Cinta Pandemik?
Shafirah Pengsan!
Kring! Kring! Kring!
Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah bermula. Hanabi dan Amalina dengan pantas mengemas buku-buku rujukan yang digunakan sewaktu subjek Bahasa Melayu.
Kelihatan Shafirah masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Buku rujukannya kelihatan berselerak. Riak wajahnya seperti sedang menghadapi masalah.
Selesai sahaja memasukkan semua buku kedalam begnya, Amalina bergerak menuju kearah Shafirah.
Shafirah Saad
Aku okay je. Cuma hari ni aku letih sedikit. Kau boleh tolong aku tak?
Hanabi
Oh. Kau nak aku tolong apa? Kalau aku mampu tolong, aku tolong.
Shafirah Saad
Kau boleh tolong belikan aku sebotol air mineral kecil? Aku tak laratlah nak gerak ke kantin.
Hanabi
Boleh je. Itu je ke kau nak aku tolong?
Shafirah Saad
Ha'ah. Tekak aku tak rasa nak makan. Nak minum je. Dahaga sangat. Cuaca pun kemain panas gila.
Shafirah mengeluarkan sekeping not RM1 dari poket bajunya. Dihulurkan not itu kepada Hanabi.
Hanabi menerima huluran not tersebut dan bergerak kearah Amalina.
Hanabi
Dah jom gerak. Weh Firah, kami gerak dulu eh. Kau jaga diri. Tak payah nak gerak-gerak. Kau duduk kat bangku tu je.
Shafirah sedikit tergelak dengan arahan yang diberikan Hanabi kepadanya. Sahabatnya seorang inilah yang paling baik sepanjang perkenalan mereka.
Download NovelToon APP on App Store and Google Play