NovelToon NovelToon

BANTAL

Del Sol

Sid

Keluhan dilepaskan. Sudah gelap gelita. Awan pula menyembunyikan bulan yang mengambang. Agak kuat bunyi detap-detup kasut aku hentakkan ke lantai simen menuju ke destinasi yang aku sudah anggap sebagai rumah kedua. Dengan penuh kesungguhan, setiap anak tangga didaki sambil bahu memikul beg galas yang tidak berat mana pun. Sempat aku menyeka rambut yang sudah tiga bulan lebih tidak dipotong. Anak tangga terakhir tercapai, kakiku membawa badan menerusi koridor panjang sampai ke sebuah pintu. Tombolnya digenggam erat sebelum aku menarik nafas yang dalam. Bukan sahaja stress belajar yang aku kena hadapi. Apa yang aku tahu, stress baharu akan muncul selepas aku buka pintu ini.

"Wah, budak kuli dah sampai!" teriak gadis bertocang satu yang sedang bermalas-malasan di atas sofa menuding jari ke arah dapur.

"Kau nampak pinggan mangkuk hayun semua dalam sink tu? Dah macam Eiffel Tower aku tengok!" Seperti yang aku sangkakan. Memang tidak sah kalau bukan teriakan gadis bernama Ami Maliana yang seakan-akan puntianak dahagakan darah.

"Hei, tak elok jerit malam-malam, Amy."

Gadis yang sedang berpelukan dengan plushie boba tea di sofa sebelah Amy itu Sarah Lea. Aku lebih selesa kalau berbual dengan Sarah sebab dia tidaklah bermulut murai seperti Amy, dan Sarah juga seorang yang supportive.

"Biarlah, kita tak pernah setuju pervert ni kat sini, kan Chrissy?'

"Ya." kata pembenar yang disampaikan oleh Chrissy agak sukar didengar, seperti sepoi-sepoi angin bahasa. Memang dia sengaja tidak banyak bercakap dan sering perlahankan suara kerana dia seorang introvert, tetapi aku yakin dia ada banyak buah fikiran.

"Pervert ni nampak macam penat je. Takkan lah stress sangat class malam ni? Setakat lecturer membebel je pun."

"Tak lah, lif rosak lagi." Aku mengeluh sambil menyandarkan beg di kerusi dapur. Terus aku duduk di meja dapur lalu menghidupkan laptop Dell yang sempat aku cas di library untuk semak semula progress assignment bulanan.

"Kau tak penat ke, Sid? Asyik hadap laptop je. Nak aku buatkan air tak?

Aku geleng sahaja sebagai tanda menolak tawaran Sarah. Mataku masih tertumpu pada skrin laptop mencari sebarang cacat cela dalam penulisan dapatan kajian.

"Biarkan je nerd tu, Sarah. Mesti dia tengah plan nak ambik kesempatan kat body kita."

"Astaghfirullah, tak baik cakap macam tu." Tegas Sarah memberi amaran.

Kenapa lah aku terlibat dalam situasi ni? Keluhku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

(2 bulan lepas)

"Syeid Idrus bin Syeid Hamdi?"

"Betul. Boleh ke?"

"Boleh je tapi serious awak dah tak nak stay kat hostel ni? Awak dah jelaskan payment yuran hostel untuk empat semester dan awak nak bazirkan macam tu je? Awak tahu kan bayaran ni tak boleh refund?"

"Ya, betul. Saya ada sebab tersendiri."

"Hmm, ikut awak lah. Ramai lagi yang rebutkan peluang nak duduk hostel ni."

Hostel manager menghulurkan sekeping notis keluar hostel. Aku sambut lalu keluar daripada office itu tanpa melihat sedikit pun kertas notis yang berada di tangan.

"Finally, I'm free!" Launganku dibebaskan kerana aku sudah muak dengan pelbagai kerenah roommates ketika aku masih menetap di hostel. Ada yang merokok di ruang tamu, ada yang menjadikan bilik tidur aku sebagai hotspot for hangout, dan paling teruk, ada yang buang air kencing di lantai tandas. Fikirkannya sahaja buatkan aku mahu keluarkan segala isi perut nasi lemak pagi tadi. Kertas tadi aku lipat dan simpan di dalam poket belakang.

"Hai, Sid!" Jeritan itu sangat aku kenali. Insyiera atau lebih dikenali sebagai Ira terkepit-kepit kakinya datang menghampiriku, mungkin disebabkan oleh jeans ketat yang dikenakannya.

"Boleh ke I panggil you Sid? Ramai I dengar orang panggil you nama tu." Sebenarnya nama 'Sid' bukanlah nama sebenar aku tapi sekadar nama ejekan dari rakan-rakan kursus yang menyamakan nama aku dengan perkataan mencarut 'shit' semasa ice-breaking orientasi semester satu.

"Ikut suka hati kau lah."

"I macam terdengar suara orang jerit tadi, tu lah sebabnya I datang sini."

Ah, shit. Dia terdengar ke aku jerit? Cringe gila aku.

"Lepastu I nampak you, tu yang I nak bertegur sapa." Sapanya sambil memeluk erat lenganku. Bahu aku pula geli digesek-gesek kepalanya.

"Bertegur sape eh? Macam meraba aku je. Aku buat report kasik kat JAIS, nak?"

"Ish, you ni. I gurau je. By the way, bila you nak ajak I dating?"

Muak aku mendengar permintaannya. Sejujurnya, aku benci amat dengan personaliti Ira yang terlalu obses dengan social media dan gedik mengalahkan Diva A.A. Aku dapat rasakan yang dia sengaja mahu berapat-rapat dengan aku setelah dia mendapat tahu bahawa aku merupakan anak 'taukey' cargo port.

"Aku ada hal. Ciao." Cepat aku leraikan ikatan lengannya lantas aku bertindak lari dari situasi awkward itu. Pantas aku melangkahkan kaki menuju ke kawasan parkir.

