BAB 1: PROLOG-PERANG KUNO
BAHAGIAN 1: SEBELUM KEGELAPAN MENJELMA]
“Setiap dunia mempunyai permulaan. Namun, tidak semua dunia bermula dengan keamanan.”
Sebelum masa dapat dihitung, hanya wujud sebuah benua yang luas, dikelilingi lautan yang tidak berpenghujung. Di benua itu, pelbagai bangsa hidup bersama - manusia, malaikat, naga, elf, beastfolk, dwarf, iblis, dan bangsa lautan. Walaupun sering berlaku perselisihan, mereka tetap berkongsi satu langit dan bumi yang sama.
Di tengah-tengah benua itu berdiri sebuah kerajaan agung, tempat seorang raja memerintah dengan penuh kebijaksanaan. Tiada siapa lagi mengingati namanya. Sejarah hanya mengenalinya sebagai...
RAJA DUNIA.
Baginda bukan pemerintah kepada satu bangsa sahaja, tetapi pelindung kepada seluruh dunia. Selagi baginda memegang takhta, keamanan terus terpelihara.
Namun...
Keamanan tidak pernah kekal selama-lamanya.
Pada suatu malam yang sunyi, langit bertukar merah darah.
Bumi mula bergegar, gunung-ganang retak, lautan mengamuk, dan angin bertiup seolah-olah sedang meratapi sesuatu.
Kemudian...
Satu letupan yang menggegarkan dunia memecahkan tanah di tengah benua.
sebuah jurang hitam yang tidak berpenghujung terbuka.
Dari jurang itu, kegelapan kuno mula mengalir keluar, itulah kekuasaan kuno gelap - kuasa yang telah lama dikurung sebelum sejarah dunia bermula.
Kegelapan itu menyelubungi langit, menelan cahaya matahari sedikit demi sedikit.
makhluk-makhluk yang lahir daripada kegelapan mula memenuhi bumi.
Peperangan yang tidak pernah disaksikan oleh mana-mana generasi pun bermula.
Dan pada hari itu...
Zaman keamanan pun berakhir
TAMAT : BAHAGIAN 1
[BAHAGIAN 2: SERUAN LAPAN BANGSA]
Angin bertiup kencang, membawa debu dan abu ke seluruh benua
Langit yang dahulunya biru kini diselubungi awan hitam.
cahaya matahari semakin malap, seolah-olah dunia sendiri sedang kehilangan harapan.
Di hadapan jurang yang baru terbuka itu, ribuan makhluk aneh mula keluar satu demi satu.
setiap langkah mereka menyebabkan tanah merekah, setiap raungan mereka membuat langit bergetar.
Dalam masa beberapa hari sahaja, kota-kota di sekitar jurang musnah sepenuhnya
Tiada siapa mampu menghentikan mereka.
___
Di istana yang megah di tengah benua, loceng keemasan berbunyi tanpa henti.
Semua pemimpin bangsa dipanggil menghadiri satu majlis tergempar.
Di sebuah dewan yang luas, lapan takhta tersusun, seorang demi seorang pemimpin hadir.
raja manusia, ratu malaikat, maharaja naga, ratu elf, raja dwarf, raja beastfolk, raja lautan, dan maharaja iblis.
Di tengah-tengah mereka berdiri seorang lelaki berjubah putih dengan mahkota emas yang memancarkan cahaya lembut.
Dialah...
RAJA DUNIA.
Baginda memandang setiap pemimpin dengan wajah tenang, namun matanya menyimpan kebimbangan yang mendalam.
“Musuh yang muncul kali ini bukanlah musuh biasa.”
suara baginda bergema di seluruh dewan.
“ia adalah kegelapan yang pernah cuba memusnahkan dunia sebelum zaman kita."
Seluruh dewan menjadi sunyi.
Tiada seorang pun mampu membalas kata-kata itu.
Akhirnya, raja dunia mengangkat pedangnya yang bersinar terang.
“Mulai hari ini...
Kita tidak lagi berjuang sebagai lapan bangsa, kita berjuang sebagai pakatan dunia."
Semua pemimpin bangkit daripada takhta mereka, mereka mengangkat senjata masing-masing sebagai tanda persetujuan.
Pada hari itu --- pakatan pertama dalam sejarah dunia pun terbentuk.
