Black Rose

Black Rose

Bab 1

Setiap petang hujung minggu merupakan waktu di mana Lee selalu menghabiskan masanya dengan sukan memanah, sukan yang paling digemari sejak di bangku sekolah. Di halaman rumah mereka memang sengaja disediakan tempat untuk dia berlatih memanah.

Round bale targets dan juga bag targets disediakan sebagai bahan untuk target face Lee ketika memanah. Ralit dia memanah sehingga tidak menyedari kehadiran abangnya dari belakang.

“Sir Badr tak datang training ke hari ni?” jari Hail menyentuh anak panah yang terdapat di dalam arrow case.

Lee melirik abangnya dengan ekor matanya. Cuba kembali fokus dengan target face di hadapan. Sejurus anak panahnya dilepaskan, mendarat pada cincin berwarna biru. Lee menghembuskan nafas berat, kurang berpuas hati dengan pencapaiannya untuk kali ini.

Badannya dipusingkan memandang abangnya. Wajahnya tidak puas hati kerana Hail mengganggu fokusnya sebentar tadi. Hail yang menyedari tersengih bagai kerang busuk.

“Oppssiiee. Sorry, better luck after this,” dia ketawa bagi menutupi kesalahannya.

Lee mengorak langkah ke gazebo. Dia meletakkan peralatan memanahnya, kemudian melabuhkan punggungnya di atas gazebo.

“Eh, dah habis training ke? Sekejapnya,” Hail mengikut langkah Lee. Duduk bersebelahan adiknya.

“Esoklah pula sambung,” Lee tahu jika keberadaan Hail sudah pasti akan mengganggu fokusnya ketika memanah. Sementelah abangnya yang jarang pulang ke rumah, mencarinya ketika itu. Sudah pasti ada sesuatu yang ingin dibincangkan.

“Minggu ini Sir Badr ada seminar. So, he let me practise on my own, but must be recorded,” Lee menudingkan jari telunjuknya ke arah kamera. Hail melirik ke arah yang ditunjukkan.

“I see, abang tak perasan pula ada kamera kat situ tadi,” Hail melambai ke arah kamera dan membuat gaya peace dengan kedua jarinya.

Lee mencapai air soda di sebelahnya, lalu meneguknya dengan laju. Menghilangkan dahaganya.

“You have to stop drinking this, you know?” Hail melarang. Lee mengendahkan arahan Hail. Dia menghabiskan air soda tersebut dalam beberapa saat.

“Macam mana soda ni boleh lepas daripada pemeriksaan Dato’ Razi ya? I wonder how?” Hail mengecilkan matanya memandang Lee. Dia tahu pasti adiknya menyeludup masuk air soda tersebut tanpa pengetahuan ayahnya.

“Alah, bang. At least bagilah Lee minum sekali ini saja. Boost up energy sikit. Dah lama Lee tak minum. Jangan report dekat ayah, please,” Lee memujuk abangnya. Kali ini Hail pula yang tidak menghiraukan permintaan adiknya.

“Lee tahu rahsia yang abang simpan dekat dalam bilik ya, jangan sampai Lee bagitahu ayah,” dia cuba untuk mengugut abangnya.

Mata Hail sedekat membesar, terkejut dengan kata-kata adiknya. Namun, dia cuba untuk kelihatan tenang.

“What secret?” dia mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar. Cuba untuk berlagak tenang dengan bermain telefonnya.

“Dahlia,” hanya satu nama yang keluar dari mulut Lee sudah membuatkan jari Hail berhenti menyeret skrin telefonnya. Dengan pantas dia memandang Lee.

“Ssshhh,” Hail membuat isyarat senyap di bibirnya supaya Lee tidak bising. Dia melihat sekeliling, bimbang ada yang memasang telinga. Lagi merisaukan jika ayah mereka yang mendengar.

“How?” Hail tidak dapat berkata-kata. Manakala Lee tersenyum melihat tingkah abangnya.

“Small matter bang, you keep my secret, I’ll keep yours. Deal?” Lee memeluk tubuhnya. Dia menjongketkan sebelah keningnya.

“Deal,” tanpa berbasi-basi, Hail terus bersetuju.

