NovelToon NovelToon

Cinta Terhalang

bab 1 anak angkat

suka, sayang dan cinta adalah perasaan yang berbeza..

suka apabila kita merasa suka dengan rupa dan sikap seseorang..

sayang apabila kita sayang dan mahu berada dekat dengannya..

cinta apabila kita merasa ingin memiliki dia..

waktu pualng sekolah..

Seperti kebiasaan Amalina akan menunggu pemandu mengambil nya setelah pulang dari sekolah..sedang dia menunggu di perhentian bas,dia disapa oleh sekumpulan lelaki dari kelasnya

'amalina..amalina,aku cinta kamu kerana kau manja..aku cinta kamu kerana kau setia'

Adam mengusik Amalina dengan menyanyikan lagu sambil menyentuh rambut Amalina yang lurus mencecah bahu..

'eh,apani..'

marah Amalina..

'pegang2 rambut pulak'

tambah dia lagi..

'jangalah marah,nanti cepat tua, terpaksa pulak kawen dengan Adam'

Adam mengusik Amalina sambil tersengeh..kawan2 yang lain hanya memerhatikan gelagat Adam memikat Amalina..

'tolong la,sapa nak dia tu,dah la hitam,aku rela tak kawen la seumur hidup'

Amalina mencebik kan muka kepada adam..

sejurus itu, amal menghampiri mereka,amal merupakan abang angkat Amalina..

dia menjadi marah apabila melihat mereka mengusik adik angkatnya..

'berani kau kacau Amalina ya'

amal menghalakan penumbuk kepada adam namun sempat dielak namun tangan amal dikilas oleh amal..amal menendang Adam tapi juga berjaya dielak Adam..amal jatuh menyelusur tetapi dia sempat menahan dengan tangan..

'ala..anak angkat ni sibuk la'

kata Adam sekan mahu api-api kan amal..

namun mereka beredar setelah melihat kelibat kereta pemandu keluarga amal dan Amalina..

'setelah mereka beredar, Amalina menghampiri amal dengan muka merah padam..

'abang ok tak,tangan dah bercalar'

Amalina memegang tangan amal dengan muka yang seakan menahan tangis..

amal hanya mengangguk dan menarik tangannya dari pegangan Amalina..

kereta pemandu berhenti tepat di hadapan ..mereka berdua..

pak cik azam membuka cermin kereta..

'maafla pakcik lambat,jalan sesak tadi ada exsiden..masuk la'

amal dan Amalina memasuki kereta tersebut..

amal duduk di hadapan sebelah pemandu manakala Amalina duduk sendirian di belakang..

setibanya di rumah banglo 3 tingkat itu..amal bergegas ke bilik nya..dia mahu menyembunyikan luka dari keluarga angkatnya itu..

setelah selesai mandi..tiba-tiba pintu biliknya diketuk..dia membuka pintu dan kelihatan adik nya Amalina sambil membawa kotak kecemasan..

Amalina memasuki bilik abang nya terus melabuhkan punggung di katil bercadar kan Naruto..amal merupakan peminat tegar Naruto..bahkan mereka berdua mempunyai minat yang sama..banyak figura anime yang dikumpul mereka..

'dudukla abang, Lina sapu ubat dekat luka'

suara Amalina lembut, seperti kucing yang kekenyangan..

amal hanya duduk tanpa sebarang bicara..

'abang sepatutnya tak campur tadi,Adam tu selalu macam tu'

amal memandang Amalina,sesekali mata mereka bertentangan..

'sakit tak?'

tanya Amalina sambil menyapu kan ubat pada siku amal..

'tak,tapi Ang sakit hati bila ada orang ganggu Amalina'

suara amal perlahan dan menunduk..seakan dia sekian lama memendam rasa..

'hmmm'

Amalina mengeluh..

'tulakan, Amalina cantik sangat sebab tu ramai sangat peminat'

kata-kata Amalina sambil cebik kan mulut dan memandang amal..

amal hanya tersenyum..

'perasan'

amal mencuit hidung Amalina..

'Lina memang cantik, Lina tahu'

kata Amalina sambil menjelirkan lidah pada amal iaitu abang angkatnya..

'adik tahu la,abg bukan abang kandung Lina?'

pertanyaan itu membuatkan amalina diam seketika..

dan dia mengangguk..

'mestilah tahu,bin abang bukan nama ayah.. walaupun nama kita seakan sama.. abah amal Hakimi, Lina..Amalina Maisara'..

Amalina memandang amal sambil memegang tangannya..

dengan perlahan amal melerai kan pegangan tangan Amalina dan memandang adik angkat nya itu.. pandangan yang menusuk hati Amalina..yang memberi seribu tanda tanya..

