Rumah agam tersebut gelap-gelita.Suasana masa tu sunyi hanya ditemani cahaya bintang yang masuk dari tingkap yang luas.
Pada hari tu, ada seorang pelayan yang berjalan seorang diri, seperti kebanyakan pelayan dia dipanggil oleh tuannya. Dengan mengenakan pakaian tidur biasa dan sebuah lampu minyak tanah, dia berjalan menuju ke ruang kerja tuan mudannya.
Pelayan itu bertanya.
'Kenapa tuan memanggil saya?'
Tuannya menjawab.
'kau sudah tahu apa yang ingin tanyakan, tak perlu berpura-pura lagi'
Bentak tuan rumah itu dengan sebilah pedang di sisinya.
Pelayan itu hanya terdiam sambil menundukkan kepala.
Dengan menggunakan pedang tersebut beliau(tuan rumah) mengayunkan pedangnya ke arah pelayan tersebut.
Pada saat itu, jeritan pelayan itu dapat di dengari pada seluruh penjuru mansion.
Keesokan harinya, ada seorang pelayan masuk ke dalam bilik tuan rumah tersebut, betapa terkejutnya pelayan tersebut apabila melihat seluruh tubuh tuan rumah tersebut di penuhi darah.
Tuan muda tersebut hanya terdiam tanpa mengatakan apa-apa, tapi pelayan itu ada perasaan yang kurang enak dengan keadaan tuan rumah tersebut. Dia(pelayan) tersebut berfikir mungkin tuan rumah terlibat dengan jeritan yang di dengar oleh seluruh penduduk mansion.
Beberapa minggu kemudian...
Seorang pelayan baru muncul, namanya Barbara. Dia hanya seperti pelayan pada umumnya. Mempunyai rambut yang hitam keperang-perangan, mata yang berwarna hijau dan tubuh badan yang agak kekar.Mungkin sebab mengangkat banyak barang semasa bekerja di tempat-tempat sebelumnya.
Iya, Barbara ni sudah di berhentikan kerja beberapa kali, alasannya disebabkan rupanya yang tidak seperti pelayan-pelayan pada umumnya.
Tapi kali ni Barbara bertekad dia akan cuba untuk meminimal kehadiran dia sebagai pekerja di mansion ini.
Selepas bertemu dengan kepala pelayan yang bernama Mary, Barbara pun rasa seperti ingin bertanya beberapa pertanyaan.
Dia(Barbara) bertanya.
'Kepala pelayan dah lama bertugas di mansion lama ni?'
Mary menjawab
'dah 10 tahun, sejak tuan muda masih kecil'
'oh jadi tuan rumah di sini masih muda'
Jawab barbara
'ya, sejak kematian ayahnya tuan muda yang jaga mansion ini'
'tapi sejak beberapa minggu ni tuan muda selalu hanya mengurungkan diri di dalam bilik.'
Ketika itu Barbara hanya terdiam dan menganggukkan kepalannya tanda faham.
Beberapa bulan kemudian.
Waktu itu Barbara bertugas seperti biasa, membersihkan setiap penjuru mansion.
*Barbara ada OCD yang agak teruk juga, mungkin sebab terlalu lama bekerja sebagai pelayan
Secara tiba-tiba salah satu pelayan muncul. Dia berkata,
'kamu Barbara?'
Pelayan itu bertanya.
'ya saya, ada apa cari saya?'
Jawab Barbara
'Mary cari kamu'
Balas pelayan itu
'oh baiklah, terima kasih ya beritahu saya'
'sama-sama'
Ucap pelayan tersebut.
Lalu Barbara berjalan pergi ke ruang kepala pelayan. Dia mengetuk pintu dan memberi salam sebelum diberikan izin untuk masuk.
'Barbara ya, silakan masuk'
Ajak Mary
Barbara pun masuk ke ruang kepala pelayan tersebut.
'Kenapa Puan Mary panggil saya?'
'ish kamu ni, dah tiga bulan kamu bekerja di sini, panggil saja saya Mary'
Jawab Mary lekas
Barbara hanya mengangguk.
'kamu tahu kenapa kamu di panggil ke mari?'
Soal Mary
'tidak pu- Mary'
Jawab Barbara dalam keadaan takut.
'Sebenarnya begini, pelayan khas tuan muda tiba-tiba hendak berhenti.'
Barbara melihat wajah Mary, kebingungan
'haih, sebab kamu salah satu pelayan yang lama di sini, saya harap kamu boleh bantu saya menjaga tuan muda. '
Jelas Mary
Barbara terdiam mendengar permintaan Mary itu. Tapi sebagai seorang pelayan dia perlu cuba membantu.
'bagaimana kalau saya naikkan gaji kamu 3x ganda daripada gaji asal kamu.'
Barbara terkejut. Dia tahu walaupun tanpa tawaran tersebut dia tetap akan terima tugas ini kerana memang tugas hakikinya.
'Saya setuju untuk menjaga tuan muda'
Jawab Barbara sambil senyum manis
'Terima kasih Barbara, kamu memang yang terbaik, esok pagi kamu boleh mula bertugas di blok utama.'
Barbara senyum lalu berlalu pergi.
*Keesokan paginya
Hari yang baru untuk Barbara, dia mulakan paginya dengan merapikan tilamnya dan lalu pakaian pelayannya.
Dia berjalan menuju ke bilik tuan muda.
Dia mengetuk pintu akan tetapi tidak di jawab
Dia cuba memanggil
'tuan muda, tuan ada di dalam.'
Diam tidak bersuara.
'saya masuk ya tuan muda'
Dia(Barbara) membuka pintu.
Dia terkejut dengan keadaan di bilik tersebut. Tilam yang tak terurus, bau bilik yang sangat busuk dan dia terlihat seorang yang berbadan kurus melotot ke arah matanya.
'anda tuan muda ya?'
Tanya Barbara.
'oke, saya faham, saya tidak akan menggangu anda, tugas saya cuma perlu bersihkan bilik ini saja terlebih dahulu'
Tuan muda itu hanya melotot ke arah Barbara tanpa berkedip sesaat pun.
Barbara mula mengemas kawasan bilik tersebut tanpa menghiraukan tuan muda tersebut.
__________________------________________------___
'Tugas saya dah selesai, saya izin keluar dulu ya tuan muda'
'Vince'
'huh?'
'nama aku, Vince, kau lupa satu tugas lagi'
'...'
'mulai sekarang mohon kerjasama jaga aku'
Tuan muda tersebut tersenyum sadis
Barbara membalasnya dengan senyum manis tapi di dalam hatinya tiada siapa yang tahu...
Itulah awal mula yang perlu Barbara hadapi sepanjang bertugas menjaga tuan muda. Kadang-kadang, secara tiba-tiba tuan muda memanggilnya di tengah malam. Ada juga tiba-tiba tuan muda meminta sesuatu yang aneh-aneh macam patung boneka yang dah usang. Tapi semua itu Barbara lewati dengan tenang.
Sebab dalam hatinya dia hanya terdetik untuk menyelesaikan tugasnya sebagai pelayan, tidak kira apapun yang berlaku.
____________________________________________
Itu saja untuk novel pendek 'A Maid Take Care A Mansion' harap korang terhibur dengan karangan aku yang aneh ni. Oke itu saja dari aku Bulb. Baii
Download MangaToon APP on App Store and Google Play