Lee tersenyum, meraih kemenangan di pihaknya. Dia kemudian memeluk bahu abangnya.

“Normal bang. Sekarang ini abang sedang berada di fasa penuaan. Sepatutnya sekarang abang dah ada anak berderet tahu tak?” Lee mengusik abangnya.

“ Amboi, tua sangat ke abang ni? Baru 31 kot,” Hail menjegilkan biji matanya. Lee gelak memandang abangnya.

" Sekarang ni kenapa abang cari Lee? Ada hal penting ke nak bagitahu?" Lee mengubah cara duduknya dengan bersila.

" Alahai, nak jumpa adik sendiri pun tak boleh ke?"

" Kinda curious, sebab abang sekarang ni kan dah jarang balik rumah. Kalau balik pun sekejap-sekejap je. And abang akan cari Lee kalau ada perkara yang betul-betul mustahak je, that's why Lee tanya ada benda penting ke?"

" Ada betul juga apa yang Lee cakap ni," Hail ketawa mengiyakan kata-kata Lee. Benar, dia sekarang jarang pulang ke rumah memandangkan sekarang jadual kerjanya yang semakin bertambah.

“ Haah, kan. Diri ini hanya dicari apabila diperlukan saja,” Lee berpura-pura sedih. Bibirnya mencebik panjang.

“ Haha, hodohlah muka buat macam tu,” Hail ketawa sambil menarik hidung Lee.

“ Sedarah sedaging dengan abang juga,” Lee menjelirkan lidahnya. Mereka sama-sama ketawa buat seketika.

“ Sebenarnya ada sesuatu yang abang nak cakap.”

“ Ok,” Lee bersedia mendengar.

“ Lee masih ingat tak dengan Tok Daus?” Hail menyoal. Sejenak, Lee berfikir. Atuk mereka, ayah kepada arwah ibu mereka. Dia tidak berapa kenal dengan atuknya yang seorang itu. Namun, arwah ibu mereka selalu berkongsi cerita mengenai atuk mereka itu. Cukup sekadar sebuah foto yang menjadi tanda ingatan buat ibu terhadap keluarganya.

Lee masih ingat, meskipun kabur dalam ingatannya, kali terakhir mereka berjumpa ketika dia berumur lingkungan 4 tahun. Sudah begitu lama mereka tidak bersua muka. Lee memandang wajah abangnya. Kemudian dia menganggukkan kepalanya.

" Ingat, kenapa dengan atuk"? Lee pelik. Mereka sudah begitu lama putus hubungan dengan keluarga sebelah ibu mereka. Terputus sebelum ibu mereka meninggal lagi. Jadi, dia sedikit aneh ketika Hail mengajukan soalan tersebut.

“ Ayah Long Man ada call ayah. Dia cakap atuk nak kita jumpa mereka.”

“ Siapa pula Ayah Long Man tu?” sungguh dia tidak kenal.

“ Uncle kita, abang ibu.” Lee mengangguk perlahan mendengar penerangan abangnya. Begitu jauh terasa hubungan antara mereka, sehingga langsung tidak mengenali ayah saudara mereka sendiri.

“ Kenapa atuk nak jumpa kita? Bukan dah lama ke kita terputus hubungan? I thought we have nothing to do with them, right?” jauh di sudut hatinya, dia berasa sedikit kecewa dengan sikap keluarga ibunya yang sanggup membuang anak sendiri. Anak mana yang sanggup melihat ibu mereka dilayan sebegitu, bahkan oleh keluarga mereka sendiri.

Hail menghela nafas panjang, berat kedengaran.

“ You know what? Kata Ayah Long Man, selama ini atuk dah lama cari kita sekeluarga,” Hail mendongak memandang langit.

“ What kind of reason is that? I can't buy it,” Lee tidak dapat menerima alasan sebegitu dengan logik akalnya. Sejauh arus kemodenan dunia sekarang ini, tiada yang mustahil untuk mendapatkan maklumat dengan mudah. Semua di hujung jari. Hendak atau tidak sahaja.

“ Atuk sendiri tak tahu yang ibu dah tak ada, Lee,” Hail mengucap perlahan.

