[Kedai buku lama di sudut kota Seoul. Hyejin, seorang gadis muda, membelek buku seni sambil tenggelam dalam dunianya. Tidak jauh dari situ, Han Seojun, seorang lelaki misteri dengan topi dan pakaian serba hitam, sedang mencari buku antik]
[Hyejin berjalan ke rak seni dan mengeluarkan sebuah buku lama bertajuk “Kanvas Tanpa Wajah”. Dia membelek halaman, tersenyum kecil]
[Seojun muncul dari belakang rak, dengan suara dalam dan tenang]
Han Seojun
Maaf, adakah buku itu… milik anda?
[Hyejin tersentak, berpaling, dan memandang lelaki itu]
Yoon Hyejin
Oh, tidak! Saya hanya melihat-lihat. Anda mahu buku ini?
Han Seojun
Ya, ia sesuatu yang… istimewa.
[Hyejin menyerahkan buku itu, sambil tersenyum]
Yoon Hyejin
Nah, milik anda. Saya pun hanya membaca secara rambang.
[Seojun menerima buku itu tetapi berhenti sejenak untuk memandang Hyejin]
Han Seojun
Anda minat seni?
Yoon Hyejin
Ya, tapi… hanya sebagai hobi sekarang. Hidup tak selalu seperti yang kita rancang, kan?
[Seojun memandang Hyejin dengan pandangan yang dalam, seolah memahami sesuatu]
Han Seojun
Tidak… tidak selalu.
[Mereka berdua terdiam sejenak sebelum Seojun mengangguk ringan dan meninggalkan Hyejin]
Yoon Hyejin
Pelik… kenapa dia nampak macam begitu… kosong?
[Di luar kedai buku]
[Hyejin keluar dari kedai sambil membawa beberapa buku yang dia beli. Seojun dilihat di seberang jalan, berjalan perlahan-lahan sambil memegang buku yang tadi]
[Hyejin memerhatikannya, tertarik dengan aura misteri lelaki itu]
Yoon Hyejin
Siapa dia? Dan kenapa wajahnya macam menyimpan seribu rahsia?
Comments