NovelToon NovelToon

Kuasa Dari Sang Dewa

PROLOG

Toshio Madaka (nama jepun ) @ Danial Toshio (nama sebenarnya )

Adalah watak utama dalam novel ini yang baru berumur 18 tahun mengambil jurusan undang-undang kerana bercita-cita ingin menjadi seorang peguam yang amanah kerana terpengaruh dengan drama korea semasa Toshio ingin memutuskan apakah jurusan yang ingin dipilihnya di tingkatan 3 nya.

Apabila suatu hari dia membuat maraton Korea drama iaitu While You Were Sleeping In Bed ,

dia begitu tertarik dengan watak utama dalam korea drama ini apabila dia menjadi seorang peguam yang menegakkan kebenaran dan melawan peguam yang menerima rasuah . Ketertarikan inilah yang membuatkan Toshio terus memilih untuk berjalan di landasan undang-undang kerana dorongan drama yang kuat .

Universiti Johor terletak tidak jauh dari rumahnya oleh itu Toshio tidak memilih untuk menginap di asrama universiti tetapi tetap tinggal di rumahnya yang selesa , besar dan mewah .

Walaupun begitu , ibubapa Toshio memiliki kerja di luar negara sebagai duta negara Jordan dan perlu menetap di sana . Oleh itu, Toshio tetap perlu tinggal di rumahnya seorang diri .

Kisahnya untuk menjadi peguam menjadi sedikit 'menarik' apabila dia menyelamatkan seorang atok uzur yang lagi diganggu dua orang anggota samseng . Aksi menyelamatkan atok itu membuatkan atok itu mengucapkan terima kasih.

Tetapi diingatnya atok itu seorang yang lemah tetapi rupanya dia merupakan sosok yang sangat "luar biasa" .

Atok itu memberikan beberapa kekuatan kepada Toshio iaitu mata emas yang boleh tembus pandang , pembaca fikiran untuk melihat fikiran sesiapapun dan meningkatan atribut dimana kekuatan , kecepatan dan kebijaksanaannya melebihi orang terhebat di dunia .

Toshio adalah seseorang yang berkeperibadian introvert , pendiam , bijak walaupun sebelum mendapat kekuatan dan terkenal walaupun Toshio tidak menyedarinya (lembap dalam perasaan wanita ).

Betul , Toshio TERKENAL di antara banyak wanita kerana dirinya adalah seorang berdarah Jepun iaitu dari ibunya.

Toshio yang memiliki paras yang amat tampan dan cute serupa dengan selebriti Jepun dan Korea Selatan bahkan lebih tampan lagi .

Wajahnya yang tampan dari rambutnya yang hitam murni , gaya acak-acak , mata coklat terang dengan bentuk mata yang tajam tetapi penuh misteri ditambah bulu matanya yang panjang , hidung seperti rakyat kita , bibirnya yang tipis tetapi sedikit kemerahan sangatlah seksi bahkan bentuk rahangnya yang sempurna membuat banyak wanita yang jatuh hati apabila kali pertama melihatnya .

Ini belum ditambah fakta bahawa Toshio merupakan seorang yang bijak kerana satu-satunya pelajar yang masuk ke Univesiti ini dengan Biasiswa penuh selama 3 tahun kerana Gred SPM nya yang sempurna .

Walaubagaimanapun , kekuatan fiziknya agak lemah kerana ketidaksukaaan Toshio terhadap sukan .

Untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal tanpa sedar Toshio mengamalkan pemakanan yang seimbang suku-suku separuh dan ketidaksukaaan kepada gula yang menjadi tabiatnya dari bayi lagi .

Mungkin disebabkan Toshio memiliki darah asal Jepun jadi dia juga menyukai memakan makanan Jepun yang halal dimana jika mengira peratus kesihatan maka makanan Malaysia kalah jauh dari makanan Jepun yang jauh lebih menyihatkan .

