Moonlight In Your Eyes
BAB 1
Bangunan agensi HK Entertainment. Ruang latihan. Mina baru hari pertama kerja sebagai stylist trainee.
Mina
“Hari pertama and aku dah nak pengsan. Siapa punya idea suruh aku kerja dengan idol?!”
Haneul
(sambil tarik beg Mina) “Weh kau jangan drama. Kau dapat kerja dengan V!ZION kot! Group paling cun atas bumi!”
Mina
“Aku tak minat lelaki rambut berwarna–” (terbenti bila pintu terbuka)
Masuk V!ZION. Aura padu gila sampai Mina telan air liur.
Leo
(senyum cute) “Hai! Awak stylist baru? Nama awak apa?”
Riven
“Nampak ganas… aku suka.” (kedip mata flirty)
Mina
“Sorry bro, aku allergic lelaki perasan.”
Riven
“Uish terus tembak? I like that.”
Jaemin
(leader vibe) “Tolong jaga mulut sikit, Riven. Jangan takut Mina, dia memang suka kacau.”
Mina
“Aku tak takut lelaki lidah berbisa.”
Di belakang semua, Eunha cuma tengok Mina. Sejuk. Senyap. Mata dia macam tembus jiwa.
Eunha
(pendek dan tajam) “Kau bising.”
Mina
“Eh kurang ajar. Aku baru masuk dah kena roast?”
Eunha
“Kalau tak suka, balik.”
Jaemin
(nervous halang) “Eunch! Jangan macam tu. Mina… dia okay, cute sebenarnya–”
Mina
“Aku bukan cute. Aku ganas.”
Riven
“Dangerously sexy, maybe.”
Mina
“Diam sebelum aku lipat kau.”
Masuk Jia, assistant manager.
Jia
“Korang! Lima minit lagi latihan. Mina, kau ikut aku. Kau akan handle Eunha dulu.”
Mina
“Kenapa aku dapat yang paling annoying?”
Eunha
(mendengus) “Aku pun tak nak kau sentuh aku.”
Jaemin
“Korang dua… jangan gaduh depan fans sudah.”
Sora
“Kita nak rehearsal besar minggu depan. Jangan buang masa dengan drama.” (mata dia sempat jeling Riven tajam)
Riven
“Aku tak mulakan apa-apa… lagi.”
Mina
(dalam hati) “Aku datang nak kerja. Bukan jatuh cinta dengan idol yang muka macam… bulan gelap tu.”
(Tapi mata dia tetap cari Eunha.)
Masalahnya… Mata Eunha pun masih pada Mina.
Eunha
(dalam hati) “Kenapa aku tengok dia?”
(Wajah dia tegas… tapi jantung dia dah buat konsert sendiri.)
Jia
“Okay semua! Time to work! Jangan buat skandal!”
Semua jalan ke arah bilik latihan.
Mina & Eunha berjalan sebelah. Tak sengaja tangan bersentuh.
Eunha
“Kau yang terkena aku.”
Mereka saling jeling dan semua orang dah tahu…
Ini baru permulaan perang hati.
BAB 2
Wardrobe room, agak sempit. Mina kena ukur pakaian untuk setiap ahli.
Mina
“Next siapa? Aku nak settle cepat. Aku lapar.”
Leo
(angkat tangan comel) “Aku! Aku dulu! Mina noona~ please~”
Mina
“Jangan panggil aku noona. Aku tak tua tau.”
Leo
“Tapi aku suka panggil.” giggles
Riven datang rapat, tangan dalam poket.
Riven
“Kenapa tak ukur aku dulu? Badan aku lagi… menarik.”
Mina
“Badan kau boleh masuk longkang.”
Riven
“Daaaamn. Again. Painful but hot.”
Sora masuk dengan clipboard.
Sora
“Fokus please. Mina, Eunha first. Dia selalu tak sabar.”
Eunha
(Dari belakang) “Aku dengar tu.”
Mina
(Jeling) “Kau pun suka buat orang tak sabar.”
Tiba-tiba lampu terpadam. Pintu wardrobe automatik terkunci.
Mina
“Oi apa ni?! Siapa main tutup lampu?!”
Leo
(gelabah) “Aku tak suka gelap…”
Jaemin
“Jangan panic, aku call Jia.”
Jia
(Dari luar suara kedengaran) “Korang okay?! Pintu tersekat! Tunggu teknikal datang!”
Riven
“Ala bos, just kick the door la.”
Daeho
(security dari luar) “Kau nak aku kena pecat?!”
Mina terhimpit… tapi malangnya tepi Eunha.
Mina
“Weh jangan rapat sangat!”
