NovelToon NovelToon

Ikatan Yang Tidak Akan Putus (Versi Chat)

Episode 1:Perang Yang Dasyat

"Sebuah ikatan yang tidak akan putus".Itulah hubungan di antara dua orang atau 'makhluk' lebih tepatnya. Sebenarnya, dua2 makhluk. Tapi beza keturunan. Satunya manusia setengah dewa kebaikan, dan satunya manusia setengah dewa kejahatan.
Suatu ketika dahulu, terjadi peperangan yang terjadi di antara kerajaan langit dan darat.
Kerajaan langit diketuai oleh Raja Fenyang, dan kerajaan darat diketuai oleh Raja Fansa.
Raja Fenyang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Fantasia. Ketika peperangan itu terjadi, Puteri Fantasia masih berumur 1 tahun.
Raja Fansa juga mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Fania. Ketika itu, Puteri Fania berumur 3 tahun.
Peperangan itu terjadi karena Raja darat tidak sengaja membunuh ayah kepada Raja Fenyang.
Raja Fenyang pun menjadi murka dan menyatakan perang dengan Raja Fansa.
Singkat cerita, Raja Fansa pun tewas di tangan Raja Fenyang
Isteri Raja darat pun murka, begitu juga dengan anaknya apabila mengetahui kematian ayahnya.
Saat itu, Puteri Fania masih berumur 7 tahun.
Ratu Estefania pun mula mempersiapkan pasukan untuk menyerang Kerajaan langit bersama anak nya.
Singkat cerita, Kerajaan langit kalah kerana tiada persiapan yang dibuat untuk melawan kerajaan darat
Raja Fenyang dan Ratu Epifania pun ditangkap oleh Ratu Estefania
Ratu Estefania
Ratu Estefania
Padan muka kamu, Fenyang! Aku akan tahan kamu buat selama-lamanya. Hahahahahahahahaha!!!
Raja Fenyang
Raja Fenyang
Kamu sungguh kejam, Estefania! Sanggup kamu buat keluarga saya sampai macam ni! Sanggup kamu hapuskan ingatan anak perempuan satu-satunya yang saya ada!
Ratu Estefania
Ratu Estefania
Biarlah kalau aku kejam pun! Kamu sudah bunuh belahan jiwa aku!
Raja Fenyang
Raja Fenyang
Aku bunuh dia sebab dia bunuh ayah kandung aku!!! Kalau kau jadi aku, kau nak buat apa, hah???!!!
Ratu Estefania
Ratu Estefania
Aku tak akan buat macam tu dekat adik kandung aku, kan Epifania?
Rupa-rupanya, Raja Fenyang dan Raja Fansa adalah adik-beradik, sama seperti Ratu Estefania dan Ratu Epifania.
Ratu Estefania dan Ratu Epifania adalah anak kepada Raja dahulu sebelum Raja Fansa, iaitu Raja Everett.
Sementara Raja Fenyang dan Raja Fansa adalah anak kepada Raja dahulu sebelum Raja Fenyang, iaitu Raja Frederic.
Ratu Epifania
Ratu Epifania
Saya tahu tapi, suami saya terpaksa buat macam tu!
Ratu Estefania
Ratu Estefania
Terpaksa sebab apa, Epifania?! Sebab APA???!!!
Raja Fenyang
Raja Fenyang
Sebab dia dahulu memang sudah dibenci oleh ayah kandungnya sendiri!!! Kerana dia lahir di tanggal yang tidak memiliki keberuntungan!!!
Ratu Estefania
Ratu Estefania
Hah??? Kenapa dia tidak pernah beritahu saya tentang hal ini???
Ratu Epifania
Ratu Epifania
Kerana dia takut kakak membenci dan menjauhinya!!!
Puteri Fania
Puteri Fania
Jangan dengar cakap mereka ibu!!! Kita tahan mereka sampai anak mereka mari ke sini!!! Dan saya yakin, anak mereka tak akan datang ke sini buat selama-lamanya. Hahahahaha!!!