Bahkan dengan kepopularan ini , Toshio tidak memiliki banyak kawan dan teman wanita bahkan dia tidak pernah bercinta walaupun umurnya sudah mencecah 18 tahun kerana kecintaaan terhadap buku yang membuatnya boleh menghabiskan satu novel hanya dalam 3 hari .Toshio tidak ingin menjalinkan tali percintaan terlalu awal hanya kerana nafsu dan ingin menunjuk-nunjuk sahaja .

Satu-satunya kawan yang ada untuk Toshio adalah Imran Mohd yang merupakan kawan Toshio dari Tingkatan 3 dan di Universiti Imran memilih jurusan yang sama dengan Toshio iaitu jurusan undang-undang kerana bapanya adalah seorang hakim .

Imran tidak dipaksa untuk memilih jurusan ini kerana kenapa Imran memilih jurusan ini adalah kebanggaannya yang tinggi terhadap ayahnya yang banyak menyelesaikan kes-kes dato' bahkan Petinggi kerajaaan Malaysia .

Oleh itu , Imran berasa sangat gembira kerana berjaya memasuki Universiti ini disebabkan Universiti Johor ini satu-satunya universiti yang menyediakan jurusan undang-undang di Johor dan memiliki pengiktirafan yang tinggi dari Mahkamah Tinggi Negara .

Toshio sendiri selalu diundang oleh ayahnya Imran iaitu Tuan Azmi atas beberapa acara seperti ulang tahun Imran dan seumpamanya .

Oleh itu , hubungan Tuan Azmi dan Toshio amatlah rapat seperti seorang anak dan bapa saudara .

Tuan Azmi adalah seorang yang penyayang , baik , lembut tetapi tegas di tempatnya bekerja dan berumur 56 tahun serta memiliki pengalaman melebihi 30 tahun sebagai seorang hakim Mahkamah Johor .

Bapa borek , Anak rintih

Kalau itulah sifat Tuan Azmi maka begitu jugalah sifat anaknya Imran tetapi dengan sedikit sifat suka akan jiwa bebas .

Walaupun hubungan mereka bertiga agak rapat tetapi berkaitan kuasa milik Toshio tetap dirahsiakan olehnya kerana takut digelar tidak siuman dan dijadikan bahan ujikaji oleh pihak yang tidak dikenal. (Paranoid )

Toshio walaupun masih pelajar Universiti tetapi kekuatannya dalam bidang undang- undang sangatlah tinggi apabila dia menerima kekuatan ini kerana telah berjaya menyelesaikan banyak kes yang berlaku di sekelilingnya sebagai seorang peguam mahupun sebagai seorang detektif kerana bantuan secara langsung oleh mata emasnya dan pembacaan fikiran yang ditambah kerjasama oleh Imran dan beberapa rakannya yang membantu Toshio menyelesaikan beberapa kes dengan kemahiran mereka yang bagus melalui menubuhan kelab .

Intan Maisarah , seorang pelajar jurusan media yang bercita-cita ingin menjadi seorang wartawan kerana menurutnya pekerjaan wartawan adalah pekerjaan yang mulia kerana merekalah kekuatan sebenar dibalik kegemilangan sesebuah negara dan tonggak kepada kebenaran yang harus diketahui rakyat .

Memiliki sifat yang lemah-lembut , ayu , petah berbicara dan cantik .

Sifatnya yang berhati-hati dan pandai bernegosiasi menjadi kekuatan tersendiri untuk kelab Toshio dan seorang ketua kelab yang banyak membantu .

Kedua , kita ada selebriti muda iaitu Selena Iris atau nama sebenarnya Saleha Rabiatul .

Kecantikan yang melebihi Intan , memiliki sifat yang agak bongkak tetapi mampu dikawal kerana cintanya terhadap Toshio yang melawan kebongkakkan Selena .