'jadi, adik perlulah jaga batas dengan abang'

amal terus bangun..

'jomlah turun makan..

pelawa amal sambil meninggalkan kan ruang bilik nya.. meninggalkan Amalina yang masih memikirkan makna dari kata-kata abang nya itu..

bab 2 pantai

cinta itu adakala bukan bermakna dalam memiliki..

adakala ia sudah cukup,sekadar menjaga.. melindungi dan memerhati dari jauh..

ketika di meja makan..

Amar,Amalina puan Marisa dan tuan Helmi sedang menjamah makanan..

puan Marisa dan tuan Helmi merupakan ibu dan ayah Amalina..manakala amal hanyalah anak angkat.. hampir 2 tahun mereka menjaga amal,akhirnya puan Marisa hamil, setelah 10 tahun mereka menantikan zuriat pertama..bagi mereka kehadiran amal merupakan pembawa rezeki dalam rumah tangga mereka..

'tahniah amal,u get good results'

puan Marisa memulakan bicara..

amal mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sijil pembelajaran Malaysia (spm)..

amal hanya tersenyum..

'apakata kita pergi bercuti'

tambah tuan Helmi..

'yah..u decided amal..nak pergi mana'..

tanbah puan Marisa lagi ..

'yeah .yeah..bercuti'

Amalina bersorak keriangan..

'amal nak pergi pantai boleh?'

tanya amal kepada ibu dan ayah angkatnya..

'dah tentu boleh sayang'

puan Marisa menjawab sambil tersenyum...

neraka melayan Amar dan Amalina tiada perbezaan..namun disebabkan sibuk dengan urusan kerja adakala masa yang diluangkan bersama keluarga adalah terhad..Amar dan Amalina banyak meluangkan masa bersama..

keesokan harinya, mereka tiba di sebuah resort berhampiran pantai..

'wah cantiknya..'

Amalina keluar dari kereta dan terpesona dengan keindahan alam semula jadi itu..

'mama and papa nak pergi spa,Amar dan Amalina enjoy la yea'

pesan puan Marisa bersama suami tuan Helmi sambil keluar dari suit tersebut..

Amal dan Amalina hanya mengangguk..

'abang nak pergi pantai la..'

beritahu amal kepada Amalina..

'nak ikut'

Amalina bergegas mengikuti abang angkat nya itu..

setibanya di pantai..

'abang tunggu'

Amalina yang seakan berlari mengejar Amar yang berjalan laju, akhirnya tergeleceh..

'aahhhh'

Amalina berpaut pada amal dan mereka terjatuh..

'aduhh'

kepala amal terhentak ke tanah..

manakala Amalina terjatuh atas amal ..

dup dap dup dap

Amalina mendengar detak jantung amal..

Amalina cuba bangun dan memandang muka abang angkatnya itu yang terkena pasir .

'sorry..abang ok?'

tanya Amalina sambil mengibas pasir pada muka abang nya..tanganya terhenti apabila dia memandang mata abang angkat nya itu yang berwarna coklat..

'nata abang warna coklat la'

amal cuba bangun dan mengangkat Amalina yang berada di atasnya ke sisi..

mata amal membulat apabila kain skirt Amalina terselak..

'pakai skirt,tak pakai seluar pendek ke kat dalam?

tanya amal kepada Amalina seakan marah..

'tak la skirt ni labuh la'

kata Amalina seakan menjerit manja..

amal bangun manakala Amalina menghulur tangan meminta amal menariknya..sejurus itu, Amalina memeluk amal..

'lina tak boleh jalan,sakit kaki'

amal merungut perlahan..

'dukung la'

pinta Amalina lagi ..

amal hanya turuti adik nya yang manja itu.

Amalina merangkul bahu amal dan meletakkan kepalanya pada bahu amal..

setelah tiba di bilik,amal meletakkan Amalina secara perlahan dia atas katil..

Amalina memegang pergelangan kakinya..

'sakit'

katanya sambil menyebik bibir..

'ok..Abang urutkan,sekejap abang ambil minyak'

Amalina hanya tersenyum melihat kelakuan amal..

amal membuka kasut Amalina dan meletakkan kakinya dia atas katil..

'belah mana yang sakit?'

amal memegang kaki Amalina untuk memastikan bahagian yang sakit ..

'aauu..aaauu..'

amal mengambil minyak dan urut pada bahagian tersebut..

setelah hampir 30 minit amal mengurut kaki Amalina..amal pun bertanya..

'sakit lagi tak?'

