semua impian dan harapan yang ku impikan hilang begitu sahaja percuma aku terus berharap adakah impian yang ku impikan akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya?
mengapa aku yang harus merasakan semua ini adakah aku kuat,aku bagaikan kapal yang terumbang ambing di lautan samudera tanpa nakhoda dan terus belayar mengikuti arus lautan yang tidak tahu kemana arah tujuan.
Aku letih aku penat dengan kehidupan ku kini impian yang ku harapkan semakin memudar jika aku diberikan pilihan aku tidak ingin hidup ku seperti sekarang tapi aku tidak mempunyai pilihan aku harus terus berjuang untuk meneruskan hidup..
aku adalah manusia biasa yang terlahir dalam keluarga yang serba kekurangan bolehkah aku mencapai impian ku dan membantu keluarga ku ketika aku sudah berjaya nanti..ohh tuhan tiap detik minit aku memikirkan semua ini tanpa ada orang yang mengetahui,jiwaku tertekan hatiku sedih aku seperti tidak ingin meneruskan hidup lagi...
Tiap malam aku menangisi diriku yang tidak dapat membantu keluarga ku aku seperti menjadi manusia yang paling gagal di dunia ini,,jiwa ku meronta-ronta,tapi aku harus kuat menghadapi badai kehidupan ini aku tahu selepas badai ini berlalu akan datang mentari yang menerangi jalan kehidupan ku...
Walaupun,liku kehidupan ku kini dipenuhi dengan onak duri tapi aku harus kuat.
kuat kamu harus kuat!!!!!!......
wahai embun pagi secepat itukah engkau pergi setelah mentari tiba engkau akan hilang perlahan-lahan sampai tidak kelihatan lagi begitu juga dengan angan-angan ku yang begitu tinggi.Tinggi sekali rasanya sangat mustahil sekali untuk akan miliki....tapi diriku sudah mengenal lumrah kehidupan dunia,apa yang kita ingini tidak semestinya kita miliki..
Masa akan terus berputar setiap langkah kita dipenuhi dengan liku-liku kehidupan dan cabaran hidup tetapi ingatlah setiap cabaran dan masalah yang kita hadapi akan lebih menguatkan diri Kita,oleh itu biarlah angan-angan yang kita impikan akan menjadi kenyataan...terserah sama ada angan -angan itu menjadi kenyataan ataupun tidak kita tidak harus berhenti di titik itu.
bangkitlah dan jangan menyerah semua angan-angan ataupun impian yang kau inginkan haruslah menjadi kenyataan buktikan kepada mereka bahawa kamu adalah lain daripada yang lain dan kamu mampu menjadikannya kenyataan dalam kehidupan pun
tahun ini dipenuhi dengan cabaran oleh itu kita haruslah tabah menghadapi gelombang kehidupan perasaan seperti kecewa,sedih,marah dan benci harus kita singkirkan dalam kehidupan bagi mengelakkan Luka itu di hati semakin parah dan tekanan perasaan kita juga hilang...
hello teman-teman noveltoon walaupun apa pun masalah yang kita hadapi kita haruslah kuat menanganinya...dan tunjukkan kepada mereka bahawa kamu bukan bermimpi di siang hari bersama-sama dengan angan-angan mu itu..🤗