Dan peperangan yang bakal menentukan nasib seluruh dunia akhirnya bermula.
TAMAT: BAHAGIAN 2
[BAHAGIAN 3: PERMULAAN PERANG]
DI kaki jurang kegelapan, lautan makhluk gelap berkumpul tanpa penghujung. Mata mereka menatap satu-satunya harapan terakhir dunia.
Di seberang medan perang...
Lapan panji berkibar megah.
Seekor naga hitam mengembangkan sayapnya di puncak gunung.
Ratusan malaikat memenuhi langit.
Kesatria manusia, beastfolk warrior, kaum dwarf, dan para elf berdiri dalam barisan tersusun.
Bangsa lautan muncul dari dalam laut, membawa tombak yang diperbuat daripada kristal.
Malah bangsa syaitan, yang selama ini dipandang dengan penuh syak wasangka, turut berdiri bersama.
Hari itu...
Di hadapan kehancuran dunia, gelaran dan bangsa tidak lagi membawa makna.
Yang wujud hanyalah para pelindung dunia, yang sanggup berjuang hingga nafas terakhir.
Di hadapan seluruh tentera itu berdiri seorang lelaki berjubah putih yang dihiasi ukiran keemasan. Sebilah pedang suci tersisip di pinggangnya, dan wajahnya tetap tenang walaupun sedang berhadapan dengan musuh yang mampu menghancurkan dunia.
Dialah Raja dunia.
Baginda memandang ke arah setiap panji yang berkibar sebelum mengalihkan pandangan ke jurang kegelapan yang tidak berpenghujung.
“Sudah tiba masanya..."
Suara baginda perlahan, namun cukup untuk didengari oleh semua pemimpin.
Raja naga melangkah ke hadapan.
“Jika kita kalah... Dunia ini akan lenyap."
Ratu malaikat memejamkan matanya seketika.
“Jika kita tidak berjuang... Tiada masa depan untuk sesiapa."
Raja dunia mengangguk perlahan.
"Kalau begitu..."
Baginda menghunus pedang sucinya.
Cahaya keemasan memancar daripada bilah parang, menembusi awan hitam dan menerangi seluruh medan perang, buat beberapa saat...
Kegelapan yang menyelubungi dunia dihalau oleh sinar harapan.
Raja dunia mengangkat pedangnya tinggi ke langit.
“Pejuang-pejuang dunia!"
Suara baginda bergema sehingga ke hujung benua.
“Hari ini... Kita tidak berjuang demi kemuliaan."
“Bukan demi takhta."
“Bukan demi bangsa."
“Tetapi demi masa depan.... Dunia ini!"
Sorakan bergema dari seluruh barisan tentera.
“DEMI DUNIA"
Namun di saat yang sama...
Dari jurang kegelapan bergema satu raungan yang jauh lebih dahsyat.
Raungan itu begitu kuat sehingga gunung-ganang retak, lautan bergelora, dan langit sendiri seolah-olah berpecah.
Kemudian...
Satu bayangan gergasi perlahan-lahan muncul dari dalam jurang kegelapan.
tiada siapa dapat melihat wajahnya dengan jelas. Hanya sepasang mata merah yang menyala, dipenuhi kebencian yang seolah-olah telah wujud sejak permulaan zaman.
Aura makhluk itu sahaja sudah cukup membuat udara terasa berat.
Makhluk itu tidak berkata apa-apa.
Namun seluruh dunia memahami satu hakikat.
Inilah musuh yang mampu menghancurkan segala-galanya.
Raja dunia menghalakan pedangnya ke arah musuh.
“MAJU!!"
Dalam sekelip mata...
Jutaan tentera kedua-dua pihak menyerbu ke hadapan.
Pedang bertembung.
Sihir memenuhi langit.
Nafas naga menyembur ke segala arah.
Buat kali pertamanya dalam sejarah ...
Lapan bangsa bersatu sebagai satu.
Dan peperangan yang akan dikenang selama ribuan tahun...
Perang kuno... Akhirnya bermula.
TAMAT BAHAGIAN 3
[BAHAGIAN 4: PERTEMBUNGAN CAHAYA DAN KEGELAPAN]
Dentuman pertama bergema di seluruh medan perang.
