Bab 4: Kediaman Sang Rubah

Perjalanan dalam Gelap

Moy merungut sepanjang perjalanan.

"Kau ni dah gila ke?! Aku tak nak ikut kau!"

Yhin, yang berjalan di hadapannya, hanya tersenyum kecil.

"Kalau aku gila, aku tak akan susahkan diri untuk selamatkan kau."

"Tak payah selamatkan aku pun tak apa!"

"Oh ya? Kau nak tidur dalam hutan sorang-sorang, lepas tu jadi santapan siluman lapar?"

Moy terdiam.

Okey… dia ada point.

Tapi…

"Kenapa kau paksa aku ikut kau? Kau takut aku bahaya?"

Yhin tersenyum sinis. "Kau? Bahaya? Hah! Kalau kau bahaya, aku dah mati sebab ketampanan kau sejak tadi."

Moy tersedak udara. "KAU CAKAP APA?!"

Yhin hanya menjeling sambil berjalan, meninggalkan Moy yang separuh nak lari, separuh nak baling batu ke kepala lelaki ni.

Syurga Dunia yang Tiada Tandingan

Selepas beberapa jam berjalan, mereka tiba di sebuah kawasan yang Moy langsung tak boleh percaya.

"Aku bermimpi ke ni…?"

Di hadapannya terbentang sebuah istana yang luar biasa indah.

Bumbung emas berkilauan dalam cahaya bulan, dihiasi dengan ukiran naga dan burung phoenix yang seperti bergerak sendiri. Dindingnya diperbuat daripada batu putih yang bersinar, seolah-olah ada bintang terperangkap di dalamnya.

Sungai kecil beraliran jernih mengalir di sekitar istana, dengan bunga teratai emas yang bercahaya di atas permukaan air. Jambatan kayu merah dihiasi dengan tanglung-tanglung terapung, bercahaya dengan warna-warna lembut yang berubah-ubah.

Langit di atas dipenuhi dengan cahaya biru keunguan yang terapung seperti aurora.

Angin bertiup perlahan, membawa bau harum bunga yang Moy sendiri tak pernah hidu sebelum ini.

Ini bukan sekadar istana.

Ini syurga dunia yang tiada tandingan.

Moy terpaku. "Rumah kau ke ni?!"

Yhin tersenyum bangga. "Cantik, kan?"

Moy menoleh padanya dengan muka kosong. "Cantik? Tempat ni lagi hebat dari mana-mana resort lima bintang yang aku pernah tengok!"

Yhin ketawa kecil. "Sudah tentu. Ini istana keluarga rubah paling berkuasa."

Moy menelan liur. "Kau kaya gila rupanya…"

Yhin mengangkat bahu. "Aku lebih daripada kaya. Aku Yhin."

Moy mengeluh panjang. "Aku dah tahu ni akan jadi satu masalah besar."

Yhin yang Terkejut

Moy masih memandang ke sekeliling dengan rasa kagum.

Namun, Yhin hanya memandang satu perkara sahaja.

Moy.

Matanya terbuka sedikit lebih luas daripada biasa.

Dia terkejut.

Bukan kerana Moy berada di sini.

Tetapi kerana cahaya dari istananya… memantul sempurna pada rambut ungu Moy, membuatkan dia kelihatan lebih bersinar daripada semua keindahan yang ada di tempat ini.

"Mustahil…" Yhin berbisik sendiri.

Dia tak pernah lihat sesiapa yang begitu… menarik.

"Kau okay ke?" suara Moy memecahkan lamunannya.

Yhin cepat-cepat menutup riak wajahnya dan kembali tersenyum nakal.

"Aku cuma tak sangka ada seseorang yang boleh nampak lebih indah daripada istana aku."

Moy hampir tersedak udara. "KAU BOLEH DIAM TAK?!"

Ramalan Kuno

Namun, sebelum Moy boleh terus memprotes, satu suara lain memecahkan suasana.

"Apa benda yang kau bawa balik ni, Yhin?"

Seorang lelaki tinggi, berambut hitam panjang dengan mata biru tajam muncul dari pintu utama istana.

Aura dingin menyelubungi lelaki itu. Mukanya 100% tak puas hati.

Moy berbisik, "Err… kau hutang duit dekat dia ke?"

"Bukan," jawab Yhin malas. "Dia abang aku, Thanathorn."

Moy mengangguk. "Oh… patutlah aura dia macam nak baham aku hidup-hidup."

Thanathorn mendekat, memandang Moy dengan penuh curiga.

"Kau tahu apa yang kau buat, Yhin?"

"Mestilah."

"Tidak." Thanathorn menggeleng. "Kau langsung tak tahu."

Dia menghampiri Yhin, suaranya lebih perlahan tetapi penuh amaran.

"Kau masih ingat tentang ramalan kuno itu?"

Yhin terdiam seketika.

"Ramalan yang mengatakan seorang siluman dari dunia asing akan membawa perubahan besar kepada dunia kita?"

Moy mengangkat tangan. "Err… siapa siluman tu?"

Thanathorn menoleh ke arahnya dengan tajam. "Kau."

Moy hampir jatuh tergolek. "Hah?!"

Yhin menghela nafas panjang. "Jangan terlalu percaya dengan ramalan, abang."

Thanathorn mengerutkan dahi. "Tapi kau sendiri tahu, semua ramalan yang pernah diramalkan… telah menjadi kenyataan."

Yhin terdiam.

Dia benci mengakuinya…

Tapi Thanathorn mungkin betul.

Moy memegang kepalanya. "Aku baru sampai sini tak sampai sehari, dah ada ramalan pasal aku? Seriuslah…"

Yhin tersenyum nipis. "Tak apa. Tak kira apa ramalan itu, aku tetap akan buat keputusan aku sendiri."

"Dan keputusanku…"

Dia berpaling ke arah Moy.

"Aku tak akan lepaskan dia."

Ruang Tertutup

Moy ditolak masuk ke dalam bilik.

"Hei! Aku bukan banduan!"

"Aku tahu." Yhin tersenyum. "Tapi aku tak nak kau lari."

Moy cuba menumbuk pintu—tetapi…

BOOM!

Tangannya terhenti sebelum sempat menyentuhnya.

"Kau…" Moy memandang Yhin dengan mata membesar. "Kau guna manipulasi ruang untuk perangkap aku?!"

Yhin tersenyum puas.

"Ya. Kau terlalu menarik untuk aku lepaskan."

Moy hampir hempas kepalanya ke dinding. "KAU NAK AKU GILA KE?!"

Yhin hanya ketawa kecil. "Selamat malam, rama-rama."

Dan dengan itu, dia menghilang.

Download

Like this story? Download the app to keep your reading history.
Download

Bonus

New users downloading the APP can read 10 episodes for free

Receive
NovelToon
Step Into A Different WORLD!
Download MangaToon APP on App Store and Google Play