Bab 2: Underworld - Dunia yang dilupakan

Jejaka berkelubung itu berlari pantas di lapangan luas tak berumput, menuju ke dalam hutan. Akar pokok yang besar dielak. Tanah sekeliling kehitaman bagaikan keadaan sekeliling mati, dengan pohon tak berdaun. Dia pergi ke sebatang pokok berdahan paling besar di situ lalu menekan ruang tengah, ia membentuk lubang bulat setelah ditekan. Lubang besar di bawah tanah terbuka lalu dia melompat masuk. Gelongsor panjang membawa dia jauh ke dalam. Setelah beberapa minit, yang terasa sangat lama, akhirnya dia menjejakkan kaki ke tanah.

          "Kamu ada jumpa apa-apa?" tanya seorang yang berjaga di situ.

          "Ada pod datang! Panggil mereka semua cepat!", pengawal itu segera berlari.

          Dia pula pergi ke bilik komunikasi. Butang mesin ditekan. Mikrofon diletak dekat ke mulut.

          "Perhatian. Penceroboh datang. Saya ulang. Penceroboh datang. Sila kembali segera", mesejnya akan sampai ke atas. Memberi amaran kepada semua penduduk. Bunyi siren berkumandang beberapa kali sebelum senyap. Semua penduduk berlari lintang pukang ke rumah masing-masing. Kemudian keadaan berubah sepi bagaikan tiada sesiapa di situ.

          Ramai orang sudah melalui gelungsur yang ditempatkan di beberapa lokasi. Semua sudah selamat sampai ke ruang bawah tanah. Mereka berkumpul di dewan. Terpaksalah mereka semalaman di sini.

          "Nasib baik kamu beri amaran Ray", kata si pengawal.

          "Aku dekat lapangan tadi. Nasib baik juga aku nampak", mana budak tu. Dia buat kerja ke tak.

          "Cikgu. Saya dah selesai", kata seorang jejaka yang berusia awal 20-an.

          "Bagus. Aku harap mereka tak tangkap sesiapa. Semua orang di sini?", katanya sambil melangkah ke dewan.

          "Yup. Saya periksa semua rumah tadi"

          "Pastikan mereka tak pergi ke atas sehingga aku beritahu esok", arah Ray. Tugasnya adalah untuk memastikan keadaan selamat sebelum mereka boleh kembali ke atas.

          "Okay", dia terus masuk ke dalam dewan. Orang ramai kelihatan risau sambil memeriksa ahli keluarga dan kenalan masing-masing. Separuh penduduk di situ adalah demi-human jadi anda akan nampak banyak telinga gebu.

         "Mew", kata si kucing.

         "Hai. Kenapa ni? Mana abang kamu?", dia mencari-cari dia sebalik orang ramai. Anak kucing didukung sambil dia pergi ke bangku kayu. Diletak si kucing di situ. Selang beberapa minit seorang demi-human kucing dewasa mendekatinya.

          "Keith. Nasib baik kamu jumpa dia"

         "Kan abang cakap jangan pergi mana-mana", dia mengusap rambut si kucing.

          "Terima kasih"

          "No problem. Memang kerja saya pun", dia duduk di sebelah si kucing. Keith melihat sekeliling kalau ada sesiapa perlukan bantuan.

          "Keith. Saya tak jumpa adik saya", kata seseorang dengan telinga arnab.

         "Kamu dah cari?", kalau dia masih di atas...

          "Saya dah cari sekeliling bandar. Tak ada. Entah-entah dia masih di atas. Dia pergi main tadi di taman", katanya. Dia selalu pesan kalau ada bunyi siren dia perlu pergi ke sini.

          "Jangan risau. Saya cari dia di atas", dia menepuk bahunya.

          "Okay. Hati-hati", Keith mengangguk. Dia pergi ke elevator di arah bertentangan dengan gelungsur. Butang G ditekan. Mana dia agaknya? Cuba cari di taman dululah. Sebaik elevator menjejak atas dia melalui tangga ke permukaan, pintu ditolak. Pod tu mesti dah sampai. Dia perlu berhati-hati supaya mereka tak jumpanya.

          Dia berlari ke taman yang terletak di kawasan perumahan. Rumah di sini kebanyakannya kelihatan seperti terbiar tetapi ia bersebab. Supaya orang-orang itu tak tahu tempat ini adalah penempatan penduduk. Selama ini mereka selamat disebabkan itu.