"Call I tau!"

"Tak hingin!" Jeritanku menggetarkan anak tekak.

Honda Del Sol merah pemberian bapaku mula kelihatan di pandangan. Kereta ini sepatutnya tiada di Malaysia tetapi entah bagaimana bapaku boleh dapatkan kereta ini dari kontena yang sesat di Selat Melaka. Model era 90-an ini unik dengan automatic convertible feature tetapi malangnya sudah tidak berfungsi lagi.

"Aku patutnya fikir kat mana aku nak duduk lepasni." Kataku kepada diri sendiri sambil memijak pedal clutch lalu memasukkan gear ke nombor satu. Kalau bab memandu kereta manual, bukan masalah bagiku kerana aku selalu main permainan Initial-D Drifting di arked sewaktu zaman remaja. Malah, aku lulus ujian JPJ pada percubaan pertama.

Setiap iklan di dinding kedai aku tatapi tetapi tiada satu pun yang menawarkan perkhidmatan bilik sewa. Yang ada pun cuma iklan jualan pil ubat kuat dan minyak ikan belacak tradisional. Carian di internet juga telah aku buat dan pelbagai nombor telefon telah aku panggil. Namun, jawapannya tetap sama. Penuh.

"Patut ke aku tido dalam kereta?" Aku menjenguk barang-barang peribadi yang telah aku punggah dari hostel lama ke dalam seat belakang kereta. Sengaja aku kemaskan awal-awal sebelum memohon keluar hostel supaya mudah kerja aku. "Sepatutnya tak jadi masalah, untuk sehari dua." Aku mula keletihan. Perjalanan disambung bagi melangsungkan misi pencarian. Susah juga mahu cari bilik sewa. Benarlah kata-kata hostel manager tadi, ramai yang rebutkan tempat tidur di hostel kerana semua perkhidmatan bilik sewa di luar sudah penuh. Cermin kereta diketuk bertalu-talu oleh titisan hujan bak budak beraya ketuk pintu rumah orang minta duit raya. Aku perlahankan kereta pada kelajuan sekitar 40km/h. Aku terpaksa berhenti di perhentian bas berdekatan kerana takut akan bumbung kereta yang nipis ini bocor. Setelah aku berhenti, kelihatan gerangan seorang wanita yang sedang duduk membuai-buaikan kaki di hujung pandangan.

"Cik?" Sapaku dengan nada agak tinggi bagi mengatasi bunyi titisan hujan yang menimpa bumi. Dia tidak menoleh.

"Cik?" Kali ini dengan nada yang lebih tinggi seperti menjerit.

"Ya? Sorry sorry saya tengah berangan."

"Cik tengah tunggu bas ke?"

"Tak lah tengah tunggu hujan berhenti."

"Nak saya tumpangkan tak?" Riak wajahnya seperti ragu-ragu. Aduh, aku cuma mahu jadi baik saja.

"Cik boleh call polis kalau saya nak cuba apa-apa." Kataku untuk meyakinkannya.

"Okey, fine. Boleh tak encik tumpangkan saya ke Apartmen Walinong?"

Encik? Aku sure yang aku still nampak macam 23 tahun lagi. Lagipun, tak pernah dengar pulak nama apartmen Walidnok. Ah, pakai Waze je lah.

Kami berdua melabuhkan punggung ke tempat duduk lantas cepat-cepat menutup pintu kereta. Aku cuba mencari lokasi yang dikatakan di Waze tetapi tidak dijumpai.

"Meh, saya carikan." IPhone 7 yang sedang memaparkan aplikasi Waze berpindah tangan.

"Anyway, you can just call me Sarah. Don't Cik-cik ya."

"Speak to yourself."

Tidurlah

(Masa Kini)

Buih-buih yang terhasil daripada gosokan span ditiup. Hoodie cotton aku mula dibasahi percikan air dari sinki namun aku tidak ambil peduli kerana akan dimasukkan ke dalam washing-machine juga nanti.

"Basuh bersih-bersih ya. Kalau aku still nampak setitik zarah kotoran sekalipun, aku buat flying kick lagi macam haritu."

Memori terimbas kembali ketika aku menghantar Sarah ke apartmen ini pada dua bulan lepas.

(Imbas Kembali)

"Dia tolong aku tadi." Sarah menjelaskan keadaan. Amy dan Chrissy sedang menanti ketibaan Sarah di lobby ground floor kerana kunci rumah ada pada dia. Aku terharu apabila mereka berdua lega kerana Sarah tidak apa-apa. Namun, Amy memandang aku atas bawah. Aku rasa tidak sedap hati.

"Kau ni siapa?" Tanpa salam, soalan pendek tetapi menggerunkan itu diajukan oleh Amy.

"Saya nampak dia ka-". Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, kelihatan kakinya yang berkasut tumit tinggi mengambil lajak dan dalam sekelip mata menghinggap lubang pusat di perutku.

"No, Amy! Let me explain!" Itu apa yang aku dengar apabila badanku tersentak ke belakang dalam kira-kira dua meter. Refleks kedua-dua tangan aku memegang perut yang baru sahaja 'dicucuk' tadi lalu aku hilang keseimbangan. Aku dapat rasakan badan aku mengalami daya jatuh bebas hingga kepalaku terhentak ke lantai mozek marble. Kesakitannya? Tidak perlu diceritakanlah. Apa yang pasti, perkara terakhir yang aku dapat lihat, kabur.

(Imbas kembali tamat)

"Boleh slow-kan volume suara TV? Aku nak beradu ni" Pintaan sopanku setelah aku lihat Amy sedang asyik menonton Netflix yang memaparkan series Korea Mask Girl dengan suara yang boleh didengari jiran sebelah.