Episode 2:Bermula Sebuah Kisah

Setelah 13 tahun berlalu, kini Puteri Fantasia menjadi seorang gadis yang cantik lagi jelita.
Kini, dia tinggal di sebuah pulau yang agak asing dan tiada siapa pernah menjejakkan kaki di sana selain Puteri Fantasia.
Puteri Fantasia merupakan satu-satunya orang yang dapat menjinakkan semua haiwan dan manusia setengah haiwan.
Dia juga sangat dekat dengan alam sehingga Puteri Fantasia dapat berbicara dengan haiwan.
Puteri Fantasia mempunyai manusia setengah burung yang mendampingi Puteri setiap hari.
Nama manusia setengah burung itu adalah Aurell.
Puteri Fantasia juga dapat menerima kekuatan setelah menjinakkan satu-satu haiwan itu.
Sekarang, Puteri Fantasia hanya perlu menjinakkan 1 haiwan dan 1 manusia setengah haiwan.
Pada suatu hari, semasa Puteri Fantasia sedang berehat, Aurell pergi ke arah Puteri Fantasia dengan terburu-buru.
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Fantasia! Mari lihat! Ada sesuatu di pinggir laut!
Puteri Fantasia yang mendengar itu pun segera pergi bersama semua haiwan yang dijinakkan oleh nya.
Setelah sampai di pinggir laut yang dimaksudkan, Puteri Fantasia menjumpai manusia setengah duyung yang sedang tergeletak tidak bermaya.
Puteri Fantasia yang melihat itu pun segera menyuruh para haiwan-haiwan untuk membawanya ke rumah.
Setelah sampai di rumah, Puteri Fantasia pun segera menyembuhkan luka manusia setengah duyung itu hingga sembuh dan memberinya pakaian.
Puteri Fantasia mempunyai banyak kekuatan seperti: 1.Penyembuhan=(tahap 1) 2.Terbang=(tahap penuh:tahap 5) 3.Elemen=(tahap 4) 4.Berubah menjadi binatang=(tahap 4) 5.Kuasa Fantasi=(tahap 4) 6.Silat=(tahap penuh) DLL
Kembali ke cerita, setelah manusia setengah duyung itu sembuh, dia agak takut untuk keluar kerana dahulu, ada manusia yang ingin menangkapnya.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Tidak mengapa, tiada siapa yang akan menyakitimu sekarang. Saya mahu bertanya, nama kamu apa?
Putera Ramond
Putera Ramond
Nama saya Ramond.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Oh, nama saya Fantasia.
Putera Ramond
Putera Ramond
Oh, hi Fantasia. Salam kenal.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Salam kenal juga.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Kamu berehat lah dahulu. Kekuatan kamu masih belum pulih sepenuhnya lagi.
Putera Ramond
Putera Ramond
Baiklah Fantasia.
Semasa Puteri Fantasia berjalan ke luar rumah kerana hendak berehat, Aurell bertanya sesuatu perkara kepada Puteri Fantasia.
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Fantasia, setahu aku, manusia setengah duyung tidak akan pernah memberitahu namanya kecuali kalau dia sudah betul-betul percaya.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Oh, benarkah? Tidak mengapalah kalau begitu. Nanti kamu suruh yang lain berjaga nanti, ya.
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Baiklah Fantasia.
Aurell pun pergi untuk memberi tahu haiwan yang lain tentang arahan Puteri Fantasia.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Entah kenapa, kalau aku menatapnya, aku merasa jantungku berdegup kencang sekali. Apakah ini yang dinamakan cinta pandang pertama???