“ How come? Dulu, waktu ibu cuba hubungi mereka, kenapa mereka mengelak?” serasa dia tidak mampu menghabiskan ayatnya sendiri. Tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut abangnya.

Dia masih ingat saat arwah ibunya yang tidak pernah putus cuba menghubungi atuk mereka suatu ketika dahulu. Sadisnya, tiada apa yang membuahkan hasil. Begitu bersungguh ibu ingin menyambung kembali hubungan keluarga mereka. Tapi, atuknya langsung tidak ingin memberi kerjasama.

Lee mengeluh hampa apabila melihat Hail mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Buat seketika, mereka terdiam. Masing-masing diam memikirkan tentang berita tersebut.

“ Apa respon ayah?" perasaan ingin tahu Lee membuak.

“ Next week, we fly,” ringkas dan padat. Lee tahu jika begitu kata ayah mereka, tiada lagi kompromi. Buat kesekian kalinya, dia melepaskan keluhan berat. Petang itu, fikirannya sedikit terbeban memikirkan apa yang diinginkan oleh atuk mereka.

*********************************************

Usai solat Isyak, Dato' Razi menekurkan diri di atas sejadah. Wajahnya menunduk. Mulutnya tidak berhenti berzikir, manakala jarinya mengira butir-butir tasbih. Begitulah kebiasaannya setelah selesai solat. Cuma kali ini dia berasa ingin berlama-lama di atas sejadahnya. Mengerdilkan dirinya menghadap Sang Pencipta.

“ Ya Rabb, sesungguhnya aku bersyukur atas izin-Mu menyambung kembali ikatan keluarga kami yang setelah sekian lama terputus. Ya Allah, Kau peliharakanlah ukhuwah keluarga kami. Kukuhkanlah kasih sayang antara keluarga kami. Jauhkan kami dari segala fitnah dan musibah,” Dato' Razi mengangkat kedua tangannya memohon doa.

Hatinya luluh mengingat kembali saat Razman, abang kepada arwah isterinya menghubunginya dua hari yang lalu.

“ Abang mohon, pulanglah kamu anak beranak. Sekarang abah dah tak macam dulu, abah dah berubah Razi. Abah rindu nak tengok kalian semua,” Razman merayu.

Dato' Razi terdiam seketika. Macam tidak percaya akan apa yang didengarinya sekarang ini. Seandainya Aisyah masih hidup, dia yakin isterinya itu akan menangis dalam sujud syukur.

“ Man, bagi abah bercakap dengan Razi,” dia dapat mendengar suara tua ayah mentuanya, Pak Daus di dalam telefon. Entah kenapa, hatinya dihambat dengan perasaan sayu. Lebih betul kepada rindu. Rindu akan suara seorang ayah yang setelah sekian lama tidak didengari.

“ Assalamualaikum, Razi,” suara ayah mentuanya kedengaran sungguh lemah. Dato' Razi dapat merasakan bibir matanya yang hangat. Menunggu masa sahaja untuk menitiskan air mata.

“ Waalaikumussalam, abah. Abah sihat?” sejurus Dato' Razi menjawab salam, Pak Daus terus melepaskan tangisan. Tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang menangis. Mungkin kerana sudah terlalu lama memendam perasaannya.

“Abah sihat, Razi. Pulanglah nak, abah nak jumpa anak dan cucu-cucu abah,” Pak Daus merayu. Suaranya tersekat-sekat dek kerana menahan tangisan.

“ Kami juga rindukan abah. Rindu sangat. Kami tunggu abah panggil kami,” akhirnya Dato' Razi bersuara melepaskan perasaannya.

“ Syukur Ya Allah. Abah takut kamu tak dapat nak maafkan abah, Razi. Tapi, apakan daya, rasa rindu abah terhadap kamu sekeluarga sangat menyeksa perasaan abah. Pulang ya nak,” Pak Daus kembali menyuruh mereka pulang.

“ InshaAllah, abah. Kami akan datang berjumpa abah,” jawapan Dato' Razi membuatkan Pak Daus menghembus nafas lega.

“ Aisyah mana Razi? Abah nak cakap dengan dia. Abah rindu nak dengar suara Aisyah,”Pak Daus meminta.

Permintaan tersebut sungguh membuatkan Dato' Razi terbungkam seribu bahasa. Dia terkejut mendengar permintaan Pak Daus. Apakah mungkin ayah mentuanya itu tidak mengetahui bahawa anak gadisnya itu telah lama kembali ke Rahmatullah. Dato' Razi cuba mengatur ayat.

“ Abah, pernah satu ketika dahulu, saya hantar surat kepada abah. Abah ada baca surat itu?” Dato' Razi menyoal, meminta kepastian.

“ Surat? Abah tak pernah dapat mana-mana surat daripada kamu selama ni Razi. Surat yang mana kamu maksudkan itu,?” suara Pak Daus kedengaran keliru.

“ Abah tak pernah dapat surat daripada kami?” Dato' Razi pelik. Masih kuat dalam ingatan mereka, berpuluh keping surat yang telah mereka kirim kepada keluarga mentuannya itu.

“ Tiada, Razi. Abah tak berbohong. Apa yang kamu tulis dalam surat itu Razi?”

Dato' Razi berasa serba salah hendak menceritakan hal sebenar. Tetapi, dia tahu dia perlu menceritakan duduk perkara sebenar.

“ Dulu, Aisyah selalu kirimkan surat kepada abah. Dia betul-betul rindukan abah. Aisyah dah lama maafkan abah dan keluarga,” kata-kata Dato' Razi membuatkan Pak Daus terus dihambat perasaan bersalah, dan tangisannya semakin bertambah hebat. Dato' Razi dapat mendengar Razman di hujung telefon yang memujuk abahnya untuk bertenang.

“ Ya Allah, Aisyah. Maafkan abah, abah yang bersalah. Razi, panggillah Aisyah nak. Abah nak bercakap dengan dia,” Pak Daus sudah tidak sabar hendak bercakap dengan anaknya.

“ Abah, Razi minta maaf,” suaranya berasa seakan tersekat di kerongkong. Berat baginya menyebut perkataan tersebut.

“ Aisyah dah lama meninggal, abah. Sudah 8 tahun Aisyah tinggalkan kita,” tidak dapat menahan sebak di dada, akhirnya Dato' Razi menitiskan air mata.

“ Ya Allah, Aisyah anak aku,” Pak Daus terkejut. Telefon di genggaman terlepas begitu sahaja. Sungguh dia terkejut menerima khabar berita tersebut.

“Abah!” suara Razman kedengaran terkejut di hujung telefon. Dato' Razi turut cemas. Bimbang terjadi sesuatu ke atas ayah mentuanya.

“Fatimah, tolong abang pangku abah,” Razman melaung memanggil isterinya. Jelas kedengaran derap kaki seseorang yang berlari menghampiri mereka.

“ Bang Man, kenapa dengan abah?” Dato' Razi semakin cemas.

“ Abah pitam, Razi. Nanti abang call kamu semula,” jelas Razman.

“ Allahu Akbar. Baik nanti abang call saya semula,” sejurus selepas itu talian terus dimatikan.

‘Alhamdulillah, abah dah sedar. Razi tak perlu risau. Abang akan cuba tenangkan abah.’

Mesej yang diterima daripada Razman lewat petang itu sedikit sebanyak membuatkan hati Dato' Razi lega.

‘Syukur, semoga tiada yang teruk menimpa abah. Insha Allah, minggu depan saya dan anak-anak balik melawat abah.’

Sejurus selesai membalas pesanan dari abang iparnya, Dato' Razi merenung memandang foto dia bersama arwah isterinya yang terdapat di atas meja bilik bekerjanya. Lama dia merenung gambar Aisyah, seolah melepaskan rindu yang hebat terbelenggu jauh di sudut hati.

“ Aisyah, Allah dah makbulkan doa awak sayang, doa kita. Syukur, Alhamdulillah," Dato' Razi menyentuh gambar Aisyah. Dia seakan dapat melihat senyuman isterinya di dalam gambar tersebut seperti nyata.

‘Abang tahu Aisyah gembira,’ Dato' Razi bergumam di dalam hati.

Episodes
Episodes

Updated 1 Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play