"Ah, kau. Nak beradu? Kau ingat ni istana Parameswara ke? Buat macam rumah sendiri pulak kau." Dia kemudian menoleh ke arah Chrissy yang sedang lena tidur di sofa 3-seat.

"Budak kuli, kejut dia. Suruh dia tido kat bilik."

Aku menurut sahaja perintah Amy seperti lembu yang ditambat. Aku tidak kisah perintah apa asalkan bukan lipat baju. Aku memang bukan expert dalam melipat baju, baju aku pun kebanyakannya digantung dalam almari. Lagipun, tidak mahu aku sentuh pakaian dalam kepunyaan orang.

"Chrissy, sorry to wake you up." Aku mencangkung menghadap muka hasil kacukan keturunan Baba Nyonya yang ayu dibuai mimpi. Matanya terbuka seluas sawah padi Kedah tetapi reaksinya hanya diam, tidak seperti kakakku dahulu yang sering menggelabah bak monyet buntut merah ketika aku kejutkan dia untuk bersiap ke sekolah.

"Huh?" Dia kelihatan keliru.

"You shouldn't sleep here, you'll hurt your back."

"Oh, thanks."

Dia perlahan-lahan berjalan ke biliknya menyorongkan plushie kepunyaan Sarah.

"Oh, mana Sarah ek?"

"Tolonglah stop cakap 'ek', annoying gila. Sebab ni lah aku benci orang Johor." Sindiran Amy pedas membakar diri aku.

"Mana Sarah?"

"Dia ada shift malam. Kenapa?"

"Saja curious."

Suasana hening. Aku cuba memikirkan soalan lain.

"Dia kerja untuk tolong tanggung sewa bilik apartmen ni ke?"

"Tak. Sebenarnya ni homestay mak bapak Chrissy punya. Mak bapak dia owner enam unit kat floor ni dan enam lagi kat floor atas. Masa awal-awal kitorang masuk pun, mak bapak dia sekeras-kerasnya tolak bayaran kitorang."

Oh, damn. Patutlah aku rasa mustahil untuk diorang tanggung sewa bilik apartmen semewah ni. Ada chandelier kaca pulak tu.

"Kalau Chrissy dah tanggung semua, kenapa Sarah nak kerja jugak?"

"Entah, mungkin nak tolong family dia la kot. Hal peribadi dia."

"Dia pergi kerja naik apa?"

"Aku pinjamkan dia motor aku."

Aku sempat tonton seketika series Mask Girl yang ditayangkan. Kaca TV menunjukkan 'pertarungan' antara lelaki gendut nerd dengan gadis bertopeng di atas katil. Kemudian, pisau yang tiba-tiba muncul di tangan kanan gadis itu lincah menikam leher lelaki 'high' yang berada diatasnya. Aku lupa pula yang Netflix ini tidak mengkaburkan atau potong scene yang kurang sesuai ditonton.

"Kau memang suka tengok benda-benda macam ni ke?"

"Kalau kau buat apa-apa kat aku, aku akan buat benda yang sama macam minah dalam TV tu."

"Noted." Tak mahu aku berbuat demikian. Kalau aku dengan Amy, nanti anak aku suka buat bising. Nanti aku boleh jadi gila sampai masuk ke Hospital Bahagia macam Keluang Man.

"Enjoy the movie. Aku nak tido."

"Hmm." Itu sahaja balasannya.

Segala house chores dan rutin harian telah terlaksana. Katil pula mula memanggil-manggil untuk direbahkan badanku. Jarum pendek pada jam dinding mula menghampiri nombor dua belas. Masa yang sempurna untuk merehatkan badan dan minda. Tapi otak aku mengarahkan sebaliknya. Tangan aku mencapai IPhone 7 di atas katil.

It's time for Magic Chess: Go Go!

Tidak seperti game MLBB, MGCC lebih memerlukan kemahiran management dan quick decision skill, yang mana aku sangat mahir. Selepas satu pusingan, 3rd place, tambah dua star.

Hmm, less is better than nothing.

Aku mengiringkan badan ke kanan untuk mencapai wireless earbud di atas bedside drawer. Kelihatan pintu masih ternganga luas. Sengaja aku biarkan pintu terbuka bagi membuktikan bahawa tuduhan Amy tempoh hari yang mengatakan aku senyap-senyap jerk-off dalam bilik itu tidak benar. Lagu 'Peach Tree Rascals - Mariposa' dipasang melalui Bluetooth di IPhone. Walaupun bilik masih disinari cahaya lampu LED yang menyilaukan, alunan muzik ini dapat membuatkan mata aku mula merapat.

Amy

Masih ada beberapa episod lagi yang tersisa. Takpelah, boleh sambung esok malam.

Jam analog pada dekoder Astro pula menunjukkan nombor 01:05.

Macam mana Sarah boleh terjaga masa kerja shift malam macam ni? Kalau aku, dah terbungkang dekat kaunter 7E tu.

Aku merenung seketika di luar jendela. Terdapat sekumpulan penunggang motosikal 125ZR sedang membuat onar di jalan besar bawah sana.

Kalau Sarah tak pakai RXZ aku, dah lama budak-budak mentah pendek akal tu makan asap.

Sliding door balkoni dikunci, langsir dirapatkan, aircond dimatikan. Lampu ruang tamu aku biarkan terpasang bagi memudahkan urusan Sarah apabila dia balik shift malam pukul 6 nanti. Semasa aku mengorak langkah ke bilik tidur, kelihatan ruangan luar bilik hujung ditumpahi cahaya dari dalam. Sempat aku sekilas pandang pintu bilik Chrissy yang sentiasa tertutup dan terkunci pada setiap masa. Siap ada signboard sticker Don't Disturb tertampal pada pintu biliknya. Memang sikap tipikal seorang introvert yang mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu. Senyap-senyap aku ke bilik hujung itu bagi memeriksa sekiranya terdapat sebarang aktiviti yang mencurigakan. Dengan sebelah mata, aku mengintai di sebalik pintu bilik itu.

