Bandaraya Azur kelihatan sibuk seperti hari-hari yang lain. Manusia berpusu-pusu ke tempat kerja. Wajah mereka dihiasi senyuman. Mereka bergerak dengan sangat teratur. Mengikut segala peraturan. Polis peronda yang berjalan kaki tidak pernah risau kalau ada apa-apa jenayah berlaku kerana kadar jenayah sangat rendah, sehinggakan sudah beberapa tahun tiada kes jenayah. Kecurian mahupun langgar lari. Kenderaan bergerak laju ke sana ke mari, bila lampu isyarat hampir bertukar merah, pemandu terus berhenti. Memberi laluan kepada pejalan kaki.
Langit kelihatan sangat biru dengan cahaya mentari yang memancar ke seluruh bandar. Datuk bandar melihat ke luar tingkap pejabat. Hari ni pun semua orang kelihatan ceria dan bersemangat.
"Tuan. Dokumen ini perlukan tandatangan", kata secretary.
"Baiklah. Kamu macam mana hari ni? Sihat?", katanya dengan ramah.
"Saya sihat. Hari ni kita agak sibuk sikit", dia mengeluh perlahan.
"Ahh ya. Hari Ulang Tahun Kerabat Azurine tak lama lagi. Saya dengar mereka nak adakan di wilayah terpinggir", balas Datuk bandar sambil duduk di kerusi kulit. Dia mencapai dokumen yang dimaksudkan.
"Kenapa mereka nak adakan majlis penting di wilayah terpinggir?", pilihan mereka kedengaran aneh baginya.
"Kalau tak silap saya. Ada rumah agam milik arwah ayahanda Tuanku di sana. Mereka mungkin akan bangunkan semula wilayah itu"
"Ohhh. Tak tahu pula saya", rupanya ada tempat yang penting di sana.
"Ini dokumen yang kamu perlu", dia menutup fail.
"Saya pergi dulu", banyak yang perlu dilakukan sebelum hari itu tiba. Dia membayangkan segala dokumen yang memerlukan kebenaran Datuk bandar dari pihak polis trafik dan segala yang berkaitan.
🌼🌼🌼
"Tuanku. Cuba baju ini pula", kata tukang jahit.
"Okay", malas Elan nak tanya berapa pasang baju dia sediakan. Tukang jahit tu nampak gembira betul. Biarlah. Bukan selalu pun dia dapat jahit baju untuk individu penting sepertinya. Dia pergi ke cermin dan bergerak ke kiri dan kanan. Hmmm...
"Macam mana Tuanku?", dia sudah menjahit lebih dari 10 pasang baju dengan pelbagai jenis fesyen.
"Saya suka yang ni. Ada lagi yang perlu saya cuba?"
"Satu pasang saja lagi", balasnya dengan senyuman. Gembira bukan kepalang lagi bila si putera suka baju jahitan air tangannya. Dia dengan pantas mengambil baju.
Elan Ceres de Azurine. Putera Mahkota Kerajaan Azur. Hari Ulang tahun Kelahirannya yang ke 20 akan tiba dalam beberapa hari lagi. Ayahanda dan Ibunda sudah menyediakan majlis besar-besaran untuknya. Dia ada tiga orang adik beradik termasuk dirinya. Adiknya yang lain berusia 18 tahun dan yang paling bongsu adalah 10 tahun. Mereka turut tak sabar mahu meraikan hari tersebut. Elan tersenyum sendiri.
"Tuanku. Lokasi majlis sudah ditetapkan. Ia akan diadakan di rumah agam arwah Datuk Tuanku di Wilayah Terpinggir", kata pembantu peribadinya.
"Wilayah Terpinggir? Saya tak tahu pula ada rumah atuk di sana", sama seperti namanya. Wilayah Terpinggir adalah kawasan yang sudah lama terbiar dan tidak dibangunkan. Tak pernah pula dia dengar ada rumah di sana.
"Saya ada dapatkan pelan rumah dan pelan untuk majlis", dia menghulurkan dokumen.
"Terima kasih. Kamu memang terbaiklah", senyum Elan. Dia membelek helaian demi helaian. Dilihatnya pelan rumah dahulu.
Hmm... Ruang apa ni? Ada sebuah bilik kecil di ruang bawah tanah. Ohh. Baik aku check sekeliling. Penjelajahan kecil. Hehe
"Sudah selesai? Saya ada perkara lain perlu diuruskan"
"Sudah Tuanku. Selamat jalan", dia menunduk hormat.
Elan perlu periksa senarai jemputan yang datang. Pada mulanya dia mahu menjemput penduduk juga tapi bajetnya pasti lebih besar. Jadi dia memberi bajet berasingan ke kedai-kedai pastri di sekeliling untuk memberi kek percuma kepada semua. Majlis itu akan diadakan secara langsung di semua platform media sosial dan ditayangkan di berita harian.
