Aku menanti mu ,aku setia padamu wahai pendampingku
~~~~~~~~☆
kisah ini bermula disini
awal pagi lagi sierra sudah bangun menantikan pagi untuk pergi ke sekolah.Sierra anak ke 6 dari 10 orang adik beradik .sierra anak yang paling pendiam dari semua adik beradiknya .Sering juga dipanggil "si mulut emas"kerana dia tidak mengeluarkan satu suara pun apabila seseorang bertanya padanya.
Sierra sudah berkemas memakai baju kurung,tudung,dan kasut untuk ke sekolah .Apabila sampai ke sekolah semua murid melihatnya seperti ada benda aneh pada dirinya.Dia berkata di dalam hati
"kenapa mereka melihat aku ,aku ada salah apa sih"monolognya .Terus dia masuk ke kelas dan memulakan pelajaran tetapi masih lagi mereka melihatnya seperti ada benda aneh.
Dia terdengar bisikan salah satu orang murid yang dikenali sebagai Hakikah
"Weyh kau nampak tak dekat belakang sierra tu ada sesuatu ,kau nampak tak .seram gila "merinding bulu roma shakila apabila melihat sesuatu berwarna merah dan besar dibelakang sierra.Sierra dengar apabila mereka membisikannya dan sierra pun memalingkan wajahnya kebelakang tetapi tiada sesiapa pun.Dia mengabaikannya.
Pukul 12 tengah hari lagi sierra masih ada disekolah kerana ada kelas tambahan cikgu dollah.sierra sering dipandang oleh semua murid tetapi dia mengabaikannya.Sierra meminta izin pada cikgu dollah untuk pergi ketandas .Dia jalan ke lorong yang sunyi yang bertemakan bunyi cengkerik. Dia melewati pintu tandas dan dia masuk dan melihat mukanya sendiri seperti ada rupanya sesuatu makhluk ngeri disitu.
Sierra meringis ketika ada sesuatu dibawah kakinya seperti menarik kain sarung dia, Dia melihat kebawah dan menjerit sekuat hati apabila benda yang merupai syaitan menaik keatas sinki,Sierra mula menjerit
"AHHHHHHHHHHH!!!!!!!"jerit sierra. Tergopoh gopoh murid yang berhampiran disitu apabila terdengar jeritan yang histeria..
Sierra menjerit histeria apabila syaitan itu mula merangkak dihadapannya. Dia menutup mata dan mula membaca ayat kursi didalam hati. Dia membuka mata dan syaitan itu sudah tiada didepan matanya. Cepat cepat dia bergerak ke hadapan pintu dan membuka kunci dan ternampak ramai murid disitu yang membisik pasal dia,Sierra mula menangis dan berlari ke dalam kelas. Sierra ketakutan dan trauma apabila teringat perihal tadi.
Sierra mula menceritakan perihal tadi pada ibubapanya dan ibubapanya mula risau akan Sierra yang sering dibuli,dicaci,oleh murid mahupun guru tiada bezanya bagi Ibu bapa sierra
Sierra masuk ke bilik dan mula merebahkan badan dia yang sudah lenguh selepas balik dari sekolah .Dia sekelip mata sudah berada di alam mimpi .
Di alam mimpi
Sierra terjaga dan melihat sekeliling tempat ada yang salah iaitu tempat yang dia tiduri itu seperti neraka jahanam.Peluh mula menitik didahi dan tengkuk sierra apabila melihat di depannya sesuatu yang sama seperti di dalam tandas.Sierra cepat cepat kebelakang dan mengambil sesuatu yang boleh menghalang makhluk itu mendekatinya. Makhluk itu mendekatinya dari hadapan dan mula merangkak untuk naik ke katil si dia.Sierra mula membaca ayatul kursi dan menutup mata dan sehabis saja baca dia mula membuka mata dan makhluk itu hanya 1 meter saja dihadapannya dan sierra pengsan.
Di dunia Sierra
Sierra!,sierra!! "ibunya sierra mengejutkan sierra yang dari tadi mengigau seperti ada sesuatu. sierra mencelikkan matanya dan mula menangis terkenang perihal tadi.
"Ibu,Ib...ibu tadikan sierra mimpi pasal ada makhluk merah merangkak kat bawah katil sierra ibu ,Sierra takut bu ,takut dia datang lagi"luah Sierra pada ibunya puan kinah yang daritadi mendengarnya .
Malam hari nya pula ,Sierra mula menutup lampu meja belajar untuk tidur .Dia mendengar sesuatu yang merangkak di bawah katilnya dan mula mendengar sesuatu yang memanggilnya seperti ini
"SIERRA OH SIERRA KAU NAK LARI MANA ,KAU TAKKAN TERLEPAS DARI AKU SEBAB KAU AKU TERPERANGKAP BAWAH KATIL NI "kata makhluk itu .Sierra mendengar dan mula ketakutan apbila mendengar yang dia berpunca hantu itu berada selamanya dibawah katilnya itu.Sierra perlahan lahan melangkah kehadapan pintu untuk lari dari situ tapi apakan daya dia tiada ruang untuk lari apabila makhluk itu berada dibelakangnya dan makhluk itu mula membisik "KAU TAKKAN DAPAT LARI DARI AKU OH SAYANGKU SIERRA"Seru makhluk itu pada Sierra dan makhluk itu mula menarik Sierra untuk masuk kebawah katil dan sierra sempat mengucapkan "ALLAHUAKBAR "dan selamat tinggal sebelum dia meninggal dunia itu dan Manusia bernama sierra tidak lagi wujud dan ibubapa Sierra pun tidak dapat mencari Sierra selama 4 bulan lamanya dan mereka akhirnya pasrah akan anak mereka yang hilang begitu saja.Makhluk itu sudah pun berkeliaran di halaman rumah sierra dan Sierra yang menggantikan tempatnya berkurung lamanya seperti makhluk itu.
SEPARUH CERITA
Sierra menjerit ketakutan apabila makhluk itu mengunci didalam sebuah tempat yang panas dan tiada cahaya itu.Sierra ada terdengar juga jeritan yang bergema disitu seperti meminta pertolongan untuk keluar dari situ. Sierra merangkak untuk kehadapan untuk melihat siapa yang meminta pertolongan dan dia menegur si dia yang berada dihadapannya itu
"Aw..awak..awak siapa ???"kata Sierra pada si dia dan si dia mula menoleh dan terdapat kulat,cacing,darah disekitar muka nya, Sierra menjerit dan tiada siapa yang tahu apa yang terjadi disitu
Akibat sierra terjebak sekali disitu kerana sierra pernah mendatangi rumah yang usang dan dia mula menyentuh barang barang disitu yang merupakan milik simakhluk itu dan sierra tidak mengetahui bahawa rumah yang dia bermastautin itu adalah rumah simakhluk itu