Gila ke mamat ni? Tidur tak tutup pintu dengan lampu terang-benderangnya.

Aku perhatikan sekeliling. Aircond menunjukkan nombor 22, mini fridge tersorok di tepi meja study, satu earbud yang telah terjatuh ke lantai bersembunyi di bawah katil. Keadaan bilik ini sebenarnya lebih kemas daripada yang aku sangka, tidak seperti bilik sewa ex aku, Ilham sewaktu menuntut kursus diploma seni kulinari dahulu. Mata kemudian beralih pada susuk tubuh seseorang di atas katil tersebut. Lena tidur empunya tubuh itu dibuai alam mimpi. Posisi Sid tidur seakan-akan bentuk 'Z'.

Tidur macam baby, atau babi untuk lebih tepat.

Terpaksa aku melangkah masuk biliknya untuk mencapai suis lampu yang terletak di hujung bilik akibat design flaw. Suis lampu dipetik, tombol pintu ditarik sampai rapat semasa aku keluar. Aku bukannya kasihankan si mamat Sid ini tetapi dia telah menunjukkan tanda-tanda yang dia langsung tidak berbahaya untuk tinggal di sini.

Kau bertuah.

Chrissy

Masa-masa seperti tengah malam sekarang ini memang masa kemuncak untuk komuniti Discord melaungkan suaranya. Tekun aku mengetik IPhone X dengan brightness paling rendah yang berada di tangan. Memang kegemaran aku untuk bersosial tanpa perlu menunjukkan rupa fizikal pada seseorang.

Warprix_Grinx: C'mon guys, spill the tea. Have you ever had crush on someone?

DasBastard: My uncle.

ChrissyExcalibur: What the hell, dude?

Warprix_Grinx: How about you, Ms Excalibur?

ChrissyExcalibur: Well, never in my life.

Warprix_Grinx: Fr? There's no man appears in your life? Or at least in your mind?

RajeshaSiva1: She would be surprised once she sees my 10-inch long dick. (kissy face emoji)

MylilPonyy95: Wtf (skull emoji)

ThonderFanzy [MOD]: I have restricted him for 48 hours.

ChrissyExcalibur: Thanks. Back to your question @Warprix_Grinx. Well, there's a guy, a new housemate living with me recently.

Warprix_Grinx: Really? What about his appearance? And his personality?

Aku letakkan phone ke tepi.

Well, he's just a regular guy.

Aku merenung melihat sticker bintang-bintang glow-in-the-dark yang penat-penat aku tampal di siling ketika pertama kali aku berpindah ke sini. Skrin phone itu aku tatap sekali lagi, meneliti soalan yang diajukan.

Dang it! You just made me curious about Sid. How old is he? How tall is he? Is he naturally tanned? What's his favourite anime? Ughhhh.

Aku memerhatikan pintu yang tertutup rapat di sudut bilik.

Should I stalk him?

Aku melekapkan telinga di permukaan pintu.

No sound at all. Maybe Amy was asleep.

Tombol pintu dipusing ke arah jam perlahan-lahan. Engsel pintu yang telah aku letakkan WD40 minggu lepas tidak menghasilkan sebarang bunyi.

Nice.

Papan pintu sedikit demi sedikit terpisah dari bingkainya, menunjukkan suasana kelam di luar. Rambut paras bahu yang menghalang penglihatan dialihkan ke belakang telinga. Mata aku giat berligar seperti CCTV, mencari sebarang pergerakan bagi mengelakkan diri daripada ditangkap.

Wait a minute. Who's that?

Kelihatan susuk tubuh bertocang sedang mengintai ke dalam bilik yang masih menyala lampunya.

Oh my god. Amy? What is she doing at Sid's room? This is not the Amy I know. Are they couple?

Susuk Amy kelihatan seakan-akan memasukkan tubuhnya ke dalam bilik itu lalu lampu bilik itu tiba-tiba terpadam.

Oh shit, oh shit, oh shit, oh shit, oh shit, oh shit.

Cepat-cepat aku tutup pintu dan lari menyelubungkan diri dalam selimut setebal seinci.

Are they having an affair? Oh my god! Should I tell someone? No, Sarah will be so upset. Plus, Sid will be kicked out of the house. What should I do?

Muka aku ditekapkan ke bantal sekuat hati hingga tidak boleh bernafas.

Will they do that shaboinky thing? I wonder what it feels like. Is it hurt?

Bantal putih sebesar tubuhku dipeluk seeratnya.

Ah. Amy, you bitch. I want someone to hug too.

Sarah

"Lapan belas ringgit tiga puluh sen."

Lekas makcik berumur 50-an itu menghulurkan sekeping not RM20 bersama tiga kupang.

Lincah jari telunjuk aku menekan jumlah bayaran yang diberikan lalu spacebar mesen cashier diketik. Money drawer dengan automatiknya membuat jumpscare berserta bunyi 'Ka-ching' setiap kali aku berbuat demikian. Dua keping not biru aku hulurkan sebagai baki.

"Terima kasih."

Bagus makcik ni, takpayah susah-susah aku nak pulang duit sen-sen bebanyak.

Perhatian aku beralih pada Ikhram yang sedang restock sekotak produk Gardenia.

"Kau tahu kan kerja restock ni budak shift pagi nanti boleh buatkan?"

"Ala, takpela. Lagipun nanti mengantuk kalau setakat duduk diam je."

"Hmm, yelah."

Sepatutnya, cuma seorang saja yang bekerja shift malam kalau diikutkan sistem. Mujur pihak management beri permission untuk dua staff shift malam bertugas bersama atas permintaan dari staff shift malam lain yang menyuarakan hal ini. Kalau tidak, tiada peneman sepanjang setahun lebih aku bekerja di sini. Lokasi cawangan ini pun letaknya di celah lorong-lorong, ada ramai perempuan murahan yang berpakaian tidak cukup kain termasuklah 'maknyah' memanggil-manggil orang untuk melanggannya. Pasti ramai orang jahat di sini.