Tanah merekah apabila barisan hadapan kedua-dua pihak bertembung.
Jeritan perang memenuhi udara.
Bilah pedang bertembung dengan kuku tajam.
Anak panah meluncur seperti hujan yang tidak berpenghujung.
Mantera sihir menerangi langit yang gelap.
Dalam sekelip mata...
Medan yang dahulunya dipenuhi padang rumput bertukar menjadi lautan api dan darah.
"Jangan biarkan mereka melepasi barisan hadapan!"
Seorang komander manusia mengangkat pedangnya sambil memimpin tenteranya mara ke hadapan.
Di langit, ribuan malaikat terbang dalam formasi yang sempurna.
"Sayap Pertama! Lindungi barisan bawah!"
"Sayap Kedua! Hujani mereka dengan tombak cahaya!"
Beribu-ribu lembing cahaya jatuh dari langit seperti hujan meteor.
Setiap satu memusnahkan puluhan makhluk gelap.
Namun...
Makhluk-makhluk itu terus mara.
Seolah-olah mereka tidak mengenal erti kesakitan.
Di sebelah timur medan perang...
Seekor naga purba mengaum sehingga udara bergetar.
Api keemasan menyembur keluar dari mulutnya, membakar ratusan makhluk gelap dalam satu hembusan.
Tetapi dari dalam asap hitam...
Makhluk yang lebih besar muncul.
Ia setinggi gunung kecil.
Tubuhnya diselaputi kerak hitam, dan setiap langkahnya membuat bumi bergegar.
Raja Naga mengepakkan sayapnya lalu terbang tinggi.
"Kalau kau mahu dunia ini..."
"...kau perlu melepasi aku dahulu!"
Dua kuasa purba bertembung di langit.
Letupan tenaga mereka memecahkan awan dan menggegarkan seluruh benua.
Di hutan sebelah barat...
Para elf tidak berhenti melepaskan anak panah.
Namun anak panah mereka bukan sembarangan.
Setiap anak panah dipenuhi mana alam.
Apabila mengenai sasaran, akar-akar gergasi tumbuh dari tanah, mengikat kaki musuh sebelum ditelan oleh hutan itu sendiri.
Ketua Elf memandang ke arah langit yang semakin gelap.
"Hutan... pinjamkanlah kekuatanmu."
Daun-daun purba berterbangan, membentuk ribuan bilah hijau yang menyerang seperti ribut.
Di bahagian tengah medan perang...
Raja Dunia masih belum bergerak.
Baginda berdiri teguh di atas sebuah bukit batu, memerhatikan keseluruhan peperangan.
Setiap kemenangan kecil disambut dengan harapan.
Namun setiap saat...
Harapan itu semakin pudar.
Musuh yang tumbang akan digantikan oleh puluhan yang lain.
Seolah-olah kegelapan tidak akan pernah habis.
Seorang kesatria datang berlutut di hadapan baginda.
"Tuanku..."
"Barisan utara telah ditembusi."
Belum sempat Raja Dunia menjawab, seorang utusan lain tiba.
"Tuanku! Pasukan barat mengalami korban yang besar!"
Kemudian seorang lagi.
"Tuanku... naga-naga mula keletihan."
Raja Dunia menutup matanya.
Buat pertama kali...
Baginda menyedari satu hakikat yang sukar diterima.
Perang ini tidak boleh dimenangi dengan kekuatan semata-mata.
Baginda membuka mata semula.
Pandangannya tertumpu ke arah Jurang Kegelapan.
Di sana...
Sepasang mata merah masih memerhatikan segala-galanya.
Ia tidak bergerak.
Ia tidak menyerang.
Ia hanya melihat...
Seolah-olah seluruh peperangan ini hanyalah permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih mengerikan.
TAMAT BAHAGIAN 4
[BAHAGIAN 5: RAJA YANG MEMIKUL DUNIA]
Asap hitam memenuhi langit.
Jeritan peperangan tidak lagi dapat dibezakan antara kawan dan lawan.
Medan perang yang luas kini dipenuhi runtuhan, api, dan tubuh-tubuh yang rebah.
Namun...
Tentera kegelapan masih terus mara.
Seolah-olah mereka lahir tanpa penghujung.
Di atas bukit batu, Raja Dunia membuka matanya perlahan.
