Bab 3: Hari Yang Dinantikan

Sehari sebelum majlis, Elan datang untuk melihat persiapan. Perjalanan ke sana memakan masa sejam. Hanya hutan yang dilihat di kiri dan kanan. Dia datang dengan pembantu peribadi dan pengawal peribadi. Hanya hutan belantara yang memenuhi pemandangan. Elan melihat pelan bangunan di mana majlis diadakan. Ada 50 buah meja makan, dua khemah hidangan makanan, satu khemah untuk menyimpan hadiah yang akan diterima. Di bahagian hadapan adalah tempat dia duduk bersama keluarganya.

          Bahagian tempat duduk tetamu ada dua bahagian, dalam dan luar. Dewan utama adalah untuk tetamu VIP dan bahagian luar untuk tetamu jemputan. Elan rasa teruja bila kereta semakin mendekati rumah agam.

          Hmmm... Tapi aku rasa peliklah. Ibu dan ayah jarang cerita fasal atuk. Jadi kenapa tiba-tiba buat majlis di sini? Ada sesuatu yang aku tak tahu ke? Fikirnya sambil melihat gambar lama rumah agam semasa ia masih didiami.

          "Tuanku. Kita dah sampai", kata pemandu.

          Elan pandang ke depan dari tempat duduk belakang. Ada bunga biru menghiasi kiri dan kanan jalan. Pintu pagar turut dihias dengan bunga ros biru yang menjalar dan melilit, ia terbuka bila melihat simbol mahkota di kereta. Kereta terus menuju ke pintu masuk utama. Pengawal di situ membuka pintu kereta. Elan melangkah keluar, dia melihat sekeliling. Besarnya. Tema biru menghiasi dinding bersama bunga ros biru. Dia melangkah masuk ke dalam. Pelan di tangan dilihat lagi. Dewan... Ahh di sini huh.

          Elan membelok ke kiri dan menolak daun pintu dewan utama. Masih ada ramai pekerja sedang menghias dan menyusun barang. Dia melihat sekeliling sambil menuju ke pentas utama. Ada meja bulat di tengah untuk mempamerkan kek. Elan belum tahu lagi rupa keknya. Berapa tingkat agaknya ya? Pembantunya mengikut ke mana saja dia pergi. Elan pergi ke pintu besar di sebelah kiri dewan, di bawah laluan berbumbung. Di penghujung laluan ada taman. Pokok dan tanaman hiasan nampak kemas tetapi belum ada bunga sangat.

          "Tuanku nak saya ambil minuman?"

          "Boleh juga. Saya nak duduk sini kejap", Elan duduk di bawah pokok, menikmati angin yang bertiup lembut.

          Dia bermalam di sini hari ini supaya esok tak perlu dia tergesa-gesa. Kalau dia tinggal di istana ambil masa untuk ke sini. Dia melihat pelan. Esok dia nak pergi ke bilik bawah tanah itu. Pembantunya sampai dengan segelas minuman bersama jug. Hari agak panas terik, habis diteguk segelas air jus.

          "Selamat malam Tuanku. Kalau perlukan apa-apa boleh panggil saya"

          "Okay", bilik dia di sebelah saja. Elan tutup dan kunci pintu. Dia berbaring di katil setelah menutup lampu. Lampu meja di sebelah ditekan. Dia melihat mesej dari adiknya yang sudah bertolak ke Windstein petang tadi. Malam baru dia sampai.

          | Dah sampai di hotel ke? |

          | Baru sampai. Nak mandi dan tidur terus saja. Abang dah nak tidur ke? |

          | Ya. Good luck. Esok abang hantar gambar 😉|

          | Selamat malam |

          Elan letak telefon di meja tepi katil. Lampu ditutup. Matanya dah terasa kuyu. Selimut ditarik rapat ke dada.

🎂🎂🎂

          Jurumekap menepuk lembut bedak di pipi Elan. Rambutnya dihias kemas dengan stail belah tepi. Dia mencapai jaket dan melihat penampilan di cermin. Dia tersenyum sebelum melangkah keluar. Tetamu sudah memenuhi dewan. Menikmati hidangan ringan sebelum majlis bermula.