          "Apa nama dia?", dia melihat sekeliling taman. Tak ada sesiapa. Mungkin dia menyorok.

          "Ada sesiapa sini?", katanya. Dia tak tahu di mana penceroboh itu pergi jadi dia tak dapat jerit untuk memanggil si arnab. Keith memanggil sekali lagi. Rimbunan daun berwarna ungu gelap bergerak lalu tiga pasang telinga arnab memunculkan diri.

          "Nyu....", katanya dengan takut. Mereka terus menerpa ke Keith.

          "Sini pun kamu tiga. Mari kita pergi", macam mana nak bawa kembar tiga ni? Ohh aku tahu. Dia mendukung seorang di belakang lalu diikat ketat dengan jaket. Manakala dua orang didukung di depan. Nasib baik mereka ni kecil taklah berat sangat nak bawa.

          Dia terus berlari ke elevator sambil menoleh ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Ke mana agaknya mereka pergi? Setelah menuruni tangga dia menekan butang di tepi dinding untuk menutup ruang masuk. Dia menurunkan mereka bertiga dan mengikat jaket di pinggang. Diusap lembut rambut mereka bertiga.

          Butang elevator ditekan lantas mereka masuk. Mereka mengikut Keith dengan patuh sehingga ke dewan. Abang mereka menunggu dengan gelisah di depan dewan.

         "Hei! Saya jumpa mereka", kata Keith. Dia terus menoleh. Si kembar tiga terus menerpa ke abangnya.

          "Nasib baik. Mereka menyorok ke?"

          "Ya. Bagus juga mereka pandai menyorok", kembar tiga tu tak pernah berpisah jadi senang dia nak cari.

          "Terima kasih"

          "Sama-sama. Pergilah masuk", dia tersenyum lalu pergi masuk bersama si arnab kembar tiga. Comel.

          "Kamu pergi mana tadi?", tanya Ray.

          "Cari si kembar tiga tu", Ray menoleh ke dewan.

          "Hujung minggu ni kita pergi beli rifle kamu", Keith terus menoleh. Akhirnya dia dapat senjata rasmi. Selama ini dia hanya berlatih dengan pistol.

          "Okay", senyumannya sampai ke telinga. Ray tahu dia teruja nak dapat senjata sendiri.

          "Memandangkan semua orang sudah di sini kita pergi ke atas"

         "Huh? Nak buat apa lagi?", tanya Keith.

         "Aku nak tahu apa mereka buat", mereka naik semula ke atas dengan elevator. Keith memasang kelubung di atas kepala dan memakai penutup muka. Ray mendahului di depan dan mereka mula berlari ke lokasi pod mendarat. Ray melihat pod di depan lalu pergi ke belakang sebatang pokok. Keith pergi menyorok di pokok lain. Dilihatnya pintu masuk pod terbuka. Macam tak ada orang.

         "Nak masuk ke?", tanyanya kepada Ray.

          "Kita perlu cepat sebelum mereka datang", Ray masuk ke dalam sementara Keith berjaga di luar. Dia melihat keadaan dalam pod. Kosong, tak ada sesiapa. Bahagian hadapan pod dituju. Skrin komputer dilihat. Enjin masih hidup. Pendrive dicucuk lantas dia menekan butang di skrin. Mengambil salinan data ke dalam pendrive, sambil menunggu dia melihat senjata yang digunakan di bilik senjata. Sebiji peluru dan pistol diambil. Mereka tak akan tahu dia yang ambil.

          Setelah selesai, pendrive dicabut dan dia bergerak keluar. Keith menoleh dan melihat pistol di tangan Ray.

          "Sudah?"

          "Mari", mereka kembali ke bawah. Ray meneliti pistol di tangan. Dia mengambil untuk ahli saintis mereka. Mesti mereka teruja dia bawa sesuatu. Kalau mereka berjaya mungkin boleh hasilkan sesuatu seperti ini juga.

          "Cikgu rasa mana mereka pergi?"

          "Entah. Jarak ke perkampungan lain agak jauh kalau mereka mendarat di sini. Mungkin mereka cari sesuatu"

          Keith selalu melihat pulau terapung itu sejak kecil. Dia selalu tertanya-tanya apa yang ada di situ dan dapatkah dia pergi ke situ suatu hari nanti.

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play