Serta sedikit ceroboh dan lembap tetapi pakar dalam mengenal isi hati manusia kerana pengalamannya dalam bidang hiburan yang penuh dengan kebusukan dan kekotoran .

Memilih jurusan lakonan dan teater membuat Selena sangatlah popular diantara kaum lelaki kerana auranya dalam lakonan yang sangat hebat dan bersinar walaupun masih berumur 18 tahun .

Yang terakhir , Danial Hakim seorang anak dari jutawan Malaysia dan digelar ' Anak Sultan '.Walaupun begitu , Danial sangatlah rendah diri dan tidak suka untuk menunjukkan kekayaannya oleh itu dirinya amat disenangi oleh ramai orang .

Danial Hakim pakar dalam bidang bisnes dan matematik kerana ibubapanya seorang pengusaha bank di Malaysia iaitu Bank Sinar .

Dia juga sentiasa membantu kelab ini jika masalah kewangan menimpa mereka berlima .

Ditambah kemahiran bahasa komputernya yang tinggi.

Inilah keempat-empat sahabat Toshio yang akan membantu Toshio menyelesaikan kes iaitu Imran, Intan , Selena dan Danial dibawah satu bumbung kelab yang bernama Kelab W.

Permulaan hidup di Universiti

"Toshio , hari ini kamu akan pergi ke Universiti Johor untuk orieantasi  jadi berhati-hatilah ya anakku ." ucap ummi.

"Maaf ya kami tidak boleh menemani kamu di orieantasi sebab di sini kami masih ada memiliki banyak kerja .

Apa- apa pun , Toshio berusaha lah dengan gigih dan cubalah untuk mencari kawan disana ." balas ayahnya .

"Betul cakap ayah kamu , Toshio  kamu sudah 18 tahun tetapi kamu cuba ada Imran dan Hakim sahaja sebagai kawan kamu .

Bahkan kamu tidak pernah bercinta dengan gadis-gadis di sekolah menengah kamu .

Kamu bukan "itukan" dan masih normal pun ummi rasa curiga ." serius ummi.

" Ummi ! Toshio masih normal-lah dan tetap menyukai lawan jenis tetapi ummi kena faham yang Toshio tidak suka bercinta dan terkinja- kinja berdua-duaan untuk menunjukkan kemesraan dihadapan ramai manusia mahupun disebalik keheningan .

Berkaitan dengan mencari kawan , Toshio  akan cuba usaha .Ayah jangan risau .

Tetapi tetap mencari kawan dan teman wanita tidak akan menjadi prioritas Toshio di Universiti Johor sebab Toshio akan fokus belajar untuk menjadi peguam dan tidak lebih , tidak kurang . "jawap Toshio dengan semangat.

" Toshio , ingatlah peguam yang bagus adalah seseorang yang tahu baik itu jelas atau jahat itu jelas .

Bukankah  jika kamu memiliki banyak kawan , kamu akan mudah mengenali kebaikan dan kejahatan di sekeliling  kamu dan kemahiran itu akan sangat membantu apabila kamu perlu menyelesaikan sesuatu kes nanti ." balas Ayah.

" Iya , iya ,Toshio faham . Baik itu jelas , Jahat itu jelas [ diambil dari hadis 'Yang halal itu jelas , yang haram itu jelas'] sama seperti dengan jelas ayah menulis nama 'Tuan Alif' di telefon tetapi bila ayah berbual dengannya didalam telefon selama lebih 1 jam yang terdengar adalah suara wanita muda setiap kali ummi keluar beli barang  ." balas Toshio  dengan senyuman sinisnya.

"APA!!!!" Marah ummi.

"Baiklah Toshio  ,ummi akan matikan video call ini dan ingatlah apa yang ummi dan 'Kawan Tuan Alif ' katakan tadi .

Ibu nak selesaikan masalah buaya di sini .   Assalammualaikum , Toshio ".ucap Ummi yang sambil menahan amarahnya .

