Sky Utopia: The Forgotten Underworld
Sky Utopia. Pulau terapung yang dibina sejak 500 tahun yang lalu. Semua umat manusia di seluruh dunia mula hidup di sini. Ada kira-kira 50 bandar terapung di seluruh dunia. Ia dikelilingi awan sepanjang hari dengan kubah lutsinar yang melindungi mereka dari panas mentari. Sesekali akan ada hujan buatan turun membasahi bandar.
Semua orang tahu bumi pernah dilanda kemarau yang dahsyat dan pencemaran alam yang paling teruk pada 5 abad yang lalu. Seluruh muka bumi hancur dicemari pelbagai bahan kimia. Projek Utopia dilancarkan 100 tahun lebih awal dari ramalan masa pencemaran. 100 buah negara terlibat dan menyumbang dana untuk membinanya. Segala tenaga kerja dikerah sedaya upaya dalam tempoh itu.
Waris kerabat Diraja seluruh dunia adalah antara yang menjadi VVIP dalam senarai penduduk. Ramai orang bergelut, bergadai harta demi mendapatkan tempat. Ia adalah hari di mana tiada seorang pun peduli dengan sesiapa, sama ada kamu ibu, bapa, adik beradik, kawan rapat, hanya kepentingan diri perlu dilindungi, menjadi keutamaan. Kemandirian spesies manusia berada di hujung tanduk.
Sebuah pulau hanya mampu memuatkan kira-kira 50 ribu orang ke 100 ribu. Jadi anda pasti tahu apakah nasib yang menanti mereka yang ketinggalan.
Generasi kini tidak akan pernah faham perasaan yang mereka lalui. Mereka hidup mewah dengan segala keinginan dipenuhi. Elan juga sama seperti mereka. Hidupnya terasa aman dan bahagia.
Sehinggalah pada hari ulang tahun ke 20 yang disambut di kediaman lama milik arwah datuknya yang terletak di wilayah terpinggir. Kewujudan elevator di ruang bawah tanah di ruang paling terpencil di rumah agam itu. Elan masuk ke dalam dengan perasaan ingin tahu.
Dia kehairanan bila melihat hanya ada satu butang. Elan tak pernah tahu apa yang dilakukan datuknya sepanjang hidupnya. Ibu bapanya tak pernah bercerita mahupun menziarahi kubur. Tiba-tiba sahaja mereka berkata mahu mengadakan majlis ulang tahunnya di sini.
Dia masuk ke dalam dan menekan butang tak bertanda itu. Elevator bergegar lalu mula bergerak ke bawah. Elan menanti dengan debaran di dada. Teruja menanti apakah yang akan ditemui. Tiba-tiba ia berhenti bergerak.
"Huh? Kenapa ni? Rosak ke", dia melihat sekeliling elevator. Alamak kalau aku tersekat sini tak dapat panggil bantuan. Dia sudah mula rasa gelisah. Sebaik saja dia terfikir ada tak bawa telefon, elevator menjunam.
"ARGHHHHHH!!!", a-apa terjadi! Ahhh!! Aku tak sepatutnya masuk sini!
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Updated 13 Episodes
Comments