Bukit Air Mata
Korni diam-diam mengintip sekumpulan orang di sisi pokok. Melihat lelaki itu diheret dan digasak untuk menerima hukuman di tengah-tengah tanah lapang. Dia direjam dengan hujan batu, pendosa itu segera terhumban rebah ke belakang.
Apabila terlolos daripada pandangan orang. Dia keluar dari tempat persembunyiannya, berjalan ke arah lelaki malang itu. Sebelum ini tidak pernah Korni melihat sesuatu yang sengeri ini. Bau hanyir darah memenuhi lubang hidungnya, membuatkan dia rasa ingin muntah. Ia berlaku dengan rasa takut yang mencengkam hati dan sukar untuk dilupakannya.
Ini pasti bukan babak lakonan atau latihan keselamatan pelindungan. Ia adalah sebuah lapangan kematian untuk menjalankan hukuman kepada penzina. Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin akan dirotan seratus kali, manakala yang sudah berkahwin akan direjam dengan batu sampai mati.
Alamak, tengok muka lelaki segak itu. Setiap inci raut wajahnya sama dengan Korni. Siapakah dia? Dan dari manakah datangnya? Atau adakah dia pasangan kembar yang dibesarkan di bumi lain? Saling berhubung untuk mengetahui untung nasib terhadap hukuman paling berat. Dosa besar yang sama dengan minum arak dan membunuh orang.
Jam 9.00 malam, dia merebahkan tubuh tidur semula. Matanya memandang tepat kepada angka digital putih pada alat penghawa dingin di dinding bilik. Cahaya kecil samar-samar menerangi katilnya. Bilik itu diselubungi wap kesunyian yang menindihkannya. Mungkin ia berlaku kerana dia meminta keizinan daripadanya untuk bermalam di Baradee Resort, bagi menghadiri majlis penutupan seminar. Alamak, mengapa pula memikirkan hal itu hingga memeningkan kepala?
Kamu telah meminta keizinannya untuk bermalam. Bukankah dia seharusnya berpuas hati kerana kamu masih ada rasa hormat antara satu sama lain? Lebih baik dari pergi ke mana-mana bersembunyi-sembunyian tanpa diketahui. Kenapakah harus berprasangka dan memusingkan? Kamu pergi ke seminar itu dengan tidak berselindung, bersama beberapa orang teman rapatmu. Siapakah hendak fikir melakukan pekara yang tak senonoh, sehingga menimbulkan umpatan orang? Fikiran karut-marut itu harus dihumban juah-jauh. Sebagai seorang usahawan, bukankah bermesyuarat telah menjadi pekara lumrah.
Suatu suara meletus, menimbulkan keraguan dan kekeliruan. Mungkin ada sesiapa sedang bermain silap mata. Mencelarukan antara Baradee dan Phraya Bangsar Resort? Kedua-dua tempat itu mempunyai erti yang berbeza. Baradee adalah tempat terbuka, kamu dapat pergi bila-bila masa sama ada pada malam hari, tidak merisaukan. Tetapi di tempat lain, mungkin mereka berjanji untuk bertemu secara rahsia. Seperti yang pernah terbaca di dalam line pada suatu ketika. Resort itu terletak berhampiran dengan rumah, cuma dipisahkan oleh sebuah bukit.
Korni menghela nafas panjang. Menyoal tentang bagaimanakah perjalanan kehidupan berumah tangga sampai ke titik kehancuran? Apakah punca pengakhiran itu? Tiada jalan untuk kembali berpadu semula. Lalu dia terdengar bunyi sesuatu yang bergema pada suatu malam yang tidak dapat dilupakan. Ia mungkin menjadi titik permulaan kepada keseluruhan cerita, sewaktu dia sedang tidur berehat seorang diri, dia terdengar seakan-akan ada derap orang berjalan di tingkat bawah rumah, seketika kedengaran bunyi kub-kap kub-kap pada atas perabung rumah, dari depan rumah hingga ke dapur. Dicapaikannya lampu suluh, lalu memancarkan sinar ke serata, tiada kesan apa-apa yang dapat dilihat, sama ada kesan tapak kaki haiwan atau pencuri.
