siapa akan mati dalam rumah itu? Bunyi siren terus membingitkan telinga semasa makhluk itu keluar sambil mendukung sesuatu. Susuk yang sama sekali bukan tekaan aku.
la mendukung bayi. Tubuhnya kecil bertelanjang namun kelihatan tenang dalam pelukan makhluk tinggi berjubah gelap itu. Hati aku tersentuh. Ada emosi yang tergelincir dari dada seperti kehilangan sesuatu yang tidak pernah aku miliki. Aku terus memerhati sepi.
Setelah meredah beberapa orang yang berkerumun, Sang Penjemput Ajal berhenti. Jantung aku berdegup. la seakan-akan menyedari kewujudan aku. la menoleh dan mendongak. Kami saling berpandangan.
Tubuh aku kejung. Aku tidak boleh bergerak. Bukannya aku takut. Sebaliknya aku rasa ingin mencabarnya. Aku balas pandangan makhluk itu dengan menerawang ke dua lubang yang sepatutnya ada bola mata.
Ketika memikirkan tindakan seterusnya, makhluk itu terus menundukkan kepala dengan sopan. Satu isyarat hormat. Tiada senyuman di wajahnya yang kaku tetapi aku cukup faham bahasa gerak-geri itu. la cuba minta diri.
Aku mengangguk perlahan dalam diam. Makhluk itu teruskan langkah, menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai lalu menghilang di bawah cahaya lampu jalan. la seperti bersatu dengan langit biru pagi subuh.Tidak lama kemudian, suara tangis mula kedengaran di samping pekikan siren. Orang ramai mula bersurai apabila seorang lelaki dari rumah kecil keluar dengan cemas. Ada bungkusan kecil dalam pelukannya semasa dia menerjah masuk ke dalam ambulans.
Di belakang, beberapa orang bergegas masuk ke dalam satu kereta yang sama. Ambulans serta-merta bergerak pergi.
Seiring lenyapnya bunyi siren, kesunyian pagi kembali bertandang. Kemudian perbincangan hangat penduduk sekitar mengembalikan keriuhan. Longlai, aku rebahkan kembali badan ke atas tilam.
Hembusan nafas terasa berat. Aku berdoa dalam hati. "Semoga kau tenang di sana, bayi kecil...'
T
Aku tinggal di sebuah rumah kedai. Papa menyewa dari seorang peniaga muda yang hampir bankrap. Pada mulanya pemilik bangunan tiga tingkat ini jadikannya sebagai 'wartel' enam bilik.
Dari mamalah aku tahu wartel itu gabungan perkataan warung telefon. Sebuah bilik kecil yang ada khidmat telefon berbayar. Macam telefon duit syiling dalam filem.
Namun bisnes yang beroperasi hanya lima bulan terpaksa gulung tikar setelah teknologi komunikasi lebih canggih bernama OPLO Allgelefon bimbit wujud. Dan sudah tentulah sebab pemiliknya jugaenggan menerima teknologi itu hingga jatuh bankrap.
Di sinilah aku lahir dan membesar. Satu tingkat bangunan ini papa guna sebagai stor dan garaj. Kehidupan seharian dijalankan di tingkat dua. Tetapi sejak mama pergi, aku mengasingkan diri di tingkat teratas menjadikannya markas aku bersendirian.
Dahulu aku agak bersimpati dengan kegagalan bisnes pemilik wartel itu. Tetapi bila aku sedar nasib papa dua kali lima dengan nasibnya, rasa simpati mula pudar.
Papa kerja tidak tetap. Dia pernah bekerja di kilang samak kulit haiwan, kemudian jadi broker motosikal dan akhirnya pengedar produk perkakasan rumah. Sekurang-kurangnya itulah yang aku tahu.
Masa sekolah rendah dulu, ketika diminta untuk tulis pekerjaan ibu bapa, papa hanya menyuruh aku tulis apa-apa sahaja. Dia jarang berada di rumah. Sehingga ke hari ini pun, aku masih tidak pasti papa sibuk atas alasan bekerja atau hal lain. Yang pasti, keadaan kewangan keluarga kecil aku sentiasa negatif.
Situasi bertambah teruk ketika mama sering kali sakit sehingga disahkan menghidap kanser limfoma. Setelah kematian mama, barulah papa kerap pulang ke rumah.
Walaupun begitu, aku tetap rasa hidup sebatang kara. Papa ada atau tidak di rumah ini, sama sahaja bagi aku. Aku tetap bergantung pada diri sendiri dan Bi Inah.
Mama pernah cakap Bi Inah saudara jauh aku. Tetapi mama selalu mengelak kalau aku bertanya padanya tentang pertalian
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments