Aku seorang pelayan di sesebuah restoran yang tidak jauh dari pangsapuri ku. Aku Shira , aku berumur 19 tahun, yaa aku masih berusia 19 tahun dan berbeza dengan remaja seumuran dengan ku dimana lazimnya remaja pada usia 19 tahun berlumba lumba dalam pembelajaran bagi mencapai cita cita yang di idamkan. Aku juga punya cita cita, aku ingin menjadi seorang arkitek dan ingin melakar dan membina satu bangunan yang megah lalu tertulis nama ku di papan tanda penghargaan bahawa aku antara yang terlibat dalam proses pendirian sebuah bangunan yang megah itu. Namun, itu hanya la cita cita dan angan angan. Jelas sangat berbeza kejayaan yang aku idamkan itu dengan apa yang aku jalani di waktu ini.
Hidup mula menikamku saat aku berusia 15 tahun. Semuanya bermula di saat datuk meninggalkan kami semua (keluarga ku dan saudara mara yang lain). Ya datuk memang orang yang terpenting di dalam keluarga ini, kerana sebelum aku jatuh dalam kehidupan yang sangat menyakitkan ini , aku dan keluarga ku merupakan anak hartawan dan kehidupan kami sangat bahagia dan sangat dekat dengan saudara mara yang lain, kami bagaikan isi dengan kuku. Pada saat itu, keluarga ku dan keluarga saudara mara yang lain tinggal bersama di sebuah rumah banglo yang besar dan di pimpin oleh datuk ku.
Ayahku bernama Razak ,berusia 37 tahun ketika itu dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradiknya yang lain. Abangnya bernama Azri dan berusia 41 tahun, Pak Cik Azri juga sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata iaitu Misya yang seumuran dengan ku dan Fadli adiknya yang berumur 7 tahun ketika itu. Aku sangat rapat dengan Misya pada dulunya kerana kami dibesarkan bersama seperti adik beradik walhal ibu bapa yang berbeza. Ayahku mempunyai dua adik perempuan yang bernama Shima berusia 35 tahun dan aku memanggilnya Aci Shima. Aku umumnya tidak begitu rapat dengan Aci Shima kerana tingkah lakunya yang sedikit brutal, apa tidaknya dia suda berumur 35 tahun tetapi masih tidak berkahwin lagi ketika itu,dan dia selalu menghabiskan masa nya dengan hiburan seperti kelab malam , selalu membazir duit dengan benda yang tidak berfaedah dan selalu berganti pasangan. Jelas sekali mengapa dia sangat tidak menyukai kami semua dan yang dia fikirkan hanya la duit. Adik ayahku yang paling bungsu merupakan macik kesayanganku dan umurnya ketika itu berusia 25 tahun. Namanya Rossa dan aku memanggilnya Aci Oca. Ketika kami masih bersama dia selalu berada di sisihku ketika ibuku tiada di rumah kerana aku selalu dimarah oleh Aci Shima. Dia juga selalu mengajar ku ketika aku masih bersekolah dan kenangan yang paling aku ingat ketika aku berusia 12 tahun dimana ketika itu aku menduduki peperiksaan UPSR. Ketika itu dia selalu menemani ku setiap malam dan mengajar tentang hal pembelajaran. Dia bagaikan guru ku di rumah. Selain dari keluarga datuk ku, orang orang yang tinggal di rumah itu adalah pekerja yang bekerja sebagai pembantu rumah (Ibu Jurima) pekebun (Pak samad) dan driver ( Pak Jasri ).
Namun, semuanya sudah berubah. Keluarga ku tidak lagi berhubung dengan mereka juga ayahku. Kini aku hanya tinggal bersama ibuku di sebuah apartment kecil di tengah tengah kota. Semua kehancuran ini terjadi ketika aku berada di sekolah. Ketika itu kelas sains sedang berjalan. Aku menghayal kerana tidak faham tentang apa yang di ajarkan. Dalam hatiku terdetik "haih kalau lah boleh balik". Tiba tiba pintu kelas ku diketuk " tok tok tok! " "maaf mengganggu cikgu, boleh saya berjumpa dengan Shira?". Kami semua melihat kearah pintu dan aku terkejut kenapa Pak Jasri datang ke sekolah pada diwaktu pembelajaran. Aku segera keluar untuk berjumpa dengannya. "Kemas barang kamu dan bawa beg sekolah". Aku sekali lagi terkejut "eh kenapa ni? takkan la doaku termakbul yang aku nak balik" senyum ku dalam hati. Aku terus berjalan bersama Pak Jasri menuju ke kereta. Di sepanjang jalan itu tiada perbualan yang tergerak di mulut kami, dalam hatiku hanya kegembiraan dan keinginan segera pulang kerumah.
Sampai sahaja kami dikereta, aku membuka pintu dan sekali lagi terkejut kerana Misya juga berada di situ dengan begnya. "Misya !! apa yang awak buat kat sini?" tanyaku kepadanya "Aku pun tak tahu Shira, tadi Pak Jasri tiba tiba datang kekelas bagitau suh kemas barang n bawa beg sekali" kami berdua berbual dengan nada yang perlahan kerana atmosfera yang dirasakan ketika itu sangat la tegang. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena terjadi di Rumah. Sepanjang perjalanan kami bertiga hanya diam sambil aku melihat pemandangan yang sering kali aku lihat ketika dalam perjalan balik dari sekolah.