Pandangannya menyapu seluruh medan perang.
Di utara, benteng manusia hampir runtuh.
Di timur, naga-naga mula kehilangan kekuatan.
Di barat, hutan purba terbakar.
Di langit, para malaikat semakin ramai yang gugur.
Setiap tempat yang dipandangnya...
Dipenuhi pengorbanan.
Baginda menggenggam pedang sucinya.
"Sudah cukup..."
Suara itu perlahan.
Namun setiap pemimpin bangsa yang berada berhampiran mendengarnya.
Raja Naga berpaling.
"Tuanku..."
Ratu Malaikat menggeleng perlahan, seolah-olah memahami apa yang sedang difikirkan oleh Raja Dunia.
"Belum masanya..."
kata Ratu Malaikat.
Raja Dunia hanya tersenyum kecil.
"Bukan."
"Aku cuma tidak sanggup melihat mereka terus berkorban."
Baginda melangkah ke hadapan.
Satu langkah.
Dua langkah.
Setiap langkah menyebabkan cahaya keemasan merebak di bawah tapak kakinya.
Mana di seluruh medan perang mula bergetar.
Para ahli sihir berhenti membaca mantera.
Para naga memandang ke arah baginda.
Malah makhluk-makhluk kegelapan turut menghentikan langkah mereka.
Seolah-olah seluruh dunia sedang menunggu.
Raja Dunia mengangkat pedangnya ke langit.
Pedang itu bersinar semakin terang.
Bukan sekadar cahaya...
Tetapi tenaga yang terasa hangat sehingga menghapuskan kegelapan di sekitarnya.
Langit yang hitam mula merekah.
Sinar keemasan menembusi awan.
Buat pertama kalinya sejak peperangan bermula...
Cahaya matahari kembali menyentuh bumi.
Para tentera mengangkat wajah mereka.
"Mustahil..."
bisik seorang kesatria.
"Itu kuasa Raja Dunia..."
kata seorang elf dengan mata yang berkaca.
Baginda menurunkan pedangnya perlahan.
"Cahaya Asal..."
Seluruh dunia menjadi sunyi.
"...Bangkitlah."
Tiang cahaya raksasa menjulang dari bumi ke langit.
Gelombang tenaga keemasan menyapu seluruh medan perang.
Api padam.
Asap hilang.
Makhluk-makhluk kegelapan yang disentuh cahaya itu mula hancur menjadi debu hitam.
Jeritan mereka bergema sebelum lenyap bersama angin.
Dalam beberapa saat sahaja...
Puluhan ribu musuh lenyap.
Seluruh medan perang menjadi senyap.
Tentera lapan bangsa hanya mampu memandang dengan penuh kekaguman.
Namun...
Di tengah-tengah Jurang Kegelapan...
Sepasang mata merah itu masih terbuka.
Tidak gentar.
Tidak terkejut.
Malah...
Bibirnya perlahan-lahan mengukir satu senyuman.
Suara yang dalam dan berat bergema dari dasar jurang.
"Menarik..."
"Jadi... kau masih memiliki cahaya itu."
Raja Dunia memandang tepat ke arah jurang.
Untuk pertama kalinya...
Dua penguasa yang menentukan nasib dunia saling bertentang mata.
Tiada kata-kata lagi.
Mereka memahami satu perkara.
Pertempuran sebenar masih belum bermula.
TAMAT BAHAGIAN 5
[BAHAGIAN 6: HARGA SEBUAH HARAPAN]
Kesunyian menyelubungi medan perang.
Puluhan ribu tentera kegelapan telah lenyap akibat serangan Raja Dunia.
Namun...
Dari dasar Jurang Kegelapan, aura yang jauh lebih menggerunkan mula bangkit.
Tanah bergegar dengan kuat.
Retakan demi retakan merebak ke seluruh benua.
Gunung-ganang runtuh.
Lautan mengamuk.
Langit yang baru sahaja kembali cerah kini diselubungi awan hitam sekali lagi.
Para tentera yang bersorak tadi kini kembali membisu.
Perasaan lega bertukar menjadi ketakutan.
Raja Dunia tidak mengalihkan pandangannya dari jurang.
Baginda tahu...
Ini belum berakhir.
