NovelToon NovelToon

Ibu Mertuaku

Bab 1 : Menikah

"Aku terima nikahnya Ariani Keisha Medina Binti Aman nianto dengan mas kahwin 6000 Ringgit tunai"

"Sah!!" semua menjawab dengan serantak. Menangis Ariani di majlis pernikahan,kerana saat itu hatinya sudah tidak menyintai lelaki yang sekarang bergelar suami nya yang sah. Dia menyintai laki-laki lain. Impiannya musnah. Dia sepertinya menyesal kerana bersetuju dengan pernikahan ini.

Setelah si suami menyarungkan cincin di jari manis Ariani,dia menyalami dan mencium tangan suaminya.

Zulkarnain tersenyum puas setelah dapat memiliki gadis yang dia idamkan. Gadis yang sangat dingin terhadapnya. Masih dia teringat kata-kata yang Ariani ucapkan dulu. Sangat-sangat melukai hati lelakinya. Namun kini, Ariani telah dia miliki. Dia memenangi pertaruhan ini.

'Ariani,aku akan buat kau melupakan laki-laki itu,sehingga kau tak kan pernah mahu mengigatnya lagi,walau hanya sekilas. Aku janji' ucapnya di dalam hati.

Setelah itu semua tetamu menjamu selera di balai yang di sediakan. Ariani dan Zulkarnain juga turut serta. Ariani hanya menjamah sedikit makanan untuk mengalas perutnya kerana dia harus mempersiapkan diri untuk majlis persandingan. Dengan cepat dia menuju masuk ke bilik nya yang sudah siap di hias cantik dengan warna merah kesukaannya.

Mak andam sudah sedia menanti Ariani. "Ariani,tukar baju dulu ye. Lepastu baru akak makeupkan kamu". Ariani pon terus menukar baju dress kembang yang cantik bewarna putih. Di pinggangnya terlilit reben bewarna merah yang sangat cantik. Dia terlihat seperti seorang puteri. Kemudian dia pon duduk di kerusi untuk mak andam menghiasinya.

1 jam berlalu, Ariani pon siap di rias. Wajahnya terlihat sangat berbeza ketika tidak memakai makeup. "Ariani, silap-silap nanti suami kau pon tak kenal kau. Kau tersangat cantik" Aien sahabat baik Ariani mencela. Memuji kecantikan Ariani. Ucapannya tulus ikhlas. Tidak pernah menyakiti. Ariani hanya diam menunduk.

"Ariani,lupakan semua yang dah berlaku. Sekarang Zulkarnain adalah suami kau yang sah. Aku yakin,dia laki-laki yang baik. Dan aku yakin dia pasti akan membahagiakan kau. Kau jadilah isteri yang taat dan baik ya" Ain memberi sedikit nasihat. Dia tahu semua perjalanan hidup Ariani. Antara Ariani dan Aien tidak pernah ada rahasia. Mereka tersangat rapat sehingga dicemburui semua orang.

Air mata Ariani bergenang di tubir matanya. Hanya tunggu ia mengalir. Dengan cepat Aien mengelapnya. Tidak mahu sahabat kesayangan nya itu berduka di hari bahagianya. Dia tidak mahu air mata sahabatnya itu mencomotkan mukanya yang sudah siap dirias.

"Aien,aku tak nak kawen" terucap kata-kata itu di bibir Ariani. Tangannya kuat menggenggam jari jemari sahabatnya. Aien menarik nafas berat. Dia turut merasa apa yang Ariani rasakan. Jika dia di tempat Ariani mungkin juga dia tidak sekuat itu.

"Ariani sabarlah,dah tak boleh nak undur. Kau dah jadi isteri Zulkarnain yang sah. Sudah tertulis Zulkarnain adalah jodohmu. Bukan Norzri. Kau harus redha menerima semua ini. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kau ya". Aien memeluk erat sahabat kesayangan nya.

'Kompang di palu,pengantin baru..

Duduk bersanding tersipu malu'

sayup-sayup di kejauhan sudah terdengar kompang bergema menandakan pengantin lelaki dalam perjalanan menemui pengantin perempuan. Aien membetulkan baju Ariani yang agak kusut kerana memeluknya. Lalu dia mengelap sisa-sisa air mata yang masih ada di wajah Ariani. Dia menyuruh sahabatnya itu tersenyum sewaktu menyambut suaminya. Tangannya kuat menggenggam tangan Ariani,menyalurkan kekuatan buat sahabatnya.

Berganding dia keluar,membantu Ariani menemui suaminya. Dari jauh sudah terlihat Zulkarnain tersenyum manis. Bahagia terlihat jelas di wajah tampannya. Aien berbisik ke telinga Ariani, "tersenyumlah sepertimana Zulkarnain tersenyum. Dia nampak bahagia,dan terlihat jelas di wajahnya dia ikhlas memperisterikan mu Ariani". Aien tersenyum seusai mebisikkan kata-kata itu di telinga Ariani. Ariani mencuba mengukir senyum. Namun tampak kaku.