"Kau asal mana, Ikhram?" Sengaja aku mengajukan soalan untuk memecahkan suasana hening.

"Tak jauh pun, kat O.R Federal je."

"O.R? Orion Residency?" Aku cuba memastikan apa yang aku baru sahaja dengar.

"Ha'ah, kenapa?"

"Tu kan tempat orang kaya."

"Aku takdelah kaya sangat."

"Habis tu kau buat apa kat sini?"

"Aku kena denda dengan daddy aku sebab aku senyap-senyap pergi Retro Havoc kat JB dengan convoy Evo masa dia ada business trip."

"So, denda kau kerja part-time?"

"Yup."

"What the fu-"

Belum sempat aku menghabiskan carutan, pintu kaca dibuka luas hingga kekal pada kedudukan terbuka. Kelihatan seorang lelaki tua tinggi lampai dengan kot hujan hitam berserta topi seperti Sherlock Holmes. Dia lalu sahaja menerusi aisle ruangan buku-buku komik Lawak Kampus. Aku cuma berdiri menampakkan sikap profesional seorang staff 7E. Jika tidak, nanti tidak fasal-fasal customer buat laporan atas kesalahan etika dan disiplin. Mesen Slurpee tiba-tiba berbunyi, dram ais berpusing mencampurkan bahan-bahan chemical yang boleh bawa penyakit kencing manis. Lama juga aku tunggu gerangan lelaki misteri itu untuk memunculkan diri di kaunter.

Dia nak tengok-tengok je ke? Atau dia nak mencuri?

Ikhram pula tidak kelihatan kelibatnya.

Mana pulak musibat Ikhram ni? Kalau jadi apa-apa kat aku macam mana?

Sanggul rambut yang sudah londeh dibetulkan dengan mengikat sekali lagi.

Oi, bapak lama. Buat apa siak?

Aku memutuskan untuk melangkahkan kaki ke ruangan storage room. Lelaki misteri tadi kelihatan sedang leka membaca komik Lawak Kampus yang telah koyak bungkusan plastiknya.

"Encik, cover plastik tu encik bukak ke?"

"Tak ler, memang dah terkoyak der."

"Walaupun dah terbukak, encik tak boleh baca kalau belum beli. Dikira mencuri tu. Letak balik."

"Kalau taknak?"

Boleh pulak dia nak lawan. Malas betul aku nak layan orang tua terencat akal penghidap Parkinson ni.

"Sukahati enciklah." Aku sambung perjalanan ke dalam storage room. Kotak-kotak yang kosong telah kemas dilipat.

Bagus jugak Ikhram buat kerja.

Ikhram pula kelihatan sedang berbaring beralaskan lipatan kotak di sudut stor sambil bermain Mobile Legends.

"Oi!"

"Ha? Kerja aku dah habis. Restock air carton dengan tin dah setel. Kotak pun dah lipat, tinggal punggah keluar je. Tapi stock Carlsberg tu aku tak berani nak usik."

"Oh, takpe. Nanti staff cina shift pagi buat. Aku ingat kau dah hilang ke mana."

"Aku ada je kat sini, tengah jadi seorang Gold-Laner yang berjaya."

"Whatever, aku nak sambung duduk kat kaunter." Kaki kananku mula mendekati frame pintu pemisah ruang kedai dan storage room.

"Orait, babai." Sempat Ikhram melambai tangan.

Apabila aku duduk sahaja di kaunter, lelaki tadi masih berada di sini, sedang memerhati mesen Slurpee yang sedang menggodak.

Dia terperasan kehadiranku. Langkah kakinya mendekati kaunter lalu meletakkan barang yang kelihatan seperti kotak biru kecil untuk di-scan.

Durex? Seriously?

Aku mula membuat kerja aku sebagai cashier. Setelah aku sebutkan harganya, dia cuma diam sahaja, tidak menjelaskan bayaran. Tangan kanannya menggenggam kotak Durex tadi sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk meja kaunter.

Mukanya mula tersengih mempersembahkan barisan gigi yang menguning, kemudian dia tertawa kecil.

Ah, mampus aku.

Setuju?

Sid

"WOI!"

"Kenapa, bang?"

"Kau turun dari katil tu sekarang."

Perlahan-lahan aku menuruni tangga menegak di sisi katil double-decker.

"Ya, bang?"

"Kenapa kau takde masa roll call 'tarik' malam semalam?"

"Dalam tandas tengah berak, saya ada bagitau Ajit."

"Berak ya? Kau jangan kencing aku, anjing!"

Telapak tangannya laju melekap lokar di belakang aku hingga menghasilkan bunyi seakan-akan sangkakala. Aku yakin dormmate yang lain boleh dengar tetapi mereka buat tidak tahu saja, takut dijadikan sasaran seterusnya Si Zack.

"Betul, bang. Tanyalah Ajit."

"Aku nak dengar dari mulut kau je lah babi. Kau nak mengelak sebab kau selalu lambat turun maghrib, tuck-out baju masa prep, last sekali yang aku takleh terima, kau melepak dengan Yani, kan? Kau memang pukimak!"

Bukan aku yang mahu bercakap sangat dengan Si Ilyani. Dia yang datang pada aku mahu bercakap fasal cara buat lesen motosikal.

Bukan salah aku yang dia anggap kau 'pakwe' membosankan.

"Kitorang cakap pasal buat lesen, kalau tak caya tanyalah Yani sendiri. Yani yang nak sangat tanya saya."

Tangan kirinya sepantas kilat menggenggam leher penghubung kepala dan badan ini, ibu jarinya menusuk halkum aku. Lengannya yang berurat hasil workout berkala menjelaskan betapa besarnya daya yang aku terima. Malangnya hasil workout itu digunakan untuk kekerasan. Tangan kanannya berpindah pada rambut aku, mencarik dalam genggaman bagi mengekalkan posisi kepala aku.

