NovelToon NovelToon

Cerita Azhar & Aisyah

EP. 01- PERMULAAN

Cerita Azhar & Aisyah Bermula

EPISOD 01 : PERMULAAN

Narator: Matahari mula menampakkan diri, sinarnya menyelinap masuk melalui tingkap rumah kecil di flat itu. Bunyi enjin motosikal dan suara jiran yang berbual di koridor menandakan pagi telah bermula.

Azhar tidur nyenyak, berselimut tebal sambil mendengkur perlahan. Jam loceng berbunyi nyaring, namun dia tidak bergerak langsung.

Aisyah masuk dengan wajah penuh tekad. Dia menepuk bahu Azhar perlahan.

Aisyah: Azhar, bangun! Dah pagi ni!

Azhar menggumam sesuatu dalam tidur dan berpusing ke sebelah.

Aisyah mengeluh, menarik nafas panjang. Dia mencuba sekali lagi, kali ini menggoncang badan adiknya.

Aisyah: Bangunlah! Kau nak kena tinggal ke?!

Azhar tetap tidak bergerak. Aisyah mula kehilangan kesabaran. Dengan senyuman penuh dendam, dia menarik selimut Azhar dengan kuat. Azhar terkejut, menggigil kesejukan.

Azhar: Aisyah! Sejuklah!

Aisyah ketawa kecil.

Aisyah: Siapa suruh tak bangun awal? Dah pergi mandi sekarang!

Azhar masuk ke bilik air dengan langkah malas. Sementara itu, Aisyah duduk di meja makan, perutnya mula berbunyi. Dia melihat sebungkus nasi lemak di atas meja.

Aisyah: Hmm... Azhar punya ke ni? Tapi... aku dah guna banyak tenaga kejut dia tadi. Aku lapar...

Dia merenung bungkusan itu seketika sebelum akhirnya membuka daunnya dan menikmati nasi lemak tersebut.

Azhar keluar dari bilik air dengan rambut masih basah dan baju yang sudah tersarung kemas. Dia berjalan ke arah meja makan dan mendapati nasi lemaknya tiada.

Azhar: Eh? Mana nasi lemak aku?

Dia memandang ke arah ibunya yang sedang membasuh pinggan.

Azhar: Mama, mana sarapan Azhar?

Mama tersenyum sambil menyeka tangannya.

Mama: Eh, tadi ada atas meja. Takkan dah hilang?

Azhar mengerutkan dahi, lalu menghidu udara seperti anjing mengesan bau. Dia berpusing ke arah Aisyah yang duduk dengan perut kenyang dan wajah bersalah.

Azhar: AISYAAAAH!!!

Pintu rumah terbuka, Abah pulang dari kerja dengan wajah letih tetapi ceria. Dia membawa plastik berisi ayam goreng panas.

Abah: Tengok ni, Abah beli lauk ayam goreng kegemaran kamu!

Sebelum sempat Abah meletakkan plastik itu di meja, Azhar berlari dan merampasnya. Dia terus membuka bungkusan dan menggigit seketul ayam goreng dengan rakus.

Aisyah: Azhar! Itu untuk semua oranglah!

Azhar dengan mulut penuh ayam menjawab dengan geram.

Azhar: Kau dah makan nasi lemak aku, kan?! Sekarang aku makan ayam ni!

Aisyah semakin berang, tetapi sebelum dia sempat bertindak, Abah bersuara dengan tegas.

Abah: Azhar! Jangan tamak! Kongsi dengan semua orang!

Azhar terdiam, perlahan-lahan meletakkan ayam yang tinggal separuh ke dalam pinggan.

Azhar duduk di ruang tamu bersama adiknya, Aliya, sambil menonton rancangan "Didi & Friends". Matanya semakin layu, kepalanya mula terhuyung-hayang sebelum akhirnya tertidur.

Azhar terasa bahunya digoncang perlahan. Dia membuka mata dan melihat Aisyah berdiri di hadapannya, memakai tudung, jaket, dan membawa beg.

Aisyah: Bangun, Azhar. Kita nak pergi kampung.

Azhar yang masih mamai menggosok matanya.

Azhar: Hah? Kampung?

