Dengan angin yang bertiup perlahan. Dingin terasa sekujur tubuh memandang permandangan yang dulunya indah di mata kini kosong. Sepi. Perasaannya kini bercampur aduk. Gelisah, sedih, kosong, menghantam fikiran membuatkan LUNA terdiam terpaku sambil memandang permandangan di depannya yang semakin lama semakin kabur di mata. "ADAN". Hanya sepatah kata dan satu satunya nama tersebut yang mampu diucapkan olehnya. Senyap memenuhi tempat itu. "ADAN". katanya lagi. Namun kali ini tidak seperti tadi, panggilannya kini dijawab oleh dia. "ya". Hanya sepatah namun boleh didengari suaranya yang agak menggeletar menjawap panggilan LUNA.
Kini perempuan itu berbalik ke belakang menghadap kawannya yang satu satunya manusia yang dia temui sepanjang perjalanannya di alam manusia ini. Sambil tersenyum nipis dia berkata "ADAN...". Mereka bertatap tatapan tanpa berbicara. Hanya pandangan yang bercerita. Kelihatan mata LUNA yang bertakung air jatuh ke pipi namun senyum nipisnya masih kelihatan. Manis. "Ya LUNA...." jawab ADAN. ADAN juga melemparkan senyuman nipis ke LUNA sambil mengusap kan air mata di pipi LUNA dan berkata "tak usahlah nangis, ADAN kan masih disini"
Pecah tangisan LUNA yang selama ini ditahan olehnya demi menunjukkan yang dia baik baik sahaja. Namun apalah daya,.... ini merupakan detik terakhir mereka bertemu. Semua kenangan yang mereka lalui bersama akan tamat disini. Begitu juga memori. Bagaimana dia (LUNA) gadis yang sangat lemah dari segi mental dan juga fizikal ini menahan tangis setelah tahu bahawa detik-detik mereka bersama sekarang adalah buat kali terakhir. "ADAN......" panggil LUNA sambil menangis, menggosok gosokkan matanya demi menghentikan air mata yang bercucuran jatuh ke pipi.
Tangan LUNA ditarik lembut oleh ADAN mendekati dakapannya. LUNA masih menangis tersengguk-sengguk di dalam pelukan ADAN sambil membalas pelukan ADAN dengan erat. ADAN mengusap kepala dan belakang badan LUNA dengan lembut. "Sudah.... sudah...." katanya. Hampir lima minit berlalu kini tangisan LUNA sudah beransur reda. Perlahan-lahan kini, hanya bunyi senggukan yang masih kedengaran. "Kalaulah.... kalaulah saya tau.... masa tak panjang....saya dah lama dekati awak" kata LUNA. ADAN hanya tersenyum setelah mendengar kata kata LUNA.
"LUNA..... saya bersyukur saya bertemu awak. pertemuan kita dari pertama hingga kali ini sangat indah dan bermakna bagi saya. saya tau satu hari nanti awak akan pergi.... tapi saya tetap bersyukur tuhan mempertemukan kita" balas ADAN. "saya juga tahu, awak tak jauh dari saya. awak masih disini namun hanya saya tak dapat melihat awak lagi" balas ADAN lagi. LUNA hanya memandang ADAN dengan tatapan yang kosong. Diam sejenak. "Kita berbeza.... saya tahu. saya sedar" jawab LUNA. "tak mengapa... saya cukup berterima kasih dekat awak, sebab awak dah layan saya, jaga saya dengan baik, awak tak takut dekat saya.... awak terima saya.... jadi saya bersyukur sangat-sangat saya jumpa manusia yang baik macam awak. terima kasih ADAN untuk segalanya". Sambung LUNA lagi. Kini terpancar senyuman manis di bibir gadis ini. Senyuman yang memaparkan kerelaan melepaskan seseorang..... dan......
"HAHHHH!!!!!" *huffff huffff* tercungap-cungap lelaki ni terbangun di atas katil. Laju tangannya mencari telefon bimbit di sekitar tempat tidurnya itu. "hah jumpa pun!" Setelah telefon bimbitnya dibuka terpampang jelas di skrin telefonnya menunjukkan tepat pukul 3:00 pagi. Jantungnya masih berdegup kencang mengingati mimpinya namun dia tidak ingat apa apa pun dari mimpi tersebut. Hanya ucapan terima kasih yang melekat di benak ADAN pada saat itu. "Haihhh mimpi je tu" sambil menghembuskan nafas berat.