Amalina cuba gerakkan pergelangan kakinya..

'rasa ok sikit..thank u abang.'

amal duduk atas katil bersebelahan Amalina..

'sory ..sebab Lina,kita tak dapat mandi laut hari ni'

amal mengusap rambut Amalina..

'tak pe,esok kita mandi laut yea'

memdang Amalina dan mencuit hidung Amalina..

Amalina mengangguk dan memeluk amal dengan erat .

bab 3 bintang

cinta itu merupakan satu keperluan..

pabila kita menyanyi dan disayangi..

maka hidup akan menjadi lebih indah..

Amalina membuta mata,dia melihat Amar juga terlena disamping nya..dia membetulkan dan mengusap rambut amal.. sejurus itu amal terus terjaga dan memegang tangan Amalina..

'nak apa-apa ke?'

Amalina menggeleng

'mama papa tak balik lagi ke?'

tanya Amalina

'dah, dalam bilik rasanya, mama bagitahu nanti kita keluar makan malam pukul 8'

Amalina hanya mengangguk..

selesai makan malam di restoran berdekatan..mereka pulang semula ke resort..

setelah keluar dari kereta Amalina terpesona melihat keindahan bintang di langit.

'banyak nya bintang'

katanya..

'mama papa,Lina nak tengok bintang boleh?'

tanya Amalina.

'boleh kalau abang temankan..'

Amalina memandang amal sambil membuat mimik muka manja..

'yea'

amal memegang Amalina yang berjalan terhincut-hincut ke tepi pantai..

mereka melabuhkan punggung di pasir dimana permandangan laut yang indah di hiasi bintang- bintang di langit yang bergemerlapan..

'lama kan kita tak datang pantai?'

kata Amalina sambil memandang amal..

amal menyelitkan rambut Amalina ke belakang telinga..

Amalina memegang tangan amal..

'angin kuat'

amal tersenyum memandang Amalina..

'cantik'

Amalina hanya menunduk seakan malu dan mengemgam erat jari jemari amal..

amal dengan spontan mencium tangan Amalina dan memegang pipi nya..

Amalina menyandar badan nya dan meletakkan kepalanya pada bahu amal..

'yea,memang cantik'

amal meramas-ramas jari Amalina dan menciumnya berkali-kali..

mereka hanya berbalas senyuman sambil memandang bintang-bintang..hati dan jiwa mereka seakan hanyut di bawa alam lain..alam cinta yang membuatkan mereka hanyut dalam cinta malam yang panjang dan dihiasi bintang- bintang.

Amalina bangun awal pagi dan merapikan diri..dia begitu teliti dari biasa.. perkara ini merupakan hal biasa bagi gadis yang berumur 16 tahun ketika jatuh cinta.. mereka mahu kelihatan cantik dihadapan mata orang kesayangan..

dia mengenakan dress biru muda, anting-anting berbentuk bunga dan cekak rambut berwarna biru juga..

saat dia memandang cermin,dia merasakan dialah gadis yang paling cantik diabad ini..

hal itu tidak dinafikan,dia merupakan antara pelajar tercantik di sekolah nya dari segi warna kulit yang putih mulus,rupa yang menawan dan tubuh yang langsing..

dia bisa dikatakan sempurna sebagai seorang gadis dari segi fizikal..

dia juga mempunyai ramai peminat lelaki disekolah,namun dalam hatinya hanya ada seorang nama yaitu Amal Hakimi ,abang angkat keluarga mereka..

bagi Amalina, amar merupakan lelaki idaman nya yang selalu melindungi dan berada disamping nya tiap masa terutama disaat dia memerlukan insan disisinya..

kesibukan mama dan papanya menyebabkan hubungan dia dan amal amat rapat akibat sering meluangkan masa bersama..

dan ketika itu lah wujud hubungan perasaan kasih dan cinta..

cinta yang hadir tanpa diduga dan membuak-buak tidak dapat dihalang,malah sikap Amalina yang seakan kebudakkan merumitkan lagi hubungan mereka..

justeru itu, amal masih teragak-agak untuk meneruskan hubungan itu walaupun segalanya bercanggah dengan hatinya..

bagi amal Amalina juga merupakan cinta pertama nya.. Amalina bagai kan bidadari bagi amal,amat sempurna..sikap nya yang manja juga membuatkan amal terasa seperti diperlukan setiap masa untuk melindungi dan menjaga Amalina tak kira masa dan dimana saja..tetapi status dia sebagai anak angkat menyebabkan dia tidak mampu mengambil keputusan sebesar apa pun..

Download MangaToon APP on App Store and Google Play

novel PDF download
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play