Kehidupan Elan terasa sempurna dan bahagia di pulau terapung atau lebih dikenali sebagai Sky Utopia. Semua orang hidup aman damai, gembira. Jarang sekali dia melihat jenayah berlaku.
Semuanya berubah bila menjelang hari ulang tahun ke 20. Dia menyambut hari jadi di kediaman lama milik arwah datuknya yang terletak di kawasan terpinggir. Tanahnya luas dengan rumah agam di tengah. Ramai kenalan dan saudara dijemput. Selepas seharian berbual dengan tetamu jemputan, dia memilih untuk berehat sambil menjelajah setiap ceruk kawasan. Elan terjumpa sebuah elevator lama dengan pagar besi yang berkarat.
Dia cuba menekan butang, ia masih berfungsi. Dilihatnya cuma ada satu butang menuju ke tingkat bawah tanah. Apakah rahsia yang tersorok di bawah ini? Akan tetapi suatu rahsia yang lebih besar tersembunyi menanti ketibaannya.
NovelToon got authorization from raden_raphael to publish this work, the content is the author's own point of view, and does not represent the stand of NovelToon.
Sky Utopia: The Forgotten Underworld Comments