Episode 3:Bertemu Suruhan Ayah

Selepas Ramond sihat, Puteri Fantasia mengajaknya dan Aurell berkeliling untuk mengetahui semua yang ada di pulau itu.
Tiba-tiba, datang 4 orang yang menyergap dan berusaha menyerang kami.
Mereka menyerang habis-habisan hingga menyebabkan Ramond pengsan.
Puteri Fantasia menjadi marah dan berubah menjadi harimau dan mencakar semua yang ada di depannya.
Setelah menerkam dan mencakar semua yang ada di hadapannya, Puteri Fantasia pun jatuh pengsan dan bertukar menjadi manusia semula.
Setelah 1 jam, akhirnya Puteri Fantasia kembali sedar. Tetapi, ketika itu Puteri Fantasia dan Ramond telah dikurung di sebuah tempat bersama dengan Aurell.
Puteri Fantasia berusaha untuk membuka tempat kurungan itu, namun tidak membuahkan hasil. Kemudian, masuklah 4 orang yang mereka lawan tadi. Di situ, ada 3 lelaki dan 1 perempuan.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Apa yang kamu mahukan dan siapa kamu semua?!
Xavier
Xavier
Kami tidak mahukan apa-apa, cuma mahu bertanya sesuatu. Namun sebelum itu, izinkan kami memperkenalkan diri kami dahulu.
Setiap orang pula memperkenalkan diri masing-masing. Ketua nya bernama Xavier. Di sebelah kirinya adalah Dexter dan di sebelah kanannya adalah Arthur. Yang perempuan bernama Hanna.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Apa yang kalian mahukan dari kami?!
Xavier
Xavier
Kami mahu bertanya, adakah anda melihat seorang puteri di sini?
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Puteri mana yang anda maksudkan dan kenapa anda menyerang kami?
Xavier
Xavier
Puteri yang kami maksudkan adalah Puteri Fantasia dan kami menyangka kamu yang mahu menyerang kami terlebih dahulu. Kerana itu kami menyerang kamu bertiga.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Fantasia??? Kenapa nama dia sama dengan nama aku??? (dalam hati)
Putera Ramond
Putera Ramond
Kami tidak melihatnya dan rasakan ini!!!
Kerana tenaga Ramond sudah penuh, Ramond pun menggunakan kekuasaannya itu untuk menyerang mereka.
Setelah semua musuh itu pengsan, tempat di mana Puteri Fantasia, Ramond dan Aurell dikurung pun akhirnya terbuka.
Tapi, entah kenapa Puteri Fantasia merasa kasihan apabila apabila melihat mereka tergeletak tidak bermaya itu.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Ayuh kita menyembuhkan mereka. Kasihan pula saya melihat mereka tidak bermaya seperti itu.
Putera Ramond
Putera Ramond
Baik Fantasia.
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Aurell(burung peliharaan Puteri)
Baik Fantasia.
Akhirnya, mereka pun membawa Xavier, Dexter, Arthur dan Hanna pulang ke rumah.
Setelah sampai di rumah, Puteri Fantasia pun merawat mereka hingga sembuh. Setelah 2 hari, Xavier tersedar lebih dahulu.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Kamu sudah sedar, Xavier? Minumlah ini dan berehatlah dahulu. Tenaga kamu masih tidak pulih sepenuhnya lagi.
Di situlah Xavier akhir nya menyedari bahawa Puteri Fantasia sangat baik terhadap mereka semua.
Xavier
Xavier
Saya mahu bertanya, siapa nama kamu dan dua orang yang ikut dikurung bersama kamu tempoh hari?
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Nama saya Fantasia dan saya terkejut kerana nama puteri tersebut seperti nama saya. Tapi saya bukan puteri tersebut. Yang berdiri itu Aurell dan itu Ramond.
Xavier
Xavier
Oh, salam kenal.
Xavier
Xavier
Kenapa nama dia sama dengan nama puteri? Adakah dia puteri yang hilang? Adakah dia hilang ingatan dan tidak tahu asal usulnya? (dalam hati)
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Kamu sedang pikirkan apa, Xavier?
Xavier
Xavier
Oh, tidak apa-apa, Fantasia.
Puteri Fantasia
Puteri Fantasia
Sudah, kamu perlu berehat kekuatan kamu kembali pulih.
Xavier
Xavier
Baik Fantasia.

Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!

Download Novel PDF
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!