"Kau... kau tak layak sebut nama Yani!"

"Erg... ukh... nggh." Susah payah aku cuba mendapatkan oksigen. Buku teks Physics Form 4 yang masih berada di tangan, sudah terlepas tanpa aku sedari. Sempat aku sekilas pandang gerangan di sebelah figura yang sedang mencekik aku, Fairuz, atau dipanggil orang, Bayang. Yang paling menyedihkan sekali, Bayang ini abang saudara aku sendiri dari keluarga belah emak di Kampung Parit Raja. Dia sedang berpeluk tubuh saja sambil memerhatikan aku yang terseksa dengan pandangan sinis.

"Bayang, aku tak cukup tangan."

Aku tahu apa yang dimaksudkan Zack. Memang corak seksaan dia begini seakan-akan tradisi.

"Hm, kau hutang aku refill flavor honeydew."

"Yee, banyak je dalam locker Kerol kat dorm Dakwah."

"Bayaran diterima."

Bayang meregangkan lengan kanannya, bersedia membentuk buku lima. Jersi PSG kelabu aku diselak ke paras dada, mendedahkan perut aku yang kempis. Mengikut gaya lajaknya, dia mahu lakukan gerakan yang biasa dipersembahkan dalam rancangan gusti WWE dan MMA. Uppercut.

"Sedia, budak sial."

Aku hanya mampu memejamkan mata, tidak mahu menyaksikan keganasan ini.

"Satu."

Kedua-dua tanganku cuba mengalihkan genggaman Zack. Usaha yang sia-sia.

"Dua."

Aku dapat rasakan kaki aku menggeletar.

Sunyi seketika. Aku buka sedikit sebelah mata.

"Tiga!"

Cepat-cepat badanku bangkit dari posisi tidur.

Fuck. Mimpi rupanya.

Ini sudah kali keempat aku bermimpi fasal trauma semasa di sekolah asrama dahulu. Aku mendongak ke atas, jam di dinding sedang melapangkan jarum pendek dan jarum panjangnya secara melintang.

Sembilan suku dah? Ish, aku dah bazirkan 3 jam waktu weekend aku.

Aku mengusap kepala aku sendiri sebagai tanda kasihan, kepada diri sendiri. Mata aku mula berkaca semasa mengimbas kembali kenangan pahit. Semuanya disebabkan tubuh fizikal aku yang kecil, tidak mampu mempertahankan diri. Peluh yang terkeluar dari liang roma aku lap sahaja dengan kain selimut yang masih terlipat. Aku duduk bersila seketika, merenung meja study di hadapan. Situasi ini mengingatkan aku pada peristiwa ketika aku pengsan disepak Amy.

(Imbas Kembali)

"Nasib baik aku tak koma." Aku pandang sahaja Amy yang sedang memandang keluar, mengelak daripada menghadap muka aku. Kata yang merujuk diri 'saya' telah ditukarkan kepada 'aku' secara automatiknya selepas tragedi kecederaan aku. Aku dapati badan aku di atas sofa petak yang tidak selesa langsung di sudut lobby.

"Kau nak menangis macam budak ke?"

"Tak, kau baru je sepak aku dengan high heels tu. Kau tau tak permukaan tajam kat tumit tu memfokuskan lagi tekanan ke-"

"Bla bla bla bla bla." Ayat aku tiba-tiba dipotong dengan sindiran Amy.

"Maaf ya, encik... encik apa ya?"

"Sid." Aku menolong Sarah melengkapkan ayatnya.

"Maaf, encik sheet. Hujan dah nak reda kat luar, tapi dah nak gelap. Encik mampu lagi tak bawak kereta balik rumah? Ke nak kami hantarkan kalau encik tak larat?"

"Takpe, aku boleh bangun. By the way, nama aku S.I.D, Sid. Bukan sheet, atau shit."

"Oh, sorr-"

"Tapi..." Cepat-cepat aku memotong ayatnya kerana ada satu hal lebih penting yang aku hendak beritahu.

"Aku tak boleh pergi rumah aku sebab aku..." Kelihatan Sarah terdiam sahaja menanti jawapan yang terpacul dari mulutku. Chrissy yang dari tadi menyembunyikan diri di belakang Sarah menjengukkan sedikit kepalanya menunjukkan tanda curious. Amy pula mengalihkan bebola matanya ke arahku tanpa menggerakkan kepala.

"... aku... aku takde rumah."

"Seriously? Habis kau duduk mana selama ni?"

"Aku asalnya duduk bilik sewa dalam kampus kat Bukit Dua. Tapi aku keluar, baru je petang tadi. Lepastu aku drive cari bilik sewa. Tetiba hujan, aku berhenti tepi sekejap. Tu yang ternampak Sarah." Ringkas peneranganku kepada Amy, diselitkan sekali alasan bagaimana aku boleh bawa Sarah ke mari.

"Ya, aku tau. Sarah dah explain. Habis kau nak duduk mana ni? Memang takkan dapat la bilik sewa kat area ni, confirmed penuh. Macam whitehead kat hidung kau, penuh." Sempat dia tertawa jahat mempermainkan rupa paras aku.

"Apa kata kita tumpangkan dia duduk kat bilik apartmen kita, dalam seminggu dua?" Sarah menyuarakan cadangan.

"Ha!? Sarah, kau dah gila ke? Dia ni jantan. Kalau dia buat apa-apa kat kita macam mana?"

"Tak ingin aku kat kau." Aku menyuarakan sindiran.

"Kata-kata kau tu masih tak cukup meyakinkan." Betul juga apa yang dia cakapkan.

"Takpe aku ada kereta, aku tidur kat kereta je." Keputusan terakhir aku tawarkan bagi menjimatkan masa mereka.