Malam sebegitu, barangkali bermula selepas tiga tahun perkahwinan. Baan Saen Suk Rumah Bahagia telah berubah. Tidak dapat lagi melihat senda gurau pasangan bercinta. Halaman rumput tiada lagi orang yang berjalan sambil beristirehat. Tiada siapa yang berjalan-jalan melihat bunga-bungaan indah di taman. Rumpai air menceroboh ke dalam kolam renang, tiada sesiapa yang menyelam dan berenang riang. Di dapur tidak pernah melihat tukang masak, memasak makanan. Cuma sendiri makan sendiri masak. Rumah adalah istana kesunyian dan kesepian. Tidak salah jika kabus kesunyian telah melata ke segenap penjuru di mana-mana.
Atau mungkin kerana setiap hari hanya memikirkan kehidupan dan telalu sibuk dengan perkerjaan. Menyebabkan sukar untuk melelapkan mata, hati menjadi gelisah, kejadian aneh yang berlaku ingin menyatakan sesuatu, apa? Adakalanya dia mempunyai sensasi yang aneh dan misteri, tiba-tiba dengan mudah dia dapat melihat orang menjadi ular dan menjadi anjing. Apa yang lebih menakutkan adalah menjadi seekor ular gergasi merayap dan menangkat kepalanya. Pohon-pohon dan dahan-dahan kayu memberikan laluan dan menunduk hormat, badannya sebesar gunung-ganang. Atau adakah gambaran itu sebenarnya tidak wujud? Mungkinkah butanya sendiri yang kaburi, sebenarnya, dia tidak miliki mata ajaib atau apa-apa jenis penglihatan ajaib.
Imbas kembali peristiwa malam itu apabila dia meminta izin untuk tidur di rumah ibunya. Ketika sendirian berbaring di tempat tidurnya, terdengar desir angin menghempap daun mangga Malaysia di sebelah rumah. Suap-sap suara langkah kaki di atas daun kering seolah-olah ada orang sedang di tepi pagar pada waktu malam. Mereka mungkin memeluk angin barat sebelum menghempaskan diri ke tanah. Mencari jalan untuk menyelinap masuk ke dalam rumah dengan senyap. Malam itu, dia muncul dalam bentuk separuh manusia, separuh syaitan. Kepala adalah manusia. Bahagian lain adalah anjing hitam.
“ Siapa awak dan apa yang awak mahukan? ” Korni berkata dengan suara yang menggeletar, memandang ke arah mata merah yang bersinar dalam kegelapan. Kamu telah menjadi pengikut Iblis? Lalu kamu dapat berhubung melalui serangan mimpi seperti itu.
“ Betapa kotornya roh? Harimau
sudah bertukar menjadi musangyan, hehe.” Suara cemuhan hantu jahat itu bergema di segenap ruang bilik segi empat itu.
“ Apa kesalahan yang telah Bang lakukan, katakan? ” Kata Korni, suaranya gementar seolah-olah dia demam tiba-tiba. Takut kepada sesuatu yang sedang dihadapi kini, tangannya terketar-ketar, dia meraih bantal dan membaling ke dinding kamar. Bangun dengan mata terbeliak. Tetapi hantu jahat itu sedang seronok kerana dapat menakutkannya secara setakut-takunya. Ia nakal dan menyanyikan lagu-lagu lucu kepadanya. Bunyi berdecit seperti jarum jahit, tetapi Korni tidak dapat ketawa. Ia menyindir kepadanya sebagai Mu Sang Yan Chueak. Nama samaran yang pernah digunakan untuk menulis surat aduan.
“ Whoa, whoa .. Musangyanchiak. Ia sangat besar. Dan ia sangat menjengkelkan. Musang berada di dalam perdu buluh, Musang tinggal di dalam buluh. Ia makan itik dan ayam. Dan ia sangat besar.. ”
“ Tak dapat diterima kan?” Ah! Tengok itu, manusia separuh binatang menggunakan jari yang panjang melekat pada alat penghawa dingin. Ia sedang merayap ke bawah. Pergerakannya lebih lincah daripada ahli akrobatik milik Pakcik Ringo. Makhluk aneh itu mengangkangkan jari-jari kuku yang panjang secara automatik bagai robot yang akan mencongkil biji mata agar terkeluar daripada rongganya.