Aisyah mengangguk sambil tersenyum. Azhar terus bangun dan bersiap. Setelah semua sudah siap, mereka sekeluarga keluar dari rumah dan bergerak ke kampung mereka.

Dan begitulah permulaan satu hari biasa dalam kehidupan Azhar & Aisyah. Setiap hari penuh dengan kejutan, gelak tawa, dan pastinya... makanan yang sentiasa jadi rebutan!

Tunggu di episod seterusnya!

-BERSAMBUNG-

EP.02- BALIK KE KAMPUNG

Balik Kampung

Narator: Malam semakin larut, tetapi perjalanan baru sahaja bermula. Azhar, Aisyah dan sekeluarga sudah pun masuk ke dalam kereta besar mereka, Proton Ertiga berwarna kelabu. Dengan beg dan barang penuh di bahagian belakang, mereka bersedia untuk perjalanan panjang ke kampung.

Azhar duduk di kerusi belakang sambil memegang telefon bimbitnya.

Azhar: Haish… kenapa internet slow sangat ni? Aku nak main game pun tak boleh!

Aisyah yang duduk di sebelahnya hanya mengangkat bahu sambil tersenyum sinis.

Aisyah: Biasalah, highway… mana ada line kuat sangat.

Azhar mengeluh dan akhirnya menyandarkan kepala ke tingkap. Perlahan-lahan, matanya mula terpejam. Aisyah dan ahli keluarga lain juga mula tertidur satu persatu.

Di dalam kereta yang sunyi, Aliya menggeliat perlahan dan membuka mata. Dia melihat sekeliling dan mendapati mereka masih di dalam kereta yang berhenti di tepi jalan. Lampu jalan samar-samar menerangi bahagian dalam kereta.

Tiba-tiba, pintu kereta di sebelah pemandu terbuka. Abah masuk dan melihat Aliya yang sudah terjaga.

Abah: Dah nak sampai ni, Aliya. Tidur balik ya?

Aliya mengangguk perlahan dan menyandarkan kepalanya semula.

Azhar membuka matanya perlahan-lahan. Dia terasa pelik… kenapa hanya dia dan Aisyah sahaja dalam kereta?

Azhar: Eh, mana semua orang?!

Aisyah yang turut terbangun menggosok matanya.

Aisyah: Hah? Mana Mama, Abah?!

Mereka berdua memandang ke luar tingkap dan melihat keluarga mereka sedang berdiri di depan rumah datuk dan nenek mereka. Panik, mereka terus keluar dari kereta dan berlari ke arah keluarga mereka.

Abah melihat mereka dengan senyuman kecil.

Abah: Kami nak masukkan barang dulu sebelum kejutkan kamu. Senang sikit urusan.

Azhar & Aisyah hanya mengangguk, masih sedikit terkejut.

Mama berdiri di depan pintu sambil memberi salam beberapa kali.

Mama: Assalamualaikum! Tok! Kami dah sampai!

Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka. Tok muncul dengan wajah mengantuk tetapi gembira melihat kedatangan mereka.

Tok: Waalaikumsalam. Mari, masuk cepat!

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah yang gelap. Tok segera membuka lampu dan suasana rumah menjadi lebih cerah.

Azhar terus menuju ke bilik tidur kedua, tetapi Tok segera menahannya.

Tok: Eh, Azhar, bilik ni dah ada keluarga Adam. Kamu tidur bilik lain, ya?

Azhar mengeluh sedikit tetapi mengangguk.

Aisyah: Jadi kita tidur mana?

Tok: Bilik tidur ketiga. Tapi sebelum tidur, pergi basuh kaki dulu.

Mama dan Abah mengangguk bersetuju.

Abah: Basuh kaki dulu, baru masuk tidur.

Azhar dan Aisyah berlari ke arah bilik air. Seperti biasa, mereka berebut siapa yang akan guna dahulu.

Aisyah: Aku dulu!

Azhar: Tak! Aku dulu!

Dengan pantas, Azhar menolak pintu bilik air dan masuk dahulu.

Aisyah mendengus dan berlari ke tandas sebelah.

Semasa Azhar sedang membasuh kaki, tiba-tiba dia terasa percikan air dari celah dinding tandas.

