" Rara kau kenal Cindy dari kelas sebelah tu ? " Rara yang sedang fokus membaca terus menumpukan perhatian nya kepada kawan rapatnya itu , Viera . " Kenal kenapa dengan dia ? " balas Rara yang sedikit penasaran apa yang berlaku kepada perempuan yang menjadi topik mereka itu . Semua orang di sekolah mereka mesti kenal dengan Cindy perempuan yang suka membuli itu . Dia juga selalu jadi bahan gosip budak sekolah kerana sikap nya yang kurang ajar juga .
" Aku dengar diorang kata dia hilang dari semalam " selepas mendengar itu Rara pelik setahunya rumah Cindy tidak sejauh mana dari sekolah mereka memang terlalu dekat dikeranakan itu dia selalu jalan kaki pergi dan pulang dari sekolah
" Macam mana boleh hilang lak ? " tanya Rara lagi kerana perasaan pemasarannya itu selalunya dia tak terlalu tertarik bila Viera buka cerita tentang Cindy sbb topik nya selalu sama tentang Cindy buli orang ini , Cindy dipanggil ke bilik disiplin dan selalunya Rara hanya melayan sahaja si Viera ini bercerita
" Entah tapi parents dia kata dari semalam dia tak balik ni pun aku terdengar cikgu cikgu gosip kat tepi tangga tadi hehe " Rara hanya menggeleng dengan kerenah kawannya itu siapa tak tahu Viera ratu gosip di kelas mereka itu semua gosip disekolah ini mesti kelas mereka akan tahu kerana Viera .
" Dah dah cikgu dah masuk dah tu " dikeranakan cikgu sudah masuk ke kelas mereka mereka pun menghentikan pembicaraan mereka tadi tetapi Rara tidak boleh fokus kerana perasaan penasaran nya itu dia tertanya-tanya kemana perginya Cindy ?
................
" Weh Rara ko tahu tak tentang berita yang tengah hangat sekarang ni ? " Viera memulakan gosip nya Rara hanya melayan kerana bagi dia asalkan Viera happy dia ok jer kena dengar semua gosip yang ada kat dunia ni
" Berita apa lak ni ? " tanya Rara yang tidak tahu menahu tentang isu terkini kerana dia ni tidak terlalu minat dgn isu isu yang tengah hangat dia tahu pun sebab kawan nya itu
" Diorang kata kebelakangan ni ramai orang hilang bila jumpa jer mayat diorang mesti penyebab kematian diorang sama iaitu kekurangan darah " perkataan Viera itu membuat Rara sedikit terkejut kerana jarang jarang berlaku kejadian seperti itu di Negara mereka itu
" Ish ko ni ye ye jer lain kali jangan terlalu banyak baca cerita horror sampai tengok sampai terbawak - bawak ke dunia nyata " kata Rara menyangkal berita itu
" Ni bukan rekaan lah tu lah kau asyik duk terperap jer dah keluar kat berita kot mustahil rekaan " balas Viera balik . Rara mahu membalas tetapi Cikgu mereka sudah masuk kelas dan memulakan pelajarannya . Rara yang sudah dpt berita macam tu terus tidak fokus kerana terlalu syok dengan berita itu
................
Setelah habis waktu persekolahan terlihat Rara dan Viera keluar dari perkarangan sekolah mereka dikeranakan Viera sudah dijemput Rara hanya duduk sendiri di perhentian bas yang terdapat di depan sekolah mereka sedikit demi sedikit pelajar sekolah makin berkurangan kerana sudah dijemput oleh ibu bapa mereka . Rara memang selalu balik lewat tetapi jarang sekali tetapi hari ini dia tertanya-tanya dimana ibu bapa nya kerana jam sudah hampir menunjuk pukul 6 . Rara memang balik lewat pukul 4 kerana ada kelas tambahan dia sudah memberitahu ibu bapanya .