Akhirnya keduanya bertatapan. Lalu Ariani berdiri di sebelah Zulkarnain. Dengan cepat Zulkarnain menggenggam jari-jemari Ariani. Zulkarnain memandangnya dengan tatapan nakal. Ariani menunduk,wajahnya memerah..malu bila dilihat seperti itu. Lalu keduanya berjalan menuju ke pelamin yang di hias indah.

Puan leha sibuk melayan tetamu. Mereka tidak menyangka tetamu akan datang seramai itu. Lalu dia berjalan ke arah pelamin untuk menepung tawar pengantin. Dia menyalami Ariani dan Zulkarnain lalu memeluk erat puterinya. Dia bahagia bila melihat Ariani sudah mendirikan rumah tangga. Ariani menciptakan senyum indah buat wanita yang selama ini banyak bekorban.

'Abah..andai saja abah masih ada' mata Ariani mula berkaca.

...****************...

Bab 2 : Malam pertama

Jam menunjuk kan ke angka 5 petang. Tetamu sudah beransur-ansur balik. Semuanya memuji kecantikan dan ketampanan sang pengantin. Sahabat-sahabat Ariani juga semuanya sudah pulang. Hanya tinggal Aien yang masih setia menemani.

"Ariani,selesai sudah majlis perkahwinan mu. Aku ucapkan tahniah pada kau ya. Semoga kau bahagia bersama Zulkarnain sampai ke Syurga Allah. Jadilah isteri yang taat. Redha dan bersyukur dengan apa yang kau ada. Insyaallah kau pasti akan bahagia" Aien menggenggam erat tangan sahabatnya sambil tersenyum bahagia. Baginya,jika Ariani bahagia dia juga akan turut bahagia.

Ariani mengangguk tanda faham. "okeylah,aku balik dulu tau. Jaga diri ya Ariani. Aku sayang kau sangat-sangat" . Ariani membalas pelukan sahabat karibnya itu.

Setelah Aien pergi, Zulkarnain datang mendekat. Lelaki itu tetap juga tersenyum walau tidak di hiraukan. Benarlah kata Aien, Zulkarnain nampak bahagia dan gembira hari ini. Hatinya berbicara. Dia mula mengenal apa itu cinta setelah mengenali suaminya itu. Setianya dia pada lelaki itu selama bertahun-tahun,sehinggalah terjadinya peristiwa yang berlaku di hadapan matanya itu. Saat itu hatinya membenci lelaki yang bernama Zulkarnain.

Ariani di kejutkan dengan sentuhan di bahunya. Terlihat wanita yang paling dia sayang berada di sebelahnya. "Emak!!". Ariani memeluk ibunya. Air matanya gugur jua.

"Emak tahu apa yang ada dalam hati Ariani,namun kita hanya merancang,tapi Allah yang menentukan segalanya. Sudah tertulis jodoh Ariani adalah bersama Zulkarnain. Emak yakin, Zulkarnain akan buat anak emak ni bahagia".. Ariani hanya mengangguk tanda faham.

Ariani masuk ke bilik untuk menukar pakaian. Dalam masyarakat orang kampung Jawa,kebiasaan nya mencuci periuk belanga ada lah tugas pengantin. Hanya untuk menceriakan suasana. Kedua merpati sejoli itu pergi ke bahagian periuk. Ada 5 biji yang masih tersisa. Yang lain nya sudah di cuci bersih oleh adik beradik dan saudara mara yang hadir.

"sayang ambil yang ini,senang siket nak cuci. Tak kotor sangat. Yang ini biar Abang yang cuci", Ariani terkedu mendengar Zulkarnain memanggilnya 'sayang' dan membahasakannya dirinya 'abang'. Jantungnya berdegup kencang. Wajahnya memerah terasa panas. Dia hanya mengangguk.

Usai mencuci periuk azan maghrib pon berkumandang. Zulkarnain menyuruh Ariani membersihkan dirinya dahulu,lalu mereka solat maghrib berjemaah. Setelah membaca doa dan bersalaman,keduanya duduk di ruang tamu,saat itu semua anggota keluarga Ariani sedang duduk berbual kosong. Masing-masing beransur pulang ke rumah masing-masing. Emak juga sudah masuk tidur kerana keletihan melayan tetamu.

"Ariani tak ngantuk ke? Jom masuk tidur" Zulkarnain memandang dengan pandangan yang penuh dengan makna. Ariani memalingkan mukanya. Dia tidak rela menyerahkan tubuhnya kepada laki-laki yang tidak dia cintai.

Cintanya pada laki-laki itu telah padam saat laki-laki itu ketahuan curang di belakang Ariani. Betapa dia membenci laki-laki yang sekarang sudah menjadi suami nya. Hatinya terasa sakit. Dendam nya membara.

...****************...

Bab 3 : Malam pertama 1

Dengan cepat Zulkarnain menggenggam pergelangan tangan Ariani,menarik isterinya masuk ke bilik tidur. Ariani meronta-ronta,namun apa lah daya kudratnya seorang wanita. Dia terasa ingin menjerit,nanti apa pula kata keluarganya. Menjerit di tengah-tengah malam.