20 minit berselang, Akhirnya kami sampai ke rumah. Aku sekali dan sekali lagi sangat terkejut melihat ramai orang yang berada di rumah. Hatiku tiba tiba berdebar dengan kencang. Perasaan ku mula tidak tenang, aku melihat ke arah Misya dan dia juga berdebar sepertiku. Pak Jasri lalu memarkir kereta, aku dan Misya terus keluar dari kereta dan berlari menuju ke dalam rumah.
Aku dan Misya tiba di pintu depan rumah dan kami berdua melihat Aci Oca yang duduk di tangga sambil menangis. Hatiku mula tidak tenang. Keramaian yang tidak biasa membuatkan aku semakin berdebar dan merasakan ketidak tenangan yang sangat tajam. Aku dan Misya mendekati Aci Oca dengan perasaan yang pudar. Tiba tiba Aci Oca melihat ke arah kami sambil menangis, air matanya sangat jujur seperti baru sahaja kehilangan sesuatu yang berharga. "Ayahhhhh , Aaa a yahhhh" Aci Oca menangis dan memeluk kami berdua. Hatiku terhenti berdebar. Perasaan ku tiba tiba kosong. Tangisan Aci Oca terdengar dekat di telinga ku. Air matanya membasahi bahu kanan ku dan bahu kiri Misya. Tangan kiri ku tiba tiba terangkat dan mengusap dengan sayu belakang tubuh Aci Oca. " Ada apa ni? kenapa menangis Aci Oca " aku bertanya dengan nada yang sayu dan sangat perlahan kepada Aci Oca sambil dia memeluk kami berdua. Dia tidak membalas pertanyaan ku. Dia melepaskan pelukannya dan terus menuju ke tingkat atas rumah sambil mengusap air matanya. Aku dan Misya semakin takut dan perasaan berdebar itu sekali lagi datang.
Aku dan Misya terus berlari ke ruang utama rumah di mana ruang itu merupakan tempat kami sekeluarga melakukan aktiviti riadah di dalam rumah. "Papp!!" ketukan di hatiku terasa sangat sakit saat melihat perkara yang terjadi di saat aku dan Misya sampai di ruang utama rumah . Aku terkejut dan tiba tiba titisan air mata jatuh melewati pipiku. Aku terduduk melihat apa yang terjadi. Mata ku tidak berkelip seketika. Hatiku sakit seperti di cengkam melihat situasi yang terjadi di depan ku.
"Atokkkkk!!!!!" Misya menangis dengan sangat kencang dan mendekati atok yang suda terlantar dan dikafankan. Orang orang di sekitar cuba menenangkan Misya. Ketegangan itu justeru meriuhkan lagi suasana di situ. Aci Shima juga berada di situ sambil mata nya merah sedang menangis perlahan. Melihat ketegangan Misya, Aci Shima terus berdiri dan meninggalkan tempat itu. Aku tahu dia juga ingin meluahkan perasaan sedihnya seperti Misya tetapi dia tidak ingin perlihatkannya di depan orang.
Ke mana ayah dan ibu ku? Aku hanya melihat ayah Misya duduk di lingakaran itu sambil memegang Yassin . Ibu Misya berada di hujung penjuru sambil ditemani ibu Jurima (pembantu rumah) dan wanita lain yang aku tidak kenali. Sekali lagi di mana ibu dan ayahku? ،Tidak apalah. Hatiku kosong , aku masih terduduk melihat atok ku yang suda tidak tersenyum melihat kami lagi , kepala ku pening dan tiba tiba aku merasa keriuhan di sekeliling ku semakin membisu seperti ingin memfokuskan aku dengan atok ku saja. Mulut ku sedikit terbuka , mata ku tidak terkelip , air mata mengalir satu persatu melintasi pipi ku . Wajahku kosong seperti tidak bernyawa.
Aku bergerak dan mendekatkan diri ku dengan jasad atok. Aku menatap wajah atok sambil air mata ku satu persatu mengalir . Aku tiba tiba merasa hairan , perasan tidak biasa ku rasakan bertubi tubi memukul hati ku . Tiada lagi senyuman atok yang selalu membuatkan aku berasa tenang dan disayangi. Tiba tiba terdengar suara atok di dalam fikiran ku , terkenang kenangan kenangan pahit dan manis bersamanya , terpancar tingkah lakunya yang selalu memanjakan aku dan cucunya yang lain. Aku sangat sedih. Wajahku kosong tetapi hatiku menangis dengan sangat kencang.
Aku menyentuhkan dahi ku dengan dahi atok. "terima kasih atok" suara hatiku berkata. Aku berdiri dan meninggalkan ruang itu. Aku berjalan dengan tidak bermaya , dengan muka yang kosong melangkah satu persatu tangga menuju tingkat atas rumah di mana bilikku berada. Sampai sahaja di atas , hatiku semakin tidak tenang. Aku tidak menuju ke bilikku tetapi aku berjalan menuju kebilik Aci Oca . Aku tidak tahu kenapa , mungkin sebab aku tidak sanggup bersendirian.
Aku membuka pintu bilik Aci Oca dan melihat dia sedang duduk di mejanya sambil membaringkan kepalanya dan memeluknya di atas meja belajarnya. Aku tidak menegurnya. Fikiran ku di kawal oleh perasaan ku dan membawa ku ke penjuru bilik Aci Oca dan aku duduk termenung. Kami berdua berada di dalam bilik itu dengan masing masing mendiamkan diri, tidak menegur antara satu sama lain . Bilik itu senyap . Sehinggalah mata ku tertutup.
Download MangaToon APP on App Store and Google Play