" Diorang lupa ke harini aku balik pukul 4 ? " Walaupun jam begitu sudah terlalu lewat tetapi dia tetap perlu menunggu ibu bapa nya kerana rumah nya bukan dekat seperti Cindy . Tiba-tiba dia teringat mengenai kes kehilangan Cindy dia tertanya-tanya apakah kes hilang Cindy ada kena mengena dengan isu hangat sekarang ni ?
Rara tiba-tiba haus dia terus berdiri dari duduknya dan terus ke kedai yang berhampiran dengan sekolah nya itu . Selepas membayar dia terus keluar dari kedai itu semasa hendak kembali ke perhentian bas tadi dia terlihat seorang perempuan yang dia kenal di hutan yang terdapat di sebelah perumahan dan perempuan itu ternyata Cindy yang sedang masuk ke dalam hutan itu . Rara tanpa berfikir terus mengikuti kemana Cindy pergi . Semakin lama semakin dalam Rara masuk ke hutan itu dia tertanya-tanya kenapa Cindy masuk ke dalam hutan ini ?
Setelah semakin dalam Rara mengikuti Cindy masuk ke dalam hutan itu akhirnya dia berhenti disebuah rumah usang dalam hutan itu Rara pelik sejak bila ada rumah dalam hutan itu . Terlihat Cindy masuk ke dalam rumah itu Rara pun terus ke pintu depan rumah itu jelas dia ragu-ragu nak masuk sbb takut ada apa apa yang akan berlaku tapi dia terlalu penasaran dia terus buka pintu depan rumah itu perlahan-lahan dan rumah itu kosong , sunyi dan kelam terdapat juga aura seram dari dalam rumah itu
" Jangan masuk kalau tak kau akan menyesal " suara itu membuat Rara terkejut dan terus menoleh kebelakang dan ternyata itu Cindy dia pelik tadi bukan dah masuk ke ? Tetapi dia dalam melihat muka Cindy yang pucat itu seperti tiada darah dalam badan nya
" Apakah maksud kau ? Kenapa kau masuk dalam hutan ni sekarang ni ibu ayah kau tengah mencari kau tau " Rara memberanikan dirinya bertanya kerana dia ingin mengetahui apa yang tengah berlaku sebenarnya
" Itu rumah si Vampire aku ada kat sini sebab Vampire itu yang bawa dia tunjuk ilusi dan membuat kita tertarik nak tahu kemana ilusi itu pergi dan berakhir disini " jelas Cindy . Rara yang mendengar itu terkejut dia tak sangka ini yang berlaku disebalik kes kes orang hilang itu
" Terima kasih sebab dah bawa makanan Cindy " suara dari belakang nya itu membuat Rara terkejut dan terus menoleh ternyata itu seorang wanita dewasa . Rara terus menyimpulkan itu adalah Vampire yang diberitahu Cindy tadi . Vampire itu senyum sehingga menampakkan gigi taring khas Vampire itu Rara yang ketakutan terus berlari tetapi nasib nya sangat malang sbb Vampire itu dapat menangkap nya
" Sekarang waktunya makan " ucap Vampire itu sampai menarik Rara yang sudah berteriak menangis meminta tolong tapi perkara itu mustahil sbb rumah itu terlalu kedalam hutan dan mustahil untuk orang mendengar .
................
Keesokan harinya , berita tentang kehilangan Rara tersebar . Viera sebagai kawan rapatnya sangat terpukul kerana berita itu . Pihak polis telah berusaha melakukan penyiasatan ke sekitar sekolah dan perumahan .
2 Bulan kemudian , mayat Rara dan Cindy ditemui di kawasan hutan . Kes ini sangat rumit kerana pihak polis dan tim medis tidak tahu penyebab kematian orang orang yang sudah hilang . Ramai penduduk berspekulasi ini mungkin kerja benda benda tak kasat mata tetapi pihak polis menyangkal nya . Akhirnya kes ini terus berlanjut tanpa tahu siapa penyebab kematian mereka .
........TAMAT........