" Waalaikumsalam ummi dan takziah untuk ayah ."

Toshio menamatkan panggilan video antara dia dengan ummi dan ayahnya .

Ummi dan ayah Toshio sekarang berada di Jordan atas urusan kerja mereka iaitu sebagai Duta dari Malaysia .

Oleh itu , Toshio tinggal dirumah besar milik ibubapanya seorang diri untuk masa sekarang .

Rumah Toshio dengan Universiti Johor memiliki jarak hanya 2 taman .

Oleh itu , Toshio tidak perlu untuk tinggal

di asrama yang diberikan secara berbayar

oleh pihak universiti dan hanya tinggal

di rumah ini sahaja .

" Maaf ayah , tetapi ini adalah untuk 'Yang baik itu Jelas , Yang Jahat itu jelas' dan pastinya sejelas mungkin untuk keadilan ummi ."

Toshio sudah siap memakai pakaian formal untuk majlis orientasi pelajar dengan

memakai pakaian kot hitam , baju kemeja berwarna sedikit merah jambu , seluar

hitam dengan jahitan benang putih serta kasut formal berwarna hitam .

Disebabkan Toshio tidak memiliki lesen

kereta dan tidak mahu pakaian formalnya

rosak kerana angin yang dikeranakan oleh motosikal .

Oleh itu , Toshio mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Taxi .

" Assalamualaikum , pakcik .

Tolong bawa saya ke Universiti Johor di pintu hadapannya ." kata  Toshio.

 "Baiklah , anak muda ." balas Pemandu teksi.

" Anak muda ,boleh pakcik tanya ?

Kamu darah campuran ke ? Sebab muka kamu kelihatan seperti idol Asian ."

"Ada sahajalah kamu , pakcik . Tetapi saya memang memiliki darah orang Jepun iaitu dari ibu saya .Bahkan saya memiliki nama Jepun iaitu Toshio Madaka ."

 " Ermmm , patutlah kamu sangat tampan."

"Hari ini saya ada orientasi di Universiti itu .Jadi perlulah berpenampilan kemas sedikit ."

"Kamu masuk jurusan apa , anak muda ?"

"Jurusan undang-undang  sebab saya ingin menjadi seorang peguam ."

"Harapnya kamu menjadi seorang peguam yang amanah dan ingatlah jangan dibutakan dengan duit apabila kamu menjadi peguam kerana apabila peguam dibutakan dengan duit itulah mulanya tanda  kehancuran Malaysia . "

"Saya pun sama berharap agar saya mampu bekerja kerana keadilan dan bukannya kerana duit ."

"Pakcik doakan kamu terlindung dari kebutaan duniawi dan nampaknya kita sudah sampai di Universiti kamu ."

"Terima kasih pakcik dan ini duitnya ."

"Terima kasih dan semoga berjaya ."

Toshio akhirnya berada tepat dihadapan Universiti. Toshio membaca pernyataan di pintu Universiti yang mengatakan untuk mengikut anak panah yang menuju ke pintu dewan orientasi .

Semasa Toshio berjalan menuju dewan orientasi , mata para wanita mencuri pandang ke arah Toshio yang tidak memerhatikan mereka .

Ini mungkin kerana wajah Toshio yang sangatlah tampan yang bahkan mengalahkan idol korea .

Wajahnya yang tampan dari rambutnya yang putih murni , gaya acak-acak , mata hijau zamrud dengan bentuk mata yang tajam tetapi penuh misteri ditambah bulu matanya yang panjang , hidung seperti rakyat kita , bibirnya yang tipis tetapi sedikit kemerahan sangatlah seksi bahkan bentuk rahangnya yang sempurna membuat banyak wanita yang jatuh hati apabila kali pertama melihatnya .

Toshio adalah seseorang yang tidak sensitif yang bahkan tidak memerhati sekeliling oleh itu dia sangatlah lembap dalam hal ini .