Azhar: Eh?! Aisyah!

Aisyah ketawa dari tandas sebelah.

Aisyah: Haha! Ambil kau!

Azhar cuba membalas dengan memercikkan air ke atas, tetapi tidak berkesan.

Azhar masuk ke dalam bilik tidur ketiga dengan wajah tidak puas hati.

Azhar: Mama! Aisyah percik air dekat aku!

Mama yang sedang menidurkan Aliya dan Aryan menoleh dengan suara perlahan.

Mama: Azhar, senyaplah sikit. Adik-adik nak tidur.

Azhar terdiam. Dia menoleh ke arah Aisyah yang sudah baring di tilam. Tiba-tiba, dia perasan sesuatu…

Aisyah nampaknya sudah tidur, tetapi Azhar sempat melihat matanya terbuka sedikit dan dia tersenyum nakal.

Azhar: Aisyah!!!

Aisyah terus memejamkan mata dan berpura-pura tidur. Azhar hanya mampu menggigit bibirnya kerana tidak mahu dimarahi lagi.

Azhar: (dalam hati) Ish, menyampah betul!

Tok muncul di pintu dan melihat keadaan bilik yang sudah penuh.

Tok: Azhar, bilik ni tak muatlah. Tidur bilik keempat dengan Abang Danial ya?

Azhar mengeluh tetapi tiada pilihan lain. Dia melangkah ke bilik keempat.

Bilik itu gelap dan terasa sedikit menyeramkan. Sebaik sahaja dia masuk…

Tiba-tiba!

"BOO!"

Abang Danial muncul dari dalam gelap dan menakutkan Azhar.

Azhar: AHHH!! Abang Danial!!!

Abang Danial ketawa kecil.

Abang Danial: Haha! Kenapa? Takut ke?

Azhar: Kenapa abang belum tidur?

Abang Danial mengangkat telefon bimbitnya.

Abang Danial: Tengah main game lah.

Azhar mengangguk dan baring di sebelahnya. Tetapi tidak lama selepas itu, dia terasa sejuk.

Azhar: Sejuknya… mana aircond?

Abang Danial: Takde aircond. Aku buka tingkap.

Azhar: Tak masuk nyamuk ke?

Abang Danial: Tak, ada langsir halang.

Azhar mahu bertanya lagi tetapi Abang Danial segera menutup mata.

Abang Danial: Dah, tidur.

Azhar akhirnya mengalah dan menarik selimut.

Narator: Dan begitu berakhirnya malam pertama mereka di kampung. Tetapi, esok pasti lebih banyak lagi kejadian menarik yang bakal berlaku...

Bersambung...

EP.03- TERUJA

Teruja

Pagi yang tenang di kampung dikejutkan dengan suara garau tetapi lembut…

Abang Danial: Azhar! Bangun cepat, kita nak pergi rumah sepupu kat Perak!

Azhar membuka mata perlahan dan melihat Abang Danial sudah siap berpakaian – berkolar biru dan seluar jeans.

Azhar: Hah?! Nak pergi Perak? Yay!

Narator: Azhar terus bangun dan bersiap dengan semangat. Dia tak sabar nak jumpa sepupunya – Khadeeja, Hana dan Umar!

Semasa bersiap, Azhar sempat bersembang dengan Adam.

Azhar: Adam, kau rasa Umar ada mainan baru tak?

Adam: Mesti ada! Dia kan selalu pamer barang baru dia.

Narator: Tak lama kemudian, semua ahli keluarga sudah bersedia. TokWan, Tok, Uncle (Abah), Acik (Mama), Azhar, Aisyah, Aliya, Aryan, PakLong (bapa Adam), MakLong (mak Adam), Adam dan Abang Danial, semua dah bersiap dengan pakaian kemas dan beg masing-masing.

Mereka bergerak – Azhar, Aisyah, Abang Danial dan Adam menaiki Proton Ertiga kelabu milik Uncle dan Acik. Sementara itu, Aliya, Aryan, TokWan dan Tok menaiki Proton Exora bersama PakLong dan MakLong.