Dia kembali ke biliknya di istana. Pembantunya meletakkan senarai jemputan di tepi. Air sejuk dituang ke dalam gelas.
"Terima kasih", dia melihat senarai.
"Tuanku nak makan?"
"Nanti rasanya. Snek saja"
"Baiklah", dia melangkah keluar untuk maklumkan kepada tukang masak.
Esok dia akan ke rumah agam arwah Datuknya. Dia tak sabar nak pergi. Mereka akan mula mengemas dan menghias sekeliling. Temanya kali ini adalah taman bunga. Banyak bunga segar akan digunakan sebagai hiasan. Dia sudah katakan beberapa jenis bunga yang dia mahukan.
"Abang. Sibuk ke", kata Isle. Dia menjenguk dari daun pintu.
"Tak juga. Masuklah"
"Saya nak beri hadiah abang awal", kotak hadiah dengan reben biru dihulur.
"Abang nak kamu datang juga tapi hari tu kamu perlu ke Bandar Windstein", adiknya ada majlis perlu dihadiri sebagai wakil. Sepatutnya Elan yang pergi tetapi hari majlis bertembung dengan Hari Ulang Tahunnya.
"Tak apalah. Tak boleh buat apa juga. Abang ambillah gambar banyak-banyak", senyumnya.
"Okay. Apa kamu beli ni?", kotak dibelek. Ada kad diletak atas kotak
"Nanti abang tahulah. Saya nak pergi kemas barang dulu"
Kotak hadiah diletak atas meja, di sebelah senarai nama. Tunangnya juga akan datang. Dah lama tak jumpa dia. Masing-masing sibuk dengan urusan. Tunangnya, Marianne sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Dia seorang yang genius dan pernah lompat kelas sebelum ini.
Mereka selalu berbalas mesej bila ada waktu lapang. Marianne belajar di Bandar Windstein yang terletak kira-kira 50 kilometer per langit dari sini. Kebetulan pula cuti semester jadi dia dapat menghadiri majlis. Elan tersenyum mengingatkan wajah Marianne. Dia seorang gadis yang menawan dan jelita dengan mata hijau zamrud.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Dia mahu bersiap untuk makan malam dan mungkin bermain game dengan rakan alam maya nanti.
"Elan. Ibu dan ayah ada hadiah istimewa untuk kamu tahun ini", kata ibunya. Ayah tersenyum.
"Ahh. Apa tu?", lain saja senyuman ibu dan ayah ni.
"Huhu. Adalah. Mana boleh beritahu", ibunya tertawa kecil.
"Mana Olivia?", adik perempuan bongsunya tak makan malam ke?
"Dia cakap tak berapa sihat tadi. Dia nak rehat awal saja katanya", balas ibu dengan risau.
"Saya pergi tengok dia lepas ni"
"Olivia. Kamu masih bangun ke?", diketuk perlahan daun pintu.
"Masuklah"
"Kamu okay?", dia duduk di birai katil. Olivia hanya bersandar di kepala katil.
"Perut ni rasa sakit. Doktor beri ubat tadi. Dia suruh rehat saja dan makan makanan lembut sehingga sihat", jelas Olivia.
"Baguslah tu. Abang nak kamu pergi majlis tu Sabtu ni"
"Mestilah. Saya nak pergi"
"Abang pergi dulu. Rehatlah. Selamat malam", dia mengucup lembut dahi Olivia.
"Selamat malam abang"
Elan menyusuri koridor di tingkat satu. Rasa nak pergi taman sekejap. Dia pergi ke laluan belakang sebelah kanan istana. Dari situ dia boleh pergi terus ke gazebo. Dilihatnya pengawal berjaga di pintu.
"Selamat petang Tuanku. Tuanku perlukan pengawal?"
"Tak apa. Saya pergi ke taman saja"
"Baiklah"
Lampu tiang menerangi laluan ke gazebo yang berbumbung biru gelap dengan reka bentuk klasik. Ada bunga ungu di sekeliling gazebo. Dia masuk ke dalam dan melihat sungai buatan yang mengelilingi gazebo. Bulan terpancar di permukaan. Suasana malam terasa tenang dengan angin yang bertiup lembut.
'Apa agaknya hadiah yang ibu dan ayah sediakan?', wajah mereka berdua buat dia terfikir. Mungkin sesuatu yang berlainan kali ini.
Seorang jejaka dengan kelubung hitam yang menutup wajah melihat pulau terapung, Bandar Azur. Ada sesuatu terbang keluar dari bahagian bawah pulau.
Mereka datang lagi. Aku tak boleh biarkan mereka ambil sesiapa malam ini. Di tangannya ada senapang yang digenggam erat.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments