Bab 4: Bilik Rahsia

Elan mengambil lampu picit dalam poket jaket. Dia melangkah setapak demi setapak. Gelapnya. Ia tak dalam sangat. Keadaan yang gelap menyukarkan dia untuk melihat. Lampu dihala ke kiri dan kanan. Dia nampak ada almari kosong yang mula mereput, ada pintu di sebelahnya.

         Tombol pintu dipulas. Lampu dihala ke sekeliling. Dia mencari sesuatu untuk tahan pintu. Bimbang ia tertutup sendiri. Pencarian diteruskan. Kali ini ada meja di sudut dengan beberapa almari yang dipenuhi dengan buku. Meja didekati. Alat tulis dan buku yang terbuka bertaburan. Ada lampu meja juga.

          'Ada suis ke?', fikirnya sambil melangkah dengan lampu dihala ke dinding. Ada kotak suis di hujung bilik. Dia membuka penutup dan menekan suis. Tang!

          Lampu putih menerangi bilik. Lampu picit ditutup. Baru senang nak nampak. Malas dia mahu melihat kandungan buku itu. Elan pergi ke lubang di dinding yang menghala lurus ke bawah. Dia melihat ke dalam. Macam dalam je. Dah lah gelap. Nak masuk ke tak?

          "Masuk je lah", dia duduk sambil melunjurkan kaki ke dalam. Lampu picit dipasang lalu dia menolak badannya ke depan. Dia menggelongsor ke dalam dengan laju. Angin menderu-deru. Dalam masa seminit dia mendarat pada sesuatu yang lembut. Bantal rasanya. Dia bangun dan menghala lampu ke depan. Seminit mungkin terasa sekejap saja tapi ia agak lama bila menuruni gelongsor tadi. Elan mencari suis.

          'Ahh', lampu picit menghala ke dinding di sebelah kanan, dekat dengan rak buku. Dia menekan semua suis yang ada. Elan menoleh. Woah. Besar juga tempat ni. Di sebelah kiri ada makmal uji kaji manakala sebelah kanan adalah pejabat. Dia boleh lihat ada bilik lagi di bahagian belakang.

          Elan masuk ke dalam pejabat. Suis lampu ditekan. Dia menuju ke meja dan membuka laci. Tak ada apa. Dia buka laci kedua. Ada sebuah buku. Dia ambil dan melihat kulit depan dan belakang. Muka surat pertama diselak. Matanya membesar. James Allen. Nama atuknya. Buku dibawa. Nanti saja aku tengok. Dia masuk ke makmal pula.

          Ada almari yang penuh dengan tabung uji dengan cecair di dalam. Dia melihat dengan lebih dekat. Apa ni? XN1Z. Huhh?? Dia melihat peralatan di meja. Peti ais penuh dengan cecair yang tidak diketahui kandungannya. Apa yang atuk buat ni? Elan melihat jam tangan. Alamak. Dah lewat. Aku perlu kembali ke bilik. Dia kembali ke tempat dia mendarat tadi. Takkan nak panjat balik? Mesti ada tangga.

          Elan menoleh,mencari sesuatu. Hmm? Apa tu? Ada butang merah di dinding. Tak jauh dari sini. Dia pergi ke situ dan menekan butang. Bunyi dinding bergerak kedengaran. Ada sebatang anak tangga. Lampu menyala satu persatu. Elan mendaki anak tangga. Dia perlu cepat sebelum mereka sedar dia hilang.

          Dia sampai ke permukaan. Blok batu ukiran bunga itu bergerak menutup lubang. Ohh. Nasib baik ia boleh tutup sendiri. Elan melalui jalan dalam pagar sesat. Bila sampai ke laluan masuk dia menoleh ke kiri dan kanan. Nampak macam tak ada sesiapa datang mencarinya. Dia kembali ke bilik. Jaket dicampak atas katil. Buku dikeluarkan sambil berbaring atas katil.

          13 March 5123

          Aku nak lakukan uji kaji mengenai kepelbagaian spesies mereka. Kali pertama aku bertemu adalah 30 tahun yang lalu. Mereka ada kebolehan yang unik. Kenapa kewujudan mereka harus disembunyikan?

          5 Mei 5123

         Aku semakin dekat dengan rahsia kebolehan mereka. Tetapi ada sesuatu yang menghalang untuk aku pergi ke sana. Dengan usia ku yang semakin meningkat, badan aku tak sekuat dulu. Aku tak dapat pergi jauh. Tapi aku akan simpan peta ke sana. Aku harap Elan akan tahu kebenaran ini bila tiba masanya.

          Bacaannya terganggu dengan ketukan di pintu. Buku ditutup dan diletak tepi.

         "Masuk"

          "Tuanku. Saya ada bawa manisan dan teh", dia letak di meja kopi di sebelah kiri katil.