          "Okay ke?", tanya Elan kepada pembantunya.

          "Tuanku nampak sempurna tak kira apa pun Tuanku pakai", Elan tahu mesti dia akan cakap begitu. Dia nampak tangannya di belakang.

          "Apa tu? Kamu bawa sesuatu?"

          "Saya ada beli hadiah untuk Tuanku", dia memberi kotak kecil ke tangannya. Elan membelek kotak.

          "Terima kasih", senyum Elan. Dia selalu ada hadiah untuknya setiap tahun.

          Mereka bergerak ke dewan. Pintu dibuka dari dalam. Semua orang menoleh. Elan melangkah dengan yakin ke laluan tengah menuju ke pentas. Ibu, ayah dan Olivia sudah berada di situ.

          "Selamat Hari Jadi Elan", kata mereka.

          "Selamat Hari Jadi abang", senyum Olivia.

          "Terima kasih", Elan pergi ke podium dan mendekatkan mikrofon ke arahnya.

          "Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada semua tetamu jemputan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menghadiri hari istimewa ini. Sila nikmati hidangan yang disediakan", semua orang bertepuk tangan. Majlis dimulakan dengan potongan kek tingkat dengan tema ros biru dan burung merpati. Elan juga berbual dengan tetamu yang datang bersama hadiah. Sampai tengah hari juga baru dia selesai. Dia makan bersama keluarganya sebelum keluar dari dewan bersama pembantunya.

          "Saya nak rehat dulu. Kalau ada sesiapa tanya", jaket dibuka.

          "Baik Tuanku. Rehatlah dulu", dia pergi ke biliknya dan berbaring di katil. Jaket disidai di kerusi. Elan menunggu dalam 10 minit lalu bangun. Pelan rumah dibuka dan dibentang atas katil. Hmmm. Jauh juga. Ruang bawah tanah ini ada di kawasan belakang taman. Pelan disimpan dalam poket. Jaket dicapai.

     Elan turun ke tangga sebelah kiri dari biliknya yang menuju ke dapur. Dari situ dia boleh pergi ke belakang tanpa dilihat sesiapa. Chef sedang sibuk memasak hidangan. Suasana dalam dapur riuh dengan bunyi pinggan dan perkakas berlaga. Dia menoleh kiri dan kanan. Okay. Aku perlu cepat. Lantas dia berlari melintas pintu masuk ke dapur. Nasib baik pintu tertutup.

          'Selamat...', pintu ditutup. Dia menoleh ke kiri, mengikut laluan sehingga taman kelihatan. Bahagian sebelah sini tak ada orang memandangkan mereka menggunakan tempat di bahagian hadapan taman. Dia terus berlari-lari anak ke dalam taman. Ada pagar sesat dibina di sini. Sebab tu dia rasa teruja semacam. Ia agak besar dan ruang bawah tanah ada di tengah labyrinth.

          Dilihatnya dinding dari rumput yang lebih tinggi darinya. Macam mana nak sampai ni? Dia menuju ke laluan sebelah kanan sambil tangannya menyentuh dinding. Mata melilau ke sekeliling, mencari klu. Ada sesuatu bersinar dari ekor matanya. Apa tu? Elan mencangkung dan melihat ke bawah dinding. Tangannya mencapai objek yang bersinar itu.

          'Kaca?', blok kaca bersaiz satu inci dibelek. Baik simpan sini dulu. Nanti kalau dah jumpa aku boleh lukis dalam pelan. Blok disimpan semula di mana dia jumpa.

          "Okay. Blok tu mesti klu untuk pergi ke situ", jadi dengan itu dia mencari di setiap selekoh. Kanan. Kiri. Lurus. Kiri. Bulatan ke Kanan. Naik tangga. Di penghujung laluan ada tapak batu dengan corak bunga. Tak ada apa pun. Hmmm. Kejap. Kenapa bunga ni saja yang berwarna?

          Elan menekan setiap bunga. Ada bunyi klik setiap kali dia tekan. Bunyi roda bergerak kedengaran. Tapak batu bergerak ke kanan, muncul sebatang anak tangga ke bawah tanah.

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play