.........

(Dewan Orientasi)

Toshio berada didalam dewan dan mula mencari tempat duduk yang disediakan . Perhatiannya tertumpu di barisan kerusi di tengah hujung dimana akan memudahkan dirinya untuk keluar masuk .

Sambil menunggu acara dimulakan , Toshio membaca naskah urutan acara dan nampaknya majlis ini akan tamat dalam anggaran pukul 1 petang .

"Assalamualaikum  , saya ingin tahu disini ada yang namanya Danial Toshio ke ??"

Seorang pelajar yang mungkin menguruskan acara ini nampaknya sedang memanggil Toshio di antara kerusi pelajar .

"Saya !"

"Alhamdulilah,kamu ada .Sini ikut saya di belakang pentas . "

Pelajar senior itu menarik tangan Toshio dan mengajaknya ke belakang pentas.

"Toshio kami memerlukan bantuan kamu untuk memberikan ucapan pelajar baharu terbaik ." kata Senior yang terdesak sekali.

Toshio merasa sangat terkejut kerana pernyataan yang sangatlah tiba-tiba keatas Toshio .

"Bukan ke selalu yang memberi ucapan pelajar baharu adalah untuk pelajar yang terbaik dalam pelbagai bidang ."

Toshio sebenarnya adalah seorang yang sangat cemerlang dan bijak tetapi disebabkan kebencian terhadap sukan menyebabkan markah kokurikulumnya agak rendah berbanding yang lain .

Oleh itu , Toshio tidak perlu memberikan ucapan Pelajar Baharu kerana adanya pelajar yang seimbang dalam hal pendidikan mahupun kokurikulum . Tetapi nampaknya ia tidak berlaku seperti yang diharapkan Toshio .

"Kami baharu mendapat pemberitahuan bahawa pelajar yang harus membuat ucapan tidak dapat datang tepat waktu kerana adiknya sakit dan perlu dibawa ke klinik  . Kamu sangat sesuai untuk menggantikan dia kerana pencapaian kamu yang cukup cemerlang ."

"Tetapi ....."

.

.

.

.

(Di atak pentas)

"Saya mempersilakan Tuan Toshio iaitu pewakilan pelajar baharu sekaligus pelajar baharu paling cemerlang untuk memberikan ucapan .Segala hormatnya , dipersilakan ." kata pengacara majlis.

Toshio muncul dari dibalik tirai untuk menuju ke arah platfom ucapan dengan riak muka yang penuh beribu persoalan .

Dua Masalah tiba

"Saya mempersilakan Tuan Toshio iaitu perwakilan untuk pelajar baharu sekaligus pemegang gelar pelajar baharu paling cemerlang untuk memberikan sedikit ucapan .Segala hormatnya , dipersilakan . "

Toshio muncul dari dibalik tirai untuk menuju ke arah platfom ucapan dengan riak muka yang penuh beribu persoalan .

Bagaimana ini berlaku , mari kita kembali ke masa permintaaan Senior .

(Imbas Kembali )

"Tolonglah ye Toshio kamu untuk gantikan si dia membuat ucapan hari ini ." rayu Senior.

"Saya faham maksud Senior tapi saya bahkan tidak menyiapkan kertas ucapan saya dan lagi satu saya tidak suka bercakap di khayalak ramai . " balas Toshio.

"Tapi kami memang tidak ada pelajar lain yang layak berikan ucapan kecuali kamu dan untuk isi ucapan kamu belasah sahaja asal sampai 3 minit .3 minit sahaja.Bolehlah 😁😁😁?." rayu senior sekali lagi.

"T..I..D..A..K !" tegas Toshio.

"Bagaimana kalau begini , kamu kata kamu tidak suka berada di khayalak ramai jadi kamu mesti seorang introvert jadi bagaimana kita buat perjanjian ."