“ Masuklah! hantu, sedikit saja kau bergerak, aku akan tembak. Biar terburai usus kau,” jerit sekuat hati. Sambil mencapai pistol di bawah bantal dan menggenggamnya dengan kuat, dia bersedia menarik picu pistol kepada hantu berwajah aneh itu.
“ Hee! hee!, kewarasan dah pecah. Musang Yan Chueak ,” Ia menjulurkan lidahnya yang panjang mengejek sehingga menyentuh kelenjar di dalamnya. Selidiki apakah jasa lalu, yang telah dilakukan. Seorang pejuang kebenaran atau untuk kepentingan diri sendiri. Jika benar-benar pandai, mengapa perlu menggunakan nama haiwan bermuka runcing?
“ Jika memang benar, tunjukkan muka. Jangan berlagak penyorok, gunakan nama palsu, orang tak tahu malu.” Hantu meraung riang. Biar tusukan ini menghiris ke perdu hati. Nama palsu yang pernah digunakannya untuk memprotes pegawai eksekutif sebuah agensi sehingga terlucut daripada jawatan.
“ Pergi, pergi berambus! ” Korni melaung, suaranya memenuhi ruangan itu.
Berakhir suara itu, syaitan separuh manusia itu menghilang ke dalam kekosongan. Korni menjatuhkan punggung, duduk di sisi katil. Merebah tubuh penuh kepenatan, menyimpan semula pistol di tempat asalnya, seperti sebelum peristiwa mimpi ngeri itu muncul. Malam itu, dia bermalam bersama Mak di Khlong Chang. Ini mungkin strategi penggunakan kuasa Iblis untuk menggoda manusia. Menjelma tubuh terapung bersama tiupan angin dan pastinya akan datang mengancam. Sepuluh senjata lagi pun tak dapat berbuat apa-apa.
Tidakkah kita pernah mendengar guru mengajar di pondok akan kejahatan mereka sebelum ini? Dan kau bersekongkol menggunakan khidmat puak jahanam itu? Mereka suka menghasut melakukan pekara yang dilarang, masuk campur dengan hujung lidah membuatkan orang suka mengumpat. Membuatkan orang bercuriga, menipu agar kemaluan lelaki dan perempuan berkelakuan sumbang, dengan alasan untuk keseronokan bagai dapat berwisata ke syurga. Segalanya hanya mengajak ke lubang neraka.
Pagi, hari di mana dia pulang dari rumah Mak? Masih kelihatan berjalan ke dapur seperti biasa. Sambil dia duduk menunggu kopinya sepatutnya dapat menghidu aroma selepas itu duduk berbicara layak suami isteri, tentang pekerjaan dan pelajaran anak-anak. Tetapi pagi itu, kedengaran nyanyian menembusi bibir mulut perlahan-lahan. Bunyinya yang bergema seperti loceng perak, tetapi mendengarnya mengingatkan kepada sebuah rumah yang terbiar.
Korni menarik nafas panjang untuk mengusir kerisauan yang memburunya sepanjang malam, hampir tidak dapat tidur. Alunanan lagu itu kedengaran lebih seperti mantera untuk memanggil hantu. Tengok dia, sengaja buat-buat tak nampak. Seperti dia tak pernah wujud. Jadi dia memutuskan untuk berjalan membancuh kopinya sendiri dan duduk berdekatan, dia masih tidak nampak seperti orang buta di situ.
Rumah yang tiada kedengaran bacaan Al-Quran. Tidak solat lima waktu, hanya menonton TV, ahli rumah yang hanya boleh bermain telefon bimbit sepanjang hari. Tidak berfikir untuk berbicara sesama dalam keluarga. Puak jin memang suka tinggal serumah. Hidup seperti orang yang tidak mengenali antara satu sama lain. Adakah ini dikira tempat pembiakkan jin? Kejadian lelaki kembar yang tak dikenali, mengambil kesempatan mengetuk pintu. Ada kaitan dengan perkara aneh yang berlaku atau tidak? Mungkin, dia dibesarkan di luar negara oleh seorang yang budiman. Takkala berhadapan dengan nasib malang, dihantarkannya mesej telepati melayang ke dalam mimpi. Kembar sedarah takkan dapat melakukan perkara seburuk itu. Tahu atau tidak kelemahan adalah satu-satunya perkara aneh yang dapat memanggil api neraka untuk berada dekat di hujung hidung. Tahukah bahawa Iblis yang jahat itu sangat kuat? Kiranya kita lemah semangat, akan segera diserang. Hidup kamu telah melakukan kesilapan yang teruk. Tak tahu, sekali melakukan penzinaan sudah cukup untuk bayangan hitam itu akan memburumu sampai ke dunia seterusnya. Cepatlah bertaubat, air mata manusia bukanlah sesuatu yang memalukan. Suara keinsafan seorang lelaki kecil sentiasa merdu di sisi Tuhan, tahu tak?
Pada malam syaitan merajalela, Korni masih teringat ayat yang mengingatkannya bahawa dia telah meninggal dunia pada usia dua puluh enam tahun. Kalau tak percaya pergi tengok bukti. Mayat sedang reput di Kubur di hujung kampung. Malaikat maut pun mesti meminta keizinan Allah, tahu atau tidak? Manusia tidak dapat mendesak, jangan mentakwil bahawa itu mengarut, jangan menegak benang yang basah untuk mengelirukan.
Mereka tak pernah mengenal kebaikkan. Bagaimana kamu rela menjadi mangsa mereka, sudah terlambat untuk memberitahu mereka untuk berundur ke tempat asal? Itu bukan pandangan malu pada hari pemberian bunga mawar merah. Tetapi ia seperti ular, anjing, dan kala jengking yang telah menyamar dalam tubuh yang cantik. Memandang tepat ke dalam matanya, bagaikan dikawal oleh kuasa misteri dari jauh. Sejauh itu masih datang mengawalnya lagi. Apakah yang kamu mahukan, sehingga sanggup bersekongkol dengan penghuni neraka?
Ya, masa adalah satu-satunya perkara yang dapat membuatkan sesuatu bermula dan hancur musnah. Keteguhan adalah kelemahan. Siang menjadi seorang yang berimam sebaliknya menjadi kafur pada malam hari. Tetapi ia bukan bermakna termasuk juga kehidupan cintanya. Kamu bertemu lelaki baru, seorang hartawan berkedudukan dan menjalinkan hubungan sulit secara sembunyi-sembunyi atau tidak? Atau sedang tergoda dengan seorang jejaka seusia dengan anak. Tak peduli lagi kepada cinta yang telah dibelai selama tiga tahun penuh. Kita berdua pernah berbicara berkali-kali sejak pertama kali bercinta. Masih ingat lagikah, kita akan mengharungi rintangan yang datang dalam kehidupan berumah tangga? Kata berdua akan berpegangan tangan dengan hati, tidak akan membiarkan sesiapa saja menghancurkan cinta kita. Janji-janji itu, ia hilang ke mana? Setelah hidup bersama selama ini, masih berniat berlaku curang lagi?
Korni masih ingat gambar jarum jam yang berputar melawan arah, membuatkannya mengimbau Kembali perjalanan kehidupan berpasangan selama tiga tahun penuh. Tahun demi tahun, telah dua puluh tujuh tahun berlalu. Selepas itu hatinya merasa jengkel kerana masa makin beransur-ansur berakhir. Pekara demi pekara, kamu bermuslihat kala berdiri dan duduk, dan tika tidur bersama, bila berkata-kata satu soalan yang ditanya satu jawapan cuma yang kamu bicara, bagai sedang bersendiwara. Berpura-pura cinta agar tetangga melihat masih bahagia. Suami berpekerjaan tetap, isteri pula pemilik perusahaan muda yang berapi dari Kampung Toh Yuda.
Hari-hari bahagia datang sekejap cuma. Hanya tiga tahun pertama sahaja. Selepas itu segalanya telah berubah, berganti dengan kesepian. Esrohani memaafkannya, itu cuma hembusan kata di bibir. Hati masih berdendam, adakah begitu?