"No, way! Okay, Amy, listen. Kita ada satu lagi bilik kosong sebelah stor. Katil kat situ kukuh lagi rasanya. Boleh je kan? Daripada tak dipakai." Cadangan aku dibantah dengan cadangan baru.

"Hishhhhhhh." Amy menekapkan telapak tangan ke mukanya, menunjukkan dia keliru apa perlu dibuat. Dia mengalihkan pandangan ke arah Chrissy.

"Apa pendapat kau, Chrissy?"

Chrissy membisu, hanya menyandarkan kepalanya di belakang bahu kanan Sarah.

"I... don't know." Akhirnya dia bersuara.

Habislah, aku nak duduk mana lepasni?

Aku memalingkan kepala menyaksikan hujan renyai yang semakin reda di luar. Kereta Del Sol aku masih elok terparkir di ruang pick-up point. Barang-barang peribadi aku seperti luggage, beg galas dan bakul dobi di seat belakang mencuri perhatian aku.

Sampai bila barang-barang tu nak mereput kat situ?

Aku memalingkan semula kepala ke arah tiga gadis tadi untuk merayu.

"Korang kena tolong aku, please."

"Fine, tapi ni idea Sarah. Bukan keputusan aku, dan aku tak pernah bersetuju." Entah pernyataan apa yang cuba disampaikan oleh Amy, setuju atau tidak? Perempuan memang susah untuk difahami.

Amy mengorak langkah ke arah lif utama. Chrissy berlari anak mengikuti langkah Amy kerana diarahkan oleh Sarah untuk mengikutnya.

"Encik nak saya tolong apa-apa tak? Angkat barang ke?"

"Tak payah formal kot, awak jugak yang suruh saya panggil awak 'Sarah' je."

"Setuju, mulai sekarang kita ber'aku-kau'."

Aku mengangguk kecil tanda setuju.

"Nak aku tolong angkat apa-apa tak, Sid?"

"Tolong sorongkan luggage je."

"Menurut perintah, Tuan Sid." Sempat pula dia bermain-main dengan menabik pada aku.

(Imbas Kembali Tamat)

Aku pegang kepala yang masih pening bak kipas yang ligat berpusing. Persekitaran bilik ini aku amati seketika.

Sejak bila aku tutup pintu? Dengan lampu ni?

Aku biarkan saja misteri itu dihanyutkan dari memori. Perut pula sedang mendendangkan lagu rock metal akibat sudah lama tidak diisi.

Nak sarapan apa ek pagi ni?

Aku pandang sahaja mini fridge putih yang telah aku hias dengan kepingan marble hitam pada kedua-dua sisinya. Sudah kelihatan seperti kereta Vellfire mini yang terdiam di sebelah meja study. Handle pintu peti sejuk itu dicapai, dibuka habis pintunya biar terdedah isi perut mini fridge itu.

Apa yang dapat aku lihat, empat tin air Kickapoo, bar coklat off-brand yang aku dapat dari jemputan majlis kahwin, sandwich Hawaiian Chicken Subway yang hanya tinggal separuh, dan roti ban KFC yang dialaskan tisu. Sandwich itu aku rapati ke hidung, sepertinya masih elok lagi. Sama seperti roti ban tadi, masih tiada bau yang dtidak diingini.

Kedua-dua makanan bergandum itu dibawa keluar. Sampai sahaja di ruangan dapur, mata aku melilau mencari sebuah perkakas elektrik yang boleh menghangatkan semula makanan ini. Kotak besi di sebelah susunan paket Maggi menangkap perhatian aku.

Oh, microwave ke? Aku sangka benda ni oven.

Banyak butang yang menonjol di tepi pintu microwave. Jari telunjuk aku dilalukan ke semua 16 butang yang ada.

Aduh, nak tekan apa ni? How do i turn you on? Eh, jap. 'Turn you on'? Maksud aku, macam mana nak hidupkan natang ni.

"Nampak button merah depan mata kau tu? Tekan lama-lama, nanti dia bunyi." Suara yang datang dari pintu dapur sangat aku kenali sebagai pembuat bising di rumah ini. Kepala aku tidak dipalingkan pun, tidak mahu aku melihat mukanya.

"Lepastu?" Aku ajukan soalan untuk mendapatkan panduan seterusnya.

"Hadeh, bebal jugak kau ni. Kau nak masak apa?"

Sandwich tinggal separuh yang berada di tangan diangkat melebihi paras bahu, memastikan 'monyet' di belakang itu dapat melihatnya. Roti ban tadi sudah disumbatkan ke dalam perut ketika dalam perjalanan ke dapur.

"Nak panaskan." Aku letakkan sandwich di atas spinning plate dalam microwave sejurus selepas aku berkata demikian.

"Okey, nampak button yang ada gambar sandwich tu? Tekan ah. Pastu tekan button 'Heat' kat bawah. Nanti dia automatik set timer lima minit. Kalau kau nak tambah masa, tekan button plus tu."

Aku menurut sahaja arahan yang disampaikan. Timer limat minit itu ditambah menjadi enam minit. Aku tidak tahu kalau enam minit cukup untuk mengembalikan kerangupan crust sandwich ini.

"Dah nak tiga bulan kau duduk sini, itupun tak tau."

Sebagai manusia biasa yang pandai menunjukkan penghargaan tidak seperti Amy, aku menolehkan badan untuk berterima kasih.

"Than-" Aku terdiam, berdiri pegun buat sementara.

"Kau dah tak siuman ke?" Aku tidak tahu kalau Amy hilang akal hari ini.

"Asal?" Amy yang hanya bertuala cuma mempersoalkan keadaan tidak menyedari perkara tidak betul yang dibuatnya.

"Kau... kau tak pakai apa-apa."

