CHAPTER 3: MAKANAN PERTAMA

Pagi yang cerah menyinari dedaunan hutan yang hijau, memberikan kehidupan pada setiap rumput yang melambai perlahan ditiup angin. Di tengah hutan yang sepi, seekor tikus tanah sedang berjalan perlahan-lahan, menghidu udara, mencari sisa makanan di celah-celah rumput.

Namun, langkah kecilnya tiba-tiba terhenti apabila bunyi logam berbunyi—perangkap telah mengena.

"Yehh! Dapat makanan kelima!" jerit Anna dengan gembira sambil berlari ke arah perangkap yang dipasang semalam. Dia mengangkat ekor tikus itu dengan senyuman penuh rasa puas. "Maafkan aku, tikus kecil... Tapi aku perlukan kau untuk terus hidup."

Dengan penuh teliti, Anna membuka beg kecil dari bahan lusuh dan mengeluarkan sebilah pisau kecil. Dia meletakkan tikus itu di atas daun pisang besar yang diambil dari sekeliling. Dengan perlahan dan hati-hati, dia memisahkan kulit dari badan tikus tersebut. Tangannya sudah terbiasa dengan kerja kasar itu walaupun baru berumur lapan tahun.

"Tuhan... berkatilah makanan ini..." bisiknya perlahan sebelum membalut daging yang telah dibersihkan ke dalam daun pisang dan menyimpannya ke dalam beg ajaib yang boleh menyimpan apa sahaja tanpa batasan.

Kemudian dia berdiri, memandang ke arah langit biru yang cerah, dan menoleh ke arah temannya yang kecil dan jernih seperti air—slime biru bernama Nala.

"Hari ini kita ke Kota Bayam," kata Anna sambil mengusap begnya. "Moga ada rezeki untuk kita di sana."

"Pew... pew!" balas Nala dengan bunyi lembut yang hanya Anna fahami. Mereka meneruskan perjalanan melalui semak dan belukar, langkah kaki Anna yang kecil penuh semangat walau tenaganya makin susut.

Tidak lama kemudian, Anna tersenyum gembira apabila melihat timbunan sampah di satu sudut hutan.

"Waa! Ada sampah! Mungkin ada poison penawar lagi!" katanya riang lalu berlari ke arahnya. Dia membelek dua buah kotak usang dan menarik keluar beberapa botol kecil berisi cecair pelbagai warna.

"Satu... dua... tiga... lapan... dua puluh lima! Wahh, kita ada 25 penawar sekarang!" katanya dengan bangga, menyusun botol itu ke dalam kantung khas dalam beg ajaib.

Namun, perhatian Anna terganggu apabila melihat Nala mula menyentuh salah satu botol yang hampir busuk. Dengan perlahan, slime kecil itu mencairkan isi dalam botol tersebut dan meminumnya tanpa ragu.

Anna memerhati dengan penuh minat dan berfikir, "Adakah poison busuk itu makanan Nala?" Dengan senyuman lembut, dia mengasingkan beberapa botol yang sudah rosak untuk dijadikan makanan Nala di waktu malam.

---

...Waktu Malam...

Cahaya bulan menembusi celah-celah dedaunan hutan, memantulkan sinaran lembut di atas dahan pokok besar tempat Anna berehat malam itu. Dengan berhati-hati, dia duduk di atas dahan yang lebar, dan meletakkan Nala di sisinya.

Dia membuka beg dan mengeluarkan daging tikus tanah yang dibalut daun pisang. Di sebelahnya, dia juga menyediakan poison busuk yang disukai Nala.

"Sebelum makan... kita kena berdoa dulu," kata Anna sambil menggenggam tangannya dan menutup mata. "Tuhan... tolong berkatilah makanan ini. Terima kasih untuk rezeki hari ini."

Nala cuba meniru tindakan Anna, dan bunyi kecil keluar dari tubuh jernihnya. "Pew... pew... peww... deww..."

Anna ketawa kecil. "Kau comel sangat, Nala."

Dia mula makan daging tersebut perlahan-lahan. Rasanya hambar, tiada garam, tiada rempah. Tetapi perutnya yang kosong tidak memilih. Sambil mengunyah, dia memandang Nala yang gembira mencairkan poison busuk dengan begitu berselera.

"Ehh Nala, kau dapat makanan yang lebih sedap dari aku nampaknya!" kata Anna dengan sedikit cemburu bercampur gurauan. Nala hanya membalas dengan kekenyangan dan bunyi manja.

Setelah menghabiskan makan malam, Anna menatap langit malam yang bertabur bintang. Angin sejuk malam membelai wajahnya, dan dia memeluk lututnya sambil menarik nafas panjang.

"Nala... kau nak dengar cerita aku?" soalnya perlahan.

Nala menggeliat kecil dan mengeluarkan bunyi lembut. "Pew... pew..."

Anna menghela nafas sebelum mula bercerita...

Episodes

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play