NovelToon NovelToon

HIS BIBLIOPHILE PRINCESS

••PROLOGUE••

Anak mata kuning keemasannya menatap tepat ke wajah musuhnya dengan muka ketatnya. Pisau belati yang terlihat tajam diacukan kepada leher lelaki itu. Namun, sedikit pun tidak menakutkan bagi lelaki itu. Senyuman sinis terbit di hujung bibir lelaki tersebut.

"Hey, Kaiser. Look at your beloved princess. She's cute with that blood around her body and face. Am I right?" Soal Zyan Adriel dengan nada mengejek.

Bibirnya diketap kuat menahan amarah yang bergejolak ingin dilepaskan. Lelaki ini benar-benar cari mati dengannya.

"I guess, you don't have to touch her if you were hate me, Zyan Adriel." Tegang wajahnya memandang Zyan yang masih tersenyum sinis.

Anak matanya bergerak memandang gadis itu dengan rahang yang diketap kuat. Gadis itu tidak sedarkan diri sama sekali. Mukanya berlumuran darah membuatkan hatinya sakit melihatnya. Dia tidak sanggup melihat gadis miliknya menjadi seperti itu. Dia sungguh takut kehilangannya.

Terletus tawa sinis milik Zyan tika itu. Anak mata jejaka itu kembali merenungnya tajam. Zyan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kaiser, Kaiser. Salah seorang tentera yang berpangkat tinggi, dingin... Are you serious? You fell for your own daughter huh?" Kening Zyan terangkat sebelah.

"She's my wife right now. Not my daughter anymore. Dia halal untuk aku sentuh sekarang ni. Siapa kau nak leraikan hubungan kami?" Dingin suara jejaka itu dengan pisau belati yang semakin mendekati leher lelaki itu.

Tinggal tunggu masa untuk dihayun sahaja. Semakin lebar senyuman sinis di bibir Zyan.

"Kaiser. I wanna tell you that..." Zyan berjalan mendekati jejaka itu tanpa menghiraukan keadaan dirinya.

Jejaka itu tersentak apabila melihat lelaki itu sudah berada tepat dihadapannya. Bagaimana mungkin?! Bukankah tadi dia masih berada di hadapan pisau belatinya?

Bibir lelaki itu mendekati telinga jejaka itu. Senyuman sinis terbit di bibirnya. Pistolnya yang berada di kocek seluarnya dikeluarkan sebelum,

"I can kill you if you lost your steps..."

Bang!

Cecair merah yang ada di perutnya membuak-buak keluar. Jejaka itu merenung lelaki itu dengan tatapan yang tajam. Wajahnya semakin pucat. Pandangannya seakan-akan mulai kabur.

"K-kau..." Kata-katanya terhenti apabila isi perutnya seperti ingin mengeluarkan sesuatu.

Blergh!!

Anak matanya jatuh melihat darah yang keluar daripada mulutnya. Apakah ini? Bagaimana mungkin? Zyan Adriel tertawa besar melihat jejaka itu sedang berada di aras nyawa-nyawa ikan.

"Rest well, my dear... Friend." Katanya dengan senyum senget dibibirnya.

Jejaka itu terpempan dengan kata-kata lelaki itu. Kawan? Kawan dia kata? Berani dia mengungkap kata kawan dengannya? Sungguh bermuka dua!

"Aku bukan kawan kau lah, sial!" Jerkah jejaka itu kuat sebelum dia memuntahkan darahnya buat kali kedua.

Keadaannya semakin melemah saat ini. Lututnya bergetar ingin rebah. Anak matanya bergerak perlahan memandang ke arah isterinya dengan pandangan sayup.

Adakah ini pengakhirannya? Bagaimana dengan kehidupan isteri dan anaknya nanti? Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup. Bibirnya bergerak.

"I-I'm sorry, my bibliophile... Princess..." Gumamnya perlahan apabila anak matanya jatuh memandang perut yang sedang terlihat membuncit sedikit.

Senyuman tawar terlakar di hujung bibirnya. Perit di bahagian perutnya masih ditahan. Tangan kirinya diangkat lemah ke telinganya yang telah disumbat dengan alat pendengaran. Ditekannya butang itu.

"Raphael... Take... A good care of... Them..." Perlahan suaranya namun, masih dapat didengari oleh Raja Raphael Daniel dari alat pendengarannya.

Pandangannya semakin kabur. Kepalanya berpusing seperti ingin tertutup. Perlahan-lahan, kelopak matanya tertutup. Segala-galanya menjadi gelap dan,

Buk!

Dirinya rebah di atas lantai dan tika itu juga Raja Raphael tiba di hadapan muka pintu dengan mata yang membulat besar. Anak-anak buah mereka langsung mengacukan senapang mereka ke arah Zyan.

Bibir Raja Raphael bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.

"H-Heinz... Heinz..." Laju dia berlari ke arah rakan baiknya yang sudah rebah tidak sedarkan diri.

"Heinz!!"

...°°°•••...

Download MangaToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play