Perlahan-lahan, satu tangan gergasi yang diselubungi kegelapan keluar dari jurang.
Kemudian satu lagi.
Seolah-olah seluruh jurang sedang melahirkan sesuatu yang tidak sepatutnya wujud.
Makhluk itu bangkit sedikit demi sedikit.
Tiada siapa mampu melihat keseluruhan tubuhnya.
Namun hanya bahagian atas badannya sahaja sudah menyamai ketinggian sebuah gunung.
Matanya...
Masih bersinar merah.
Makhluk itu memandang seluruh medan perang sebelum suaranya bergema.
"Akhirnya..."
"Aku dapat menghirup udara dunia ini sekali lagi."
Setiap perkataan yang diucapkannya membuat ruang di sekelilingnya bergetar.
Beberapa tentera rebah hanya kerana mendengar suaranya.
Raja Naga menggenggam tombaknya dengan erat.
"...Jadi... inilah sumber segala kegelapan."
Ratu Malaikat mengangkat pedang sucinya.
"Tidak..."
katanya perlahan.
"Ini hanyalah sebahagian daripada kekuatannya."
Kata-kata itu membuat semua pemimpin bangsa terdiam.
Sebahagian sahaja?
Jika ini hanyalah sebahagian daripada kuasanya...
Bagaimana pula kekuatan penuhnya?
Makhluk itu mengangkat tangannya.
Tidak ada mantera.
Tidak ada gerakan yang rumit.
Hanya satu hayunan.
Langit terbelah.
Gelombang kegelapan meluru ke hadapan.
Gunung di sebelah timur hancur sekelip mata.
Laut di selatan terbelah.
Hutan purba di barat lenyap dalam sekelip mata.
Ribuan tentera terpelanting tanpa sempat melawan.
Jeritan memenuhi medan perang.
Benteng yang dibina selama berabad-abad musnah hanya dengan satu serangan.
Raja Dunia melompat ke hadapan.
Pedang sucinya bertembung dengan gelombang kegelapan itu.
Letupan cahaya dan kegelapan menggoncang seluruh dunia.
Buat beberapa saat...
Kedua-dua kuasa saling menolak.
Kemudian...
Retakan halus muncul pada bilah pedang suci.
Raja Dunia memandang retakan itu tanpa berkata apa-apa.
Makhluk kegelapan tersenyum.
"Akhirnya..."
"Malah senjata yang ditempa daripada cahaya dunia pun mula hancur."
Raja Dunia tidak menjawab.
Namun jauh di sudut hatinya...
Baginda akhirnya menerima hakikat yang selama ini cuba dinafikannya.
Perang ini tidak boleh dimenangi.
Bukan dengan pedang.
Bukan dengan sihir.
Bukan dengan tentera.
Jika diteruskan...
Dunia pasti akan musnah.
Baginda menoleh ke arah para pemimpin yang masih bertahan.
Mereka masih berdiri.
Masih berjuang.
Masih percaya kepada baginda.
Raja Dunia menutup matanya.
Kemudian...
Baginda membuat satu keputusan.
Keputusan yang akan mengubah takdir dunia buat selama-lamanya.
TAMAT BAHAGIAN 6
[BAHAGIAN 7: PENGORBANAN RAJA DUNIA]
Angin berhenti bertiup.
Bunyi pedang yang bertembung satu demi satu mula lenyap.
Seolah-olah seluruh dunia sedang menunggu keputusan seorang raja.
Raja Dunia berdiri di hadapan Jurang Kegelapan.
Pedang sucinya masih berada di tangannya.
Namun retakan pada bilah pedang itu semakin melebar.
Baginda menghela nafas perlahan.
"...Maafkan aku."
Suara itu hampir tidak kedengaran.
Bukan ditujukan kepada musuh.
Tetapi kepada semua yang masih mempercayainya.
Raja Dunia berpaling.
Di belakangnya...
Lapan pemimpin bangsa sedang memandang ke arahnya.
Mata mereka dipenuhi luka, keletihan dan harapan.
Raja Naga melangkah ke hadapan.
"Tuanku..."
Namun Raja Dunia hanya mengangkat tangan.
Isyarat supaya tiada siapa menghampiri.
"Perang ini..."
"...tidak lagi boleh dimenangi."
Kesunyian menyelubungi seluruh medan perang.