Namun kata kata yang diingati nya itu tetap melekat di benaknya. Dan setiap kali ADAN memikirkan tentang hal itu, ADAN merasa satu kejanggalan, satu perasaan yang sepertinya pernah dirasai dan dilalui oleh nya satu masa ketika dahulu. Namun bila ya??? Dan siapakah sosok yang berkata sebegitu kepada ADAN??? Dan mengapa??? Terdapat banyak persoalan yang ingin ADAN pecahkan namun semua ini mengambil masa.
Semuanya terpulang kepada ADAN. Sekiranya dia memilih untuk melupakan maka semuanya akan terhapus. Namun sekiranya dia memilih untuk tetap mengingati maka kisah ini akan kekal di dalam hidup ADAN buat selama-lamanya. Kisah cintanya kepada seseorang yang identitinya tidak diketahui.
ADAN BERNARD dipanggil sebagai ADAN hanyalah seorang manusia biasa yang berketurunan german namun tinggal di jepang untuk melanjutkan pengajian nya di situ. Di mata kasar manusia lain, ADAN hanyalah seorang pelajar yang pendiam, penyendiri, ulat buku pendek kata memang sebijik ciri ciri seorang yang introvert dan hanya minat pada pelajaran. Bukan sahaja ulat buku, ADAN juga pelajar 'top student' di universitinya. Namun itu semua hanyalah sudut pandang manusia lain terhadap ADAN, yang kalau diperhatikan lebih teliti. Dia istimewa. Tidak semua manusia mempunyai kemampuan ini. Kemampuan apa?! Kemampuan merasai kehadiran makhluk lain. Ya! ADAN mampu merasai kehadiran makhluk halus ini walaupun dia tidak dapat melihat namun cukup merasakan kehadiran ' mereka' sudah cukup membuat ADAN tidak selesa dengan persekitarannya.
"YOWWW ADAN!!!" jerit JUSTIN sambil berlari dan memeluk ADAN dari belakang.
"ISSHH kau ni!!! terkejut aku!, ada apa lari-lari ni? tak ada kerja ke?!" tegas ADAN sambil menggosok dadanya kerana masih tersisa rasa terkejut dalam diri.
"kau ada apa apa plan tak lepas ni?" tanya JUSTIN.
"hhmmm..... aku ada assignment nak kena buat ni, prof suruh hantar besok pagi jugak, kalau tak buat takut tak sempat nanti, tapi kau kenapa tanya. Kau ada plan ke?" tanya ADAN kembali kepada temannya.
"OWHH yeke?!?! baguslah macam tu!!!! aku pun ada assignment nak buat ni, nak ajak kau buat sama-sama. Bosan lah buat sorang-sorang kalau ada member kan best sikit. Ada kawan ajak borak" jawab JUSTIN sambil tersengih sengih seperti kerang busuk.
"owhh.... ingatkan apa tadi sampai tergesa-gesa lari kejutkan aku dari belakang bagai. sebab nak tanya aku ada plan ke tidak. itu je?" tanya ADAN lagi bagi memastikan.
"ye!!" jawab JUSTIN. Ringkas dan padat jawapan yang diberi. Siap melemparkan senyuman dan pandangan yang berbinar binar bagi memujuk ADAN untuk menemaninya malam ini.
"yelah..." jawabnya. "YESSS thanky-"
"BUT!!!" memotong pembicaraan JUSTIN dengan menambah "buat kat rumah aku. deal?"
senyap seketika.
"haihhh" hembusan nafas yang tersangatlah berat dilepaskan sebelum JUSTIN bersetuju untuk menginap di rumah ADAN dan menyiapkan assignment mereka bersama sama di rumah itu. Manakan tidak?!?! Rumah tu berpenghuni. Memanglah ADAN yang menghuni rumah tersebut namun ada 'penghuni' lain juga yang turut menghuni rumah tersebut. Sebab itu lah berat hati si JUSTIN ni memikirkan apa yang akan terjadi malam nanti sekiranya dia menginap di rumah ADAN.
Masa berlalu dengan pantas. Tidak disangka malam sudah pun menjelma. Begitu juga dengan plan yang ditunggu tunggu oleh JUSTIN tidak lain tidak bukan.... ASSIGNMENT BERSAMA TEMAN!!
"masuk" kata ADAN kepada JUSTIN sambil mata mengarah kepada kereta di depannya. Bugatti centodieci. pendiam memang pendiam. Namun disebalik semua ini ADAN BERNARD adalah calon CEO seterusnya di perusahaan ayahnya yang terbesar di Japan. Jadi kereta sebegini biasa baginya.
JUSTIN KENSHIN yang juga calon COO (chief operating officer) yang merupakan posisi jawatan tepat di bawah CEO untuk generasi seterusnya mengiyakan arahan ADAN lalu masuk ke dalam kereta untuk segera sampai ke rumah temannya itu. Sepanjang perjalanan tiada perbualan diantara dua sekawan ini. Manakan tidak JUSTIN dengan fokusnya memikirkan apa yang harus dia lakukan sekiranya sesuatu gangguan terjadi di rumah ADAN manakala ADAN memikirkan bagaimana ingin menenangkan JUSTIN sekiranya terjadi gangguan di rumah tersebut. Tenggelam dengan fikiran masing-masing. Tiba-tiba JUSTIN memecah keheningan malam itu dengan bertanya....
"tapi kenapa rumah kau jugak?"
"apa maksud kau?"
"ada banyak tempat lain, kenapa dekat situ jugak?"
SENYAP
"Aku selesa dekat situ."
Soalan yang diajukan JUSTIN kepada ADAN sebentar tadi tersangatlah bodoh sebenarnya. JUSTIN sendiri tahu bahawa temannya ADAN ini memang seorang yang sangat tertutup dan penyendiri. Keluar bersosial dengan orang lain adalah suatu hal yang sangat tidak ADAN sukai kerana ADAN introvert. Maka rumahnya itulah satu-satunya tempat yang sangat sangat disukai oleh ADAN kerana dia boleh menenangkan fikiran dan badannya tanpa memikirkan tentang orang lain.
TIGA PULUH MINIT PUN BERLALU
"dah sampai, bangun! tidur je tahu kau ni.... 30 minit pun jadi ye kau" sindir temannya itu.
"owh dah sampai ke" jawab JUSTIN dengan suaranya yang serak basah sambil menggosok-gosok matanya. Lena sebentar dibuai mimpi. Dengan diri yang belum sepenuhnya sedar, JUSTIN keluar dari kereta dan berjalan mengikuti ADAN dari belakang on the way ke pintu rumah temannya itu. Setibanya di depan pintu rumah ADAN.
*FUHHHHH*
Cepat-cepat JUSTIN mengalihkan pandangannya ke kanan. Menoleh ke sisi mencari asal-usul hembusan nafas yang sepertinya ada orang meniup angin ke telinga kanannya. Hembusan yang kuat itu betul-betul mengejutkan dia. KOSONG. Berderau darah si JUSTIN apabila menyadari tiada siapa disitu melainkan hanya dia dan ADAN. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke depan dan menundukkan kepalanya ke bawah demi mengelak matanya melilau mencari punca siapakah yang menghembuskan nafas tersebut kepadanya. Masih dibuai rasa ketakutan dan panik dia dikejutkan lagi dengan suara yang menegurnya.
"WOYY!!!" Refleks JUSTIN memandang ke punca arah suara tersebut dan memandang sosok itu dengan tatapan kosong dan masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya dengan mata kepalanya itu.
"WOYYY JUSTIN!!! kau tak nak masuk ke dalam ke? aku panggil banyak kali kau tunduk je kenapa? kau okay ke tak?"
"hah?....ah... yeye... aku masuk..." jawab JUSTIN. *perasaan aku je tu...* kata JUSTIN dalam hati bagi menenangkan hatinya sendiri.
"duduklah mana-mana kau nak. Buat je macam rumah sendiri lagipun ni bukan pertama kali kau datang rumah aku"
"ye aku tahu" acting nya seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.