" Untuk pengetahuan kamu setiap pelajar diwajibkan untuk memilih kelab yang mereka minati tetapi untuk kamu , saya izinkan untuk gunakan salah satu ruang kelab untuk kamu seorang diri. Bererti kamu akan menjadi ahli di kelab kamu sendiri dan tidak perlu untuk mengikuti kelab pelajar lain ." negosiasi Senior .

Toshio memikirkan tawaran yang menarik itu dan akhirnya bersetuju dengan semua ini.

"Setuju." Toshio.

"Bagus .Saya Erina ketua OSIS di Universiti  ini dan sayalah yang mengawal urusan sekolah ini beserta beberapa ahli OSIS lain ." balas Senior Erina .

"Sekarang kita sudah setuju .Tetapi untuk mengekalkan janji ini kita buat surat perjanjian ." licik Toshio .

Toshio mengambil buku tulis Senior Erina serta pen dan meminjam meja disana .

.......

Perjanjian Senior Erina Ketua Osis dan Danial Toshio

1. Pihak Senior Erina menjanjikan untuk memberikan pihak Danial Toshio sebuah bilik kelab miliknya sendiri untuk digunakan pihak Danial Toshio sebagai kelabnya sendiri .

2. Danial Toshio akan menggantikan seorang individu untuk menjadi penyampai ucapan pelajar baharu kerana alasan tertentu .

Pihak Pertama ,

Nurul Erina

Pihak Kedua ,

Danial Toshio

.........

"Sila tandatangan Senior Erina ." balas Toshio.

"Kam...u erhhh" geram Senior Erina dengan geram kerana terkejut dengan plot twist yang tidak terfikirkan .

" Terima kasih atas tandatangan ini .Kita akan print ini menjadi 2 lembaran untuk diberikan setiap satu .Salinan asli akan saya simpan kerana ini adalah hak saya . " senyum Toshio.

Seperti yang dikatakannya , Toshio memprint kertas itu menjadi dua lembar dan memberikan satu lembar kepada Senior Erina .

"Terima kasih , Senior Erina" sinis Toshio.

................

Dan begitulah situasinya .

Toshio memberikan ucapan sebagai wakil pelajar baharu kepada para hadirin tetapi tumpuan ramai hadirin terutama kaum hawa teralihkan kepada wajah sang pembicara kerana wajahnya sangatlah tampan dan memukau .

"Itu sahaja ucapan saya untuk hari ini , ingatlah berjaya itu adalah kerana usaha dan usaha tidak kurang dari itu .Sekian terima kasih ." berucap Toshio.

Toshio mengakhiri ucapannya dan menunduk sebagai tanda hormat .

Ramai hadirin yang menepuk tangan dengan kuat bahkan lebih daripada semasa Pengetua memberi ucapan .

Itu membuat Toshio merasa dia sudah menjalankan tugas dengan baik tetapi apa yang dia tidak tahu adalah kebanyakan yang menepuk tangan adalah disebabkan wajahnya dan bukannya ucapannnya .

.....

(Di belakang pentas)

" Senior Erina, saya sudah tunaikan janji saya jadi kamu juga wajib tunaikan janji kamu. " tegas Toshio.

"Baiklah, Baiklah .Lepas habis majlis ini ada acara pencarian ahli kelab jadi kamu nanti pergi ke belakang pentas dan jumpa saya ." menyerah Senior Erina.

"Faham Senior"

Toshio kembali ke barisan duduk pelajar tetapi di kerusi yang paling belakang .

Majlis diteruskan dengan beberapa ucapan pihak atasan termasuk Senior Erina yang merupakan Ketua OSIS dan menerangkan beberapa peraturan Universiti Johor yang tidak boleh dilanggar .

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu Negeri Johor oleh semua pelajar .

Seperti yang dijanjikan , Toshio berjumpa dengan Senior Erina di belakang pentas dan membawa Toshio ke bilik OSIS.