Eunha
“Kau yang datang dekat.”
Mina
“Kau fikir aku desperate nak peluk kau ke?”
Eunha
(Tunduk sikit, wajah dekat dengan Mina) “Aku lagi risau kalau aku yang terdesak.”
Mina
“Hah?! Apa maksud kau?!”
Riven
(Cemburu instant) “Oi bro, relax. Mina dengan aku dulu.”
Mina
“Aku dengan siapa? Aku dengan nasi lauk ayam je nanti.”
Leo tarik tangan Mina perlahan.
Leo
“Aku protect Mina noona kalau semuanya gelap…”
Haneul
(Dari luar berteriak) “LEO PEGANG SIAPA TU?!”
(mode fangirl cemburu ON)
Jaemin cuba tenangkan semua.
Jaemin
“Dengar sini. Fokus. Dalam 10 minit teknikal sampai.”
Sora
(Perlahan dekat Riven) “Kau jangan buat masalah lagi.”
Riven
(Suara rendah) “Kau rindu aku ke?”
Sora
“Aku rindu nak sepak kau.”
Mina terasa jantung Eunha betul-betul di sebelahnya.
Panas. Tapi bilik gelap.
Mina
(bisik) “Tolong jangan pandang aku macam tadi.”
Eunha
(Rapat sikit) “Aku tak pandang…
tapi aku rindu nak pandang.”
Boom. Mina terus diam. Untuk pertama kali.
Lampu menyala semula.
Semua lega… kecuali dua hati yang baru terbakar.
Jaemin
“Kita sambung kerja.”
Eunha
(sambil berlalu) “Jangan jatuh hati kat aku.”
Mina
“Aku lagi rela jatuh longkang.” (tapi pipi merah melecur)
Eunha senyum sikit senyuman yang tak pernah dia bagi fans.
Dan semua orang dah rasa…
Cinta ni tak akan senyap.
BAB 3
Selepas latihan. Semua rehat di kantin agensi. Mina duduk jauh sikit, nak makan dengan aman.
Mina
“Aku nak makan chicken kimchi aku ni dengan tenang. Jangan ada yang kacau.”
Leo
(Terus duduk sebelah, senyum cute) “Noona, aku tolong bukakan straw. Hati-hati tumpah.”
Mina
“Terima kasih… but jangan panggil noona.”
Haneul
(Muncul dari belakang macam hantu jealous) “LEO!! Kau duduk sebelah aku bukan dia!”
Leo
“Tapi aku nak jaga Mina noona…”
Haneul
“Jaga hati aku dulu boleh?!”
Riven datang and rampas chicken Mina sikit.
Riven
“Aku rasa makanan ni lebih sedap kalau kau share dengan aku.”
Mina
“Letak balik sebelum aku cucuk garfu dalam telinga kau.”
Riven
(Ketawa kecil) “Kau kasar macam ni pun aku suka.”
Jia & Sora masuk dengan minuman.
Jia
“Korang semua behave! Ada fans dalam bangunan.”
Sora
(Jeling pada Riven) “Kalau ada skandal, aku sumpah aku sepak kau dulu.”
Riven
“Kau rindu aku sampai marah-marah?”
Sora
“Aku rindu nak buang kau dari tingkap.”
Eunha datang lambat. Masih cold.
Dia tengok Mina dikerumuni lelaki muka dia gelap habis.
Eunha
“Kau lanjutan buffet ke? Semua orang nak dekat?”
Mina
“What’s your problem?”
Mina terdiam. Semua pandang mereka.
Jaemin
(stepping in as leader) “Korang dua slow sikit. Fans boleh nampak.”
Eunha
“Kalau dia jatuh cinta dengan aku, bukan salah aku.”
Leo
(Beranikan diri) “Aku… aku suka Mina noona dulu.”
Riven
(letak tangan pada bahu Mina) “Aku tak peduli siapa dulu. Yang penting… Mina pilih aku.”
Mina
(Terus tepis) “Aku tak pilih sesiapa! Aku datang sini nak KERJA!”
Eunha
(Ketat rahang) “Kau cakap macam kau tak rasa apa-apa tadi masa bilik gelap.”
Mina
“Shut up.” (pipi merah, hati gelabah)
Eunha senyum tajam senyuman kemenangan.
Sora
(Tepuk meja) “Enough! Rehearsal sambung 5 minit lagi!”
Semua bangun perlahan… mata masih fokus pada drama cinta pelik tu.
Mina
(dalam hati) “Aku benci perasaan ni…
Sebab aku takut aku akan pilih dia.”
Eunha pun tengah tengok Mina
dengan hati yang dia tak boleh kawal lagi.
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!