••••••••••••••••
1 jam berlalu
••••••••••••••••
2 jam berlalu
••••••••••••••••
3 jam berlalu
••••••••••••••••
"YES FINALLY!!!!" jeritan JUSTIN mengkagetkan ADAN serentak dia refleks bertanya.
"KAU KENAPA?!?!"
"hah? kenapa apa?"
"tak, kau kenapa? yes apa tadi apa?" tanya ADAN panik. Manakan tidak jeritan JUSTIN sebentar tadi memecah kesunyian malam. Bukan malam. PAGI! Terpampang jelas 3:20 AM di jam digital yang terpasang di dinding rumah tersebut.
"Owhhh.... hehehhe, sorry" sambil menggaru garu kepalanya.
"aku excited dah siap assignment, sebab tu lah...." katanya lagi.
"ish kau ni! aku ingat apa tadi. dah pergilah rehat, aku pun tinggal sikit je lagi ni"
"ok, kalau macam tu.... aku buat air dululah, lepastu baru aku tidur. kau ada apa-apa nak order ke? biar aku buatkan.
"hhmmm.... hot chocolate satu!"
"BAIK SIRRR!!!" seraya tertawa bersama akibat candaan mereka berdua itu.
••••••••••••••••
Sementara sibuk menuangkan segala serbuk koko kedalam cawan dan menuangkan air panas dan juga mengadukkan air tersebut tiba-tiba dari belakang JUSTIN terdengar seseorang bersuara.
"lambat lagi ke? dah tunggu lama ni. haus. air yang simple macam ni pun lama betul kau buat kan"
"ish kau ni... aku dah tolong buatkan ni. berterima kasih pun tidak, banyak cakap pulak..."
"nah" sambil memusingkan badannya untuk memberi secawan hot chocolate yang dimintanya tadi kepada ADAN.
KOSONG!!!! sekali lagi JUSTIN dikejutkan dengan gangguan kecil yang mengganggu nya sejak pertama kali dia sampai di pintu masuk rumah ADAN. Pertama, telinga dia ditiup. Kedua, 'dia' ajak berbicara. Ketiga apa pulak? BERTEMU?!?!?! Memang pengsan sebulan lah jawabnya. Cepat-cepat dia berlari ke arah di mana ADAN duduk menyiapkan assignment nya sebentar tadi tidak lupa juga dua cawan hot chocolate yang masih panas di tangan dibawanya bersama.
"ADAN!!!!" Panggilnya cemas dengan nafasnya seperti tak cukup oksigen; baru habis maraton, memandang ke arah ADAN yang kini juga terpinga-pinga melihat temannya itu memanggil nya secara mengejut, dengan suara yang kuat, sambil membawa dua cawan hot chocolate di tangan. Kedudukan ADAN sebelum dan selepas JUSTIN membuat air hot chocolate adalah SAMA!!! Terbukti ADAN tidak bergerak ke mana-mana apatah lagi ke dapur. Perbualan 'mereka' sebentar tadi tidak sampai 5 saat sebelum JUSTIN mengatakan "nah" kepada 'ADAN'. Sangat mustahil sekiranya pergi dan pulang ke tempat asal dalam 5 saat sedangkan perjalanan dari ruang tamu ke dapur mengambil masa lebih dari 10 saat;lebih dari 25 langkah kaki.
"APA?! KENAPA?! ADA APA?!" Tanya nya bertubi-tubi.
".......Letaklah air tu dulu. kalau iya pun aku haus, kau tak payah lari kot..." katanya lagi.
"Hah ada apa? cuba cerita" tanya ADAN selepas dua cawan hot chocolate tersebut telah pun diletakkan di atas meja. Risau jugak dia setelah melihat muka kawannya itu pucat seperti tiada darah yang mengalir di tubuh.
"aku tanya kau jawab!" soalan diajukan dengan tegas oleh JUSTIN.
"Ye..." jawab ADAN.
"JUJUR!!"
"YE!!! AKU JUJUR APA DIA?"
"Kau ada pergi dapur?" tanya nya terus terang.
"tak ade" simple, pendek, ringkas, padat jawapan yang diberi oleh temannya itu. Terjawablah semua persoalan yang penuh di kepala JUSTIN. Terbukti jugalah bukan 'ADAN' yang berbual dengannya sebentar tadi. Terdiam JUSTIN memikirkan hal yang baru sahaja berlaku kepadanya. ADAN memandang muka temannya nya itu. Dengan muka pucat, peluh membasahi muka, leher dan dada, terlihat jelas detak turun dan naik jantung temannya yang masih laju mencuba menenangkan diri. *dia kena ni....* fikir nya dalam hati.
"kau nampak apa?" tanya ADAN kepada JUSTIN bagi memastikan betul atau tidak tekaan nya sebentar tadi..
".....jom tidur...." jawabnya.
MENGELAK. Mengelak untuk menjawab soalan yang diberikan dengan mengajukan sesuatu perkara yang lain demi melupakan sesuatu perkara. TAKUT. Itulah sesuatu yang ADAN dapat tangkap daripada reaksi temannya itu; memandangnya tepat di mata; tiada sepatah kata pun yang keluar selepas dia meminta ADAN untuk tidur namun pandangan yang diberikan mempunyai satu makna; satu arahan yang ADAN faham walaupun sekilas sahaja mata memandang;
‡ JANGAN BANYAK TANYA. JOM TIDUR! ‡
Itulah arahan yang disampaikan oleh JUSTIN melalui pandangan yang diberikan kepada ADAN. Memahami arahan tersebut, lalu ADAN mengiyakan dan mengajaknya untuk tidur bersama di bilik bagi mengurangkan rasa takut yang memenuhi diri JUSTIN. LUCU. Lucu sekiranya seseorang melihat situasi dimana mereka berdua lelaki yang berumur 20 tahun, tidur bersama di bilik yang sama dan di katil yang sama. Berdua.
••••••••••••••••
Justin memilih untuk memandang belakang badan ADAN daripada memandang sisi lain bilik tersebut. Takut dia ternampak sesuatu yang tidak diingini sekali lagi. Di dalam kesunyian malam JUSTIN sekali lagi memecahkan kesunyian tersebut dengan bertanya.
"ADAN..... kau dah tidur ke?"
*hhmmhh* hembusan nafas dihela dengan perlahan lalu ADAN membalikkan badannya menghadap ke arah JUSTIN yang berpeluk tubuh di dalam selimut. Sekali pandang seperti orang yang kesejukan namun kenyataannya tidak. Kini mereka berdua saling bertatap tatapan.
"....belum..." jawabnya sambil memandang ke arah temannya itu.
"kenapa belum tidur lagi.... dah lewat ni..." katanya lagi kepada JUSTIN.
"owhh.... sorry ganggu" jawabnya.
*haihh* kini nafas berat pula dihela lalu ADAN menarik kepala sahabatnya itu ke pangkuannya. Ditepuk perlahan belakang badan kawannya itu untuk mengurangkan rasa was was dalam diri.
"ti~durlah... tidur~..." nyanyi nya perlahan.
"...aku bukan budak-budak lah...." balas nya
"tahu" sambil tertawa nipis.
walaupun JUSTIN tahu bahawa dia bukanlah anak kecil yang harus diperlakukan sebegitu namun pelukan sahabatnya itu cukup menenangkan buatnya membuatkan dia tidak menolak pelukan tersebut dan.... dia tertidur. Lena dibuai mimpi.
*TIT TITT TITTT* Bunyi alarm di pagi hari membuatkan ADAN refleks terbangun lalu mematikan alarm nya dengan berhati-hati bagi tidak membangunkan sahabatnya yang masih tertidur lena di dalam pangkuannya. Dipeluknya erat sahabatnya itu kerana takut akan tragedi ghaib malam semalam. ADAN dengan perlahan lahan bangun dan cuba untuk melepaskan genggaman pelukan itu. Dia harus mandi. Hampir 5 minit ADAN struggling untuk melepaskan dirinya dari pelukan sahabatnya itu. Kuat sungguh genggamannya walaupun dalam tidur. ADAN perlahan lahan membuka pintu dan menutupnya semula agar sahabatnya itu tidak terbangun oleh suara pintu.
••••••••••••••••
"JUSTIN......" kejutnya perlahan, usai selesai dia mandi.
"hey JUSTIN....."
"..... JUSTIN.... bangun... dah pagi ni" kejutnya lagi.
TIADA RESPONS.
*Hhhmmm* ADAN menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Tiada cara lain lagi! Perlahan dia menaiki katil yang bersaiz king itu lalu memandang sahabatnya yang tertidur pulas di bawah kakinya. Lebih tepatnya lagi di bawah antara kaki ADAN. Tersenyum dia kerana tidak sabar melaksanakan tugasnya sebagai kawan yang baik mengejutkan kawan yang satu lagi agar tidak lewat pergi ke kampus. Dengan perlahan..... dia menghenjut- TAK DIA MELOMPAT DI ATAS KATIL!!! JUSTIN yang dibawah turut terhenjut-henjut akibat lompatan yang kuat dari ADAN.
"HAHAAHAHAHAHAHAH BANGONNNN BANGONNNN!!!!" Jerit ADAN sambil tertawa lucu melihat sahabatnya itu kelihatan lemas terhenjut-henjut dengan mata yang separuh terbuka namun masih belum penuh sedar apa yang berlaku. Hanya getaran badan di atas katil itu yang dirasai oleh JUSTIN pada masa itu.
"BANGUN KE TAK??!!" Sambil melompat-lompat dengan lebih kuat. Tidak lupa juga tawa yang memenuhi bilik itu. Sekilas dilihat seperti beruk yang melompat lompat kegembiraan kerana mendapat pisang.
"enggmmm" bunyi menggeliat dikeluarkan. Bukan sekadar menggeliat namun itu juga bunyi yang menunjukkan JUSTIN annoyed. Senyuman ADAN semakin melebar apabila idea nya yang 'bernas' ini berhasil. Seketika itu juga dia berhenti melompat seperti beruk untuk melihat reaksi temannya itu.
*ffuubbbb* bantal yang empuk itu mendarat tepat di muka ADAN. Dia tidak mengelak seinci pun. Setelah bantal itu jatuh kembali ke atas katil, kelihatan ekspresi muka ADAN yang tersenyum bangga.
"Good morning my dearrrr" sapanya kepada JUSTIN. Terlihat muka JUSTIN dengan rambutnya yang acak acakan, mata yang masih tidak terbuka sepenuhnya, terduduk di atas katil mencuba untuk mencerna apa yang telah berlaku sebentar tadi. *rasa macam terbang....* itulah yang ada dibenaknya pada saat itu. Lalu dia mendongakkan kepalanya memandang temannya yang membuat dia 'terbang'.
"dear... dear.... sepak baru tahu...." jawabnya dengan suara yang sangat perlahan, serak basah namun masih dapat didengari oleh ADAN. Perlahan-lahan dia bangun dan meninggalkan kawannya yang masih berdiri di atas katil, bergegas untuk mandi.
••••••••••••••••
"dah siap? jom makan aku dah buatkan breakfast" tersedia bread toast with butter di atasnya. Terdapat sunny egg juga sebagai lauk tambahan dan dua cawan coffee di atas meja.
"kau buat?" tanyanya.
"hhmm" sambil menganggukkan kepala dan tersenyum.
"pandai...." puji temannya itu. ADAN hanya membalasnya dengan senyuman yang tidak putus-putus. Mereka pun duduk berhadap hadapan sambil menghabiskan makanan yang tersisa sehingga ke akhirnya. Selesainya breakfast, mereka bergegas keluar rumah dan on the way ke kampus.
••••••••••••••••
Setelah sampainya mereka berdua di kampus ADAN bergegas ke parking lot dan melilau mencari tempat kosong untuk memarkir kan kereta nya. seusainya dia menghentikan kereta, mereka keluar dan berjalan cepat untuk tidak lewat ke kelas dan disitulah mereka berpisah.
"aku pergi dulu tau. thank you hantarkan" JUSTIN berterima kasih lalu mempercepatkan langkahnya pergi ke kelas.
"ye...." jawab ADAN. Suaranya yang kecil itu sudah pasti tiada siapa pun yang dengar kecuali dirinya sendiri. Kini ADAN memang sendiri. Berjalan perlahan dan santai di parking lot yang sunyi. Hanya separuh jalan lagi dia akan sampai di pintu masuk untuk pergi ke lobi namun disitu....
*TTTUUUPPP*
Semua lampu di parking lot itu terpadam secara serentak membuatkan ADAN juga serentak menghentikan langkahnya kerana terkejut. Tiada bunyi. Tiada cahaya sedikit pun. Gelap gelita adalah suasana yang mampu diungkapkan pada saat itu. Hanya warna hitam pekat yang ADAN lihat. Cepat-cepat dia membelek seluarnya itu untuk mengeluarkan telefon bimbit nya. Setidaknya flashlight dari telefon bimbit itu dapan menerangi jalan yang gelap. Namun cari punya cari.... TIDAK ADA!!! Tetap mencari di dalam poket bajunya, seluar, sehinggakan di dalam beg semua diselongkar berharap dapat menemukan telefon bimbitnya namun nihil. *Rasanya aku dah bawak lah phone aku tadi... tak kan dalam kereta pulak.... aduhhh kena patah balik satu hal....* Keluh ADAN. Namun tiada cara lain, dia terpaksa membuat keputusan untuk patah balik ke arah kereta nya diparkir tadi. Sedikit lagi untuk sampai di kereta ADAN terlanggar sesuatu.
"Eyh, sorry saya tak sengaja" ucapnya kepada orang yang dilanggarnya sebentar tadi. Namun orang itu hanya diam tidak berkata apa pun. Sedikit bunyi juga tidak terdengar olehnya.
"Awak ... sorry...." ucapnya lagi bagi memastikan orang didepannya ini tidak merasa marah ataupun geram kepadanya. Namun sekali lagi tiada respons yang ADAN dapat dari orang itu. Mula merasa curiga ADAN menggapai tangannya untuk memegang bahu orang tersebut namun tiada. Masih meraba berharap dapat memegang bahunya namun apa yang ADAN dapati bukanlah seperti yang dia harapkan. ADAN dapat merasakan sesuatu yang halus, panjang dan banyak. Lembut juga. Teksturnya lebih kepada rambut. Namun tidak mungkin kepala manusia yang disentuh bukan.... kerana ia separas dada ADAN, maka dia masih berfikir positif. Sebenarnya jantung ADAN sudah tidak karu karuan lagi. Laju yang teramat sangat sehinggakan dapat mendengar bunyi degupannya tanpa meletakkan tangan di atas dada. Namun dia memperkuatkan diri mencari tahu apakah sebenarnya yang disentuh olehnya.
Semakin disentuh ke bawah, ADAN merasakan tangannya basah. Seperti cecair yang tidak juga cair seperti air dan bukan juga kental seperti lendir. Cecair itu juga hampir kering dan membuatkan teksturnya melekit. Disitu ADAN dapat merasakan sesuatu yang gembung sebesar separuh dari bola golf. Tidak keras tidak juga lembut. Sedikit basah dan juga licin. Adan berhenti seketika kerana semakin ditelusuri semakin aneh yang dirasainya. Seketika itu juga lampu terbuka serentak. Terang menerangi parking lot tersebut dan mati semula dalam kiraan 3 detik. Namun ini semua tidak berhenti semudah itu, ADAN terdiam sehinggakan dia terjatuh terduduk akibat terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya dalam kiraan saat itu. Semasa lampu bernyala terang menderang dalam kiraan saat, sekilas seperti kilat menyambar dan menghilang, begitulah cepatnya masa berlalu dan yang dilihat ADAN pada saat itu adalah..... KEPALA!!!!! YA!!! KEPALA NAMUN BUKAN MANUSIA! KEPALA YANG HANYA KEPALA TIADA BADAN. BUKAN KUYANG. HANYA KEPALA YANG TERAPUNG SEPARAS DADA ADAN DAN KEPALA TERSEBUT MENGELUARKAN CECAIR DARAH YANG HAMPIR KERING MELALUI MATA, HIDUNG, TELINGA DAN MULUTNYA. DENGAN MATANYA TERSEMBUL SEPARUH KELUAR TERBELIAK MELIHAT KE ARAH ADAN. MATA PUTIHNYA BUKAN PUTIH NAMUN MERAH. DENGAN MULUT YANG TERNGANGA KOYAK RABAK HINGGA KE TELINGA, MENUNJUKKAN ISI DALAM MULUTNYA YANG PENUH DARAH DAN LIDAH YANG TERJULUR KELUAR TERBELAH DUA SEPERTI ULAR. TERSENYUM MENYERINGAI KEPADA ADAN DAN.... GELAP. ADAN pengsan di tempat. Tepat disebelah keretanya.
Lampu terpasang semula menerangi tempat itu. Seseorang yang berjalan di parking lot itu ternampak ADAN terbaring di lantai dan segera mendekatinya untuk menolong. Di check detak nadi, nafas, pergerakan naik dan turun jantung semuanya dalam keadaan baik. ADAN masih hidup. Orang tersebut pun mencari telefon bimbit ADAN dan menjumpainya di dalam poket seluar sebelah kanan bahagian depan bagi mengubungi kenalan ADAN. Nombor JUSTIN ditekan dan....
" hello" sapa orang itu.
"...hello siapa ni, bukan ni phone ADAN ke? kau siapa?!" kasar jawapan yang diberi setelah menyadari itu bukan suara sahabatnya.
"maaf saya jumpa ADAN jatuh pengsan di parking lot, boleh tolong saya?" ucapnya.
"ADAN pengsan?!"
"dia dekat mana?!" tanya JUSTIN.
"dekat sebelah kereta nombor plates RAW69 (bukan nombor sebenar)" jawabnya.
*sebelah kereta ADAN.... Buat apa dia dekat situ?* fikirnya sejenak sebelum dia mengiyakan dan bergegas ke tempat kejadian. Setelah sampai di depan kereta sahabatnya itu, terlihat ADAN yang masih terbaring di atas lantai dengan seseorang yang mengakui sebagai orang yang menelefonnya sebentar tadi.
"ADAN!!" jeritnya terkejut selepas melihat sahabatnya itu terbaring kaku dan lemas di atas lantai.
"boleh bantu saya angkat dia tak? tolong saya angkat dia masuk dalam kereta" tanya nya. Kali ini dengan suara yang tidak lantang namun sopan. Tidak seperti pertama tadi.
"boleh saya akan bantu" jawabnya.
Badan ADAN diangkat oleh orang itu dan JUSTIN menolong nya dengan membukakan pintu kereta agar ADAN dapat diletakkan di dalam dengan mudah.
"thanks. sorry tadi kasar... saya ingat awak-"
"tak apa" jawabnya sambil melemparkan senyuman.
"kalau macam itu, saya pergi dulu" tunduknya sedikit menandakan sopan dan pergi meninggalkan JUSTIN dan ADAN disitu.
••••••••••••••••
Perlahan-lahan dia membuka matanya. Silau. Siling yang dilihatnya itu seperti pernah dilihat sebelumnya. *Tapi di mana ya?* Dia masih melilau mencari jawapan apa yang sudah terjadi kepadanya namun sedikit pun tidak dapat diingat. Perlahan-lahan dia kembali baring di atas katil yang empuk itu. Nyaman. Walaupun tempat itu familiar namun dia tidak tahu dia dimana. Kemudian kedengaran pintu dibuka dan terpampang muka JUSTIN.
"JUSTIN?"
"ADAN!"
*SERENTAK* memanggil nama masing-masing.
"aku dekat mana ni?..."
"kau dekat rumah aku sekarang. kau tak ingat ke kau pengsan tadi dekat parking lot? tepat sebelah kereta kau je. apa jadi?" tanya JUSTIN bertubi-tubi. Risau jugak dia sahabatnya tiba-tiba sahaja pengsan.
"pengsan?.... aku tak ingat pun...." jawabnya perlahan. kedengaran suaranya yang lemah menjawab pertanyaan JUSTIN.
*hhmmm* hembusan nafas dilepaskan perlahan.
"tak apalah... sekarang ni yang penting kau selamat. sekarang kau rehat elok-elok. kalau nak apa-apa panggil je aku, aku dekat luar je" sambil berjalan perlahan ke luar bilik dan meninggalkan sahabatnya itu untuk berehat. ADAN memilih untuk sambung rehat untuk mengurangkan rasa sakit di kepalanya itu. Mungkin kerana keempukan katil JUSTIN dan rasa nyaman yang menyelimuti dirinya itu, dia terlelap. ADAN tertidur. Nyenyak.
Download NovelToon APP on App Store and Google Play