Chris membuka pintu masuk ke kedai Chocolate Heaven's. Terdapat ramai pelanggan sedang berbaris. Ada juga yang duduk makan di situ. Dia menuju ke tepi kaunter.
"Maafkan saya Cik. Saya nak ambil pesanan semalam", kata Chris kepada salah seorang pekerja.
Sementara menunggu, Chris melihat pelbagai jenis kek dan coklat yang sedia terhidang. Si arnab mencium bau manis dan menuju ke arah seorang pekerja lelaki yang menuang batch baru biskut cip coklat kismis. Pekerja itu terkejut melihat si arnab. Jarang ada demi-human di sini. Tapi dia ni comel sangat lah. Dia sempat mengusap rambut si arnab sebelum berlalu pergi. Pelanggan-pelanggan lain pun sesekali memandang ke arah si arnab.
"Kamu nak ni ke?", tanya Chris. Si arnab merenung ke arahnya dengan mata coklat yang bundar.
"Saya ambil sikit ya. Tak perlulah tengok saya macam tu", kata Chris. Pandai betul nak guna mata bulat tu. Dia menceduk biskut ke dalam beg kertas dan dilipat.
Dia menuju ke kaunter semula. Di tepi kaunter itu dipenuhi dengan berkotak-kotak kek, biskut dan coklat. Chris menyimpannya ke dalam ruang penyimpanan dalam gelang. Dia order permintaan Ervalen untuk esok. Gadis juruwang melihat ke arah si arnab yang memegang hujung bajunya. Comelnya dia! Telinga arnabnya bergerak-gerak.
Selepas itu, Chris berjalan window shopping. Dia berhenti pada sepasang baju berwarna hitam yang bercorak bunga emas sebahagiannya. Baju ni seperti direka khas untuk dia. Chris membayangkan Ervalen memakai baju itu. Nak beli ke? Dia jarang dapat keluar jalan begini. Dia masuk ke dalam dan tunjukkan baju itu kepada staf mereka. Rasanya saiz dia M kan?
Si arnab melihat mafela yang disusun. Dia mencapai satu berwarna coklat dan menarik baju Chris.
"Nak ni?", ia bersaiz besar. Dia beli untuk abang dia ke. Chris ambil satu lagi dengan saiz kanak-kanak. Si arnab kelihatan gembira menerima pemberian Chris. Melompat-lompat dia. Staf-staf di situ tersenyum saja melihat gelagat si arnab.
Waktu tengah hari, mereka makan di restoran makanan laut. Si arnab menggenggam sudu dan makan udang yang sudah dikupak kulitnya oleh Chris. Selepas singgah di beberapa kedai lagi mereka balik. Tangannya sudah lenguh mendukung si arnab dari tadi.
"Tengok dia sekejap lah", Chris menggumam. Si arnab menguap.
❄️❄️❄️
Raphael mengemas barang siap-siap. Esok dia akan pulang selepas Ujian. Pedang diasah kemudian dilap dengan kain basah. Hari ini dia tak berlatih. Dia hanya berehat dan berjalan di sekitar bandar. Kedai Manisan Chocolate Heaven's. Dia melihat deretan pelanggan di dalam. Pintu ditolak. Raphael menuju ke barisan manisan yang disusun kemas di dalam showcase.
"Selamat datang. Cik nak makan sini atau take away?", kata staf dengan ramah.
"Saya nak makan sini dan take away"
"Ada set box?"
"Ada. Cik boleh lihat sini", dia memberi catalog dengan set box manisan. Ada 5, 10 dan 15 untuk satu kotak. Raphael memilih Set A dengan 5 manisan, dia ambil 5 kotak. Dia melihat beberapa jenis dessert untuk makan. Dia duduk di tingkat dua berdekatan tingkap lalu mengeluarkan novel.
"Mew", dia menoleh. Si kucing turut melihatnya. Anak kucing. Raphael mencari-cari penjaga dia. Mungkin mereka makan di sini juga.
"Hello. Nak apa?"
"Mew...", dia menarik lengan baju. Dia nak main ke? Raphael meletak penanda buku lalu ditutup. Tapak tangan ditunjuk kepada si kucing. Dia membuat anak patung kucing dari ais. Si kucing kelihatan teruja.
"Ambillah", si kucing mengambil dan dibelek-belek. Dia sudah salutkan lapisan luaran dengan genshin jadi ia tak akan cair cepat. Si kucing pergi masuk ke dalam. Mungkin nak tunjukkan kepada keluarganya. Raphael tersenyum saja.
***Download NovelToon to enjoy a better reading experience!***
Comments