Tiada siapa membantah.
Kerana jauh di sudut hati mereka...
Mereka juga sudah mengetahui hakikat itu.
Baginda memandang langit yang semakin gelap.
"Jika peperangan ini diteruskan..."
"...anak-anak yang belum dilahirkan tidak akan mengenal apa itu cahaya."
Ratu Malaikat menundukkan kepala.
Air mata mula mengalir di pipinya.
"Tidak..."
"Tentu masih ada jalan lain..."
Raja Dunia tersenyum.
Senyuman yang tenang.
Senyuman seorang raja yang telah membuat keputusan.
"Ada."
"Cuma..."
"Harganya adalah diriku."
Semua mata terbeliak.
Raja Dwarf melangkah ke hadapan.
"Tuanku! Jangan!"
Ketua Beastfolk menggenggam pedangnya sehingga tangannya berdarah.
"Kami masih mampu bertempur!"
Maharaja Lautan menggeleng.
"Jangan tinggalkan dunia ini bersendirian."
Raja Dunia memandang mereka seorang demi seorang.
Setiap wajah itu pernah ketawa bersamanya.
Pernah bertengkar.
Pernah membina dunia ini bersama-sama.
Kini...
Mereka bakal menjadi saksi kepada pengakhiran seorang sahabat.
Baginda menghunus pedang sucinya buat kali terakhir.
Namun kali ini...
Bukan ke arah musuh.
Sebaliknya...
Baginda menusukkan pedang itu ke dalam bumi.
Seluruh dunia bergetar.
Retakan cahaya keemasan merebak dari tempat pedang itu ditusukkan.
Gunung.
Hutan.
Laut.
Padang rumput.
Semuanya mula bersinar.
Makhluk kegelapan mula menjerit kesakitan.
"Apa yang sedang kau lakukan...?"
Suara Penguasa Kegelapan akhirnya berubah.
Buat pertama kalinya...
Ada sedikit kegusaran dalam nadanya.
Raja Dunia menutup mata.
Kemudian kedua-dua tangannya diletakkan di atas hulu pedang.
"Aku..."
"...menyerahkan tubuhku."
"...jiwaku."
"...dan seluruh kewujudanku..."
"...kepada dunia ini."
Cahaya keemasan meletus dari tubuh baginda.
Bukan seperti api.
Tetapi seperti denyutan sebuah jantung.
Seluruh dunia bergetar.
Lautan kembali tenang.
Pokok-pokok purba mula bersinar.
Mana di seluruh dunia berkumpul menuju ke arah Raja Dunia.
Tubuh baginda perlahan-lahan berubah menjadi zarah-zarah cahaya.
Raja Naga rebah berlutut.
"...Tidak..."
Ratu Malaikat menangis tanpa suara.
Para tentera menjatuhkan senjata mereka.
Tiada siapa mampu bergerak.
Tiada siapa mampu menghalang.
Kerana mereka tahu...
Seorang raja sedang mengorbankan dirinya.
Penguasa Kegelapan mengaum sekuat hati.
"TIDAK!!"
Buat pertama kalinya...
Makhluk itu menyerbu ke hadapan.
Namun sudah terlambat.
Cahaya yang lahir daripada pengorbanan Raja Dunia berubah menjadi sebuah teras yang berdenyut.
Jantung yang bersinar dengan cahaya keemasan.
Setiap denyutannya menghasilkan gelombang tenaga yang memenuhi seluruh dunia.
Rantai-rantai cahaya muncul dari langit dan bumi.
Ia melilit tubuh Penguasa Kegelapan.
Makhluk itu meronta.
Menghancurkan gunung.
Membelah lautan.
Namun rantai itu tidak putus.
Sedikit demi sedikit...
Tubuhnya ditarik kembali ke dalam Jurang Kegelapan.
"Tidak...!"
"Ini belum berakhir...!"
"Aku akan kembali...!"
"Itu adalah janji penguasa kegelapan!"
Suara itu bergema sebelum jurang kembali tertutup.
Kesunyian.
Tiada lagi jeritan.
Tiada lagi bunyi peperangan.
Yang tinggal hanyalah...
Satu cahaya keemasan di tengah dunia.
Jantung itu berdenyut perlahan.
Seolah-olah dunia kini memil