Ariani seboleh-bolehnya ingin melepaskan tangannya dari genggaman Zulkarnain. Namun Zulkarnain lebih pantas,dia mengendong Ariani tanpa mempedulikan rontaan gadis itu. Lalu meletakkan Ariani di atas katil. Ariani pantas bangun membetulkan baju tidurnya yang tersingkap. Menampakkan kulit nya yang putih bersih.

Mata Zulkarnain tidak lepas dari memandang Ariani. Ada rasa rindu yang lame dipendam. Namun dia sedar,semua itu kerana kesalahan yang dia perbuat juga sehingga gadis itu membenci dirinya. Sedangkan selama bertahun-tahun Ariani begitu setia menanti dirinya menjadi kekasihnya yang halal.

Kerana tercabar dengan kata-kata kawannya,dia kehilangan Ariani. Bila gadis itu memutuskan untuk tidak mahu bersamanya lagi,dari situ lah Zulkarnain sedar kalau Ariani adalah gadis yang sangat beharga. Sehari tanpa Ariani bagaikan setahun. Hidupnya terasa hambar. Hari-harinya terasa sepi. Sedangkan dulu setiap hari gadis itu akan menghantar pesanan setiap hari apa yang di lakukan.

Lamunannya terhenti bila dia di kejutkan dengan penolakan Ariani. Badannya hampir jatuh kebelakang. Mujur dia sempat memegang tiang katil. Dipandang gadis itu dengan pandangan tajam. Terkejut dengan cara Ariani,sedangkan gadis itu dulunya seorang yang sangat lemah lembut dan sopan.

Ariani menarik selimut tebalnya. Lalu membaringkan badanya untuk tidur. Dia tidur membelakangkan Zulkarnain. Tidak mahu dia melihat wajah lelaki itu. Zulkarnain menghelah nafas berat. Lalu dia membaringkan badannya di sebelah Ariani. Di tengah-tengah terletak bantal bulat untuk membahagikan tempat tidur. Zulkarnain mencuit bahu Ariani. "sayang dah tidur ke?". Ariani pura-pura diam. Darah panas naik ke wajahnya. Bibirnya terkatup rapat.

"Abang tahu sayang belum tidur". Sejak dulu memang itu lah panggilan Zulkarnain terhadap Ariani. Walau saat itu mereka tiada ikatan apa-apa,tapi sayangnya dia kepada gadis itu melebihi segala-galanya. Ariani gadis yang baik. Menurut kata. Tidak pernah memberontak walau langkahnya di kongkong Zulkarnain. Zulkarnain mencuit lagi bahu isterinya. "Tak baik tidur membelakangi suami. Berdosa tau." matanya melirik namun masih tiada respon dari Ariani.

"Kalau Ariani tak nak cakap apa-apa Abang peluk je la". Terasa ada pergerakkan semakin mendekat,dengan serta merta Ariani memusingkan badannya menghadap Zulkarnain. Matanya tajam memandang wajah di depannya. Zulkarnain tertawa seperti tidak merasa bersalah. Sejenak mereka bertatapan.

"Nak apa? Orang nak tidur ni" jawab Ariani dingin,menutup mulutnya yang berpura-pura menguap. Dia sebenarnya mahu mengelakkan sebarang pertanyaan dari Zulkarnain. "Ariani betul-betul dah tak ada siket pon rasa sayang dan cinta pada Abang ke?". Ariani mengalihkan pandangannya. Matanya redup. Sekilas dia teringat peristiwa setahun lepas. Hatinya serta merta merasa sakit. Matanya mula berkaca-kaca.

"Untuk apa menyintai manusia yang tidak tahu menghargai? Layak ke kau untuk dicintai?" Ariani menjawab dengan kasar. Air mata yang di tahan sedari tadi meluncur laju. Pandangan nya tajam. Seolah-olah seekor helang sedang memerhatikan mangsanya. Bila di ingat apa yang dilakukan Zulkarnain saat itu,dia tersangat benci memandang wajah lelaki di hadapannya itu. Padahal lelaki itu lah yang meminta Ariani untuk setia menunggunya.

Zulkarnain tersentap mendengar bicara kasar Ariani. Tidak pernah gadis itu menggunakan bahasa 'aku' saat berbicara dengannya. Namun kali ini gadis ini benar-benar berubah. Zulkarnain menarik Ariani ke dalam pelukannya. Ariani meronta-ronta minta dilepaskan. Namun semakin kuat Ariani meronta,semakin kuat dan kemas pelukan Zulkarnain terhadapnya. Menggunakan tenaganya untuk melepaskan diri,membuatkan Ariani lelah. Dia hanya mampu menangis di dada Zulkarnain, memukul-mukul dada Zulkarnain sehingga dia tertidur di pelukan Zulkarnain.

...****************...

Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!

Download Novel PDF
NovelToon
Novel sejumlah besar sedang menunggu Anda baca! Juga ada komik, buku audio, dan konten lain untuk dipilih~
Semua konten GRATIS! Klik di bawah untuk download!