"Mana ada, aku pakai towel." Dia membetulkan tuala kedua yang dibentukkan menjadi sanggul di kepalanya.

"Aku belasah kau kalau kau buat apa-apa kat aku." Sambungnya.

"Kau sendiri yang kata jangan apa-apa kan kau, tapi kau sendiri yang mengundang!" Aku meninggikan suara menunjukkan tanda protes

"Ak-"

"Perbuatan kau ni langsung tak selari dengan kata-kata kau." Belum sempat dia menunjukkan reaksi, terus aku potong katanya dengan pernyataan alasan yang munasabah.

"Kalau kau taknak jantan gunakan kau, buat cara macam kau nak mengelak, bukan nak mempelawa. Sorry but I have to say, aku betul-betul kecewa dengan kau." Ayatku disudahi dengan luahan isi hati.

Amy

Tersentak dengan ayatnya. Aku tidak dapat menggerakkan apa-apa anggota badan kerana terlalu kekok.

"Apa-apa pun, thank you sebab tunjukkan cara pakai microwave ni." Sambung gerangan lelaki itu setelah menyampaikan luahan hatinya yang pedas. Kata penghargaannya tidak terbalas kerana aku terlalu malu. Dia termenung sahaja rotinya yang berpusing, menantikan sarapannya menjadi hangat. Aku keluar dari pintu dapur tanpa berkata apa-apa, menuju ke bilik tidurku.

Misi selesai. Dia diluluskan.

Sengaja aku timbulkan drama tadi sebagai ujian kepada Sid. Namun, tidak disangka dia bersikap defensive seperti itu. Dia telah tunjukkan reaksi jelek pada aurat yang didedahkan walaupun cuma ada kami berdua sahaja di dapur itu. Sah, dia sudah boleh teruskan untuk tinggal di sini.

Pintu almari baju dibuka bagi mencari kain berjahit yang boleh menutupi badan ini. Kepala ditundukkan seketika.

Tapi, kenapa aku rasa sedih? Sebab apa yang dia cakap ke? Macam ni ke rasanya kena marah? Sid tak sedih ke selama aku menengking?

Punggung aku dilabuhkan di bucu katil. Aku dapat rasakan yang mata aku mula bergelinang air mata. Setiap aliran air di mata cepat-cepat dikesat dengan lengan. Aku malu.

Sama-sama, Sid.

Sarah

Wap pada cermin muka dilap, kaki melangkah keluar lalu pintu bilik air ditutup. Ikatan tuala yang mengikat badan diperketatkan lagi. Kaki digesek-gesekkan pada alas kaki yang dibeli oleh Chrissy dari Instanbul. Sepatutnya alas kaki ini dijadikan welcome-mat, tetapi diletakkan pula di hadapan pintu tandas kerana diperbuat daripada material yang dapat menyerap air dengan baik.

Sempat aku menyarungkan Baju-T sebelum keluar tandas, baju yang menayangkan tulisan 'Life is Short and so your D' di dada. Aku tidak faham apa yang dimaksudkan dengan 'D' itu. Day atau Dream, mungkin? Tidak mengapa, asalkan badanku disarung sesuatu takut-takut sekiranya terserempak dengan Sid. Kepala aku dipegang kedua-dua tangan, tiba-tiba sahaja berdenyut-denyut. Pening kepalaku dibuatnya kerana memori malam tadi masih terngiang-ngiang di fikiran.

(Pukul 3.19 Pagi Tadi)

Pergelangan tangan dirasakan seperti merengsa kerana digenggam erat oleh lelaki tua sialan ini.

"Kejap je der, pakcik nak manja-manja cikit je."

"Kepala hotak kau nak manja-manja, kau ingat aku ni mak kau ke? Orang tua kerepot macam kau patutnya bertaubat pergi masjid!" Sengaja aku meninggikan suara agar Ikhram dimaklumkan situasi yang sedang berlaku. Tangan kanan ini cuba dilepaskan tetapi apakan daya, kekuatan orang tua ini tidak kena pada umurnya.

"Teman ler pakcik balik rumah, pakcik nak beramah mes- Arkhh!"

Batang kayu penyapu menghinggap muka orang tua syaitan itu. Kelihatan Ikhram datang menyelamatkan keadaan seperti Ultraman datang menyelamatkan bumi pada last-minute.

"Woi, kurang hajar!"

"Sape yang kurang hajar sekarang ni?" Batang penyapu itu dihalakan ke mukanya.

"Kalau pakcik tak keluar dari sini lagi, saya call polis!" Handphone di tangan ditunjukkan ke arahnya, skrin memaparkan nombor '911' yang telah didail tetapi masih belum dipanggil.

"Okey der, okey der. Aku keluor. Aku akan pastikan korang semua kena saman. See you in court!" Terbongkok dia melangkah keluar.

"Sila datang lagi~" Ikhram mengambil kesempatan untuk mengejek

"Dia yang horny, dia pulak yang nak saman." Ikhram menggeleng kepala menyaksikan gelagat orang tua tadi.

"Kau okey tak?"

Keresahan Ikhram aku balas dengan mengangkat ibu jari.

"Thank god, you're safe."

Aku menarik nafas lega.

"Sebenarnya nombor emergency, 999 ke 911? Aku tengok kat phone kau tunjuk nombor 911."

Aku melihat semula nombor yang tertera di skrin.

"Oh, actually dua-dua pun boleh tapi recommended nombor 999 sebab dia biasanya connect terus dengan operator local. Aku type 911 sebab terbiasa sangat tengok cerita CSI kot, hehe."

Aku melihat saja Ikhram mengangguk faham.

"Thanks dowh. Aku tak tau nak balas jasa macam mana kat kau."

Topi Sherlock Holmes yang ditinggalkan orang tua tadi diangkat Ikhram lalu disarungkan di kepalanya.

"No worries. I just won the prize."

Download NovelToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download NovelToon APP on App Store and Google Play