Jikalau aku dan engkau umpama langit dan bumi
Aku bumi dan engkau langit
Yang susah digapai oleh ku
Jika aku bulan dan engkau bintang
Walau dekat tapi tetap tidak boleh bersatu
Engkau bagaikan cahaya lilin yang menyinari kehidupan ku
Di saat aku di dihampiri keterpurukan
Engkau malah datang seperti Pahlawan Kesiangan
Ya, kerana engkau hadir ketika aku sudah ambang keterpurukan
Di kala sunyi aku mengingat engkau berkata
Bahawa jangan percaya manusia
Tapi kenapa aku malah percaya pada engkau
Biarlah ku bersendirian buat sementara waktu kerana aku menyesal dengan pilihan ku
Biarkan aku mengenang masa lalu dikala kau mengutarakan rasa suka engkau pada ku
Izinkan aku untuk mengukir nama engkau di hati ku kerana aku sudah terlanjur mengukirnya duluan di hati ku tanpa seizin engkau
Izinkan aku untuk memimpikan engkau jauhh di alam buana dan fantasi ku
Janganlah engkau menyuruh ku berhenti untuk memikirkan engkau
Aku sudah terbiasa memikirkan engkau di sepanjang masa
Satu perkataan untuk engkau wahai duhai kasih hati ku
'Aku mencintai engkau'
Aku ingin sekali membalas seperti itu tapi aku tidak boleh berharap seperti itu
Aku tidak akan pernah untuk berhenti mencintai engkau di kala sunyinya malam tanpa cahaya
Aku akan menjaga rasa ini seperti aku menjaga nyawa ku sendiri
Aku akan menjaga rindu hanya untuk engkau wahai duhai kasih hati ku
Jikalau engkau menyuruhku berhenti aku akan tetap mencintai engkau dan menyuarakan rasa ini jauhhh di lubuk hati ku yang terdalam
Aku akan melabuhkan tirai kasih ku jikalau nyawa ku ditarik dari jasad
Ingatlah wahai duhai kasih hati ku
Aku tidak akan berhenti mencintai engkau dan aku tidak akan melarikan diri lagi jikalau engkau bertanya dengan ku..
'Apakah kau mencintai ku?'
Aku akan jawab jikalau tuhan mengizinkannya
Malam ini tampak tidak ada cahaya yang menyinari mungkin kerana bintang dan bulan menutupi diri dengan awan putih di malam hari
Sekian terima kasih..
~Malam yang tidak bercahaya~
~by Aisyahrah~
~5 march 2024~
~Selasa~
~Pukul 1:20 pagi [format 24 jam]~