         "Terima kasih", dia melonggarkan ikatan tali leher dan membuka butang atas baju. Panas pula. Dia dah rasa lapar dari penerokaan tadi. Elan tersenyum sendiri.

          "Tuanku Permaisuri dan Raja nak jumpa dengan Tuanku dulu sebelum mereka kembali ke Istana"

          "Ohh. Mereka di mana sekarang?", cawan teh diletak atas piring.

          "Di lobi. Kereta sudah menunggu", Elan bergegas keluar. Pembantunya tersenyum saja sambil mengikut langkah Tuan nya.

          "Selamat jalan. Hati-hati", dia memeluk erat Olivia. Elan akan tinggal di sini untuk sementara waktu memandangkan tempat ini akan dibaik pulih. Dia ada menyuarakan mahu tinggal di sini daripada membiarkan rumah agam ini kosong tak berpenghuni.

         "Ohh ya. Hadiah kamu akan sampai esok. Ibu harap kamu suka", Permaisuri tertawa kecil sambil menutup mulut dengan tangan.

          "Ayah dah minta beberapa pengawal dan kesatria dihantar ke sini untuk jaga kamu. Mereka mungkin sampai lewat sikit"

          "Bye abang", kata Olivia dengan sedih.

          "Kenapa sedih ni. Abang tinggal sini je pun. Kalau kamu rindu datanglah sini", senyum Elan sambil mengusap lembut rambut Olivia.

          "Boleh?"

          "Erm. Mestilah", dia melambai bila kereta mula bergerak ke pagar utama. Tetamu pun sudah mula beransur pulang. Baik aku mandi dulu.

          'Apa maksud atuk dengan rahsia?', fikirnya sambil berendam dalam tub. Dia melihat siling. Hmm... Rambut dilap sambil dia mengambil buku yang diletak bawah bantal. Dia membelek kulit buku. Hmm? Ada nombor 3 di tepi. Maksudnya ada lagi diari ni?

          "Tuanku lapar ke?", jam sudah pukul 8 malam.

          "Tak juga. Hmm. Saya nak sandwich saja lah. Kejap lagi saya tidur", penat dia seharian ke sana ke mari.

          "Baiklah. Tuanku nak jus atau teh?"

          "Jus saja", pembantunya keluar untuk maklumkan kepada Chef. Tuanku mesti penat. Pagi tadi pun awal Tuanku bangun untuk bersiap.

          Selepas mengeringkan rambut, Elan mencapai Diari tadi. Dia baring sambil menyelak muka surat seterusnya. Belum lagi dia membaca dia sudah menguap besar. Mengantuk lah pula. Esok saja baca. Dia letak diari dalam laci di tepi. Selepas makan dia terus tidur saja.

⚜️⚜️⚜️

          Ruang fasiliti kelihatan bersih berkilat tanpa cacat cela di mana-mana, dicat dengan warna hijau bercorak bunga halus dan berjubin coklat gelap. Ia nampak seperti sebuah kediaman tetapi hakikatnya bukan. Seorang pengawal sedang membawa seseorang di hadapannya kepada orang atasan untuk diperiksa.

           Mereka masuk ke sebuah bilik serba putih. Ada seorang doktor lelaki sedang menyediakan peralatan dan seorang jejaka bersut biru gelap. Pengawal itu pergi setelah dia masuk.

          Jejaka itu menghulurkan tangan. Dia menyambut lalu melangkah ke katil di tepi dan mengambil duduk di tepi. Doktor itu melakukan pemeriksaan asas dahulu dan menyukat suhu. Jejaka bersut itu perlu pastikan produk mereka berkualiti, bersesuaian dengan standard institusi. Tambahan pula klien mereka kali ini adalah golongan bangsawan yang memilih produk Gred S, yang paling tinggi mereka miliki.

          Setelah dalam sejam lagi barulah Doktor itu selesai. Dia menyerahkan dokumen yang menyatakan tahap kesihatan produk. Kemudian dia membawa ke bilik pakaian yang penuh dengan pelbagai jenis baju, kasut. Dia membelek pakaian, memilih beberapa pasang baju, seluar dan barangan lain. Keperluan lain sudah disediakan awal tapi dia nak beri lebih sikit. Produk itu hanya merenung cermin di sebelahnya.

          "Tukar baju ni", dia menghulurkan baju dan kasut. Setelah ditukar, jejaka itu melihat atas bawah. Hmmm. Bolehlah ni.

          "Mari kita pergi", dia memegang erat tangannya. Selepas ini, aku tak dapat jumpa dia lagi.

          Dia melangkah ke penghujung koridor sambil memikirkan siapakah Tuan barunya, apa yang dia tahu hanyalah identiti Tuan nya yang merupakan seorang ahli bangsawan.

Hot

Comments

raden_raphael

raden_raphael

Sure. I would love to know what you think

2025-05-24

0

See all

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play