Lelaki tua mengimbas kenangan lalu. Sebaik saja seminggu setelah majlis Walimah. Dia terjunam dalam kebingungan. Warkah itu timbul mengusiknya bagai setiap kata-kata berpuaka. Gerombolan Iblis mungkin memilih saluran tersebut untuk menyerangnya dengan harapan akan dapat meruntuhkan perkahwinan mereka.Bisikan gerombolan Iblis masih berterusan mengganggu. Saudaranya, jejaka muda yang tampan itu lebih layak dengan kamu berbanding laki-laki Tokyuda. Bukankah kamu harus berkahwin dengan orang yang dapat menyerahkan segala-galanya. Pekara yang seharusnya dapat dibanggakan, sebaliknya menjadi keaiban akibat penipuan yang dilakukan oleh gadis berusia enam belas tahun. Ia bagai mata tombak yang tajam menusuk tanpa belas kasihan. Meskipun telah melakukan segala-gala untuk kamu sepenuhnya, sebaliknya yang dapat kepedihan yang amat sangat.
“ Kamu memang gila ,” Korni mengutuk dengan marah, memandang bola matanya yang merah bak berlumuran darah manusia.
" Benar-benar nak saya cakap? " Suara jawapan seperti teriakan dari sebuah bukit bergema alunan bagai keluar daripada keagungan cinta.
" Adik akan berada di sini, untuk menunggu dengar suara tangisan Bang.” Nada suaranya ganas dan garang, Korni tak pernah mendengar dan terkeluar dari mulutnya sebelum ini.
" Apa yang kamu katakan Bang tak faham? "
" Pembohong, kamu tak pernah kenal dirimu sendiri, pergi…pergi berambus!"
Kamu menjawab dengan nada marah. Dan menyimpan maksud tersembunyi untuk difikirkan sebagai bonus.
Kehidupan berpasangan sedang berdiri dan melihat bukit dalam mimpi berasingan. Seorang yang dingin dan misteri, sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan yang menghuni tubuhnya untuk kekuatan. Menghitung hari untuk melarikan diri daripada mimpi ngeri dan terbang menuju kebebasan. Yang seorang lagi, menerima apa sahaja yang ditakdir oleh Tuhan. Kedua-duanya berkomitmen untuk membina impian dan tiada harapan untuk sehaluan. Esrohani suka mengulangi perkara yang menjijikkan. Sengaja buka stereo di ruang tamu dan biarkan muzik memekik ke seluruh rumah dengan tiada sesiapa yang mendengarnya. Kadang-kala membuka paip air dan biarkan air membanjiri lantai bilik air tanpa sebab, walhal kamu tahu bahawa dia terpaksa pergi menutup paip air setiap kali ingin pergi bekerja dengan kemeradangan.
Atau kerana manusia dan roh terlalu lama hidup bersama? Membuatkan segalanya berubah seperti belakang tangan dan tapak tangan.
Suara hari semalam bergema setiap ketika, terdengar lafaz terima nikah pada majlis perkahwinan yang sangat penting. Hari di mana rakan-rakan berkumpul untuk mengucapkan ucapan tahniah. Melihat matamu apabila tetamu menjadi saksi dengan penuh kegembiraan. Selepas itu, membina cinta dan keluarga. Sehingga mendapat seorang anak perempuan bernama "Rohana".
Tapi takkala besar menjadi anak gadis sepenuhnya. Selain mempunyai wajah yang cantik seperti ibu, Rohana juga menjadi anak gadis yang degil dan mewarisi perangai ibunya. Itu kerana setiap hari dia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada anaknya. Suri rumah yang tak masuk dapur, tidak mengendahkan suami, berpuas hati dapat memusnahkan kehidupan keluarganya sendiri, dan sanggup membunuh darah dagingnya sendiri.
Hari ini, kamu bukan lagi orang yang menyuap kueh ke dalam mulut dan bergelak bahagia seperti dulu lagi. Hari ini kamu menggunakan dua tangan dan dua kaki meleburkan bukit impian, menggunakan sepenuh tenaga yang dimiliki untuk membakarnya.