Di bilik OSIS , beberapa pelajar senior berkumpul di meja mesyuarat dan Senior Erina mengetuai perbincangan berkaitan kepemilikan bilik kelab.

(Selepas 10 minit perbincangan )

"Toshio , kamu akan mendapat keistemewaan untuk menggunakan ruangan kelab sebagai kegunaan kamu peribadi ." kata Penolong ketua OSIS, Senior Tan Zheng Ti .

" Senior Tan , kamu bawa Toshio menuju bilik kelab di atas bumbung ." arah Senior Erina.

"Baik , Erina " jawap Senior Tan.

" Bumbung? " kata hati Toshio.

(Bumbung)

Universiti ini memiliki bumbung yang terbuka seperti di drama-drama korea yang bersambung dengan pintu tangga tepat ditengah bumbung .

Bersebelahan pintu tangga memiliki sebuah bilik yang sangat besar berukuran seperti sebuah kedai di mall-mall .

" Ini ruangan yang kamu akan gunakan untuk kelab kamu .Gunakanlah dengan baik dan kamu boleh hias bilik ini seperti yang kamu dan ahli kelab kamu inginkan ." Senior Tan

" Baikl.....Tungu sekejap AHLI KELAB KAMU?"

terkejut Toshio

" Setiap kelab perlu memiliki ahli sekurang-kurangkan 4 orang ahli dan kamu perlu fikirkan untuk menggunakan kelab ini sebagai apa .Contohnya , kelab sketsa ataupun kelab Teroka untuk kami memberikan dana kepada kelab kamu .Kepemilikan kelab tidak boleh ditarik balik kecuali kamu meninggal dunia jadi ini kelab kamu , cari ahli dan tentukan tujuan kelab .Terima kasih ."

Senior Tan terus beredar dari sana meninggalkan Toshio dengan seribu satu persoalan di benaknya .

" Dasar Rubah Tua licik. " Geram Toshio yang mengepalkan tangan tidak terkata .

"Uhh, malas aku lihat ruang bilik kelab aku.

Esok sahaja lah uruskan masalah kelab ini."

.......

(Di luar pintu Universiti)

Masa menunjukkan pukul 3 petang .Toshio merancang untuk terus pergi ke supermarket yang dekat dengan rumahnya untuk membeli barangan masakan.

Toshio merancang untuk memesan grab untuk ke supermarket dan berjalan kaki dari supermarket ke rumahnya kerana jarak tempur yang singkat dan mampu menjimatkan kewangan Toshio .

Selesai membeli barangan masak dimana Toshio merancang untuk membuat ayam goreng berempah dengan sayur kankung .

Toshio berjalan melalui kawasan perjalan kaki yang dikelilingi oleh bangunan dan kedai makan Mamak.

Toshio tersentak apabila mendengar sesuatu yang pelik di sebuah lorong di antara bangunan .

Dengan memberanikan diri Toshio melihat ke lorong itu dan didalam lorong yang sangat dalam itu terdengarlah bunyi beberapa lelaki yang seperti seorang samseng jalanan yang sedang mengelilingi seorang atuk tua .

Jumlah samseng itulah adalah berjumlah dua orang dan mereka terlihat sangat menakutkan .

"Hei orang tua , kau tadi ambil kami punya barang kami kan ..bagi kami balik orang tua tak guna."

" Ini adalah barang untuk cucuku , dan kamulah yang mencurinya dari atok waktu atok lagi makan di tepi jalan . "

" INI BARANG KAMI .KAU ORANG TUA BAGI JELAH CUCU KESAYANGAN KAU ITU BUKU .BUDAK-BUDAK PATUTNYA BELAJAR SIKIT BUKAN ..."

Bunyi bising yang yang kedengaran di kawasan dalam sebuah lorong bangunan yang membuatkan Toshio terkejut dan dengan cepat mendekatkan diri ke lorong yang gelap gelita itu .

Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!

Download Novel PDF
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!