Narator: Perjalanan pun bermula. Lagu di radio menemani mereka di sepanjang lebuh raya. Azhar sibuk bercerita dan bertanya soalan itu dan ini, manakala Aisyah hanya melayan dengan senyuman malas.*

[Tengah hari - PakMat Western, Pulau Pinang]

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mereka pun singgah makan tengah hari di restoran PakMat Western.

Azhar: Waaa burger dia besar gila!

Aisyah: Aku nak chicken chop!

Narator: Suasana meja makan penuh dengan bau sedap dan suara riang. Semua menikmati hidangan masing-masing sebelum menyambung perjalanan.*

[Petang - Rumah sepupu di Perak]

Jam sudah pukul 6:30 petang. Di halaman rumah kampung di Perak, Khadeeja, Hana dan Umar sudah pun menunggu penuh sabar bersama Abi dan Acu mereka.

Khadeeja: Lama betul diorang ni...

Hana: Sabar lah, mesti tengah jem!

Umar: Aku nak tunjuk robot baru aku dekat Azhar nanti!

Pukul 7:00 malam, akhirnya dua kereta yang ditunggu pun muncul.

Narator: Suasana menjadi gamat dengan jeritan dan pelukan. Pertemuan antara sepupu yang penuh ceria menandakan permulaan satu malam yang pasti penuh gelak ketawa dan kisah baru.

-BERSAMBUNG-

Sorry guys sebab masih ada 266 patah perkataan so:

Teruja

Narator: Pagi yang tenang di kampung dikejutkan dengan suara garau tetapi lembut…

Abang Danial: Azhar! Bangun cepat, kita nak pergi rumah sepupu kat Perak!

Azhar membuka mata perlahan dan melihat Abang Danial sudah siap berpakaian – berkolar biru dan seluar jeans.

Azhar: Hah?! Nak pergi Perak? Yay!

Narator: Azhar terus bangun dan bersiap dengan semangat. Dia tak sabar nak jumpa sepupunya – Khadeeja, Hana dan Umar!

Semasa bersiap, Azhar sempat bersembang dengan Adam.

Azhar: Adam, kau rasa Umar ada mainan baru tak?

Adam: Mesti ada! Dia kan selalu pamer barang baru dia.

Narator: Tak lama kemudian, semua ahli keluarga sudah bersedia. TokWan, Tok, Uncle (Abah), Acik (Mama), Azhar, Aisyah, Aliya, Aryan, PakLong (bapa Adam), MakLong (mak Adam), Adam dan Abang Danial, semua dah bersiap dengan pakaian kemas dan beg masing-masing.

Mereka bergerak – Azhar, Aisyah, Abang Danial dan Adam menaiki Proton Ertiga kelabu milik Uncle dan Acik. Sementara itu, Aliya, Aryan, TokWan dan Tok menaiki Proton Exora bersama PakLong dan MakLong.

Narator: Perjalanan pun bermula. Lagu di radio menemani mereka di sepanjang lebuh raya. Azhar sibuk bercerita dan bertanya soalan itu dan ini, manakala Aisyah hanya melayan dengan senyuman malas.*

[Tengah hari - PakMat Western, Pulau Pinang]

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mereka pun singgah makan tengah hari di restoran PakMat Western.

Azhar: Waaa burger dia besar gila!

Aisyah: Aku nak chicken chop!

Narator: Suasana meja makan penuh dengan bau sedap dan suara riang. Semua menikmati hidangan masing-masing sebelum menyambung perjalanan.*

[Petang - Rumah sepupu di Perak]

Jam sudah pukul 6:30 petang. Di halaman rumah kampung di Perak, Khadeeja, Hana dan Umar sudah pun menunggu penuh sabar bersama Abi dan Acu mereka.

Khadeeja: Lama betul diorang ni...

Hana: Sabar lah, mesti tengah jem!

Umar: Aku nak tunjuk robot baru aku dekat Azhar nanti!

Pukul 7:00 malam, akhirnya dua kereta yang ditunggu pun muncul.

Narator: Suasana menjadi gamat dengan jeritan dan pelukan. Pertemuan antara sepupu yang penuh ceria menandakan permulaan satu malam yang pasti penuh gelak ketawa dan kisah baru.

TAKYAH BACA

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play