Alamak, suara misteri dunia muka masih mengetuk pintu, mengintip orang yang bersalah dari rumah ke rumah, menakutkan. Suara panggilan terus berulang berkali-kali, membuatkannya tersentak di tengah malam. Meskipun kesilapan berlaku sekali sahaja, tetapi ia telah berbekas tanda dosa lama begitu? Semakin hari semakin tenggelam dan bergelepar jauh ke dalam rongga hati, berpura-pura lupa, membuatkannya semakin terseksa.
Bukankah kamu sudah maklum, suara permohonan ampun kepadanya itu, lebih disukai daripada mana-mana suara lain di dunia ini? Kita manusia tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Jika tidak, P'Maew takkan terlepas daripada kenderaan trip terakhir. Orang yang penah berkenalan menumpang untuk bermalam, apa salahnya? Kamu mengakui telah melakukan sesuatu dengan P'Maew. Ceritakan jangan berselindung, apa lagi yang kamu mahukan lagi?
Tahukah Tuhan menyukai orang bertaubat, mengasihani meski sebesar bukit sekalipun kesalahan. Atau sebanyak buihpun dihapuskannya. Adakah kamu sedang berlakonkan babak menghadapi tekanana, untuk lafazkan cerai kamu?
Bilakah dunia selepas kematian akan bermula tidak dapat diramalkan? Sebaik saja langkah kaki orang terakhir, saudara-mara atau teman-teman yang menghantar dikubur. Maka bermula masa dunia baru di sana, kesilapan yang tak sempat bertaubat akan menerima pembalasan yang pedih. Dan itu mungkin merupakan malam pertama yang kamu bertarung dengan ular besar yang tak bayangkan kengeriannya. Dunia di alam kubur sangat menakutkan, rumah cacing, rumah kesunyian dan rumah kesedihandan penyesalan.
Masih berkumandang suara khutbah pada salah-satu Jumaat yang Korni pernah duduk mendengar. Penyampaian di mimbar bergema di dalam rumah Tuhan dengan penuh kekaguman. Kalian tahu atau tidak? Orang yang berdosa akan dilaknat dan hatinya sentiasa keluh gelisah. Sukar untuk mendapat ketenangan dalam hidup, sukar untuk mendapat pekerjaan dan ada juga yang sukar mencapai kemajuan diri. Setiap langkahnya, selalu saja ada orang yang cuba menikam belakang.
Bunyi ketukan pintu masih terus kedengaran. Suara usikan berhantu sentiasa membuatkan timbulnya kekeliruan. Dia masih mendengar suara benda jatuh ke tanah, suara orang berjalan, dan kadang-kala melihat ular sawa merata melalui jendela. Anjing-anjing hitam berlari berkejaran, menyalak kuat, memasuki dari pintu depan. Galak berlari naik ke tingkat kedua di dalam rumah. Sejak bila haiwan berbulu membuat istana di dalam rumahnya?
Alamak , apa yang telah berlaku? Rasanya seperti haiwan-haiwan halimunan itu, datang mengganggu dan masuk ke dalam diri. Masing-masing berduyun-duyun memalu kendang dengan suara hiruk-pikuk serta jeritan yang amat kuat di dalamnya. Berlari-lari dan bermain-main di sepanjang saluran darah lalu membuatkan jantung berdegup kencang, tak salah ibarat sebuah ketakutan.
Atau adakah ini isyarat mata misteri dari tanah jauh yang sedang mencari seseorang. Apakah kesalahan besar yang telah dilakukan olehnya dalam hidup? Suara permintaan dari tanah jauh yang tak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Ada yang lemah-lembut dan garang, dan adakala terhidu wangian syurga datang melayang. Sedangkan neraka menyeramkan. Nada jeritan mengimbau kenangan lalu,
terlerai keluar sebelum dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini.
Korni sering tergambar gambaran itu setiap kali dia merebahkan diri untuk tidur. Melihat dirinya mengejar seorang lelaki yang tidak dikenali dari bandar ke bandar, di padang pasir yang amat luas. Dan bersemuka, lelaki itu menghilang ke dalam zat udara.
Alamak, apakah sebenarnya yang telah berlaku?
***ดาวน์โหลด NovelToon เพื่อเพลิดเพลินไปกับประสบการณ์การอ่านที่ดียิ่งขึ้น!***
อัพเดทถึงตอนที่ 20
Comments